TERKINI :

Thursday, June 22, 2017

Bersediakah PM dan Shafee dedah akaun bank mereka?

22 Jun 2017 | MALAYSIA DATELINE

Najib dan Shafee
Najib dan Shafee

Adakah perdana menteri Datuk Seri Najib Razak dan peguam kanan Tan Sri Shafee Abdullah bersedia untuk mendedahkan akaun bank masing-masing seperti diarahkan mahkamah tinggi semalam?

Apakah kesan tindakan mendedahkan akaun bank dua individu berprofail tinggi itu terhadap sabitan kes liwat II ketua pembangkang yang juga bekas timbalan perdana menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Dan adakah pembebasan Anwar daripada pertuduhan akan memberi peluang kepada gabungan Pakatan Harapan untuk mencipta sejarah baru negara bagi menggantikan kerajaan BN di Putrajaya?

Kesemua persoalan ini akan terjawab pada prosiding mahkamah Julai dan Ogos ini.

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur semalam mengarahkan kerajaan untuk menjawap permohonan Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk mengketepikan sabitan kes Liwat II berikutan dakwaan Najib membayar RM9.5 juta kepada Shafee sebagai khidmatnya menjadi pendakwa utama dalam kes liwat itu.

Hakim Datuk Kamaludin Md Said membuat arahan itu ketika pengurusan kes semalam.

Beliau mengarahkan kerajaan untuk mengemukakan afidavit sebagai menjawap permohonan yang dibuat Anwar sebelum 12 Julai ini.

Peguam Anwar, Latheefa Koya ketika dihubungi media berkata, hakim itu turut memerintahkan Shafee, yang dinamakan dalam permohonan penzahiran itu untuk mengemukakan hujahnya menjelang 19 Julai.

Hakim Kamaludin kemudiannya menetapkan 3 Ogos depan, sebagai tarikh pengurusan kes berikutnya.

Kerajaaan hari ini diwakili oleh peguam persekutuan kanan, Nadia Hanim Tajuddin manakala Sarah Abishegam pula mewakili Shafee. Najib pula tidak diwakili oleh sebarang peguam.

Shafee dilantik oleh peguam negara Tan Sri Abdul Gani Patail untuk mengetuai pasukan pendakwaan dalam rayuan terhadap pembebasan Anwar oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.

Beliau kemudiannya tampil sebagai pendakwa raya utama dalam kes itu di Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Persekutuan.

Sarawak Report sebelum ini mendakwa Najib membayar RM9.5 juta kepada Shafee melalui dua pembayaran yang menyaksikan Anwar didapati bersalah oleh mahkamah rayuan pada 7 Mac, 2014.

Pejabat Perdana Menteri tidak memberi sebarang jawapan berhubung soalan media mengenai dakwaan itu manakala Shafee awal bulan ini berkata akan mengeluarkan kenyataan media mengenai perkara itu.

Setakat ini belum ada sebarang kenyataan yang dikeluarkan beliau.

KPN Perlu Rampas RM128 juta Atau 28 Barangan Kemas Daripada Rosmah

1. Saya cukup yakin dengan pendedahan yang dibuat oleh Jabatan Keadilan (DOJ) Amerika Syarikat (AS) akhirnya menyerlahkan apa yang Berlaku terhadap wang AS$620 juta yang dipulangkan Malaysian Official 1 (MO1) kepada “penderma”.

2. Pendedahan oleh DOJ menunjukkan wang yang dipulangkan tersebut diseleweng untuk dinikmati antaranya oleh isteri Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor melalui akaun Tanore di Singapura yang didakwa dikawal oleh Jho Low yang merupakan sahabat karib anaknya Riza Aziz.

3. Sungguh gembira Rosmah Mansor menikmati wang tersebut taktalah rakyat terus derita dengan pelbagai jenis cukai, kos sara hidup tinggi, gaji yang rendah dan bermacam lagi. Apapun tindakan DOJ ini telah membantu rakyat Malaysia untuk memahami kemana wang yang telah dipulangkan oleh Najib Razak (menurut pengakuan Rahman Dahlan).

4. Saman DOJ ini telah mendedahkan sebanyak AS$27.3 juta telah dibazirkan dengan membeli loket dan rantai berlian 22 karat berwarna merah jambu untuk Rosmah Mansor. Malah, Rosmah juga dihadiahkan 26 barang kemas bernilai jutaan ringgit daripada penyelewengan duit "derma" ini. Samaada barang kemas mewah ini dihadiahkan oleh Jho Low sebagai tanda penghargaan atau arahan masih belum terjawab. Justeru, Rosmah Mansor perlu jelaskan perkara ini kepada umum kerana wang yang digunakan tersebut adalah milik rakyat.

6. Saya mencadangkan kepada Peguam Negara untuk menasihatkan Rosmah Mansor agar berani mengikuti langkah DiCaprio kerana ia adalah prosedur biasa dalam penyiasatan kes sepertimana yang pernah ditunjukkan SPRM dalam rampasan barang mewah milik EXCO Johor dan pegawai Jabatan Air Sabah baru-baru ini.

7. Malah, Ketua Polis Negara kita perlulah jadi matang dan lebih prihatin untuk mencampuri tindakan DOJ ini, kerana ia bukan tindakan saman sivil, tetapi tindakan jenayah. Ketua Polis Negara perlu buktikan yang beliau lebih cekap daripada FBI dengan mengambil sendiri barang kemas tersebut daripada Rosmah Mansor. Rakyat dahagakan tindakan kritikal seperti ini.

8. Justeru, Peguam Negara dan Ketua Polis Negara mempunyai tanggungjawab besar untuk melindungi maruah dan integriti Malaysia dengan memastikan sesiapapun di Malaysia tidak akan boleh terlepas daripada melakukan kesalahan.

*YB Khalid Samad*
*Ahli Parlimen Shah Alam*
*Parti Amanah Negara*

Pas yang tidak istiqamah pendirian

 http://www.beritadaily.com/wp-content/uploads/2017/03/pkr-pas.jpg
Kira kira enam minggu yang lalu, Majlis Syura Ulama Pas mengambil keputusan menamatkan kerjasama politik dengan PKR sebagaimana diluluskan perwakilan pada Muktamar Pas ke-63.

Hubungan yang dibina sejak 1999 selepas pemecatan Datuk Seri Anwar Ibrahim ternyata roboh setelah ketiadaan Almarhum Fadhil Noor dan Almarhum Tuan Guru Nik Aziz sebagai pemimpin utama Pas.

Walaupun Pas yakin dengan kekuatan jentera mereka, namun ternyata mereka memerlukan PKR dari sudut idea dan strategi, maka tidak hairan apabila naib Presiden Pas , Nik Amar kembali membuka pintu kepada PKR untuk menyertai Gagasan Sejahtera yang diasaskan oleh Pas bersama parti IKATAN sebelum ini.

Terkeluarnya pimpinan pimpinan profesional Pas yang seterusnya menubuhkan AMANAH meruncingkan lagi Pas dari sudut idea dan strategi berhadapan pilihan raya, ternyata setelah drama RUU355 berakhir Pas kelihatan seperti hilang punca untuk mencorakkan perjalanan parti, maka tidak hairan lah sepanjang berakhirnya drama Ruu355, isu yang dijuarai Pas hanyalah berkisar memburukkan Amanah dan DAP.

Kalau diperhatikan, sayap dan badan utama Pas hari ini, seperti Unit Amal, Dewan Himpunan Penyokong Pas, bahkan Alternatif Rider Club (ARC) diasaskan oleh pemimpin pemimpin yang hari ini telah bersama Amanah, ini membuktikan, kelompok pemikir sudah tiada di dalam Pas dan inilah yang mendesak mereka untuk cuba kembali mendapatkan PKR yang di dalamnya ada tokoh tokoh yang mampu menjana idea dan strategi ampuh untuk berdepan Umno Barisan Nasional.

Pas mungkin baru tersedar bahawa tanpa kerjasama politik sekurangnya bersama PKR, akan menjadikan parti mereka tidak lagi releven ada PRU ke-15.

Keterdesakan Pas ini menjadikan mereka tidak "istiqamah" atau tidak tetap dengan setiap pendirian atau keputusan yang dibuatnya sendiri, mereka akan mengubah keputusan awal yang hanya diketahui secara lewat tidak menguntungkan mereka.

Keterdesakan ini juga disebut-sebut kesan daripada sambutan luar biasa rakyat negeri Kelantan terhadap Pakatan Harapan yang dianggotai secara bersama oleh PKR, Amanah, PPBM dan DAP.

Tanpa Pas jangka, parti yang disebut sebagai "nyamuk" ternyata menggugat mereka apabila parti "nyamuk" ini bergabung dan bekerjasama dengan 3 parti lain, dan Pas yang pernah meninggalkan Umno dengan hanya 6 kerusi pada Pru12 tahun 2008 kini bakal mengalami kesukaran yang dasyat bukan sahaja untuk mempertahankan kerajaan negeri Kelantan, bahkan berisiko kehilangan hampir kesemua kerusi DUN di Kelantan sekiranya berlaku 3 penjuru.

Namun tidak kurang yang berpandangan, setelah berjaya meruntuhkan Pakatan Rakyat, tujuan sebenar ajakan Pas kepada PKR adalah bertujuan untuk meruntuhkan Pakatan Harapan pula sekaligus walaupun "mengorbankan" diri mereka namun akan membantu menghalang DAP dan Amanah dari mendapatkan kuasa, dengan erti kata lain membantu mengekalkan penguasaan Umno Barisan Nasional di Putrajaya.

Pas suka perjuangan Umno martabatkan Islam

 Pas suka perjuangan Umno martabatkan Islam
KODIANG - Parti Pas dilihat lebih tertarik dengan perjuangan Umno yang lebih menjaga kebajikan umat Islam dan mengamalkan pentadbiran yang menguntungkan Islam.

Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak berkata, Pas sebelum ini memutuskan kerjasama dengan DAP akibat tindakan parti berkenaan yang seakan membuli Pas.

"Pas pun dah serik dgn DAP, tahaluf siyasi pun dah tak ada dengan DAP.Pas ini dalam banyak-banyak hal suka dasar perjuangan Umno dari pembangkang," katanya ketika berucap di Iftar Ramadan dan Majlis Berbuka Puasa Bersama Rakyat peringkat negeri Kedah di Kampung Pering, petang tadi.

Menurutnya, walaupun berbeza pendapat, tetapi Pas dapat melihat dengan jelas prinsip perjuangan Umno dalam menjaga kepentingan umat Islam dan memartabatkan agama Islam.

Sementara itu, Dalam majlis berkenaan, Datuk Seri Mohd Najib turut melancarkan Projek Lampu Jalan Kampung Fasa 8 (LJK8), Peringkat Kebangsaan di sini, menjadikan sejumlah RM250 juta dibelanjakan bagi penyediaan lampu jalan di luar bandar sejak tahun 2003.

Peruntukan itu membolehkan 422,000 unit lampu jalan kampung dipasang di seluruh Malaysia termasuk 122,133 unit di bawah LJK8 yang menelan kos RM100 juta.

Kerajaan telah memperuntukkan sebanyak RM6.1 juta untuk pemasangan 8,093 unit lampu jalan kampung di seluruh 15 kawasan Parlimen di Negeri Kedah termasuk di 96 buah kampung di Jerlun.

Turut hadir, Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah dan Presiden/ Ketua Pegawai Eksekutif TNB, Datuk Seri Ir. Azman Mohd serta barisan exco negeri Kedah.

Batal GST hanya kerana takut kalah dalam PRU

 http://4.bp.blogspot.com/-1JQLk7daglU/VQvDnPiAQFI/AAAAAAAABzw/C-ajfEb5mXU/s1600/GST.jpg
SHAH ALAM - Langkah pembatalan pelaksanaan cukai barang dan perkhidmatan (GST) ke atas 60 barang makanan dibuat hanya kerana bimbang akan kekalahan BN pada PRU14.

Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar berkata, pembatalan tersebut hanya bersifat sementara dan hanya akan dilaksanakan sekiranya BN menang pada PRU akan datang.

"Langkah itu hanya dibuat selepas perkiraan politik kerana takut kalah dalam PRU14 dan hilang kuasa pemerintahan.

[Kastam batal GST terhadap 60 jenis makanan]

"Bagi saya pembatalan tersebut hanya bersifat sementara bagi menunggu selesai PRU14. Sudah pasti lebih dari 60 jenis makanan tersebut akan disenaraikan semula dan digazetkan dalam senarai barangan yang dikena GST berkadar standard 6 peratus," katanya dalam kenyataan, semlama

Pelaksanaan GST ke atas 60 lagi item makanan akan dibatalkan, berkuat kuasa 1 Julai, 2017.

Perkara itu dimaklumkan Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) dalam satu kenyataan semalam.

Ketua Pengarah Kastam T Subromaniam berkata, pihaknya telah merujuk perkara ini dengan Kementerian Kewangan untuk maklum balas dan telah membuat keputusan supaya P.U. (A) 162 Perintah Cukai Barang Dan Perkhidmatan (Pembekalan Berkadar Sifar) (Pindaan) (No. 2) 2017 dibatalkan.

Menurut Mahfuz lagi, langkah pelaksaan GST ke atas 60 jenis makanan itu dibuat tanpa pertimbangan memikirkan kos sara hidup yang tinggi.

"Pertimbangan kerajaan hanyalah sema-mata untuk menampung keborosan, pembaziran, penyelewengan dari salahguna kuasa pemimpin dengan GST tanpa melihat kesan peningkatan inflasi.

"Hanya selepas bantahan dari pelbagai pihak khususnya dari kalangan ahli dan parti politik dan dibimbangi kemarahan rakyat memuncak menolak kerajaan BN pada PRU14 nanti barulah dibatalkan gazet tersebut," katanya lagi.

MENTERI arah PPD dan pengurusan sekolah supaya perlu proaktif dalam kes BULI

 Buli
KUALA NERANG - Menteri Pendidikan, Datuk Seri Mahdzir Khalid mahu pejabat pelajaran daerah dan pengurusan sekolah lebih proaktif dalam menangani masalah buli bagi memastikan isu itu tidak terus melarat.

Katanya, ini termasuk mengadakan perbincangan dan perjumpaan dengan ketua polis daerah di kawasan masing-masing bagi mengenal pasti kawasan 'panas' yang mempunyai elemen buli.

"Kes buli ini bukannya berlaku di semua sekolah, dalam satu-satu daerah mungkin ada dua atau tiga sekolah.

"Pihak pengurusan sekolah perlu lebih rapat dengan polis dan sekiranya ada kes jangan takut laporkan kepada pihak berkuasa," katanya kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Penyampaian Sumbangan Aidilftri oleh Timbalan Ketua Umno Bahagian Padang Terap Datuk Ghazali Ibrahim, di sini, hari ini.

Beliau berkata demikan bagi mengulas mengenai isu buli yang begitu kerap berlaku sejak kebelakangan ini termasuk kes T.Nhaveen, 18, yang maut di George Town, Pulau Pinang akibat dipukul dan didera oleh sekumpulan remaja termasuk dua pelajar sekolah.

Mahdzir turut menekankan mengenai kepentingan guru disiplin dan kaunselor di setiap sekolah meningkatkan kemahiran mereka dalam berdepan dan menangani pelajar yang mempunyai kecenderungan untuk membuli dan dibuli.

"Bagaimanapun saya tidak bersetuju jika guru dipersalahkan jika sesuatu kes buli berlaku. Masalah buli ini merupakan tanggungjawab bersama yang perlu diselesaikan oleh semua pihak," katanya.

Pada majlis itu 3,200 individu dari 143 cawangan Umno di Padang Terap menerima sumbangan berbentuk kain pelikat, beras pulut dan wang tunai. - Bernama

Lambakan filem ganas antara faktor gejala buli

 https://www.roketkini.com/wp-content/uploads/2015/09/470-X-470-px-650x340.jpg
KUANTAN - Lambakan filem dan drama yang mengandungi adengan ganas dikenalpasti sebagai satu daripada faktor yang membawa kepada peningkatan gejala buli di kalangan pelajar sekolah.

Naib Presiden Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF), Tan Sri Lee Lam Thye berkata remaja pada masa kini semakin meminati filem bercorak sedemikian, menyebabkan peraturan yang lebih ketat wajar diperkenalkan dalam aspek penapisan filem.

"Remaja hari ini semakin berminat menonton filem ganas. Mereka mudah terpengaruh dan merasakan bahawa keganasan yang ditonjolkan dalam filem itu adalah penyelesaian masalah, lalu menyebabkan berlakunya buli," katanya.

Lee berkata demikian pada sidang media selepas mengadakan kunjungan hormat kepada Ketua Polis Pahang Datuk Rosli Ab Rahman di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pahang di sini hari ini.

Beliau juga mengakui walaupun tindakan menapis filem dilakukan, remaja masih boleh mencari altenatif menonton filem seperti itu sama ada menerusi cakera padat digital atau cakera padat video (VCD) dan media sosial di internet.

Sehubungan itu, Lee menyifatkan tindakan penapisan itu wajar diselarikan dengan kemahiran ibu bapa yang baik dalam mendidik anak-anak supaya mereka dapat membezakan perkara yang baik dan buruk.

Satu lagi faktor penting dalam menangani masalah buli ialah dengan memastikan remaja tidak bergaul dengan rakan sebaya yang negatif, yang merupakan aspek utama yang mempengaruhi dalam perkembangan diri remaja, katanya.

"MCPF percaya semua faktor yang menyebabkan peningkatan kes buli ini boleh diatasi dengan kerjasama semua pihak seperti Lembaga Penapisan Filem dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) dalam memantau filem bercorak ganas.

"Bagi kemahiran keibubapaan pula, ada kementerian berkaitan yang boleh bantu. Begitu juga dengan masalah rakan sebaya negatif yang boleh diuruskan Kementerian Pendidikan dengan kerjasama Jabatan Pendidikan negeri masing-masing," katanya.

Lee menambah MCPF juga berpendapat isu buli perlu dibincangkan di peringkat Majlis Sosial Negara yang dipengerusikan Timbalan Perdana Menteri dan dianggotai menteri serta ahli akademik bagi mencari penyelesaian jangka panjang.

Ini bagi mengelakkan 'isu itu hanya dibincangkan setiap kali ia berlaku' yang dikhuatiri akan menjadi terlalu lewat untuk menanganinya memandangkan gejala buli sejak akhir-akhir ini telah membawa kepada kematian mangsa, tambahnya.

Sementara itu, Rosli memaklumkan kejadian buli di sekolah di Pahang tidak berada pada tahap membimbangkan dan pada tahun lalu, hanya satu kes direkodkan dan siasatan mendapati ia berpunca daripada salah faham antara pelajar terlibat.

Rosli menambah pegawai perhubungan sekolah yang terdiri daripada pegawai polis juga sering mengadakan kunjungan ke sekolah sekitar negeri bagi menyampaikan ceramah kepada pelajar sebagai satu langkah pencegahan dan pemantauan. - Bernama




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...