TERKINI :

Tuesday, June 20, 2017

Kepada pimpinan PAKATAN HARAPAN, jangan sampai rakyat fedup dengan hangpa..!!!

JANGAN SAMPAI RAKYAT FEDUP.

Isu siapa akan jadi PM siapa akan mengepalai komponen Harapan nampaknya tidak mudah tuntas. Setengah pemimpin atau jurucakap parti parti dalam Harapan terus bercakap saling ulas mengulas dan melempar berbagai pendapat.

Pihak itu berkata begini pihak ini berkata begitu. Sukar untuk dihentikan. Polimek mengenai siapa akan jadi PM masih belum ada jalan penamat. Kasusnya sama hebat dengan isu 1MDB.

Kadang kadang naik meluat sudah mengikut perkara ini. Saya bimbang tanpa ada henti mengenai perkara ini menyebabkan orang ramai jadi fedup akhirnya tawar hati untuk mendukung Harapan. Janganlah berlebih lebih sangat.

Kalau boleh jurucakap dan juru ulas dalam parti komponen itu tidak mudah jadi "cepelak" mulut..untuk mengulasnya. Tutuplah isu itu dan tumpukan kepada kerja untuk menang dahulu.

Cara mempertikaikan soal siapa PM siapa pengerusi, siapa presiden itu tidak profesional.. Atau pun isu ini macam kisah perempuan gila yang dicerita dalam Quran membuat simpualan tali tetapi tidak sudah sudah kerana sering kali merombaknya. Apakah para pemimpin Harapan sudah GILA? Trims.

Bagaimana Isa Samad boleh dilantik sedangkan Isa bukan anggota SPAD mengikut Akta 714?

ISA SAMAD PEMANGKU PENGERUSI SPAD?

Semalam Pejabat Perdana Menteri mengumumkan bahawa Tan Sri Isa Samad sah meletakkan jawatan sebagai Pengerusi Felda Global Ventures Holding (FGVH) dan atas jasanya itu, beliau kemudiannya dilantik sebagai Pemangku Pengerusi Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD). Pengumuman perlantikan Isa sebagai pemangku SPAD mendapat reaksi pelbagai daripada masyarakat dan parti politik.

Ramai mempertikaikan kewajaran ISA dibawa ke SPAD setelah terdapat percakaran dan krisis pengurusan dalam FGVH sehingga menimbulkan kemelut.

Najib mengumumkan perlantikan Isa Samad sebagai Pemangku Pengerusi SPAD berkuatkuasa serta merta sepertimana perletakkan jawatan serta merta Isa sebagai Pengerusi FGVH. Bagaimana Isa boleh dilantik sebagai Pemangku Pengerusi SPAD dengan berkuatkuasa serta merta?

Adakah Kerajaan Malaysia pimpinan Najib Tun Razak sudah ditadbir secara membuta tuli tanpa mengikut undang-undang dan peraturan?

Mengikut Akta Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat 2010 (Akta 714) Menteri yang dipertanggungjawabkan dengan Pengangkutan Awam Darat hendaklah melantik seorang Pengerusi, seorang Ketua Pegawai Eksekutif, tidak lebih 5 orang wakil Kerajaan dan tidak kurang daripada 3 orang tetapi tidak lebih daripada 5 orang anggota lain yang pada pendapat Menteri mempunyai pengetahuan dan pengalaman dan menunjukkan keupayaan dan profesionalisme dalam perkara yang berhubungan dengan pengangkutan awam darat untuk menganggotai Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat.

Pengerusi dan seluruh anggota Suruhanjaya kecuali Ketua Pegawai Eksekutif yang dilantik oleh Menteri hendaklah memegang jawatan selama tidak lebih 3 tahun.

Selain itu Akta 714 juga telah memperuntukkan dengan jelas bahawa Menteri boleh melantik mana-mana anggota Suruhanjaya untuk berfungsi sebagai Pengerusi dalam keadaan jawatan Pengerusi kosong; Pengerusi tidak hadir bertugas atau tidak ada di Malaysia; atau Pengerusi tidak dapat melaksanakan kewajipan jawatannya.

Difahamkan sekarang jawatan Pengerusi SPAD telah kosong dengan persaraan Tan Sri Syed Hamid Albar justeru Menteri boleh melantik mana-mana anggota Suruhanjaya untuk berfungsi sebagai Pengerusi.

Persoalannya sekarang bagaimana Isa Samad boleh dilantik sebagai Pemangku Pengerusi SPAD berkuatkuasa serta merta sedangkan Isa bukan anggota SPAD mengikut Akta 714? Bagaimana Perdana Menteri boleh umumkan perlantikan jawatan Isa berkuatkuasa serta merta tanpa mengikut undang-undang dan peraturan sedia ada? Sejak bila ada jawatan Pemangku Pengerusi di dalam Akta 714?

Adakah Kerajaan Malaysia sekarang sudah tidak peduli sebarang undang-undang dan peraturan demi kelangsungan kepentingan politik tertentu?

Jika Kerajaan sendiri tidak mempedulikan undang-undang dan peraturan, bagaimana Kerajaan akan dipandang tinggi dan dihormati?

Negara punah kerana Umno/BN.

Malaysia bukan harta pusaka Umno/BN. Malaysia hak kita bersama.

ZULHAZMI SHARIFF
20062017
25 Ramadhan 1438

Penang bandar Kristian, Exco Agama Negeri menasihati Ketua Penerangan PAS supaya jauhilah fitnah dalam bulan ramadhan..

Pulau Pinang bandar Kristian, Ketua Penerangan PAS "Low Class"

Ustaz Nasrudin Hassan  , Ketua Penerangan PAS  sekali lagi buat fitnah . DAHULU dekat Lim Guan Eng, kini menuduh Pulau Pinang  akan dijadikan Bandar  Kristian.

Ustaz Nasrudin kini ambil sikap seperti UMNO, serang habis kerajaan  Pulau Pinang.Dia tak tahukah , Pulau  Pinang dan Malaysia ada perlembagaan.

Beliau tak tahukah dari DYYM Agong sampai ke bawah kebanyakannya jawatan diisi oleh orang Melayu,

GEORGE TOWN – Tuduhan Ketua Penerangan PAS, Nasrudin Hassan kononnya Pulau Pinang akan dijadikan sebagai bandar Kristian mungkin bertujuan mengalihkan perhatian rakyat Malaysia daripada masalah sebenar yang membelenggu rakyat dan negara ketika ini. 

Justeru sempena bulan Ramadan ini, Exco Hal Ehwal Agama, Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Dato' Abdul Malik Abul Kassim menasihatkan Nasrudin agar menjauhi fitnah dan tidak bersikap takfiri kerana ia bukan cerminan kepada ajaran agama Islam yang syumul. 

“Fitnah dan tohmahan berbentuk kebencian kaum dan agama seperti ini sengaja dibangkitkan oleh ahli politik yang korup idea. 

“Tuduhan kononnya Pulau Pinang akan dijadikan sebagai sebuah bandar Kristian seperti ini akan menimbulkan sentimen kebencian agama dan ancaman kaum, hanya demi kepentingan politik mereka.

“Hakikatnya, Perlembagaan Negara telah termaktub bahawa Islam adalah sebagai agama Persekutuan. Ia terkunci kukuh dan tidak boleh diganggu gugat oleh mana-mana pihak,” jelasnya yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Maung pada sidang media di sini sebentar tadi. 

Turut sama, Ketua Menteri, Y.A.B. Tuan Lim Guan Eng. 

Menurut Abdul Malik, syiar Islam di Pulau Pinang terus berkembang apabila perbelanjaan untuk Hal Ehwal Agama Islam telah meningkat lebih 80 peratus, mencapai jumlah RM457.05 juta sekaligus menyangkal tuduhan tersebut. 

“Institusi pendidikan Islam di sini bertambah saban tahun, sehingga kini berjumlah hampir 200 buah. 

“Malah, pembinaan masjid dan surau turut bertambah, bahkan setiap malam ia diimarahkan dengan majlis ilmu dan kuliah agama. 

“Justeru, majoriti rakyat di negeri ini menolak extremis agama dan kaum. Pulau Pinang mendokong prinsip Islam Rahmatun Lil Alamin,” jelas beliau.

Sementara itu, Guan Eng memberitahu bahawa terdapat juga tuduhan mengatakan Kerajaan Negeri menganjurkan majlis onani yang dipercayai dibuat oleh Ketua Bahagian PAS, Wilayah Persekutuan. 

“Saya terkejut bahawa sebuah parti politik boleh buat pembohongan seperti ini. 

“Adakah mereka (PAS) bencikan sangat orang bukan Islam ataupun parti bukan Islam sehingga sanggup membuat fitnah,” responsnya.





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...