TERKINI :

Thursday, June 15, 2017

ANAK : SAHAM FELDA.. PEMUDA UMNO KETINGGALAN KERETAPI!!!

KENYATAAN MEDIA ANAK: PEMUDA UMNO KETINGGALAN KERETAPI!

Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan(ANAK) telah menyerahkan memorandum kepada Suruhanjaya Securiti pada 10 Mei 2012 bertajuk ' Perkara yang harus dipertimbangkan oleh Suruhanjaya Securiti Malaysia dalam membuat keputusan mengenai permohonan untuk menyenaraikan FGVH'.

Memo tujuh mukasurat lengkap dengan segala hujah, mengapa FGV tidak wajar di senaraikan di Bursa Malaysia.

Ia disusuli memorandum bertarikh 26 mei 2012 kepada Bursa Malaysia. Bahkan, memo kepada Bank Negara juga di lakukan pada 23 mei 2012.

Saya masih menyimpan semua memorandum ini dan bersedia untuk memberikan salinannya jika diminta Pemuda Umno.

Di mana suara Pemuda Umno pada ketika itu?

Saya tidak pasti mereka menyokong atau menentang; namun, kelibat pemuda mereka yang paling kehadapan mempertahankan Isa Samad!

Lima tahun berlalu...

Hari ini FGV sedang mengalami situasi paling sukar. Ia menepati ramalan ANAK dari awal.

Di mana pendirian Pemuda Umno ketika ini??

Hanya kenyataan media seperti itu?

Alangkah naifnya pemimpin bangsa ku!

Mazlan Aliman
Presiden ANAK
15 Jun 2017

KELEMAHAN KITA JANGAN MENUDING KE PIHAK LAIN

Jamaludin Jamalu


DISEMPENA penghujung Ramadan ini timbul macam-macam kisah dan cerita. Antaranya yang terpelik pada saya apabila ada satu pihak marahkan pemerintahan Cina Pulau Pinang sekarang. Dikatakan Pulau Pinang menjadi tapak pembiakkan pusat perjudian. 

Kalau mengikut lojik saya untuk apa kita marahkan kerajaan Pulau Pinang? Masalah yang ujud ialah kerana kita orang Melayu/Islam mengapakah sangat suku berjudi. Gagalkah para pendidik/pendakwah kita mendidik umat islam agar hindiri dari tempat-tempat perjudian. 

Janganlah masalah dikalangan umat kita, pihak lain yang dipersalahkan. Tidak bolehkah kita mendidik orang islam suapa mereka benar-benar memahami bahawa bilamana bermain judi itu dosanya serupa dengan memakan daging babi. 

Jika modeul ini melekat ke dalam minda orang islam, saya fikir tidak berbangkit di katakan Pulau Pinang empayar judi. Kalau orang islam langsung tidak menyentuh babi, kenapakah kaedah yang sama tidak dipergunapakaikan oleh umat islam dalam isu yang sama berkaitan dengan judi? Jika kita selalu persalahkan Cina Pulang Pinang dalam semua hal ia memalukan kita juga akhirnya. 

Kita bersama mencari kaedah dan formula bagi merumuskan bagaimana seharusnya kita berupaya mendidik umat agar tidak berjudi macam mana kita faham tidak boleh dengan sengaja menyentuh babi, kerana kedua-duanya dihukum satu dosanya sama.

AMANAH - Apa istimewanya Isa Samad..??

 Salahuddin Ayub
Timbalan Presiden Amanah Salahuddin Ayub mempersoal 'keistimewaan' Tan Sri Isa Samad sehingga tiada apa-apa tindakan diambil oleh perdana menteri walaupun Felda Global Ventures Holdings Bhd (FGV) mengalami krisis yang teruk di bawah pentadbirannya.

"Saya nak tanya Najib (Datuk Seri Mohd Najib Razak) apa istimewa sangat Isa Samad ini seolah-olah kerajaan tidak boleh berbuat apa-apa dalam isu Felda yang memang telah menjadi kekesalan di kalangan rakyat di negara kita.

"Isu FGV yang telah terbukti memberi kesan besar kepada negara kita dan dalam krisis cukup besar seperti ini Isa Samad ini tidak boleh disentuh," katanya pada sidang media di Wisma Amanah Negara hari ini.

Menurut beliau, institusi besar melibatkan bumiputera itu seharusnya diterajui oleh tokoh-tokoh yang lebih layak dan berintegriti agar aset bumiputera tidak lenyap akibat disalahguna.

"Sudah lima tahun kita suarakan kebimbangan ini. Hari ini kepentingan Felda, aset-aset mereka akan tergadai disebabkan berlakuknya krisis yang semakin memuncak ini dan Isa samad masih kekal di situ.

"Masih ada kakitangan Felda yang benar-benar jujur namun menjadi mangsa kepada isu felda dan FGV ini," katanya.

Jangan bercakap seperti ketua balai, Hanipa tegur KPN

 https://i.malaysiakini.com/1123/72cd180529db1af04209f93fd388470c.jpeg
Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar perlu lebih serius untuk mendapatkan keterangan editor Sarawak Report Clare Rewcastle Brown bagi menyiasat dakwaan pembayaran RM9.5 juta oleh perdana menteri kepada peguam Tan Sri Shafee Abdullah dan tidak membuat kenyataan seperti ketua balai kampung.

Mohamed Hanipa MaidinPengerusi Biro Undang-undang (Kanun) Parti Amanah Negara Mohamed Hanipa Maidin kesal dengan sikap berdolak dalih Khalid dalam isu ini dan mahukan penjelasan sama ada kertas siasatan mengenai kes berkenaan telah dibuka.

"Apabila saya membaca beberapa kenyataan Ketua Polis Negara berhubung isu seorang peguam senior dikatakan menerima RM9.5 juta daripada dana yang ada kaitan dengan 1MDB, saya rasa nanpak seperti tidak wujudnya keseriusan untuk menyiasat dakwaan Sarawak Report tersebut.

"Bila IGP meminta Claire untuk datang ke Malaysia dan tunjukkan bukti tapi dalam masa yang sama tidak boleh jamin laluan selamat ke atas Claire, sudah tentu ia membentuk persepsi bahawa saksi penting itu seolah-olah tidak dialu-alukan ke Malaysia untuk membantu siasatan," ujar Hanipa.

Menurut beliau, adalah sesuatu yang pelik jika kertas siasatan berhubung dakwaan Sarawak Report itu belum dibuka dan jika ianya telah dibuka, sepatutnya proses siasatan sudah bermula.

Sebagai saksi penting, katanya polis sepatutnya mengambil kenyataan Claire.

Malah tambah beliau, jika kedudukan geografi menjadi halangan, polis masih boleh meneruskan siasatan dengan mengambil kenyataan daripada peguam kanan terbabit, Peguam Negara dan Perdana Menteri.

"Pada hemat saya, keterangan mereka bertiga adalah penting dan wajar diambil untuk membantu siasatan," katanya.

Menurutnya, jika Claire menghadapi kesukaran untuk datang ke Malaysia kerana ketua polis negara tidak boleh menjamin keselamatan beliau, pasukan penyiasat polis boleh pergi ke London untuk mengambil keterangan beliau.

"Isunya nak ke tak nak? Saya rasa KPN tidak boleh ketepikan begitu sahaja pendedahan Claire sebagai khabar angin kerana seperti Claire katakan, fakta yang didedahkan oleh Sarawak Report yang IGP mengenali suspek utama kes rasuah di Melaka dan keluarga beliau ada hubungan persahabatan dengan gengster pusat judi dan urut diakui oleh IGP sendiri.

"Justeru itu, nasihat saya kenyataan IGP biarlah betul betul profesional dan berwibawa bukan macam standard kenyataan ketua balai polis kampung sahaja," ujar Hanipa yang juga ahli parlimen Sepang.

SPRM didakwa berat sebelah kendali kes 1MDB, FGV

 Azam Baki
Usaha Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk memanggil 50 saksi berkaitan kes membabitkan kerugian Felda Global Venture Holdings Bhd (FGV) dianggap berat sebelah kerana gagal berbuat perkara sama terhadap skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB) membabitkan Datuk Seri Mohd Najib Razak.

Koordinator Deklarasi Rakyat Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan berkata, SPRM perlu profesional, tegas dan telus dalam usaha memerangi rasuah yang berleluasa di negara ini.

"Saya nak tanya SPRM bila pula nak siasat skandal 1MDB berskala besar serta serius macam siasatan FGV yang mana SPRM akan memanggil 50 orang saksi?

"Kes skandal 1MDB lagi besar daripada salahlaku FGV.

"Kenapa dalam salahlaku FGV nampak SPRM boleh bertindak secara habis-habisan tetapi dalam kes skandal yang lebih besar babit 1MDB nampak agak sepi?!

"Macamana dengan semua laporan-laporan yang saya buat pada SPRM sejak Disember 2014?," soalnya dalam kenyataan hari ini.

Khairuddin Abu Hassan Beliau mengulas mengenai kenyataan dibuat oleh imbalan Ketua Pesuruhjaya Operasi SPRM Datuk Azam Baki pada Isnin, dipetik berkata lebih daripada 50 orang dijangka akan dipanggil sebagai saksi untuk membantu dalam siasatan isu FGV akan dipanggil untuk merekodkan kenyataan mereka.

Justeru Khairuddin menegaskan nama-nama yang dikaitkan ada hubungan dalam kes 1MDB sewajarnya turut dipanggil untuk siasat dalam kes tersebut.

"Adakah Najib, Rosmah Mansor, Jho Low, Riza Aziz dan semua ahli lembaga pengarah 1MDB sudah dipanggil untuk siasatan dalam kes skandal 1mdb?

"Pada hemat peribadi saya SPRM boleh bertindak agresif ke atas mana-mana kes dan tidak akan meninggalkan impak keyakinan pada keseluruhan rakyat Malaysia selagi kes skandal 1MDB tidak ditangani secara adil.

"Ini adalah kerana keseluruhan rakyat di negara kita ingin melihat apa penyudahnya," ujarnya.

Khairuddin berpandangan selagi SPRM tidak mengambil pendekatan serius untuk menyiasat dan mendakwa semua yang terlibat dalam kes skandal 1MDB selagi itulah kredibiliti SPRM sukar dipulihkan.

"Sebanyak lima negara di luar yang saya buat laporan kepada pihak penguatkuasanya telah pun menangkap, mendakwa di mahkamah serta yang bersubahat telah dipenjarakan.

"Tetapi di malaysia peguam negara yang bernama Apandi Ali kata tiada kes!!

"Khalid Abu Bakar selaku ketua polis negara kata PDRM baru selesai siasatan kes skandal 1MDB dan kertas siasatan dah diserahkan pada pejabat peguam negara.

"Saya yakin kesemua masyarakat negara ini dan warga luar ingin melihat iltizam atau kesungguhan SPRM untuk menyelesaikan siasatan seterusnya bertindak ke atas semua pengkhianat negara yang terlibat dalam kes 1MDB," ujarnya.

SUMBER

KWSP rugi RM203j akibat pelaburan saham FGV


Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mencatatkan kerugian sebanyak RM203.18 juta apabila menjual saham-saham miliknya dalam Felda Global Ventures Holdings Berhad (FGV) pada bulan Ogos yang lalu.

Kementerian Kewangan, menerusi jawapan bertulis Parlimen Isnin lalu bagaimanapun berkata, KWSP mendapat pendapatan dividen sebanyak RM105.77 juta daripada saham-saham FGV itu.

"KWSP akan mengurang atau menjual sepenuhnya saham-saham syarikat-syarikat yang menunjukkan prestasi kewangan yang menurun secara berterusan serta pengurusan lemah selepas menjalankan analisis," kata kementerian itu dalam menjelaskan mengenai strategi pelaburan agensi itu.

KWSP, di peringkat permulaan memegang 4.5 peratus kepentingan dalam FGV sebelum meningkatkan pemilikan sahamnya kepada 8.49 peratus pada September 2013.

Jawapan bertulis Kementerian Kewangan itu adalah respons kepada pertanyaan dari Ko Chung Sen (DAP-Kampar) mengenai kerugian yang dialami KWSP akibat kejatuhan harga saham FGV.

FGV disenaraikan di Bursa Malaysia pada tahun 2012, menjana perolehan RM10 bilion dengan disebut-sebut menjadi salah satu daripada tawaran awam permulaan (IPO) terbesar dunia bagi tahun berkenaan, kedua selepas Facebook Inc.

Firma berkenaan membuat kemunculan pertama pada harga RM4.55 sesaham tetapi mengalami trend menurun semenjak itu.

Harga saham FGV mencecah paras terendah RM1.19 sesaham pada bulan Ogos 2015.

Mat Bashah salahkan pembangkang mensensasikan isu air takdak di Kedah

Kerajaan negeri tukar sistem paip air lama

 Ahmad Bashah Md Hanipah
ALOR SETAR - Kerajaan Kedah akan menukar sistem paip air yang sudah lama dan uzur secara berperingkat bagi mengatasi masalah kebocoran yang menyebabkan bekalan air tidak sampai kepada pengguna.

Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah berkata, saluran paip air yang lama dan uzur berpontensi untuk mengalami kebocoran akibat tidak dapat menahan tekanan tinggi air.

Ini menyebabkan air tidak sampai kepada pengguna, kata beliau.

"Pertukaran sistem perpaipan itu akan dijalankan secara serentak dengan projek menaik taraf loji-loji rawatan air, " katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Lima projek tersebut membabitkan Loji Rawatan Air Pelubang, Bukit Selambau (Merbok), Sungai Limau (Baling), Lubuk Buntar Lama dan Loji Rawatan Air Jenun Baru (Yan dan Pendang).

Terdahulu, Ahmad Bashah menyampaikan sumbangan zakat dari pihak Management & Science University (MSU) kepada 1,500 penerima dari Parlimen Alor Setar di Dewan Seri Mentaloon.

Ditanya mengenai tindakan sesetengah pihak pembangkang yang cuba mengambil kesempatan berhubung isu air ini, beliau berkata pihak pembangkang akan sentiasa mencari isu sedangkan kerajaan negeri sudah mempunyai jalan penyelesaian.

"Kerajaan negeri bersama-sama Syarikat Air Darulaman (SADA) Sdn Bhd telah mencari jalan penyelesaian membuat persediaan terbaik berhubung isu air ini.

"Kita turut membekalkan lebih 2,000 tong air berkapasti 900 liter kepada penduduk yang terjejas akibat tekanan air rendah menjelang Aidilfitri ini bagi memastikan bekalan air sentiasa ada," katanya.

Ahmad Bashah berkata pegawai-pegawai SADA juga telah ditempatkan di kawasan kritikal yang mengalami gangguan air selain turut membuka pusat aduan 24 jam bagi membolehkan pengguna membuat aduan dan tindakan oleh pihak SADA secara segera. - Bernama

Jangan ikut emosi ketika berbelanja

 shoping

KUALA LUMPUR - Masuk minggu ketiga Ramadan, bahang kemeriahan menyambut aidilfitri kian terasa .

Di sana sini, peniaga tidak kira yang membuka gerai atau di kedai, gedung membeli-belah mahupun yang berniaga dalam talian giat melakukan pelbagai promosi untuk melariskan jualan.

Cuma ramai yang mengeluh kerana terlebih berbelanja pada bulan Ramadan ini.

Walaupun banyak kedengaran rungutan tentang kenaikan harga barang pada musim perayaan namun sikap berbelanja masyarakat tetap tidak berubah.

Inilah realiti yang berlaku saban tahun.

TIDAK TERKESAN DENGAN KOS HIDUP YANG MENINGKAT

Kegagalan mengawal nafsu berbelanja hingga berlebih-lebihan terutama pada musim perayaan termasuk hari raya seolah-olah menunjukkan pengguna tidak terkesan dengan kos sara hidup yang semakin meningkat.

Di mana-mana sahaja, bazar Ramadan masih menjadi tumpuan. Begitu juga pasar raya dan pusat membeli belah, tidak putus-putus didatangi pembeli. Itu belum lagi mereka yang membeli-belah dalam talian.

Tabiat berbelanja berlebih-lebihan itu menyebabkan kenaikan perbelanjaan antara satu hingga tiga kali ganda berbanding bulan biasa. Perkiraannya mudah, jika pada bulan biasa perbelanjaan sekitar RM600 tetapi pada musim perayaan ia boleh meningkat kepada RM1,800.

Menurut pakar kewangan pengguna, Prof. Madya Dr. Mohamad Fazli Sabri, kenaikan itu boleh meningkat sehingga empat kali ganda memandangkan mata wang Malaysia yang semakin lemah serta kos sara hidup yang tinggi.

Pengguna bagaimanapun bagaikan tidak ambil pusing dengan kenaikan harga barang serta kos sara hidup ketika berbelanja pada musim perayaan.

Beliau yang mengkaji "Corak Perbelanjaan Hari Raya Aidilfitri Rakyat Malaysia" pada tahun lepas mendapati lebih 55 peratus pengguna berbelanja lebih satu kali ganda berbanding perbelanjaan bulan biasa manakala 22 peratus melebihi dua kali ganda dan 5 peratus melebihi tiga kali ganda daripada perbelanjaan bulan biasa.

Kajian melibatkan 700 responden yang dilakukan secara dalam talian itu mendapati majoriti pengguna iaitu 79 peratus menyediakan belanjawan khusus untuk Hari Raya Aidilfitri.

Bagaimanapun dapatan menunjukkan 82 peratus daripada mereka yang menyediakan bajet raya itu berbelanja lebih berbanding perbelanjaan mereka pada bulan biasa.

"Ini menunjukkan majoriti pengguna tidak berdisiplin dalam mengikut bajet yang telah disediakan sehingga membawa kepada peningkatan dalam perbelajaan.

"Ia akan menjadi masalah apabila pengguna terpaksa menggunakan pendapatan gaji mereka untuk memenuhi keperluan perbelanjaan pada musim perayaan," katanya kepada Bernama ketika ditemui baru-baru ini.

PERBELANJAAN HARI RAYA

Hasil kajian itu juga mendapati 53.6 peratus kaum wanita lebih mementingkan penyediaan bajet hari raya berbanding 46.7 bagi kaum lelaki.

Kebanyakan pengguna membelanjakan antara RM100 hingga RM300 seorang untuk membeli pakaian sendiri, pasangan, anak-anak, kuih raya, juadah pagi raya, servis kenderaan dan pengangkutan serta duit raya.

Selain itu majoriti pengguna berbelanja untuk keperluan hari raya antara 1 dan 2 minggu sebelum hari tersebut dengan lokasi pilihan untuk membeli barangan keperluan adalah di pusat membeli belah.

Beliau yang juga Ketua Jabatan Pengurusan Sumber & Pengajian Pengguna, Fakulti Ekologi Manusia, Universiti Putra Malaysia menjelaskan sepatutnya pengguna tidak berhadapan masalah kekurangan bajet atau terlebih berbelanja.

Ini memandangkan hari raya disambut setiap tahun yang membolehkan mereka membuat perancangan dan persiapan awal termasuk dari segi simpanan khas untuk musim perayaan.

"Raya bukan tahun ini sahaja, tiap-tiap tahun kita beraya. Sepatutnya sudah tahu berapa jumlah perbelanjaan hari raya. Contohnya, tahun lepas perbelanjaan keseluruhan semasa hari raya RM4,000 makanya sudah kena simpan setiap bulan untuk mencukupkan jumlah perbelanjaan itu bukannya dengan mengharapkan duit gaji yang ada," katanya.

Apa yang berlaku adalah sebaliknya dan apabila perbelanjaan tidak mencukupi, ada yang sanggup pula berhutang daripada Ahlong di samping menggunakan kad kredit.

Syarikat pemberi pinjaman, lesen atau tidak berlesen pula akan mengambil kesempatan mengedarkan iklan skim pinjaman mudah mereka kerana tahu terdapat keperluan dan permintaan dalam kalangan pengguna, katanya.

ELAK BELI SAAT AKHIR

Selalu kita dengar alasan sesetengah pengguna "tak pelah, setahun sekali saja.. apa salahnya berbelanja lebih" seolah-olah mahu menjustifikasikan tabiat berbelanja berlebih-lebihan mereka.

Namun sekiranya mereka ada membuat perancangan dan simpanan yang mencukupi bagi memenuhi keperluan itu ia bukan satu masalah untuk berbelanja lebih, jelas Mohamad Fazli.

Dalam keadaan peningkatan kos hidup hari ini, pengguna perlu lebih proaktif antaranya dengan membuat perbandingan harga terlebih dahulu sebelum membeli sesuatu barang atau keperluan.

Budaya membeli keperluan pada saat-saat akhir bagi mendapatkan barangan pada harga murah juga kadangkala boleh memerangkap diri sendiri.

Apabila pengguna boleh mendapat sesuatu barang pada harga yang agak murah, mereka berpotensi membeli lebih daripada satu sedangkan ia bukan satu keperluan.

"Akhirnya membazirkan duit di situ sedangkan duit itu boleh digunakan untuk keperluan lain. Ada baiknya pengguna membuat persiapan lebih awal agar dapat merancang sebaik-baiknya," katanya.

TIPS BERBELANJA MUSIM PERAYAAN

Beberapa panduan boleh diamalkan bagi mengelakkan risiko terlebih belanja atau perbelanjaan tidak mencukupi ketika hari raya antaranya:

Sediakan bajet khusus untuk persiapan Hari Raya dengan menetapkan berapa amaun misalnya RM1,000-2,000.

Babitkan pasangan (suami-isteri) dalam penyediaan bajet raya dan kongsikan bersama ahli keluarga.

Senaraikan barangan dan keperluan raya yang ingin dibeli dan pastikan berbelanja mengikut apa yang telah dibincang dan diputuskan.

Buat persiapan awal dan elak berbelanja saat akhir bagi mengelak membeli benda yang tidak perlu.

Pembelian dilakukan secara tunai bagi mengelak terlebih berbelanja.

Jangan ambil hutang baharu semata-mata untuk memenuhi tuntutan nafsu dan emosi raya.

Kurangkan kekerapan ke pusat membeli-belah dan sebaik-baiknya rancang pembelian.

Buat perbandingan harga barangan dan perkhidmatan yang ingin dibeli. Boleh merujuk kepada rakan dan media sosial untuk mendapatkan maklumat tambahan sebelum keputusan pembelian dilakukan.

Berhati-hati dan jangan mudah terpedaya dengan iklan tawaran harga murah/ istimewa.

Pertimbangkan pembelian secara dalam talian dengan menetapkan bajet tertentu. - Bernama




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...