TERKINI :

Wednesday, June 14, 2017

Malaysia bakal terima nasib serupa Zimbabwe

 Mugabe
Apa yang saya tulis di bawah ini pengalaman yang saya lalui selama 21 tahun di Zimbabwe. Mungkin banyak kekurangan dari segi 'facts and figures' tetapi dari apa yang sedang berlaku disini, banyak persamaannya dengan apa yang dilakukan oleh kerajaan negara China terhadap Zimbabwe melalui syarikat milik kerajaan negara itu.

Tidak mustahil, tidak lama lagi perkara yang sama berlaku di negara kita. Nahuzubillah.China telah lama "melabur" dalam pelbagai projek infrastruktur di Zimbabwe sejak 1980 dengan nilai sebanyak AS$5bilion.

Antara puluhan projek China di Zimbabwe, yang menarik perhatian saya adalah pada tahun 2012 yang mana China "membantu" membaikpulih
rel keretapi di Zimbabwe.

Selepas 4 tahun projek keretapi itu bermula, pada hari ini, China telah berjaya mengawal 80% dari ekonomi dan pentadbiran negara Zimbabwe dan menjadikan Zimbabwe seolah-olah seperti sebuah koloninya di benua Afrika.

Matawang Yuan, bar-baru ini, juga telah di jadikan matawang rasmi di Zimbabwe apabila China mengecualikan pembayaran balik hutang sebanyak AS$40juta kepada Zimbabwe.

Ternyata penjajahan bentuk baharu bukan lagi secara ketenteaan tetapi penaklukan eonomi kuasa besar terhadap negara dunia yang lemah mengurusan ekonominya.

Rakyat Zimbabwe terpaksa menanggung akibat daripada kesilapan dan kelemahan pentadbiran kerajan mereka yang dipimpin oleh Presidennya Robert Mugabe.

Barang dijauhi Allah, Malaysia menjadi seperti Zimbabwe. Tapi dari apa yang sedang berlaku sekarang, musibah yang sama akan melanda kita kalau tidak melihat Zimbabwe sebagai iktibar dan belajar dari kesilapan itu.

Zimbabwe satu-satunya negara yang tidak mempunyai matawangnya sendiri yang mana Dollar Amerika mendominasi urusniaga sejak 2003.

Ketika inilah China mencurahkan pelaburannya dengan membina lapangan terbang baharu, membaikpulih lebuh raya, bandar dan perkampungan baharu berkonsepkan China sehinggakan terujud Little Beijing in Harare.

Penduduk China diseluruh Zimbabwe lebih kurang 80-90,000 orang yang hampir sama dengan penduduk asal di negara tersebut. Rakyat China yang bekerja di Zababwe dan penduduk tempatan yang bekerja dengan syarikat China dibayar dengan Remimbi atau Yuan.
Terdapat juga emas dan logam dari penduduk tempatan dibayar dengan Remimbi dan adakalanya dibayar dengan barang-barang peralatan rumah buatan China yg kualiti rendah.

Sebanya 70% rakyat Zimbabwe dikalangan petani. Mereka jemu untuk ambil peduli 'apa yang betul' dan 'apa yang salah' dilakukan oleh kerajaan mereka.

Tiba masa mengundi, mereka mengundi. Apa yang merekaperlu ialah air yang cukup bukan Mugabe. Mereka akan menikmati 'bumper harvest year' pada bulan Jun kalau cukup hujan pada awal tahun ini.

Mereka bukan tak tahu kezaliman Mugabe yang selama ini merosakkan negara, tetapi mereka dah sampai ketahap benci untuk berbuat sesuatu.

Jangan ketawa kan saya. Apa yang saya alami dari 1995 hingga sekrang, 21 tahun lamanya, sedang berlaku di negara ini. Kita akan dengar kata-katasaperti; "Zimbab dan Malaysia tak sama";"Tidak akan berlaku di Malaysa" dan sebagainya.

Apa yang saya dengar itulah juga diungkapkan sejak 17 tahun yang lalu dari mulut menteri Zimbabwe.

Masalah sedang menunggu. Kalau masalah dari 1MDB tidak di selesaikan kita akan jadi mangsa Amerka. Sekarang ini apa yang Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Razak cuba lakukan ialah "cuba lari" dari Amerika) dengan mengunakan kuasa China. Tidak ubah seperti bidalan "cuba keluar dari mulut buaya dan masuk ke mulut naga".

Dalil-dalil yangg negara kita menjejaki Zimbabwe telah banyak berlaku dan kan terus berlaku dalam masa yang amat pantas.

Contoh:
•Apabila banyak cawangan bank ditutup, money changer akan mengikuti nilai mata wang seperti Dollar AS akan sukar didapati. Black market yang taboo kepada Bank Negara akan muncul.Budget negara tipu salah satu darinya. Kerap berlaku di Zimbabwe akan berlaku disini juga.

•Tarik subsidi kerajaan menyebabkan barang dapur jadi bertambah mahal.

•Tidak mustahil Felda akan dimiliki syarikat China dengan hanya membeli share FGV dan tak mustahil jika minyak sawit didagangkan dengan Remimbi. Peneroka Felda akan dibayar denga matawang cina. Kedai 1Msia akan dipenuhi dengan barangan buatan China yang rendah kualitidan substandard mutunya.

• Pelabur dari barat kurang minat melabur di Malaysia kerana tidak yakin akan ditawarkan project kerana GLC China telah bertapak dengan kuat dan menguasai penjawat awam. Bila kurang pelaburan dari barat, maka akan berlaku kekurangan pertukaran wang asing dalam negara yang akan mengakibatkan nilai ringgit turun dan terus turun.

• Credit rating negara akan menurun yang akan meyebabkan akses kepada modal asing menjadi sukar dan mahal.

Tunggu!! tidak lama lagi, di pasar raya kita hanya dapat membeli buah-buahan tempatan saja. Kalau ada epal dan anggur pun, didatangkan dari China.

Saya ulangi, apa yang g saya tulis ini adalah berdasarkan pengalaman saya selama 21 tahun di Zimbabwe.

Apa ada untuk rakyat sesebuah negara sekiranya aset seperti letrik, air, rel, lebuhraya strategik, pelabuhan dan telekomunikasi dimiliki orang asing?.

Selamatkanlah negara ini dari di REMIMBIrised atau YUANised oleh China.

Dr Hasan Ali

Penjawat awam Kedah dapat bonus raya RM1,000

 bonus-raya-kedah
ALOR SETAR: Seramai 5,000 penjawat awam di Kedah akan menerima bonus khas sebanyak RM1,000 sempena Aidilfitri ini.

Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Bakar Din dalam satu kenyataan berkata, keputusan itu dibuat melalui mesyuarat Exco Kedah yang dipengerusikan Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah di Wisma Darul Aman, hari ini.

“Bonus itu akan dibayar sebelum sambutan Hari Raya Aidilfitri yang dijangka pada 25 Jun ini.

“Kerajaan negeri berharap bantuan khas ini akan meringankan beban dan seterusnya memeriahkan lagi sambutan Aidilfitri penjawat awam di negeri ini pada tahun ini,” katanya.

Kerajaan Pulau Pinang tidak terlibat judi haram, tegas Ketua Menteri

 Lim Guan Eng
Kerajaan Pulau Pinang tidak terlibat langsung dengan perjudian tanpa lesen dan bersedia bekerjasama dengan polis untuk membanteras kegiatan itu di negeri itu, kata Ketua Menteri Lim Guan Eng.

Beliau berkata pendirian kerajaan negeri adalah jelas iaitu Pulau Pinang menolak perjudian haram atau apa-apa cadangan untuk membina kasino di negeri itu.

“Kami tidak terlibat langsung dalam perjudian haram atau lesen perjudian haram dan kami bersedia bekerjasama dengan pihak polis untuk membanteras kegiatan perjudian di negeri ini," katanya kepada pemberita hari ini.

Beliau diminta mengulas kenyataan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi semalam yang mengarahkan polis Pulau Pinang memerangi habis-habisan kegiatan perjudian dan ‘kingpin’ di negeri ini yang disifatkannya semakin serius dan dikhuatiri ada sindiket yang menggunakan hasil kegiatan mereka untuk membiayai parti politik semasa pilihan raya umum.

Lim berkata kerajaan negeri tidak mempunyai kuasa dalam penguatkuasaan untuk membanteras kegiatan perjudian di negeri ini dan hanya pihak polis yang berkuasa untuk mengambil tindakan.

“Lesen perjudian bukan dikeluarkan oleh kerajaan negeri dan sekiranya sindiket perjudian haram ini ada kaitan dengan parti politik, ia tentunya tiada kaitan dengan kerajaan negeri,” katanya.

Sementara itu, Lim turut meminta polis menyiasat secara terperinci kes buli yang mengakibatkan seorang remaja lelaki berusia 18 tahun koma dan kini dirawat di Unit Rawatan Rapi Hospital Pulau Pinang.

Beliau berkata Anggota Dewan Undangan Negeri Seri Delima RSN Rayer dan Anggota Parlimen Bukit Gelugor Ramkarpal Singh telah diminta untuk memberi bantuan kepada keluarga mangsa.

"Saya harap polis akan menyiasat kes ini dengan serius dan mereka yang bersalah akan dibawa ke muka pengadilan," katanya.

Dalam kejadian pada 2 pagi di Gelugor minggu lepas, T. Nhaveen, 18, parah selepas diserang sekumpulan remaja.

Harga petrol, diesel turun di bawah paras RM2 mulai tengah malam ini

 
Harga semua jenis minyak petrol dan diesel turun mulai jam 12.01 tengah malam ini. Penurunan itu adalah untuk minggu ketiga berturut-turut apabila harga minyak mentah dunia terus menunjukkan trend menjunam.

Menurut Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK), RON95 dan RON97 akan masing-masing turun 7 sen seliter kepada harga runcit baru sebanyak RM1.98 dan RM2.24.

Diesel pula kini turun 6 sen, kepada RM1.88 seliter.

Ini adalah harga yang paling rendah bagi RON95, RON97 dan diesel sejak pelaksanaan sistem harga mingguan yang berkuat kuasa pada 30 Mac lalu.

Pengumuman dibawa oleh laman Facebook KPDNKK.

Harga bahan bakar itu ditentukan prestasi harga Mean of Platts Singapore (MOPS) dan kekuatan mata wang pada minggu sebelumnya.

Semalam, Bank Dunia melaporkan bahawa harga minyak adalah antara faktor utama yang menyaksikan Malaysia mencatatkan kadar inflasi tertinggi sejak November 2008 pada suku pertama 2017.

Cukai Pelancongan: Mahfuz sifatkan BN Sarawak hipokrit

 Banner Pelancongan sarawak
Ahli Parlimen Pokok Sena Datuk Mahfuz Omar menyifatkan wakil rakyat BN Sarawak dan Sabah sebagai hipokrit apabila secara tiba-tiba membantah Cukai Pelancongan yang diumumkan Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz.

Beliau berkata, ahli parlimen BN dari kedua-dua negeri itu tidak bersuara sewaktu Rang Undang-Undang (RUU) Cukai Pelancongan 2017 dibahaskan pada April lalu.

"Sudah menjadi amalan apabila sesuatu perkara sebelum dibentang ke parlimen sudah tentu dibawa dahulu ke dalam Mesyuarat Kabinet.

"Apa peranan menteri-menteri dari Sarawak pada ketika itu? Adakah mereka semua menyokong secara membuta tuli semata-mata untuk membodek PM Najib?

"Setelah menyokong Akta Cukai Pelancongan tiba-tiba hari ini mereka membantah pula dan minta ditangguh serta dikecualikan Cukai Pelancongan ke atas Sarawak dan Sabah.

"Inilah sikap hipokrit Barisan Nasional Sarawak dan Sabah. Barisan Nasional Sarawak dan Sabah sedang bersandiwara untuk menunjukan mereka hero kepada rakyat," katanya dalam kenyataan hari ini.

Mahfuz Omar kolumBeliau mengulas tindakan Sarawak mengumumkan menarik diri daripada Lembaga Pelancongan Malaysia berkuat kuasa semalam.

Dalam kenyataan dikeluarkan Pejabat Ketua Menteri Sarawak, keputusan itu dibuat selepas kerajaan negeri berpendapat penyertaan dalam lembaga itu mempunyai pertindihan tugas serta peranan dengan Lembaga Penggalakan Pelancongan Sarawak.

Keputusan berkenaan diumum sehari selepas Nazri menggelar Menteri Pelancongan, Kesenian, Kebudayaan, Belia dan Sukan Sarawak, Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah sebagai menteri "setahun jagung".

Kenyataan Nazri itu dibuat sebagai reaksi beliau kepada gesaan Abdul Karim agar kerajaan persekutuan menangguhkan pelaksanaan cukai pelancongan yang bakal berkuatkuasa 1 Ogos depan.

Karim turut menyebut mengenai Perjanjian Malaysia dalam meminta cukai itu ditangguhkan di Sabah dan Sarawak.

Mengulas lanjut, Mahfuz berkata, walaupun beliau tidak menyokong pelaksanaan cukai tersebut namun tindakan kerajaan negeri Sarawak menarik diri itu dianggap sangat memalukan.

"Tidak wajar untuk mereka luahkan kemarahan dan ketidakpuasan hati terhadap Menteri Pelancongan kerana kelancangan mulutnya.

"Saya juga tidak bersetuju atas kelancangan mulutnya tetapi apa yang perlu dipersoalkan kenapa menteri-menteri dari Sarawak dan Sabah sendiri yang bersetuju dibawa untuk kelulusan di Parlimen.

"Begitu juga dengan sikap Ahli Parlimen Sarawak dan Sabah yang diam membisu semasa perbahasan malah tampil untuk mengundi bersetuju dengan akta tersebut bagi dikenakan Cukai Pelancongan," katanya.

Nazri ketika menggulung perbahasan rang undang-undang itu berkata, Cukai Pelancongan itu dianggarkan mampu memberi kutipan sebanyak RM654.62 juta sekiranya kadar penginapan bermalam bagi keseluruhan 11 juta bilik di negara ini mencapai 60%.

PLUS tutup lorong tambah nilai sepanjang Aidilfitri


PLUS Malaysia Berhad (PLUS) akan menutup kesemua 134 lorong tambah nilai di plaza tol lebuh raya berkenaan mulai 22 Jun hingga 2 Julai ini bagi melancarkan pergerakan trafik pada cuti Hari Raya Aidilfitri.

Menurut PLUS dalam kenyataan hari ini, langkah itu bertujuan mengurangkan kesesakan yang berpunca daripada pengguna lebuh raya yang beratur di lorong tambah nilai.

"PLUS menjangkakan aliran trafik bagi penggunaan Lebuhraya Utara-Selatan sempena cuti Hari Raya Aidilfitri akan datang meningkat kepada 21 peratus berbanding hari biasa.

"PLUS mengingatkan orang ramai agar memastikan kad PLUSMiles atau Touch 'n Go mereka mempunyai baki yang mencukupi,” kata kenyataan itu.

Orang ramai boleh menambah nilai kad masing-masing di kira-kira 9,200 lokasi tambah nilai lain di seluruh negara termasuk di mesin pengeluaran wang automatik (ATM), kedai serbaneka 24 jam dan stesen minyak, termasuk yang beroperasi di kawasan rehat dan rawat (R&R) di sepanjang lebuh raya.

Selain itu, pusat khidmat pelanggan PLUS akan dibuka setiap hari mulai 7 pagi hingga 10 malam termasuk Sabtu, Ahad dan hari cuti umum bagi membolehkan orang ramai membuat urusan tambah nilai di plaza tol terpilih.

Benarkah laporan SR boleh dipertikai dan jangan dipercayai seperti kata menteri UMNO..??

Gino Marvela


Kita dedahkan ketirisan berbilion guna hasil cukai rakyat/kantung negara melalui projek 1MDB. Dan kita juga dedahkan isu rasuah dalam pengedaran wang SRC kepada setiap pimpinan pemerintah sementara dari Umno Baru & BN. Ramai terpalit dgn hasil wang SRC yg di gelapkan kepada akaun peribadi sendiri hingga membayar para peguam membuat statement yg menyebelahi dirinya pada harga RM9.5 juta & di buktikan sendiri oleh sekeping kertas dari kesilapan sdra Apandi Ali tunjukkan dokumen penyiasatan SPRM kepada khalayak ramai.

Tiba2 sdra Saleh Keruak menteri komunikasi & multimedia kata kredibiliti Sarawak Report di pertikai & agar jangan percaya kerna hanya utk memfitnah pemimpin kleptokrasi Malaysia ?

Kenapa statement beliau di buat sebegitu ?

Pertamanya (1) utk mengeluarkan kes ini agar tidak terkait dgn sdra Apandi Ali yg membebaskan Najib dari salah laku & rasuah. Keduanya (2), senarai penerima wang peribadi dari MO1 melalui SRC adalah terbukti nyata secara bertulis siap dgn senarai akaun perbankan. Ketiga (3), pihak kleptokrasi ini ingin menjadikan segala isu yg datang dari pembangkang adalah fitnah semata utk bawa idea perkataan (Fitnah) itu dalam agenda media TV & radio kawalan hingga program PRU14.

Segalanya adalah penafian saja...maka untuk itu, ketuanan kleptokrasi ini akan divert isu sebagai "Fitnah."

Maaf sdra Saleh Said Keruak, sedikit nasihat GM nak beri.....
"Usah berada dalam sindrom penafian & menipu rakyat setiap hari." Rakyat dapat baca dari kaca mata mereka sendiri, ternyata pihak kleptokrasi itu cuba bermatian menyelamatkan tengkuk masing2.

Jika SKMM itu buleh menjarah agenda terus menekan rakyat, jadi....tidak salah sbnrnya GM berpesan kpd pihak anda agar cuba pandang ke arah Sg Buloh sesekali dalam melarikan fakta bertulis terbentang di tangan & mata malaysia. :)

Yang berkarya:
Gino Marvela aka Gin Marvel.

BANTULAH MEREKA : Keluarga daif memerlukan sumbangan kita..

Zahari Ahmad Razali


Saya dapat maklumat tentang satu keluarga yang daif di negeri Kedah. Maklumat ringkas keluarga berkenaan seperti di bawah:

1. Ayah telah meninggal di dalam kemalangan jalan raya baru2 ini (langgar lari)

2. Anak pertama, perempuan dan sudah berkahwin
Anak ke2 berumur 17 tahun, lelaki dan sudah berhenti sekolah
Anak ke3, NUR ALIA NATASYA, darjah 5 di Sek. Keb. Bukit Payong, Pokok Sena
Anak ke4, 6 tahun
Anak ke 5, 2 tahun

3. Rumah terletak di Kg Mata Air, Bukit Payong, Pokok Sena, Kedah

4. Rumah ada belakan air tapi tak ada bekalan elektrik.

5. Nama ibu: Che Rus binti Awang Bu

Saya dengan ini memohon semua yang ada kemampuan untuk membantu keluarga ini.

Boleh terus bank in ke akaun BSN, Che Rus bin Awang Bu, No Account: 02100-41-00039945-2

Kalau hendak sampaikan sendiri atau inginkan pengesahan boleh hubungi pihak Sekolah Kebangsaan Bukit Payong, Pokok Sena, Kedah No. Tel 04 782 4324. Anak ke 3, NUR ALIA NATASYA bersekolah di sini (Darjah 5)

Terima kasih. TOLONG SHARE RAMAI-RAMAI supaya perkara ni sampai kepada pihak yang berkenaan.

P/S Sedih tengok ada lagi rakyat Malaysia yang hidup dalam keadaan ni. Pegawai yang bertanggungjawab...tolong jangan lena

Krisis FGV: 'Heret mereka ke muka pengadilan'

 http://s3media.freemalaysiatoday.com/wp-content/uploads/2017/06/menara-felda.jpg
Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak) mengalu-alukan dan menyokong penuh siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung kemelut Felda Global Ventures Holdings Bhd (FGV).

Presidennya, Mazlan Aliman berkata, SPRM perlu menyiasat sejauh mana kebenaran isu rasuah, penyelewengan dan salah guna kuasa membabitkan beberapa tokoh penting Felda dan FGV serta anak-anak syarikat yang tular di media sosial.

"Jika terbukti mana-mana individu didapati ada asas kepada perilaku rasuah, heret mereka ke muka pengadilan, tanpa mengira latar belakang dan kedudukan mereka.

"Tanpa prejudis, Tan Sri Isa Samad, Pengerusi FGV paling banyak dikaitkan dengan dakwaan rasuah yang tular di media sosial," tegasnya dalam satu kenyataan.

Dalam perkembangan berkaitan, SPRM memberitahu Isa dan Presiden Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO), FGV, Datuk Zakaria Arshad antara mungkin dipanggil bagi membantu siasatan berhubung kemelut FGV.

Kedua-duanya antara lebih 50 individu yang telah dikenal pasti untuk dipanggil ekoran krisis FGV yang menyaksikan empat pengurusan kanan syarikat dipaksa bercuti berkuatkuasa serta-merta, 6 Jun lalu.

Siasatan awal FGV mendapati wujud unsur salah laku dan tidak mengikut prosedur berkaitan isu tunggakan bayaran syarikat Safitex bagi produk Delima Oil Products (DOP).

Sehubungan itu, Anak, ujar Mazlan, menegaskan kembali gesaan supaya Audit Pengurusan dan Suruhanjaya Bebas dibentuk bagi mengenal pasti punca 'kehilangan' berbilion wang Felda.

"Ia boleh membantu SPRM dan sekali gus memulihkan keyakinan masyarakat Felda terhadap Felda dan FGV. Anak mencadangkan agar tokoh-tokoh seperti bekas Ketua Audit Negara, Tan Sri Ambrin Buang dan bekas Pengerusi Felda, Tan Raja Alias dapat dilibatkan sama.

"Anak mengharapkan pelantikan Datuk Sri Idris Jala sebagai 'orang tengah' mewakili kabinet tidak mengganggu usaha dan siasatan SPRM. Anak yakin sepertimana pepatah melayu, sepandai pandai tupai melompat, akhirnya, jatuh ke tanah jua," tegas Mazlan lagi.

Import 1.5 juta pekerja Bangladesh: 'Zahid Hamidi usah tipu rakyat'

Timbalan Ketua Pemuda Amanah Nasional, Faiz Fadzil mengingatkan kerajaan supaya tidak membohongi rakyat berhubung pengambilan 1.5 juta pekerja Bangladesh secara berperingkat selama tiga tahun.

Menurutnya, usaha mengimpot pekerja asing dari negara Asia Selatan itu didakwa masih berterusan sehingga pada masa ini walaupun Memorandum Persefahaman (MoU) berkaitan antara Malaysia dan Bangladesh pada Februari tahun lalu telah diumum dibekukan pelaksanaannya setelah diprotes pelbagai pihak.

Kerajaan Malaysia juga, ujarnya, tidak menyanggah kenyataan pihak kerajaan Bangladesh yang dilapor akan menghantar pekerja terbabit seperti yang dimeterai walaupun Zahid mengumumkan pembekuan pengambilan pekerja negara itu pada Februari tahun lalu.

"Datuk Seri Zahid Hamidi diminta jangan tipu rakyat! Kerajaan perlu memastikan agar usaha mengimpot 1.5 Juta pekerja Bangladesh diberhentikan segera dan mulakan langkah merevolusikan sektor pekerjaan di Malaysia secara keseluruhannya.

"Kerajaan tidak harus mengutamakan kepentingan komersial beberapa syarikat atas kepentingan sosio-ekonomi yang lebih luas daripada rakyat Malaysia," tegasnya dalam satu kenyataan hari ini.

Faiz Fadzil Jelasnya, kemasukan 1.5 juta pekerja Bangladesh itu hanya akan memberi manfaat kepada syarikat yang ketagih kepada buruh murah tetapi menghasilkan kesan luaran negatif kepada negara.

"Kesan tersebut termasuk mewujudkan tekanan ke atas gaji, mengubah demografi masyarakat dan menyesakkan golongan pekerja tempatan yang kurang mahir," katanya.

Sehubungan itu, Faiz menyarankan Zahid Hamidi yang juga Menteri Dalam Negeri mengambil kira pilihan dasar alternatif termasuk usaha memaksimumkan penggunaan warga asing sedia ada di negara ini melalui cara mendaftarkan pekerja asing haram.

Hal ini termasuk, ujarnya, menghantar pulang mereka terbabit yang enggan mendaftar atau menggunakan pelarian sedia ada dari negara-negara seperti Myanmar dan Syria yang dianggarkan seramai 150,600 berdaftar dengan Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa Bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR) untuk ditawarkan pekerjaan.

"Cadangan ini adalah wajar untuk mengimbangi tuntutan pasaran dan kebanjiran warga asing di negara ini supaya kehadiran hampir lapan juta warga asing tidak berdaftar dapat dibendung dan peluang pekerjaan warga tempatan yang mempunyai kadar pengangguran yang agak tinggi iaitu 3.5 peratus dapat diatasi.

"Bagi merungkai kebimbangan ini, Datuk Seri Zahid Hamidi perlu segera tampil dengan penjelasan sebenar dan tindakan jelas dalam isu pengambilan 1.5 juta pekerja Bangladesh sama ada diteruskan atau tidak oleh Kerajaan Malaysia.

"Jangan hanya membisu semata-mata menahan kemarahan rakyat menjelang pilihan raya umum," tegas Faiz lagi.

Dalam perkembangan berkaitan, Zahid pada awal tahun ini dilapor berkata, pihaknya menerusi Jabatan Imigresen memperoleh keizinan daripada Jabatan Peguam Negara untuk mengeluarkan kad pekerja sementara kepada pendatang asing tanpa izin (PATI) yang mempunyai majikan di negara ini.

Menurutnya, pengeluaran kad itu dibuat atas permintaan golongan majikan untuk mendaftarkan pekerja PATI mereka selain membantu kerajaan merekodkan jumlah sebenar pekerja asing di negara ini.

Naib Presiden Umno itu turut memaklumkan kerajaan sedang membangunkan Sistem Permohonan Pekerja Asing Bersepadu (SPPA) bagi memudahkan urusan permohonan pengambilan pekerja asing termasuk secara atas talian.
PERINGATAN




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...