TERKINI :

Tuesday, June 13, 2017

RM834 JUTA BELANJA DEKODER PERCUMA, LEBIH BAIK BELI 18,533 BUAH MESIN HEMODIALISIS.


1. PM Najib telah mengumumkan pemberian dekoder percuma kepada 4.2 juta penerima BR1M.Pemberian dan pengunaan dekoder ini adalah sebahagian dari projek peralihan sistem penyiaran dari analog kepada digital.Harga dekoder tersebut ialah sebanyak RM199.Persoalannya *apakah pemberian dekoder percuma dengan kos yang besar boleh membantu menyelesaikan hidup rakyat* khususnya 4.2 juta penerima BR1M?

2. Rakyat kini tertekan dengan kenaikan kos sara hidup akibat dari harga barang keperluan meningkat naik angkara GST,tetapi kerajaan UmnoBN seperti lansung tidak menghiraukan penderitaaan rakyat. Pemberian BR1M sebanyak RM1200 setahun atau RM3.28 sehari tidak pun dapat merubah kehidupan rakyat yang makin terbeban *inikan pula dekoder yang tidak boleh menjadi juadah berbuka puasa* serta penerima BR1M terpaksa juga menanggung *kos pemasangan dengan harga RM180*.

3. Perbelanjaan dekoder percuma yang diberi kerajaan berdasarkan harga *RM199 X 4.2 juta bersamaan RM834 juta*.Satu angka yang sangat besar tetapi *tidak membantu penerima BR1M keluar dari bebanan hidup yang menghimpit kehidupan mereka sekeluarga*.Jika Malaysia mempunyai PM yang bijak berfikir untuk rakyat sudah tentu *dengan RM834 juta itu,Malaysia boleh mendapatkan 18,533 mesin dialisis* bagi membantu pesakit buah pinggang yang memerlukan.

4. Dengan RM834 juta juga Malaysia boleh membiayai pembinaan *27,800 buah rumah bagi orang miskin* yang tiada rumah dengan harga RM30 ribu sebuah atau memberi *bantuan RM10 ribu sebuah bagi membaiki 83,400 buah rumah daif di luar bandar*.Kerajaan juga sepatutnya memilih menggunakan wang RM834 juta itu untuk *membantu pembiayaan pendidikan* kepada pelajar IPT dari keluarga miskin dan berpendapatan rendah supaya mereka tidak terus terbeban dengan hutang.Malang untuk Malaysia kerana *memiliki PM umpama musang yang akan menghabiskan ayam satu 'lau' (reban) dan menteri dari 'parti kitchen kebinet' (UmnoBn)yang 'berotak selut dan belemoih dengan korupsi'*.

Rakyat pun rasa pelik apabila lain yang diminta dan diharapkan oleh rakyat lain pula yang diberikan oleh kerajaan.

#RamadhanKareem
#DisinilahBermulanyaPerubahan
#BersamaKitaBinaMalaysia
#TakMauUmnoBn

*Dato' Hj Mahfuz Hj Omar*
Ahli Parlimen Pokok Sena
2pm Taman AlWalid Alor Setar
12 Jun 2017/17 Ramadhan 1438H

APA BEZANYA NAZRI AZIZ DENGAN AHMAD MASLAN?

Dalam barisan kabinet, Nazri Aziz bukanlah dikenali sebagai menteri yang baik, boleh diteladani atau memiliki ciri-ciri kepimpinan terpuji, tetapi lebih dicop sebagai menteri yang samseng, celupar, kasar dan selalu memandang rendah kepada orang lain.

Selalu kedengaran beliau membangga diri  -  "saya menteri, saya lebih besar daripada dia", "saya sudah 17 tahun menjadi menteri", "saya lebih lama jadi menteri berbanding dia, " saya menteri, dia cuma timbalan menteri",  "dia tu budak mentah" dan macam-macam lagi ungkapan yang senada dengannya.

Dalam isu cukai pelancongan yang dipertikaikan oleh seorang menteri Sarawak, Abdul Karim Rahman Hamzah, Nazri sekali lagi dengan kasar membidas menteri berkenaan sebagai "menteri setahun jagung" sambil meneruskan kekasarannya, "jangan banyak cakaplah".

"Saya jadi menteri bukan setahun dua, banyak tahun dah. Dia menteri baru, menteri BN, janganlah tunjuk lagak sangat.

"Jumpa saya, awak tu menteri baru lagi, menteri setahun jagung. Jangan cakap banyaklah," demikian antara lontaran kata-kata yang keluar daripada mulut Nazri.

Nasib baik Nazri belum berbalah dengan Zahid Hamidi yang sekarang menjadi Timbalan Perdana Menteri, jika tidak barangkali akan terpacul juga bidasannya, "jangan banyak cakaplah, saya lebih lama jadi menteri daripada awak."

Dengan sikap Nazri yang selalu berbangga dengan jawatan menteri atau senioritinya itu, beliau sebenarnya tidak jauh berbeza pun dengan Ahmad Maslan yang pernah menunjukkan pencapaian akademiknya sebelum ini berikutan beberapa kali didapati "tidak cerdik" dalam mengeluarkan kenyataan.

Apakah bezanya Ahmad Maslan yang gagal menjawab hujah dengan menunjukkan kelulusan akademiknya berbanding Nazri yang juga tidak mampu menjawab persoalan daripada seorang menteri negeri Sarawak,  tetapi berbangga, "saya jadi menteri bukan setahun dua, awak tu baru setahun jagung."

Susulan kenyataan Nazri yang dianggap kasar, tidak wajar serta mencerminkan semangat BN oleh beberapa pemimpin Sarawak, kerajaan negeri dalam tindakan pantasnya kemudian bertindak menarik diri daripada Lembaga Pelancongan Malaysia, berkuatkuasa serta-merta.

Meskipun alasan yang diberikan ialah kerana penyertaan dalam lembaga itu menyebabkan pertindihan tigas dan peranan dengan Lembaga Penggalakan Pelancongan Sarawak, hakikatnya kerajaan negeri pimpinan Abang Johari Abang Haji Openg jelas terguris hati dan terluka keculaparan Nazri.

Apa lagi tindak-balas Sarawak selepas ini?

Sedarkah Nazri jika tanpa sokongan daripada Sarawak, beliau mungkin bukan berjawatan menteri ketika ini? (ShahbudinHusin 12/06/2017).





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...