TERKINI :

Thursday, June 8, 2017

PEGUAM : Penyamun jenis apa yang sedang berada di DBKL sekarang ini?

PENYAMUN BERTAULIAH DI DEPAN MATA

Baru sampai pejabat... Tadi menghadiri taklimat berkaitan pembangunan Padang Bola Jalan Jujur Bandar Tun Razak oleh Pengarah Jabatan Perancangan Ekonomi dan Pembangunan DBKL di Institut Latihan DBKL Bandar Tun Razak.

Taklimat oleh Pengarah JBEP DBKL jelas bahawa projek pembangunan tersebut diserahkan kepada pemaju Tetuan Sinerjuta Sdn Bhd dan projek tersebut tetap akan terus dijalankan walau pun terdapat bantahan daripada penduduk berhampiran.

Semasa sesi soaljawab, aku mengambil peluang bertanyakan Pengarah daripada maklumat yang beliau sendiri tunjukkan bahawa Datuk Bandar Kuala Lumpur telah menawarkan penjualan tanah tersebut kepada pemaju melalui surat bertarikh 26/04/2016. Surat tersebut dipaparkan pada skrin di dalam Dewan. Amat jelas Datuk Bandar menawarkan pemaju untuk membeli tanah tersebut pada 26/04/2016.

Aku menyoal, bagaimana Datuk Bandar boleh tawarkan tanah yang bukan milik Datuk Bandar untuk dijual? Perlu diambil perhatian bahawa tanah padang bola tersebut adalah tanah rizab melalui Warta Kerajaan yang diletakhak kepada Ketua Setiausaha Negara sebagai Pengerusi Jawatankuasa Kerja Tanah Wilayah Persekutuan. Rizab tanah tersebut hanya dibatalkan pada 22/12/2016 dan disiarkan dalam Warta Kerajaan pada 09/01/2017. Ini bermaksud semasa Datuk Bandar menawarkan penjualan tanah kepada pemaju pada 26/04/2016, tanah tersebut masih tanah rizab. Bagaimana Datuk Bandar boleh tawarkan penjualan tanah rizab yang bukan milik Datuk Bandar?

Soalan aku dijawab bahawa Pejabat Tanah & Galian Wilayah telah memberi milik tanah kepada DBKL pada Mei 2015. Sekali lagi Pengarah JPEP menipu. Pada 13/02/2017 Pejabat Tanah & Galian Wilayah Persekutuan memaklumkan melalui surat kepada aku bahawa status tanah sehingga 10/06/2016 masih lagi dalam proses membatalkan rizab. Jika 10.06/2016 masih dalam proses membatalkan rizab, bagaimana Pejabat Tanah boleh memberi hakmilik kepada Datuk Bandar seperti yang didakwa oleh Pengarah JPEP? Tipu sangat!!

Kemudian pada 01/06/2017 kami membuat carian hakmilik tanah, dan amat jelas bahawa sehingga 01/06/2017 hakmilik tanah masih di atas nama Datuk Bandar Kuala Lumpur dan hakmilik tersebut hanya didaftarkan pada 06/04/2017.

Penyamun jenis apa yang sedangt berada di DBKL sekarang ini?

Zulhazmi Shariff
08/06/2017
13 Ramadhan 1438.

ADAKAH HARI-HARI TERAKHIR ISA DI FGV SUDAH SEMAKIN HAMPIR?

Pantas dan cekap, barangkali itulah ungkapan paling tepat untuk menggambarkan mengenai tindakan SPRM terhadap kemelut yang melanda Felda Global Ventures Holding atau FGV ketika ini.

Baru semalam CEO FGV, Zakaria Arshad diarahkan bercuti sementara untuk berdepan siasatan dalaman sebagaimana yang diumumkan oleh  Pengerusi Lembaga Pengarah syarikat itu, Isa Samad dan kemudian Zakaria pantas bertindak balas dengan mahukan SPRM menyiasat keseluruhan perjalanan urusniaga FGV, tidak sampai 24 jam agensi penguatkuasa anti rasuah itu sudah pun memulakan tindakannya.

Menurut laporan media,  Zakaria dan Isa akan hadir secara berasingan ke pejabat SPRM di Putrajaya petang ini untuk diambil keterangan mereka.

Zakaria dijadualkan hadir memberi keterangan pada jam 2.30 petang, manakala Isa pada jam 5.00 petang.

Dengan ini bermakna, belum pun audit dalaman FGV memulakan penyiasatannya terhadap Zakaria, beliau telah terlebih dahulu berjaya mengheret Isa ke dalam penyiasatan SPRM yang dilaporkannya.

Sudah tentu kehadiran Zakaria lebih dulu ke pejabat SPRM ialah untuk diambil keterangannya berkaitan salah laku Isa sepanjang beliau menjadi Pengerusi FGV, manakala kedatangan Isa pula ialah lebih untuk dilihat bagaimana jawapannya terhadap maklumat-maklumat yang sudah sedia ada di tangan SPRM itu.

Ini berikutan semalam juga Zakaria ada memberitahu beliau sebelum ini cuba menghentikan beberapa pelaburan yang tidak masuk akal yang cuba dibuat oleh FGV.

Dalam keadaan ini, dari segi moralnya Isa sudah pun kalah di tangan Zakaria kerana beliau perlu mengadap SPRM lebih dulu berbanding lawannya itu yang belum lagi berdepan dengan audit dalaman.

Lebih memburukkan lagi moral Isa ialah, sehingga ini belum ada mana-mana pihak yang tampil mempertahankan tindakannya terhadap Zakaria.

Bukan saja semua parti-parti pembangkang bagaikan sepakat berdiri teguh bersama Zakaria, kelompok dalam UMNO sendiri selain lebih ramai yang mendiamkan diri, yang bersuara pula tampak menekan dan  mahukan Isa mengundurkan diri secara baik daripada FGV.

Begitu juga dengan pemain media sosial yang selama ini diketahui pro UMNO, Najib dan kerajaan, tidak ternampak yang tampil bersuara menyokong, mempertahan serta berdiri teguh di belakang Isa.

Isa seolah-olah tiada penyokong dan hanya bersendirian menghadapi kemelut dalam FGV ini.

Kenapa ini berlaku?

Apakah Isa tidak disenangi oleh UMNO sendiri atau terdapat isyarat tidak baik daripada Putrajaya yang tidak lagi memihak kepadanya?

Apakah kesalahan-kesalahan Isa, jika ada, di dalam FGV terlalu sukar untuk dipertahankan sehingga tidak ada mana-mana pihak dalam UMNO yang sudi tampil untuk membela dan mempertahankannya?

Dan adakah dengan adanya siasatan segera lagi pantas oleh SPRM ini menandakan hari-hari terakhir Isa di FGV sudah semakin hampir?

Apa pula pilihan terbaik bagi Isa?

Mahu tidak mahu, Isa sebenarnya mempunyai pilihan yang semakin terhad untuk dirinya. Berkeras untuk melawan hanya mendedahkan lagi dirinya kepada pelbagai kemungkinan yang tidak diingini.

Selain cakap-cakap yang berterusan mengenai penglibatan ahli keluarganya yang tertentu dalam perniagaan di Felda dan FGV sejak dulu, jika kita masih ingat, anak beliau sendiri, Najib Isa pernah diambil keterangannya oleh SPRM pada 2015 lalu berhubung pembelian hotel oleh Felda yang bernilai ratusan juta ringgit di London.

Sumber-sumber lain yang mengetahui pula berkata, terdapat juga ahli keluarga isterinya terlibat sama dalam beberapa perniagaan dengan Felda dan FGV selama ini.

Bermakna, jika Isa cuba bertahan dan berkeras dalam kemelut yang ada ini, beliau bukan saja mendedahkan dirinya kepada pelbagai kemungkinan, tetapi juga mungkin masa depan anaknya yang merupakan Exco Pemuda UMNO dan ahli keluarga isterinya kepada penyiasatan, dan tidak mustahil tindakan oleh pihak SPRM.

Pastinya penyiasatan SPRM yang menyeluruh akan menyelongkar segala kecurangan urusniaga yang pernah berlaku selama ini di Felda dan juga FGV.

Maka, berundur dan meletakkan jawatan adalah pilihan terbaik bagi Isa. (ShahbudinHusin 07/06/2017).

Antara Penerima BRIM dan dekorder TV percuma, siapakah yg untung "atas angin"..???

Kos decoder RM199, bakal diberi kepada penerima Brim seramai 4.2juta. Berapa kos keseluruhan belanja decoder ini ?

4.2j pengguna brim x RM199
= RM835,800,000 / RM836juta -Projek mee segera PRU14.

Belanja decoder ini saja hampir RM1bilion untung kpd pembekal syarikat decoder ? Wahai menteri, mana pergi otak kalian di saat Malaysia berkira utk beri Brim tapi projek pisang panas buleh di selitkan ?

Inilah yg GM kata dahulu, Malaysia tidak bijak berbelanja. Sama juga kes pembatalan peruntukan belajar, kesihatan & sebagainya. Dan telah di beritahu akan idea hapuskan ptptn & duti eksais kenderaan yg menyebabkan harga meningkat hampir 300%.

Bayangkan RM836 juta itu di peruntukkan lebih kepada 5juta penerima Brim. Bukankah lebih ramai rakyat dapat merasa ?

Mengapa tidak buleh harga RM199 yg kerajaan sementara ini perlu bayar kepada pembekal decoder di alihkan kepada bantuan bayaran elektrik & air rumah rakyat, bukankah lebih elok membantu mengurangkan tekanan rakyat ? 

Rakyat miskin menerima Brim, kerajaan suruh cucuk decoder di tv ? ada rakyat yg tak ada tv pun di rumah, tercari wang lebih semata nak bayar bill perbelanjaan.

Entah mana akal menteri bijak dalam Malaysia ni. Bijak pelahap duit utk keuntungan kroni.

Dah GM katakan dulu, Umno Baru & BN ini tidak ada keupayaan apa sbnrnya. Hanya bergantung kpd projek kerajaan utk cari wang lebih bagi perbelanjaan PRU14 milik partinya sendiri. Sekiranya kalah mereka di PRU14 ini, tercarap segalanya kerna segala akses kita sekat. Jika di siasat satu persatu, lagi habis terbungkam wajah mereka satu persatu.

Benamkan Umno Baru & BN pada PRU14 ini. Hanya ini saja caranya agar kita dapat selamatkan negara dari musnah di tangan sang kleptokrasi.

Yang berkarya:
Gino Marvela aka Gin Marvel.





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...