TERKINI :

Wednesday, June 7, 2017

Tidur selepas subuh menutup pintu rezeki


TIDUR selepas subuh merupakan tabiat yang sering dilakukan oleh kita lebih-lebih lagi pada waktu cuti. Tidak dinafikan bahawa sebahagian daripada kita menjadikan tidur selepas subuh sebagai satu amalan. Istilah tidur selepas subuh tidak pernah wujud sama sekali dalam Islam.

Hukum tidur selepas subuh mengandungi dua pandangan, iaitu pandangan kita (pandangan nafsu) dan pandangan orang soleh (ulama’). Jika dilihat berdasarkan pandangan kita (pandangan nafsu) melalui cara hidup dan cara amalan kita, ia dibolehkan tidur selepas waktu subuh, walaubagaimanapun ia tetap diibaratkan seperti anjing mati.

Tiada nas yang jelas menunjukkan bahawa menghalang seseorang untuk tidur selepas subuh. Oleh itu, hukum tidur selepas subuh kekal harus kerana tiada dalil yang menghalangnya. Meskipun tiada nas yang menghalang untuk tidur selepas subuh namun terdapat banyak galakan untuk menghidupkan amalan yang berfaedah selepas subuh seperti mengulangkaji pelajaran, beriadah, bekerja untuk mencari rezeki dan sebagainya.

Bukankah amalan ini lebih baik jika dibandingkan dengan tidur selepas subuh sehinggakan kadang kala kita terjaga ketika matahari tegak di atas kepala. Rasulullah SAW melihat anaknya Fatimah R.A berbaring selepas solat subuh, lalu baginda bersabda maksudnya:

"Wahai anakku, bangunlah dan hadaplah rezeki tuhanmu dan janganlah engkau jadi daripada kalangan orang yang lalai. Sesungguhnya Allah membahagikan rezeki manusia diantara terbitnya fajar sehingga terbitnya matahari." (riwayat Al Baihaki)

Solat sunat Dhuha juga turut kita abaikan apabila kita mengamalkan tidur selepas subuh. Walhal, waktu Dhuha merupakan waktu yang mustajab untuk kita memohon rezeki. Pintu-pintu rezeki terbuka luas pada waktu Dhuha untuk hamba-Nya yang berlumba-lumba mencari rezeki dan mendapatkan keredhaan-Nya. Sekiranya kita tidur selepas subuh, kita seolah-olah sombong dan menolak rezeki yang Allah janjikan di pagi hari. Aktiviti yang lebih bermanfaat bagi dunia dan akhirat lebih baik dikerjakan daripada tidur selepas subuh. Salah satu amalan sihat Rasul adalah bangun sebelum subuh (untuk solat malam) dan beraktiviti setelah subuh.

Beberapa hari lagi umat Islam akan menyambut bulan Ramadan. Alangkah indahnya sekiranya kita melakukan ibadah selepas sahur dan solat subuh seperti bertadarus, dan menghadiri majlis ilmu. Bulan Ramadan juga akan lebih bermakna dengan memperbanyakkan amalan mulia. Dalam sebuah hadis, Nabi SAW telah bersabda mafhumnya;

“Wahai tuhan kami, berkatilah untuk umatku pada awal waktu pagi.”

Adalah Nabi SAW, jika baginda menghantar seangkatan tentera, baginda akan menghantarnya di awal pagi.

“Adalah saudagar itu seorang peniaga dan beliau memulakan perniagaannya di awal pagi maka telah bertambah hartanya (mendapat keuntungan).” Riwayat Abu Daud, Syeikh Al-Albaani menilainya Sahih.

Nabi SAW amat menitikberatkan mengenai pengurusan masa lebih-lebih lagi di awal pagi bagi seseorang muslim. Ini dilihat dengan amalan yang dianjurkan oleh Rasulullah SAW dari segi berzikir mahupun keluar kerja untuk mencari rezeki dan disebabkan oleh itu juga para ulama’ amat menjaga waktu selepas subuh mereka agar dipenuhi dengan perkara yang berfaedah lagi berpahala.

Terdapat banyak keburukan tidur selepas subuh antaranya ialah badan kita akan menjadi lemah dan tidak bermaya sepanjang hari. Badan akan lemah sekiranya kita tidur berlebihan dan kurang mendedahkan kulit dengan cahaya di siang hari. Selain itu, akibat tidur selepas subuh juga ialah badan kurang sihat oleh kerana tidak mengamalkan aktiviti riadah di siang hari.

Seterusnya, tidur selepas subuh boleh mematikan hati sebagaimana Ulama’ ibnu Qayyim mengatakan bahawa tidur selepas subuh boleh mematikan hati, membuatkan badan menjadi malas dan juga mensia-siakan waktu yang berharga. Apalagi jika ada keperluan kerana bekerja di waktu malam untuk kesegaran saat menjalani hari. Secara ilmiah dari berbagai rujukan, tidur setelah subuh dapat menyebabkan kepikunan (nyanyuk).

Kesimpulannya, lihatlah kepada diri kita ini, ada sifat malas dalam diri yang perlu diubah. Jika kita tidak ubah sikap pemalas kita ini, maka bermacam-macam impak negatif bakal menghanyutkan diri ke arah kemudharatan yang lebih besar.

“Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib suatu kaum kecuali kaum itu sendiri yang mengubah apa-apa yang pada diri mereka.” (surah Ar-Ra’d : ayat 11). - HARAKAHDAILY 24/5/2017
NOOR HAFIZAH SHARIF
Penulis ialah pelajar Universiti Sains Islam Malaysia

Isa bakal jadi korban Najib?

 
Laporan penuh Buletin Utama TV3 semalam dan serangan lewat tulisan bloger Raja Petra Kamaruddin terhadap Tan Sri Isa Samad cukup memberikan signal bahawa Datuk Seri Najib Razak sedang bergulat menyingkirkan pengerusi Felda Global Ventures (FGV) itu.

'Cuti' yang diberikan kepada Ketua Pegawai Eksekutif FGV Holdings Bhd, Datuk Zakaria Arshad - yang dikecam ramai pihak - merupakan sebahagian daripada plot untuk mewujudkan gelombang penolakan terhadap Isa.

Menyedari bahawa Isa bakal menjadi halangan terbesar untuk Najib mengekalkan kemenangan di kawasan-kawasan Felda, gerakan ini lebih mencabar ketika bekas menteri besar Negeri Sembilan itu sendiri berpendirian untuk terus kekal di tempatnya.

Najib yang ketika ini masih dilihat takut-takut, jelas berhati-hati mengambil langkahnya.

Mungkin masih dihantui sejarah silamnya dengan Isa, atau arahan-arahan yang pernah diberikan sewaktu hari-hari awal Isa sebagai pengerusi FGV.

Dalam pertembungan dua 'dinasour' politik ini, pastinya yang terkorban dan akan dikorbankan ialah orang baik-baik dalam Felda.

Dengan restu Najib

Ia tentunya tidak adil kerana pertembungan yang berlaku itu sebenarnya hanya berlingkar pada isu kelangsungan politik Najib dan Isa sahaja. Ia bukan pertikaian untuk kebaikan jangka panjang Felda.

Ya, malang sekali. Suatu pengorbanan dengan cara tidak wajar setelah orang baik-baik ini menabur bakti membangunkan setiap inci tanah-tanah rancangan. Sayang seribu kali sayang.

Melihat cara berpolitik Najib ketika berdepan bekas timbalannya sebelum ini - selagi beliau bergelar perdana menteri - diyakini Isa akan tetap dipaksa angkat kaki.

Ia adalah tentang bagaimana dan bila saja.

Soalnya, setelah Isa berjaya dilengser, siapa pula 'budak suruhan' yang akan diletakkan Najib untuk menjahanamkan Felda?

Tidakkah segala mimpi buruk Felda bermula tatkala hari pertama Najib bersetuju meletakkan proksinya sebagai pengerusi FGV dahulu?

Buat seluruh warga Felda, Isa adalah buah malapetaka setelah akar tunjangnya tidak kita cantas. Najiblah punca utama kepada semua permasalahan yang menimpa Felda hari ini.

Bermula daripada penyenaraian saham FGV sehinggalah skandal melibatkan Peter Sondakh, semua itu tidak akan berlaku tanpa restu Najib.

Nah, kalau benar mahu selamatkan Felda, langkah paling wajar adalah membenamkan Najib pada pilihan raya umum akan datang. Itu sahaja satu-satunya jalan, untuk kita, generasi masa depan Felda.

SHAZNI MUNIR MOHD ITHNIN ialah Naib Ketua Pemuda AMANAH Nasional merangkap pengerusi Jawatankuasa Felda Pemuda AMANAH.

4 persoalan berkaitan Shafee Abdullah



Pemuda PKR (AMK) membuat laporan polis terhadap dakwaan peguam Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah menerima wang bekas anak syarikat 1MDB, SRC International, berjumlah RM9.5 juta daripada perdana menteri.

Ketuanya, Nik Nazmi Nik Ahmad menggesa pihak berkuasa menyiasat dakwaan terbaru laman pendedah maklumat Sarawak Report itu dan berkata Shafee harus "berehat" daripada kes melibatkan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

N Surendran, peguam Anwar, sebelum ini berkata mereka akan membincangkan tindakan lanjut, susulan dakwaan itu.

Shafee adalah peguam yang mengetuai pasukan pendakwaan dalam sabitan kes liwat melibatkan bekas ketua pembangkang.

Nik Nazmi hadir bersama Pengarah Komunikasi PKR Fahmi Fadzil dan Ketua Biro Agama AMK Wan Ji Wan Hussin ke ibu pejabat polis daerah (IPD) Dang Wangi, Kuala Lumpur sekitar jam 11.00 pagi dan keluar sejam kemudian.

Sarawak Report mendakwa Najib membayar wang yang banyak itu pada 11 September 2013 dan 17 Februari 2014.

Menteri kebudayaan Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz bagaimanapun berkata laman itu "tiada kewibawaan" dan beliau justeru tidak percaya terhadap dakwaan itu.

Portal pro-Najib MyKMU menyifatkan dakwaan itu sebagai pembohongan kerana tiada keperluan untuk Najib membayar kepada pendakwa raya apabila keputusan dibuat oleh hakim.

Sementara itu, Nik Nazmi yang juga anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seri Setia dalam laporannya mengemukakan empat persoalan berkaitan dakwaan itu, jika benar berlaku transaksi:

    Tujuan pembayaran RM 9.5 juta dari Najib kepada Shafee.
    Apa hubungan Najib dan Shafee sehinggakan jumlah yang begitu besar dibayar.
    Adakah pembayaran itu berkaitan dengan kes liwat Anwar.
    Siapa lagi yang menerima pembayaran daripada duit SRC melalui akaun peribadi Najib.

Terus membisu?

Bagaimanapun, Nik Nazmi juga percaya Najib dan Shafee akan terus membisu terhadap dakwaan itu.

Beliau justeru mempertimbangkan untuk mengadukan dakwaan sama terhadap Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Majlis Peguam.

"Beliau merupakan peguam dan peguam ada kod etika dia sebagai seorang profesional," tambah Nik Nazmi.

Dokumen yang dipegang peguam negara dalam sidang media pada Januari lalu lepas menunjukkan sekurang-kurangnya RM32 juta disalurkan ke akaun bank peribadi perdana menteri dari SRC.

Tan Sri Apandi Ali bagaimanapun membersihkan Najib daripada sebarang salah laku atas alasan bahawa perdana menteri tidak sedar menerima wang berkenaan.

Najib menafikan dakwaan bahawa beliau mengambil wang rakyat untuk kepentingan peribadi.

Malaysiakini tidak boleh secara bebas mengesahkan dakwaan laporan Sarawak Report atau menentukan sama ada bayaran yang dikatakan itu berkaitan dengan peranan Shafee dalam kes Anwar.

Shafee sebelum ini dilaporkan tidak sihat dan belum mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung dakwaan itu. Usaha Malaysikini untuk mendapatkan ulasannya setakat ini juga tidak berjaya.

Isa Samad menggali kuburnya sendiri?

 Isa Samad FGV
Tindakan Tan Sri Isa Samad menggantung Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Datuk Zakaria Arshad dan Ketua Pegawai Kewangan (CFO) Felda Global Venture (FGV) Ahmad Tifli Talha mesti dipandang serius.

Setelah setahun mengemudi FGV, beliau telah memulakan pelbagai langkah penambahbaikan dan pelan strategi bagi memulihkan konglomerat besar ini sejak penyenaraiannya. FGV kembali membuat keuntungan dalam tahun kewangan berakhir 31 Mac 2017 berbanding tahun-tahun sebelumnya.

Lebih serius lagi kerana Zakaria telah mendedahkan bantahan beliau terhadap pelaburan ratusan juta yang 'tidak masuk akal' dan dalam pelaburan yang tidak 'core-business' FGV. Contohnya, rancangan untuk menambah RM551 juta dalam syarikat nano karbon yang bukan 'core-business' iaitu Felda Cambridge Nanosystems Ltd, setelah itu kerugian RM117 juta adalah tidak masuk akal dakwa beliau. FGV hanya punya simpanan tunai sebanyak RM1.8 bilion sementara menanggung ansuran hutang sebanyak RM4 bilion.

Ada sesuatu tidak kena

Keberanian serta ketegasan Zakaria yang mahukan SPRM bertindak menyiasat dakwaan salah-laku bayaran atau apa jua dakwaan yang lain (discrepancies) mengisyaratkan sesuatu yang tidak kena. Beliau merakam kekecewaannya dan menyifatkan bahawa beliau adalah 'mangsa keadaan' (victim of circumstances). Terkini beliau mencabar pihak Lembaga Pengarah FGV untuk membuat pilihan antara beliau dan pengerusinya.

Zakaria tidak pula menafikan kemungkinan wujud ketidakselarasan (discrepancies) dalam bayaran dan sebagainya, yang dikesani oleh audit dalaman. Pihak FGV telah pun melibatkan sebuah badan audit luar (PwC) yang mengesahkan kewujudan ketidakselarasan yang membabitkan 'berjuta ringgit'.

Zakaria yang agak enggan untuk meletakkan jawatan pada tahap awal, menyatakan bahawa beliau sendiri telah melaporkan kepada SPRM untuk menyiasat akan kes tersebut kerana urusniaga dengan anak syarikat Felda, Delima Oil Products (DOP) dan Safitex telah berjalan lebih awal dari pelantikan beliau lagi.

Jadi tanda tanya

Kini menjadi tanda tanya besar apakah motif di sebalik kesemua tindakan Isa Samad ini, yang tidak pernah setegas dan sepantas ini. Ada sesuatu yang belum dapat dibaca lagi oleh pihak penganalisis.

Dengan mulanya siasatan ini, maka apakah ini merupakan peluang untuk SPRM melanjutkan siasatan atas segala dakwa-dakwi tentang perolehan aset-aset mewah luar negara termasuk khasnya perihal pembelian 37% saham PT Eagle High Plantations di Indonesia dengan harga RM2.9bilion, hampir 3 kali ganda harga pasaran?

Pun begitu, yang jelasnya, tindakan Isa Samad ini seolah-olah akan berakhir dengan mendedahkan pelbagai dakwaan silap laku dan kepincangan pengurusan pelaburan FGV untuk sekian lama ini. Dengan kata lain, apakah langkah Isa Samad untuk menyingkir CEO yang kini menjadi 'penghalang dan pencabar'nya, tidak ubah seperti menggali kuburnya sendiri?

Dr Dzulkefly Ahmad ialah pengarah strategi Parti Amanah Negara

Kenapa UMNO gembira bilamana berjaya pecahkan DAP dengan rakan pembangkang yang lain..!!

Mengapa DAP dimusuhi Umno BN dan kemudian mengheret semua pihak termasuk rakan-rakan DAP dalam PR (dulunya) untuk memusuhi DAP?

JAWAPANNYA mudah.

Ia kerana musuh dan ancaman sebenar BN adalah 1) DAP dan kemudian diikuti oleh 2) PKR. Khususnya bagi kerusi-kerusi yang lawan mereka adalah MIC, MCA dan GERAKAN.

MENGAPA?

Ia kerana survival BN terancam akibat kedua-dua parti ini khususnya DAP. Dua kali PRU yang terkini bagi negara ini iaitu PRU12 (2008) dan PRU13 (2013) menyaksikan parti-parti komponen BN iaitu MIC, MCA dan GERAKAN mengalami kekalahan yang sangat teruk. Mereka tewas di tangan PR khususnya oleh DAP !

Maka, melemahkan PR dan seterusnya bagi memastikan survival BN adalah melalui cara menghapuskan atau melemahkan DAP, yang seterusnya melemahkan dan menghancurkan PR.

BAGAIMANA?

Kaedah serangan paling mudah dan cepat bagi menghancurkan lawan adalah dengan membuat SERANGAN PERSEPSI dan merekayasa ketakutan demi ketakutan ataupun saya sebut sebagai strategi "Instill Fear", menanamkan rasa takut.

MEMPOTRETKAN lawan dengan sehodoh-hodoh dan sejahat-jahatnya melalui pelbagai instrumen, agensi dan proksi. Kemudian ia dilakukan secara BERULANG-ULANG bertujuan menanamnya di minda bawah sedar setiap orang.

CONTOHNYA?

DAP anti Islam. DAP menindas bangsa Melayu. DAP adalah proksi PAP dari Singapura. DAP menjalankan misi kristianisasi terancang. DAP benci ulamak. DAP giat menghancurkan PAS. DAP mahu jadikan Malaysia macam Singapura bawah Lee Kuan Yew. DAP jahat. DAP jahat. DAP jahat dan macam-macam lagi, agaknya sehingga dunia kiamat.

Itulah ratiban umno dan kini menjadi ratiban bergema oleh kebanyakan yang lebih suka serta percaya kepada Auta daripada FAKTA. Mereka berfikir dengan emosi, bukan dengan akal yang sihat.

Justeru, selepas meneliti FAKTA dan bukannya hanya mempercayai AUTA, apakah anda masih percaya dakyah UMNO?

UMNO menipu kita selama ni dengan memainkan sentimen perkauman.

Sebenarnya yang merosakkan Melayu dan menggadaikan masa depan melayu adalah pemimpin UMNO.

Hentikan bermain isu perkauman jika anda tidak tahu fakta sebenar.

SELEPAS 2 TAHUN PAS PUTUSKAN HUBUNGAN DENGAN DAP, "VETO" PUNCA PERPECAHAN & KEMUSNAHAN

NASI DAH JADI BUBUR LAMBUK...
(cerita orang yang tahu luar dan dalam, mudah-mudahan menjadi ikhtibar)

[ Fiqh Siyasi 47 - #veto yg memusnahkan ]

VETO sebagai salah satu punca pecahnya Kesatuan Islam

'Ibrah tulisan Qaradhawi dlm kitab ( الصحوة الإسلامية بين الاختلاف المشروع والتفرق المذموم ) yg ditulis tahun 1990.

Ramadhan kareem;
Bulan yg menerbitkan pembuktian & pencerahan buat mereka yg cakna isu politik negara.

1. Genaplah hari ini, 2 tahun lepas [ 6/6/2015 ] Pas secara rasmi bertindak putus hubungan dgn Dap. Atau lebih tepatnya 2 tahun genap Hj Abdul Hadi Awang salahgunakan veto utk bertindak putus dgn Dap.

2. Hingga saat ini, Hj Hadi masih gagal nyatakan walau satu pun sebab apa "thawabit" (atau perkara prinsip) yg "telah digadaikan oleh Pas" selama berkawan dgn Dap, sehingga beliau menukar pendirian 180 degree (u-turn) dari "wajib pertahankan kerjasama dgn Dap", kepada wajib putus dgn Dap keesokannya. Saya sudah bertemu berdepan dgn Hj Hadi Ramadhan 2 tahun lepas bertanyalah terus padanya soalan di atas. Hingga saat ini beliau memilih utk berdiam diri tak mahu menjawab soalan itu, atau mungkin langsung tak berani memberikan jawapannya.

Kronologinya penting;

3. Rabu 3/6/2015 - petang sebelum penutup Muktamar Dewan Ulamak, bangun Mokhtar Senik bawa usul tergempar, ajak putus dgn Dap. Usul lewat dan mengejut itu diterima tanpa bahas. Dengan kefahaman semua yg hadir usul itu akan dibahaskan lusa, masa muktamar pusat.

4. Khamis 4/6/2016 - esoknya dlm ucapan dasar muktamar, Hj Hadi sebut dgn jelas utk semua pihak wajib berusaha "kekal dan kukuhkan" kerjasama dgn Dap/Pkr sebab manfaat dakwah besar utk Pas. Ucapan dasar diterima 100% perwakilan!

5. Jumaat 5/6/2017 - pagi itu mendapat makluam (walau belum di umumkan) kesemua "chai kepimpinan" yg bersama dlm senarai disertai Hj Hadi itu menang keseluruhannya. Pagi itu juga tanpa disangka Hj Hadi arahkan Ketua JK Usul YB Mahfuz Omar utk ubah (secara paksa) usul dewan ulamak sebelum itu yg sepatutnya dibahas oleh muktamar, kepada kategori "usul diterima tanpa bahas", yg bermaksud perwakilan tidak dibenarkan bahas. Tetapi sebaliknya wajib terima sahaja keputusan Hj Hadi utk putus dgn Dap itu.

6. Semua 2,200 perwakilan termasuk Majlis Syura, JK Pas Pusat, perwakilan Dewan-dewan terkejut. Perlembagaan tak pernah memberikan Presiden parti kuasa veto itu. Bekas kepimpinan masa itu, Hj Mohamad Sabu, dan ramai lagi membantah veto itu. Mana mungkin isu sebesar dan serious begitu "dipaksa terima sebegitu sahaja". Sedangkan tujuan sebenar usul itu mmg untuk diajak bahas dan diundi oleh perwakilan. Bahkan itulah tujuan muktamar, sbg kuasa pemutus tertinggi parti.

7. Tidak. Hj Hadi tetap mahu veto walau dibantah habisan oleh oleh muktamar. In fact itulah kecelakaan plg besar berupa khianatnya Hj Hadi Awang sejak wafatnya TG Nik Abdul Aziz Nik Mat tiga bulan sebelum itu. Tiada satu pun asalan diberikan Hj Hadi atas sebab wajib putus.

Apa seterusnya?

8. Esoknya pagi Sabtu 6/6/2015 - tatkala muktamar terus ketepikan usul tersebut dari dibahaskan, bangun 6 org perwakilan yg semua mereka 100% menegur tindakan Hj Hadi itu dan memberi amaran bahawa Perlembagaan parti tidak pernah membenarkan hak dan kekuasaan veto terlaksana oleh ketua parti.

9. Peguam Perlembagaan Pas Tuan Muhammad Faiz Fadzil (anak bekas Presiden Pas Ustaz Fadhil Noor - pencetus kerjasama dgn Dap/Pkr), memberi amaran bahawa tindakan Hj Hadi itu adalah berdosa kerana khianati perlembagaan parti dan mandat ahli. Saudara Norhalim Sirome memberikan teguran bahawa ulamak kena bersikap amanah dan melaksanakan tanggungjawab menegur ketua dan jangan dirbiarkan kerosakan terus dilakukan oleh Hj Hadi itu.

10. Bahkan lebih dahsyat org kanan Hj Hadi di Marang sendiri, YB Ustaz Mohd Nor Hamzah berkali bangun dan diarahkan duduk, dan bangun semula, membantah tindakan mengejut Hj Hadi itu. Amaran diberikan jika Hj Hadi laksanakan veto itu, maka FITNAH yg besar dan perpecahan pasti akan berlaku dlm Pas dan PR kerana Presiden Pas bakal dilabel sbg mengkhianati segala mandat yg rakyat berikan pada PRU 2008 dan 2013. Tiga kali beliau bangun dan dan duduk, hanya semata membangtah Presiden Pas yg bertindak veto itu!

11. Hj Hadi hanya berkeras hati melihat segenap bantahan perwakilan dan kekecohan dewan mjuktamar itu. Biarlah apa nak berlaku, putus tetap putus dgn Dap. Puas!

12. Hari yg sama - 6/6/2015 Ketua Ulamak Mahfuz Mohamad dlm ucapan penutupnya berkata beliau sendiri cukup terkejut atas tindakan Presiden Pas itu. Bagaimana usul sepenting yg dicadangkan utk dibahas oleh Dewan Ulamak yg beliau pimpin, tiba-tiba dipinda dan dipaksa sbg usul yg wajib diterima oleh semua perwakilan, dan merampas hak mereka utk berbahas!

13. Wakil tuan rumah YB Ustaz Shafie Ngah dlm ucapan penutupnya penuh dgn linangan airmata berkata satu "muktamar khas" wajib diadakan dalam masa terdekat demi memberikan semula hak perwakilan dan juga memperbaiki semula hubungan dgn Dap dan PR. Bukan membiarkan perwakilan pulang dgn perasaan marah dan kecewa tanpa kefahaman utk putus dgn Dap tanpa satu sebab diberikan itu!

14. Hari yg sama kami pulang dgn perasaan luar biasa. Kalau tahun 2014 Hj Hadi bermakian "barua dan broker" dlm penutupnya, disusuli doa laknat oleh Ustaz Azhar Yaakob, tapi hari itu semua perwakilan pulang dlm perasaan terkejut betapa hak perwakilan dikhianati oleh Presiden parti sendiri.

Apa seterusnya?

15. Lusa Isnin 8/6/2015, pimpinan utama Pas masa itu Iskandar Abdul Samad memanggil satu mesyuarat khas dihadiri oleh semua wakil kawasan di Selangor dan dewan-dewan (atas kapasiti sbg Naib Presiden). Beliau bertanya terus pada Dewan Ulamak, apa sebab sebenar kamu mahu putuskan dgn Dap?

Apa jawapan Rizuan Bin Rahmat selaku AJK Ulamak Pusat dan juga Ketua Ulamak Selangor.

(a) Kami dewan ulamak tidak pernah pun sesekali berhasrat utk putus dgn Dap. Tidak langsung. Bahkan ketika muktamar tidak diputuskan pun utk putus dgn Dap /  Pkr.

(b) Dewan Ulamak amat faham dan akui bahawa manfaat dakwah daripada kerjasama politik (tahaaluf siyasi) Pas bersama Dap/Pkr sejak 2008 itu sgt banyak memberikan manfaat pada Pas. Kerana dgn kerjasama PR itulah Pas mampu laksanakan pelbagai kerja dakwah di Selangor dan dapat menguasai masjid surau serta memegang ribaun jawatan politik. Ia tidak akan berlaku kalau tiada kerjasama antara parti. Untuk Pas memerintah secara sendirian adalah terbukti mustahil dlm waqie semasa.

(c) Katanya, usul itu putus dgn Dap itu hanyalah usul tergempar yg tiba-tiba dibawa oleh Mokhtar Senik, org luar Selangor. Pada masa itu sudah lewat petang dan tiada masa, maka usul itu diterima sebulat suara utk dibahaskan pada hari muktamar pusat. Itu kefahaman semua.

(d) Katanya usul itu diterima mahu diangkat ke muktamar pusat hanyalah dgn tujuan yg satu iaitu "hanya utk gempar sahaja Dap" dan bukan sesekali utk putus terus. Dan perwakilan sendiri yakin apabila dibahaskan usul itu pasti muktamar akan tolak.

(e) Katanya, Dewan Ulamak sendiri tak sangka bagaimana Presiden boleh arahkan usul itu terus diterima tanpa benar dibahaskan langsung, kerana itu bukan tujuan asal usul tersebut.

16. Ya ikhwah, itulah kenyataan rasmi Ketua Ulamak Selangor masa itu di hadapan semua yg hadir. Dan pada masa itu juga beberapa ahli mesyuarat yg hadir menjerkah secara terbuka beliau atas kenyataan yg dilihat cukup bodoh dan jahat tersebut. Iskandar akhirnya terpaksa menutup mesyuarat apabila tak sangka jawapan yg dikemukakan oleh Ketua Ulamak sedemikian sekali rupanya.

Ikhwah yg dirahmati,

17. Hari ini, 2 tahun lepas kejadian itu saya ungkapkan semula dlm tujlisan ini sebagai menepis FITNAH yg ditaburkan oleh kepimpinan Pas bahawa Parti Amanah Negara (AMANAH) yg kami laksanakan ini adalah manifestasi kekecewaan atas kekalahan dlm muktamar tersebut. Tidak sesekali.

18. Kami ini bersama sahabat-sahabat yg lain terlibat dlm kerja-kerja dakwah dan tarbiyyah Pas sejak sekian lama cukup faham akan betapa beratnya memikul tanggungjawab dan amanah jamaah. Kalah adalah satu kesyukuran yg memberikan ruang utk fokus pada tugasan lain yg lebih banyak.

19. Saya, dan saf kepimpinan AMANAH yg lain meletakkan bahawa kerosakan plg utama yg dilakukan oleh Pas adalah apabila membiarkan sahaja perlakuan KHIANAT oleh Presiden mereka itu, dan mengizinkan langkah VETO yg jelas haram dan melanggar perlembagaan parti, dibuat sendiri oleh ketua mereka Hj Hadi Awang.

Nota;
Untuk faham lebih jelas, apa kata Qaradhawi?

Dalam kitab Syeikh Prof Dr Yusuf د.يوسف القرضاوي Al Qaradawi ( الصحوة الإسلامية بين الاختلاف المشروع والتفرق المذموم ) (atau dikenali kitab fiqh perbedaan pendapat dlm Islam) yg ditulis 30 tahun lepas Syeikh jelas menyatakan antara asbab plg utama boleh berlakunya isu taadud jamaah (bertambahan pelbagai kumpulan / parti Islam baru dlm perjuangan Islam disesebuah negara) adalah disebabkan wujudnya "penggunaan veto" oleh sesebuah ketua kumpulan tanpa mahu melaksanakan syura dalam keputusannya.

Veto yg dimaksud adalah penggunaan "syura mu'lim" yg konsepnya seseorg ketua bertindak membuat keputusan atas pandangan sendiri semata tanpa terikat pada pandangan majority yg tak bersetuju dgn nya.

Dan saya merasai akan kebenaran yg yg cukup pahit dari kenyataan Qaradhawi 30 tahun lepas itu, tatkala ianya berlaku dihadapan mata sendiri, genap 2 tahun lepas.

Wallahu 'alam.

Ahmad Sayuti Bashiron
https://www.facebook.com/ahmadsayutibashiron/posts/10155315002624876

Bersaksilah ya Allah.
Aku telah berkata satu yg bayyinah yg berat bagiku demi keterangan buat bulan yg mulia ini.

Tambahan cataran yg lalu....

[ Fiqh Siyasi -  #tahaalufsiyasi ]

Sebaik mengetahui keputusan Majlis Syura Ulamak (MSU) PAS yg sahkan keputusan muktamar bulan sudah utk putuskan hubungan dgn DAP, tanpa satu "sebab" (thawabit) yg jelas, yg dibuat hanya atas veto Presiden PAS, anak lelaki sulung Tok Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat sebut pada saya tengahari tadi masa kami ke Airport Subang;

"Tak sangka, berpuluh tahun ayahanda Tok Guru bersusah-payah bina hubungan dgn meyakinkan (orang) bukan Islam dgn kaedah tahaluf siyasi, baru sahaja tiga bulan Tok Guru meninggal, tahaluf siyasi itu pun runtuh sama-sekali..."

Hati saya menyambut...

Bersabar lah wahai anak pejuang. Ayah ustaz telah laksanakan dakwah di medan siyasah pada tahap maksima. Dan takdir keruntuhan dakwah oleh Hj Abdul Hadi Awang itu moga ada hikmah yg lebih besar menanti kita semua kelak utk meneruskan kerja dakwah ini.

Tok Guru dah tunaikan amanah perjuanganNya. Meletakkan Islam dan dakwah pada martabatnya.

Bagi mereka yg khianat, mereka yg bawa FITNAH pada Islam dan perjuanganNya itu, akan tetap kena jawab hadapan Rabb jalil atas peerlakuan khianat mereka kelak.

Way forward.
Jalan kita masih jauh.

Selamat ber'ibadah pada malam 25 Ramadhan.

W'alam

Ini catatan saya 2 tahun sudah....





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...