TERKINI :

Sunday, June 4, 2017

NFC: Ladang ada, mana lembunya?

Timbalan presiden Amanah Salahuddin Ayub mendesak kerajaan menjelaskan status National Feedlot Corporation (NFC) yang ditubuhkan untuk menjadi sebuah syarikat pengedar daging lembu kepada seluruh negara.

Timbalan presiden Amanah Salahuddin Ayub mendesak kerajaan menjelaskan status National Feedlot Corporation (NFC) yang ditubuhkan untuk menjadi sebuah syarikat pengedar daging lembu kepada seluruh negara.

"Selepas skandal yang berlaku membabitkan syarikat tersebut, ternyata ia seperti suatu pembaziran yang nyata," katanya.

Beliau berkata demikian selepas membuat lawatan bersama Amanah Johor ke ladang di Segamat yang dikatakan ladang untuk ternakan lembu bagi syarikat NFC.

Namun katanya, ia cukup mendukacitakan kerana apa yang disaksikan hanya sebuah padang rumput hijau yang luas dan lembu yang hanya wujud dalam bilangan kecil saja, jauh tidak mampu untuk dijadikan sebagai pengedar ke seluruh negara.

"Ini adalah suatu perkara yang cukup memalukan dan ia jelas memanipulasikan keadaan bagi mengaut keuntungan hanya bagi individu tertentu yang jelas telah menipu rakyat dengan meletakkan projek yang kononnya akan menjadi projek untuk membantu meringankan beban rakyat," katanya.

Menurut beliau, tindakan yang dilakukan ini adalah jelas menunjukkan pihak kerajaan Umno dan Barisan Nasional (BN) mempersendakan rakyat Malaysia seluruhnya dan ia suatu perkara yang tidak sepatutnya berlaku bagi sebuah kerajaan yang membawa slogan 'rakyat didahulukan pencapaian diutamakan'.

"Sebagai rakyat Malaysia, saya merasa terhina dengan apa yang berlaku hari ini dan ini menunjukkan kerajaan yang ada selama ini hanya menjaja kata-kata kosong bagi memenangi hati rakyat dan perbuatan yang mereka pratikkan boleh dilihat sebagai suatu kesinambungan yang dangkal," katanya.

Kontroversi NFC bermula selepas Laporan Ketua Audit Negara 2010 pada 24 Oktober 2011 menyatakan keluarga Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil mendapat pinjaman mudah RM250 juta dan tanah seluas 5000 ekar (2,023 hektar) di Gemas, Negeri Sembilan.

MENGAPA BOLEH JADI BEGINI DUHAI PKR..?


Walaupun Biro Politik PKR pada 16 Mei lalu telah membuat keputusan semua lantikan politik daripada parti itu dalam kerajaan Kelantan perlu meletakkan jawatan dengan serta-merta susulun keputusan Pas memutuskan hubungan dengan PKR, dilaporkan belum ada yang berbuat demikian sehingga ini.

Ia disahkan sendiri oleh Menteri Besar Kelantan, Ahmad Yaakob yang berkata, "Mereka tidak letak apa-apa jawatan dan setakat ini berjalan seperti biasa."

Kenapa boleh jadi begini?

Mengapa arahan Biro Politik PKR tidak dihormati oleh ahli-ahlinya sendiri?

Dilaporkan juga Adun PKR Guchil, Mohamad Roslan Puteh memberitahu, sehingga ini semua lantikan politik itu belum meletakkan jawatan kerana masih berlaku rundingan di antara kerajaan negeri dengan PKR pusat berhubung perkara itu.

Rundingan apa lagi?

Perlu apa berunding lagi sedangkan Biro Politik PKR sudah membuat arahan yang jelas mengenainya dan Pas pula sudah memutuskan hubungan dengan PKR?

Apakah dalam hal ini Biro Politik PKR perlu membuat arahan sekali lagi atau  di mata rakyat, PKR pun akhirnya dilihat tidak jauh berbeza dengan Pas juga? (ShahbudinHusin 04/06/2017).

SPR OH SPR : dipersoal kenapa 20 pengundi India 'tinggal' di rumah Melayu

 Pakatan Harapan Perak membawa bantahan senarai pengundi mencurigakan kepada SPR
Tindakan Adun Hutan Melintang, S Kesavan mengusung tikar dan bantal ke pejabat SPR di Ipoh adalah simbolik kepada penegasan untuk tidak berganjak selagi bantahan berhubung senarai pengundi hantu enggan diterima SPR.

Pakatan Harapan Perak membawa bantahan senarai pengundi mencurigakan kepada SPR

Tindakan Adun Hutan Melintang, S Kesavan mengusung tikar dan bantal ke pejabat SPR di Ipoh adalah simbolik kepada penegasan untuk tidak berganjak selagi bantahan berhubung senarai pengundi hantu enggan diterima SPR.

Ahli jawatankuasa Amanah Perak, D.S. Nali Raja berkata, Pakatan Harapan negeri berkenaan menemui fakta mengejutkan apabila menyiasat lebih 3,000 pengundi baharu yang didaftarkan di Hutan Melintang hanya dalam tempoh dua bulan itu.

Hasil semakan, ujarnya, mendapati seramai 321 pemilih berketurunan India yang dibawa dari luar kawasan seperti Taiping dan Parit Buntar dikesan didaftarkan di Dun Hutan Melintang.

"Difahamkan hal ini berkaitan dengan kemungkinan BN mahu letak Ketua MIC Perak sebagai calon bertanding di Hutan Melintang.

"Kita juga ada kes pasangan warga emas Melayu yang sudah pun membuat laporan polis di Hutan Melintang apabila alamat rumahnya turut menjadi 'tempat tinggal' 20 pengundi India.

"Terdapat juga kes tiga, empat rumah Cina yang berkongsi alamat dengan pengundi India. Pelik, bukan?" ujarnya ketika dihubungi Malaysia Dateline hari ini.

Turut hadir di pejabat SPR Ipoh itu Ahli Parlimen Batu Gajah, V Sivakumar, Adun Buntong, S. Sivasubramaniam dan Adun Sungkai, A. Sivanesan.

Nali memberitahu sebanyak 2,300 nama pemilih meragukan yang diperoleh daripada senarai rang daftar pemilih tambahan (RDPT) telah dibawa kepada pihak SPR.

"Kita susun satu demi satu kes. Kita tiba di pejabat SPR pukul 2 petang bukan waktu pejabat tutup. Kerani SPR kata mereka tidak terima sebab tempoh bantahan sudah tamat.

"Kata kerani itu lagi, tanpa resit mereka boleh terima tapi kalau dengan resit mereka tidak terima.

"Masalahnya tanpa resit, alamatnya dia buang ke longkanglah," tegas Timbalan Biro Integrasi Amanah Perak itu.

Mengulas lanjut aksi Kesavan, beliau berkata, seorang pegawai SPR Perak pun enggan menemui wakil rakyat itu walaupun Kesavan 'berkampung' di pejabat tersebut sehingga pukul 7 petang.

"Semalam, kita sudah pun kumpul RM3,000 sedia untuk bayar kepada SPR tetapi seorang pegawai pun tak muncul," keluhnya.

Sehubungan itu, Nali berkata, pihaknya kecewa dengan sikap dan integriti SPR yang dilihat berat sebelah.

"Adakah SPR bekerja untuk kepentingan satu pihak saja? Sepatutnya, SPR berperanan adil sebagai badan bebas. Kami di pejabat SPR tidak berganjak walaupun kira-kira 50 anggota polis dan FRU datang jerit dari luar.

"Mulanya kami sampai di pejabat SPR pukul 2 petang, alasan diberi pegawai-pegawai kanan sedang bermesyuarat. Kalau misalnya, bangunan SPR itu terbakar, adakah mereka ini juga menghilangkan diri?" bidasnya.

Beliau juga mempersoal perbelanjaan besar SPR bagi kelengkapan perisian yang mencecah berbilion ringgit seperti pernah dimaklumkan di Parlimen.

"Sebenarnya tugas SPR untuk buat semakan dan siasatan senarai pemilih bukan tugas kita. Takkan, dalam tempoh empat tahun (selepas PRU-13), habis semua duit itu?

"SPR ada di situ juga. Kenapa tidak boleh siasat bersihkan daftar pemilih? Kenapa berlaku pemindahan pengundi dengan ketara begitu meragukan?

"Hak pengundi nampaknya dinafikan apabia maklumat mereka berisiko disalahguna," tambah Nali lagi.

AMANAH : Sindrom bisu jadi ancaman baru Malaysia


Faiz FadzilPendedahan Sarawak Reports bahawa Perdana Menteri Datuk Sri Najib Tun Razak telah menyalurkan sejumlah RM9.5 juta ke akaun peguam kanan Tan Sri Shafee Abdullah sebelum kes rayuan Datuk Seri Anwar Ibrahim dibicarakan amat mengejutkan semua pihak.

Kejutan (shocking) berkaitan berita tersebut telah melahirkan 2 reaksi berbeza. Segmen rakyat yang cintakan negara marah dan bertindak membuat laporan polis dan tuntutan siasatan dijalankan. Segmen pemerintah yang cintakan habuan dunia pula membisu seribu bahasa. Tidak pasti samaada sikap membisu ini disebabkan oleh perasaan takut atau masih teraba-raba mencari helah. Tiada seorang pun pemimpin Umno yang berani memberikan reaksi membela bos mereka yang kini terkapai-kapai mencari Syeikh Arab bagi melepaskan diri.

Bayaran jutaan ringgit tersebut menimbulkan pelbagai persepsi negatif terhadap integriti pihak Pendakwaan dan kebebasan badan Kehakiman kerana Tan Sri Shafee adalah peguam yang dilantik Peguam Negara terdahulu bagi mengetuai pasukan pendakwaan dalam kes rayuan pertuduhan liwat 2.0 terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim di mana beliau telah disabitkan kesalahan dan dihukum penjara 5 tahun.

Isu yang sebegini serius harus disiasat pihak Polis kerana Tan Sri Shafee mempunyai percanggahan kepentingan dalam kes tersebut dan ia menimbulkan spekulasi negatif kerana dibimbangi boleh mencemar ketelusan dan keadilan keputusan rayuan tersebut.

Pendedahan ini juga memberikan impak negatif terhadap profesion peguam kerana peguam perlu bertindak secara integriti dan digniti sepertimana yang termaktub dalam Legal Profession (Practice and Etiquette) Rules 1978. Bar Council perlu mengeluarkan notis tunjuk sebab kepada Tan Sri Shafee berhubung dakwaan ini bagi membersihkan nama baik profesion ulung ini. Menjunjung prinsip bahawa keadilan perlu dilihat dilaksanakan, peluang untuk Tan Sri Shafee untuk memberikan penjelasan yang positif dan konkrit harus diberikan.

Pendedahan ini adalah sesuatu yang amat jeopardise sistem pentadbiran negara kerana wang yang didakwa disalurkan tersebut adalah wang SRC International yang dipinjam daripada dana awam Kumpulan Wang Persaraan Diperbadankan (KWAP) yang didakwa oleh DOJ Amerika Syarikat sebagai wang yang telah diseleweng. Bukti bertulis yang didedahkan Peguam Negara pada 27 Januari 2016 bahawa Perdana Menteri telah menerima wang daripada SRC International adalah kes prima facie wujudnya salahlaku jenayah pecah amanah oleh Perdana Menteri. Perdana Menteri hingga saat ini tidak menafikan menerima wang tersebut, malahan tidak pula membayar balik kepada KWAP walaupun telah dibuktikan ianya wang KWAP.

Seharusnya pihak Polis, SPRM dan Peguam Negara mengambil langkah segera agar siasatan dapat dijalankan di bawah pelbagai undang-undang jenayah termasuk Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram (AMLA) 2001 terhadap semua individu atau organisasi yang telah dibayar oleh Perdana Menteri daripada wang SRC ini. Pihak berkuasa mempunyai tanggungjawab undang-undang dan sosial untuk mengembalikan keyakinan rakyat. Tiada sesiapa yang boleh mengatasi undang-undang. Keluhuran undang-undang perlu sentiasa dijunjung dan dipelihara.

Sikap Perdana Menteri yang terus membisu terhadap dakwaan salahlaku dalam skandal penyelewengan berskala mega ini menunjukkan tiadanya sifat akauntabiliti Perdana Menteri. Perdana Menteri perlu menjelaskan tujuan beliau membayar wang sebanyak itu dan adakah wang itu telah diisytiharkan kepada LHDN bagi pengauditan dan potongan cukai.

Kelemahan Kerajaan dan pihak berkuasa menyelesaikan isu yang amat serius ini akan menghakis kepercayaan lebih ramai pelabur dan menyebabkan nilai ringgit semakin susut yang akhirnya mengakibatkan ekonomi negara semakin merosot dan kehidupan rakyat semakin tertekan dan menderita.

Maka, dakwaan Perdana Menteri bahawa keadaan ekonomi akan lebih parah jika bertukar kerajaan adalah helah bagi menipu rakyat sedangkan isu korupsi yang menjerut beliau adalah isu tunjang kemerosotan ekonomi sekarang. Perkara ini adalah konsisten dengan kenyataan mantan Gabenor Bank Negara Tan Sri Zety Akhtar Aziz bahawa ringgit hanya akan pulih jika isu 1MDB diselesaikan. Siasatan menyeluruh dan bebas terhadap Perdana Menteri adalah langkah pertama penyelesaian isu 1MDB.

Namun, Perdana Menteri masih lagi bebas dan isu 1MDB tidak juga selesai kerana sikap membisu pihak berkuasa. Sikap membisu yang sedang melanda negara hari ini menjadi ancaman baru kepada kestabilan ekonomi dan demokrasi negara.

Faiz Fadzil ialah timbalan ketua Pemuda Amanah Nasional

SPR OH SPR : Tak balik selagi SPR tak terima bantahan

Tak balik selagi SPR tak terima bantahan 

IPOH - "Saya tak akan balik. Selagi mereka tidak terima borang bantahan ini, saya tak nak balik."

Itu reaksi Adun Hutan Melintang, S Kesavan hari ini apabila borang bantahan terhadap pengundi meragukan di kawasan Dunnya, tidak diterima Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Beliau yang hadir ke Pejabat SPR Perak bersama pimpinan pembangkang lain berkeras agar borang bantahan berkenaan diterima meskipun menyedari tempoh bantahan telah tamat.

Kesavan berkata, dirinya serta beberapa pimpinan pembangkang akan terus berada di hadapan pejabat berkenaan sehinggalah borang bantahan berkenaan diterima dan disiasat sepenuhnya.

"Saya datang ke sini bagi menyatakan bantahan terhadap pertambahan pengundi di kawasan. Saya datang bersama bukti, tapi kecewa kerana SPR menolak bantahan ini.

"Oleh itu, saya akan terus berada di sini sehinggalah mereka menerima borang bantahan ini, jika perlu sampai malam pun tidak mengapa," katanya.

Hadir sama, Adun Buntong, S.Sivasubramaniam, A.Sivanesan (Sungkai) dan Ahli Parlimen Batu Gajah, V Sivakumar.

Kesavan berkata, siasatan yang dilakukannya mendapati banyak berlaku pertambahan pengundi meragukan di kawasan Dun Hutan Melintang terutama berkaitan alamat rumah.

"Biarpun sudah tamat tempoh kita mahu SPR siasat perkara ini.

"Kalau perkara ini dibenarkan, bermakna semua orang boleh tukar alamat. Semua boleh buatlah," katanya.

Dalam 'lawatannnya' itu, Kesavan turut membawa tikar dan bantal sebagai simbolik akan tetap berada di Pejabat SPR Negeri.

Sehingga jam 5 petang tadi, kelibat Kesavan bersama pimpinan pembangkang masih berada di situ.

SPR OH SPR : Satu rumah 22 pengundi berdaftar di Dun Hutan Melintang

Satu rumah 22 pengundi berdaftar di Dun Hutan Melintang
BAGAN DATUK - Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) digesa menjalankan siasatan terperinci mengenai pertambahan pengundi baharu secara mendadak di Dun Hutan Melintang.

Naib Ketua Cabang PKR, Khairul Ekhsan Sukarmun berkata, Rang Daftar Pemilik Tambahan Suku Pertama 2017 yang dipamerkan SPR di Pejabat Pos Hutan Melintang pada 9 Mei lalu amat mencurigakan.

"Selepas Rang Daftar Pemilik Tambahan Suku Pertama 2017 dipamerkan saya telah diminta oleh Adun Hutan Melintang S. Kesavan untuk melakukan culaan (kenal pasti) di beberapa daerah mengundi dalam Dun ini.

"Ini kerana berlaku pertambahan mendadak pengundi baharu di Dun Hutan Melintang sebanyak 2,800 dan ia amat mencurigakan," katanya kepada Sinar Harian ketika ditemui di pejabat PKR Hutan Melintang.

Menurut Khairul Ekhsan, dia kemudiannya melakukan siasatan di daerah mengundi Sungai Dulang yang merupakan lokaliti perumahan dan hasil pemeriksaan amat memeranjatkannya.

"Untuk daerah mengundi Sungai Dulang Rang Daftar Pemilik Tambahan Suku Pertama 2017 menunjukkan terdapat 70 pengundi baharu dan yang bertukar alamat.

"Apa yang memeranjatkan saya adalah terdapat dua buah rumah awam bernombor 48D menempatkan seramai 22 pengundi dan 51D seramai 16 pengundi dalam satu kediaman," katanya.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...