TERKINI :

Thursday, June 1, 2017

DAP & PAS : Siapa tunggang siapa sebenarnya..?

PUKULAN MAUT DARI TUN....

Ahmad Yakob sound Tun supaya tinggalkan DAP kerana DAP cuma mempergunakan PPBM utk dptkan undi Melayu..

Tun jawab, DAP tak bertanding pun di kerusi majoriti Melayu mcm mana pula boleh dituduh mempergunakan PPBM, sedangkan PAS dahulu banyak menang di kerusi majoriti bkn Melayu hasil undi pengundi bkn Melayu..

Kalau difikirkan logik, PAS lah yg mempergunakan DAP utk raih undi dari non-Muslim..

PAS pernah ckp mereka takkan buat Hudud, bukankah itu utk dptkan undi bukan Melayu..

PAS sanggup ubah tagline Negara Islam kpd PAS for All, utk apakah semua itu kalau bukan utk dpt undi bukan Melayu?

PAS menang selesa kerana undi swing Cina kepada PR pada waktu yg sama PAS terus gagal tarik undi Melayu kpd PR..

So siapa yg diperguna, DAP atau PAS?

SPRM perlu menyiasat Projek "Dubai of Malaysia"


Kenyataan akhbar bertarikh 31/5/2017 (Versi English dibawah)

1. Saya merujuk kepada arahan berhenti kerja yang dikeluarkan oleh Jabatan Alam Sekitar bertarikh 15/5/2017 mengenai projek pembangunan Aman Laut bernilai RM1.2bilion yang akan dibangunkan atas 49 hektar tanah tebus guna di sepanjang pantai Kuala Kedah, yang digelar "Dubai Malaysia ".

2. Perintah berhenti kerja, seperti yang disahkan oleh Ketua Pengarah JAS, Ahmad Kamarulnajib Che Ibrahim, telah dikeluarkan kerana kerja-kerja pembangunan telah dijalankan tanpa terlebih dahulu mendapat kelulusan JAS bagi projek itu.

3. Di bawah s.34A (8) Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974, ia adalah satu kesalahan yang serius untuk menjalankan apa-apa projek sebegini tanpa terlebih dahulu mendapat kelulusan JAS, yang membawa hukuman denda maksimum RM500k atau 5 tahun penjara.

4. Bagaimana kerajaan negeri, yang bertanggungjawab secara langsung untuk mengawasi projek ini, boleh membenarkan projek pembangunan dijalankan tanpa mengikuti undang-undang?

5. Kami bukan bercakap tentang beberapa kerja-kerja kecil - menurut Sahabat Alam Malaysia (SAM), sejauh jarak 1km ke laut telah ditebus guna dan 10ha bakau di sepanjang pantai terjejas.

6. Kerajaan negeri tidak boleh hanya menganggap langgaran undang-undang dan peraturan persekutuan ini secara terang-terangan sebagai hanya satu kesilapan yang boleh dilepaskan, terutamanya apabila kerajaan negeri sendiri adalah pihak yang terus terlibat dalam projek pembangunan ini apabila ia menandatangani MOU dengan pemaju pada Disember tahun lepas untuk melaksanakan projek ini yang akan mengambil 10 tahun untuk disiapkan. Kerajaan negeri bukan semata-mata pemerhati “by-stander” tanpa apa-apa kepentingan.

7. Saya amat terkejut dengan sambutan yang malas dan bersikap tidak peduli daripada kerajaan negeri setakat ini terhadap perlaksanaan projek secara haram tersebut, khususnya oleh kedua-dua anggota Exco, Dr Leong Yong Kong, yang bertanggungjawab bagi jawatankuasa alam sekitar Kedah dan Badrol Hisham Hashim yang bertanggungjawab untuk kerajaan tempatan dan sumber air.

8. Balasan Dr Leong bahawa perintah berhenti kerja hanya sementara, dan pada masa yang sama mengakui bahawa kerja masih dijalankan di tanah dalaman adalah sama sekali tidak boleh diterima. Sama juga kenyataan Badrol Hisham yang berkata bahawa mereka akan bercakap dengan pemaju untuk mengemukakan semula laporan EIA tanpa menegur pemaju atau menunjukkan apa-apa kebimbangan terhadap perintah pemberhentian kerja sekali tidak boleh diterima.

9. Adalah amat penting untuk tidak ada sebarang penyembunyian “cover up” dalam skandal terbaru ini dan siasatan penuh mesti segera dilaksanakan oleh kerajaan negeri di mana kepala-kepala yang bertanggungjawab mesti dipecat kerana gagal mematuhi Akta Kualiti Alam Sekitar.

10. Dalam hal ini, saya juga menggesa SPRM untuk menyiasat bagi memastikan tiada penyalahgunaan kuasa telah berlaku dalam menutup sebelah mata untuk projek ini dijalankan tanpa kelulusan JAS.

Gooi Hsiao Leung
Ahli Parlimen Alor Setar

AMANAH : HANYA BAHASA UNDI YANG MAMPU MENGAJAR NAJIB

Kenyataan Media.

1. Kita merasa begitu bangga menyaksikan beberapa buah negara maju seperti Amerika Syarikat, Switzerland, Jepun, Korea Selatan dan Singapura mempamerkan akhlak integriti urustadbir negara mereka yang mampu menjadi contoh kepada sekalian warga dunia.

2. Terbaru ialah kenyataan dan tindakan tegas kerajaan Singapura berkaitan isu 1MDB yang sekali lagi memberi keaiban besar kepada negara dan rakyat Malaysia. Ravi Menom, Pengarah Urusan Berkuasa Kewangan Republik Singapura yang mendedahkan terdapat 8 bank di republik itu yang telah terlibat dengan skandal 1MDB didenda hampir SD30 juta. Ravi dengan tegas mengatakan "The price for keeping our finiancal centre clean is unstinting vigilance".

3. Keterlibatan Najib dalam dalam skandal mega 1MDB dan MO1 telah berlarutan hampir 5 tahun dan telah mengakibatkan berlakunya malapetaka politik dan ekonomi yang sangat memalukan. Merobek maruah negara di mata rakyat tempatan sekaligus masyarakat antarabangsa.

4. Adalah sangat membimbangkan apabila fenomena amalan dan budaya rasuah yang berlaku di negara ini adalah berinspirasikan daripada kerajaan kleptokrasi yang dipimpin oleh Perdana Menteri ke 6 sekarang ini. Tidak mustahil kepada penagih rasuah di negara ini akan dan telah menjadikan Najib sebagai ikon mereka.

5. Demi menyelamatkan negara dan rakyat tercinta ini dan masa depan generasi mendatang rakyat perlu mengajar Najib dengan bahasa yang dia paling faham. Hanya dengan bahasa undi sahajalah yang rakyat berkuasa menurunkan Najib dari kerusi kuasa dan dalam nafas yang sama menamatkan era kerajaan kleptokrasi di negara .

#AmanahDemiNegara

SALAHUDDIN HAJI AYUB
Timbalan Presiden
Parti Amanah Negara (Amanah)

1 Jun 2017





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...