TERKINI :

Wednesday, May 24, 2017

Anwar PM ke 8, bukannya ke 7...!!

Kenyataan Media
24 Mei 2017

*BIAR DUDUK DAHULU BARU KITA BERLUNJUR*

1. Ramai yang memberikan pelbagai reaksi apabila Kongres Keadilan ke-12 sekali lagi mengangkat Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai calon Perdana Menteri ke 7. Tambah menarik ialah pada masa yang sama Tun Dr Mahathir Mohamad dan Tan Sri Muhyidin Yassin mewakili PPBM merupakan julung-julung kalinya melakar sejarah menjejakkan kaki ke acara tahunan PKR itu.

2. Sekiranya kita merupakan pengamal, penggiat, peminat dan pemerhati politik, isu nama DSAI dinobatkan sebagai calon PM bukanlah baru kedengaran sehari dua ini tetapi telah bermula sejak PRU ke 10 iaitu tahun 1999. Ianya bukan isu baru. Ianya adalah impian yang tak kunjung padam PKR terhadap mentornya. Itu adakah hak mutlak demokrasi PKR.

3. Ada yang marah dan tidak puas hati terhadap apa yang berlaku semasa kongres PKR. Sekiranya kita adalah seorang demokrat tulen tidaklah sukar untuk kita memahami segala tingkah laku dan gelora rasa setiap perwakikan dan ahli mana-mana entiti siasah di bumi ini.

4. Esok atau lusa DAP, PPBM dan Amanah pula sampai giliran untuk mengadakan samada Konvensyen dan Perhimpunan Agong masing-masing. Siapa yang berani menidakkan akan ada nama-nana lain selain DSAI yang bakal dinamakan sebagai calon PM?. Samada nama-nama yang dicadangkan itu layak atau tidak, itu adalah persoalan iain. Jangan kita nafikan hak serta kehendak mana-mana parti. Jadilah seorang demokrat.

5. Sebenarnya, jalan penyelesaian terbentang luas di hadapan kita. Bukankah Pakatan Harapan memiliki gabungan kepimpinan yang bukan kepalang hebatnya. Tidakkah Tun M, DSWA, LKS dan Mohd Sabu memiliki segala kepintaran dalam nuansa politik untuk nenyelesaikan kemelut ini? Bukankah ada meja Majlis Presiden PH yang mampu menghuraikan kekusutan ini?

6. Ada masa dan ketika pemimpin perlu menjadi pendengar yang baik. Meneliti setiap pandangan akar umbi untuk membuat keputusan terbaik. Adakalanya, pemimpin perlu berani menongkah arus untuk membuat keputusan. Berani mendepani cemuhan ahli dan mengambil risiko demi kepentingan negara dan rakyat. Jadilah kita pemimpin sejati yang rakyat dambakan. Inilah sifat pimpinan PH yang bila-bila masa bersedia meletakkan di hadapan kepentingan awam sekaligus mengenepikan kepentingan peribadi, hatta parti sendiri.

7. Sekiranya PH mahu DSAI sebagai PM, dia adalah PM ke 8 bukan ke 7. Majlis Presiden PH mesti memilih calon PM terbaik untuk merangsang kepercayaan rakyat untuk menang PRU ke 14. Sekaligus  mengangkat sumpah sebagai PM ke 7. PM ke 7 akan bertanggung jawab membentuk kabinet baru, melakukan reformasi urustadbir negara dan berusaha untuk mendapatkan pengampunan DSAI. PM ke 7 boleh saja Tun M, DSWA, TSMY dan Mohd Sabu. Apa yang penting, mereka teguh dengan sifat Amanah dan pro kepada rakyat.

8. Inilah masanya rakyat mahu melihat kebijaksanaan pimpinan utama PH tampil bagi menyelesaikan setiap permasalahan negara dan rakyat. Duduklah berunding demi kepentingan rakyat dan kemudian barulah berlunjur untuk berkhidmat mereformasi negara.

9. Memang mudah berpidato mengajak orang lain supaya jangan berjuang untuk kepentingkan peribadi atau parti sendiri. Bukan semua pemimpin lulus ujian ini. Nelson Mandela, Khomeni, Ghandi dan Ghanoeshi telah membuktikan bahawa adalah pemimpin kelas dunia yang meletakkan rakyat dan negara adalah prinsip utama perjuangan mereka. In shaa Allah akan ada di antara kita daripada pimpinan PH akan mewarisi jiwa besar mereka.

*#AmanahDemiNegara*

*SALAHUDDIN HAJI AYUB*
Timbalan Presiden
Parti Amanah Negara (Amanah)
24 Mei 2017

KEPADA FAM & FMLLP : PENGANJURAN PERLAWANAN AKHIR PIALA FA 2017 "CINCAI"

Assalamualaikum warahmatullah.

Kehangatan Kedah menjuarai Piala FA 2017 masih lagi terasa. Tahniah Skuad Lang Merah yang berjuang demi nama Kedah Darul Aman. Sekalung tahniah kepada Skuad Tok Gajah yang mempamerkan semangat juang yang tinggi. Syabas kepada kedua-dua penyokong yang matang dan memperlihatkan semangat kesukanan yang jitu tanpa insiden yang tidak diingini berlaku.

Saya tidak berhajat untuk mengulas tentang apa yang berlaku di dalam padang, sebaliknya ingin meluahkan rasa kekecewaan saya terhadap kualiti penganjuran Perlawanan Akhir yang saya label sebagai "cincai" dan "lepas tangan" sahaja. Saya tidak memaksa anda untuk bersetuju dengan luahan saya. Namun saya mengharapkan ada wakil FMLLP atau FAM yang membaca penulisan saya ini.

1. PA system yang amat mengecewakan. Penyokong di kawasan astaka mungkin dengar dengan jelas setiap apa yang diumumkan tetapi penyokong berhadapan Astaka tidak faham dan jelas kerana kualiti PA System yang teruk. Tidak ada sound check dulu kah sebelum hari perlawanan?

2. Pengumuman line up pasukan. Sepatutnya umum nama pasukan Pahang dahulu selaku tuan rumah tetapi Emcee umum pasukan Kedah dahulu sedangkan di skrin terpapar pada awalnya foto penjaga gol Pahang. Sudahlah suara tidak jelas, pengumuman nama berselerak dengan foto pemain sehinggakan penyokong tidak tahu siapa kesebelasan utama dan simpanan. Kalau begitu, lebih baik dipaparkan senarai nama sahaja keseluruhan.

3. Tiada aktiviti sebelum sepak mula. Penyokong mula masuk seawal jam 4.30 petang lagi tetapi tiada aktiviti yang mengisi ruang kosong lebih kurang 4 jam setengah. Yang ada hanya perlumbaan syok sendiri skuter kecil di hadapan astaka.

4. LED screen hanya paparkan keputusan perlawanan. Setidak-tidaknya, satu skrin paparkan keputusan, satu lagi tayangan live. Peminat boleh saksikan ulang tayang. Bukan itu sahaja, tayangan itu juga boleh paparkan majlis kalungan medal dan penyerahan piala kerana peminat tidak nampak majlis yang berlangsung di pentas utama.

5. Tembakan bunga api "murah". Tembakan bunga api di kampung ketika sambutan tahun baru lebih meriah jika dibandingkan pada malam itu. Prestijnya Piala FA direncatkan dengan dengan tembakan bunga api yang cukup tidak memukau.

Banyak lagi yang ingin ditulis, tetapi cukuplah 5 benda itu. Mungkin akan ada yang mengatakan kepada saya, "pandai complaint ja, dah menang cukup la". Terpulanglah, tapi kena ingat, malam itu adalah FINAL. Perlawanan yang menjadi tumpuan kerana Piala FA ada prestijnya yang tersendiri.

Sekian...

Farzli Adenan al-Fatah

#penyokongsetiahijaukuning
#pshkcrew
#selamanyahijaukuning

Nak baca komen di fb hgpa klik sini





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...