TERKINI :

Sunday, May 14, 2017

KERUSI UNTUK GURU SEMPENA HARI GURU

Sempena hari guru sehari dua lagi,saya paparkan keadaan kerusi guru disebuah sekolah kebangsaan diluarbandar.

Saya tak mau sebut namanya kerana tentu PPD,Pengarah akan melenting, Kementerian pun melompat,nanti yg jd mangsa gurubesar. Minta pada PPD dan jabatan,jawapannya tiada peruntukan.

Begitulah hakikat seorang guru yg menuntut ia berkorban berbagai perkara.Jika mereka pegawai kerajaan juga,mengapa dianak tiri hingga sedemikian.

Memang mudah menjawab tiada peruntukan,tetapi tidakkah mereka yg diatas merasa bertanggungjawab, apa kata jika pengarah,ketua sektor,ppd diberi kerusi ini untuk mengganti kerusi yg ada dipejabat mereka sekarang.

Tidakkah kerajaan merasa malu melihat pegawainya dikerusi seteruk ini.
Projek sedekah jariah ingin mengajak anda membantu membeli kerusi baru untuk mereka.

Mohon menteri dan seluruh bawal dan tenggiri di kementerian terasa,jangan fikir diri sendiri shj ,selesa diulit keempukan.Mohon maaf..

SELAMAT HARI GURU.

CIKGU ABD GHANI HARON

LINK FB > https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=1261177890657641&id=100002963270241

PAS AKAN TAHALUF DENGAN UMNO!

KEPALA BATAS 14 Mei - Pas tidak menolak kemungkinan untuk menjalinkan tahaluf siyasi dengan UMNO pada masa akan datang.

Mursyidul Amnya, Hashim Jasin berkata, ini kerana parti berkenaan sentiasa bersikap terbuka dalam sebarang rundingan dengan syarat kerjasama dengan mana-mana pihak itu mesti dipimpin oleh Islam.

Menurut Hashim, tindak-tanduk UMNO termasuk Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang meletakkan konsep Islam dalam pentadbiran memungkinkan perkara itu berlaku.

“Kita bersedia bertahaluf siyasi bukan sahaja dengan UMNO tetapi dengan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) lain termasuk Parti Cinta Malaysia (PCM) yang menunjukkan minat," katanya dalam sidang akhbar selepas melancarkan jentera pilihan raya Pas Kawasan Kepala Batas di sini hari ini. UTUSAN

Akhirnya RUU355 dijadikan alasan PAS menolak PKR.. tapi UMNO...!!!!

Kesilapan paling besar Majlis Syura dan PAS meletak kan alasan putus Tahalluf bahawa PKR menentang Agenda Islam dan RUU 355, bagi aku ia kemenangan moral Politik buat Amanah dan DAP yg selama ini di propaganda sebagai menentang Islam dan RUU 355.. bila PKR pun di tuduh dgn alasan yg sama..

nampak lah skalian Rakyat bahawa PAS hanya menjadi kan RUU 355 sebagai komoditi Politik mereka... Yang paling aku gembira bila Ds Anwar Respon tentang Tuduhan Jahat dan fitnah PAS bahawa PKR menentang agenda Islam dan RUU 355..

Anwar yg di penjara yg selama ini terlalu berlembut dan berdiplomasi dgn PAS pun terkejut dgn tuduhan PAS itu...Yang paling bijak respon Ds Anwar, Anwar mengatakan dalam isu RUU 355 hanya UMNO yg tidak di persalah kan.. nampak tak ? PAS menjalan kerja untuk tuan dia UMNO...

selama ini di tuduh Amanah khadam DAP, DAP anti Islam.. nampak lah sekalian rakyat hari ini yg PAS adalah khadam kerja2 jahat Politik UMNO..

RUU 355 hanyalah permainan Politik mereka seperti mana slogan Daulah Islam yg di laungkan kelompok Khawarij seperti ISIS dan Al Qaeda boneka yg menjalankan agenda tuan besar mereka US dan Israel.. jika PRU di buat selepas ogos, Isu RUU 355 dan agenda Islam PAS adalah isu lapuk..

Drama mereka di penghujung..itu sebab aku tegas sejak dulu.. tidak ada tahalluf, perundingan mahupun apa2 hubungan dgn kelompok Khawarij dan Takfiri seperti PAS.. :)

kredit : ipohmali





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...