TERKINI :

Sunday, April 30, 2017

AMANAH oh AMANAH.. kenapa kau perlu wujud dalam politik negara..?

Pencerahan dari AMANAH.

1. Perjuangan Islam yang berlandaskan Al Quran dan As Sunnah bukan hak milik ekslusif mana-mana organisasi atau parti politik. Jadi, soalan samada Amanah mampu atau tidak adalah soalan yang subjektif. Semua pihak berupaya menyumbang ke arah perjuangan Islam, tetapi tidak ada satu pihak yang boleh mendabik dada bahawa perjuangan ini eksklusif milik mereka. Maka itu, kewujudan parti Amanah adalah untuk menyumbang ke arah penghayatan Islam di dalam aspek siyasah dan kenegaraan.

2. Hudud adalah sebahagian dari syariat Islam. Tetapi, ianya bukan satu-satunya syariat Islam. Syariat Islam meliputi banyak perkara yang merangkumi seluruh aspek kehidupan manusia. Setiap satunya mempunyai keutamaan yang berbeza dan setiap satunya mempunyai perbahasan feqah yang luas dan bersifat multidimensi. Memahami syariah dari sudut yang simplistik tanpa memahami aspek fiqh dan maqasid hanya akan menjuruskan umat Islam kepada perangkap retorik dan dogmatik yang tidak berkesudahan.

3. Negara ini bukan milik mana-mana parti politik. Keputusan samada Hudud dilaksanakan atau tidak di negara kita bukan keputusan eksklusif mana-mana parti politik. Tidak Umno, tidak PAS, tidak Amanah, tidak DAP. Ianya mestilah keputusan yang diabsahkan sebagai keputusan rakyat secara kolektif. Maka itu, prosesnya mesti melibatkan semua pihak dari kalangan rakyat. Sesuatu undang-undang itu, sebaik manapun ia dan sesuci manapun ia, hanya akan menjadi undang-undang setelah ianya absah (legitimate). Amanah percaya Hudud hanya boleh dilaksanakan di negara ni sekiranya ia sudah menjadi undang-undang yang absah dan Amanah juga percaya proses mendapatkan keabsahan perlu melalui proses yang demokratik, broadbased, dan constitutional. Sebab itu Amanah percaya usaha memperolehi keabsahan tidak boleh dibina di atas sentimen permusuhan, kebencian, bigotry, dan polarisasi di kalangan rakyat. Cara yang dibawa oleh PAS bukan sahaja akan menyebabkan stigma yang buruk terhdap Hudud, malah agak menyebabkan ianya menjadi semakin jauh dari lama tertangguh dan dimusuhi rakyat.

4.  Tuduhan pimpinan Amanah sebagai takut dengan DAP adalah salah dan tersasar. Pihak yang takut ialah pihak yang pada mulanya mempunyai ruang berdialog, tetapi diatas ketidak upayaan mereka berdialog, mereka memilih untuk lari dan meminggir diri. Mereka lebih selesa membuat tindakan secara unilateral kerana tidak mampu berhujah dengan berkesan di meja dialog dan rundingan. Merekalah yang sebenarnya penakut. Pemimpin Amanah terus konsisten dengan pendekatan yang selama ini mereka terokai dan tidak pernah lari dari lapangan.

Wallahu a'lam.

-Jamzuri Ardani

DEMI MARUAH.. USAH MENGINTAI BUMBUNG JANDA TU LAGI...

MENGINTAI BUMBUNG JANDA.

Ketua Dewan Pemuda Pas yang baru dilantik Mohd Khalil Abdul Hadi diminta mengambil nasihat peguam Pas atau mana-mana pakar undang-undang sebelum mempertahankan kedudukan 3 orang Exco Pas dalam Kerajaan Selangor.

Kenyataan beliau bahawa Exco Pas tidak perlu meletak jawatan kerana lantikan mereka dibuat oleh Pas. Kenyataan ini begitu naif tanpa merujuk kepada peruntukan undang-undang.

Lantikan Exco dibuat oleh Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor atas nasihat Menteri Besar Selangor, Dato' Seri Azmin Ali sepertimana diperuntukkan Perkara LIII (53) Undang-undang Tubuh Negeri Selangor 1959. Perkara LV (55) pula memperuntukkan bahawa  Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan bertindak di atas nasihat salah seorang Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri iaitu Menteri Besar dalam konteks perlantikan Exco.

Justeru, secara praktikal dan konvensyen, ketiga-tiga Exco tersebut dilantik oleh Menteri Besar dan bukannya Pas. Atas dasar inilah, 4 orang Exco Pas dikurangkan kepada 3 orang setelah Dato' Seri Azmin dilantik sebagai Menteri Besar dan tiada bantahan oleh Pas ketika itu.

Jadi, persoalan di sini, jika Pas mempunyai maruah, Pas harus bersedia menarik diri daripada pentadbiran kerajaan Selangor di semua peringkat termasuk Exco. Janganlah masih mengintai bumbung rumah janda setelah bercerai.

FAIZ FADZIL
29 April 2017

Ulama PAS 'diserang' di muktamar.

Hari kedua Muktamar PAS ke-63 di Alor Setar hari ini dikejutkan dengan kewujudan poster menyerang beberapa tokoh ulama parti itu.

Bertajuk ‎'Zuhud PAS???' kertas bersaiz A4 itu menyerang tiga pemimpin PAS berstatus ulama dengan memaparkan perbandingan kenderaan digunakan sebelum dan selepas mereka menjadi anggota parlimen‎.

Gambar pertama mempamerkan Ketua Penerangan PAS Nasrudin Hassan dan kereta yang didakwa pernah ‎dimilikinya sebelum ini dan sekarang.

Mangsa kedua poster tersebut ialah Anggota Parlimen Kuala Nerus, Datuk Dr Khairuddin Aman Razali.

‎Di samping gambar Khairuddin ialah gambar kereta mewah jenis Audi Q7 disusuli dengan keterangan 'bini bawa jalan-jalan'.


Sementara itu, poster itu juga menyerang seorang lagi Ahli Jawatankuasa Pusat PAS, Mokhtar Senik, yang juga ketua Dewan Ulama PAS Pahang.

Serangan terhadapnya berbentuk paparan skrin mengenai tuduhan 'skandal seks' yang pernah kecoh di media sosial sebelum ini.

Risalah itu diiringi keterangan gambar: "Jika anda bijak, anda tidak akan terpedaya dengan 'lebai-lebai' RUU355 ini.." 

Sementara itu, semakan Malaysiakini mendapati poster-poster itu diselit dalam helaian akhbar berbahaya Melayu yang diberikan secara percuma kepada pengunjung muktamar.

Bagaimanapun perkara itu sempat disedari Unit Amal PAS yang kemudian membuang risalah tersebut sebelum mengedarkan akhbar berkenaan kepada pengunjung.

Namun, punca sebenar kewujudan risalah berniat jahat itu belum dikenal pasti.

Sementara itu Setiausaha Agung PAS, Datuk Takiyuddin Hassan, berkata perjalanan muktamar hari ini akan berlangsung seperti biasa.

Kenyataan itu dibuat bagi menjelaskan kepada perwakilan situasi semasa ekoran kejadian ribut yang melanda kawasan berkenaan malam tadi.

Takiyuddin juga memberitahu insiden berkenaan menyebabkan 18 orang cedera, dengan 13 daripadanya dirawat di hospital.

MANA ANAK ROSMAH DAPAT DUIT RM400 JUTA BUAT FILEM SEPARA LUCAH DI HOLLYWOOD?

https://en.m.wikipedia.org/wiki/The_Wolf_of_Wall_Street_(2013_film)

MANA ANAK ROSMAH DAPAT DUIT RM400 JUTA BUAT FILEM SEPARA  LUCAH DI HOLLYWOOD? TAKKAN PAKAI DUIT TABUNGAN MAK DIA DARI KECIK KOT?

Laporan DOJ dengan jelas menunjukkan jejak wang atau "money trail" sehingga ianya boleh masuk ke akaun Riza dan seterusnya digunakannya utk menghasilkan filem tersebut;

laporan DOJ menyebut:

202. Diantara 18 Jun dan 4 Nov 2012, sebanyak USD238 juta (kira2 RM932 juta) telah dipindahkan terus dari akaun Swiss Aabar-BVI ke akaun yg dikawal oleh Riza Aziz, saudara kepada MO1. Dari situ, wang tersebut telah digunakan untuk membeli hartanah bernilai hampir USD100 juta untuk faedah peribadi Riza Aziz dan untuk membiayai Red Granite Pictures,  syarikat penerbit filem milik Riza Aziz.

203. Aabar-BVI menghantar 3 pemindahan-atas-talian berjumlah USD238 juta ke akaun di bank BSI Singapura atas nama Red Granite Capital Limited. 3 pemindahan tersebut diringkaskan dibawah:

18 Jun 2012- USD133 juta
23 Okt 2012- USD60 juta
14 Nov 2012- USD45 juta

207. Riza Aziz membelanjakan *USD94, 300,000 (kira2 RM376 juta)* untuk membeli 3 unit hartanah- satu di Bandar New York,  satu di Beverly Hills dan satu di London, United Kingdom.

3. RIZA AZIZ MEMINDAHKAN KIRA2 *USD41 JUTA (RM164 JUTA)* DARI WANG 1MDB YANG DIPEROLEHI DARI AABAR-BVI KE SUATU AKAUN YANG KEMUDIANNYA DIGUNAKAN UNTUK MEMBAYAR *PERBELANJAAN BERJUDI* UNTUK DIRINYA, JHO LOW DAN ERIC TAN

(Mukasurat 65 Laporan DOJ)    

KALAU ADAM ROSLY RUMAH SEBIJI RM1 JUTA LEBIH SPRM BOLEH TAHAN KENAPA RIZA AZIZ TAK BERANI TAHAN???

TOLAK PARTI PEROMPAK DAN PERASUAH PRU14 SERTA PARTI TONGKAT MEREKA PAS

UNDI PH UNTUK SELAMATKAN NEGARA DAN MASA DEPAN ANAK CUCU TERCINTA

ALLAH MAHA BESAR3X!!!

MEJAR ZAIDI
0174164728

Untuk membaca laporan penuh DOJ BAGAIMANA WANG RAKYAT SEBANYAK RM16 BILION DIROMPAK MELALUI 1MDB dalam bahasa melayu sila ke fb page saya Sokong Mejar Zaidi TUDM utk bahasa inggeris boleh search di Internet cuma taip 1mdb doj

#VIRALKAN TKSH

UMNO AKAN TERUS DISERANG SELAGI NAJIB PERDANA MENTERI, SIAPA PENERIMA WANG SRC SEBANYAK RM23,520,010?

Saya agak tercuit dan geli hati melihat bagaimana Dato’ Seri Najib Tun Razak menyeru supaya “tentera maya” Umno berusaha dari berfikiran “bertahan” (defensive) kepada bersifat “menyerang” (attack mode).

Ucapan beliau kepada tentera maya Umno itu menjadi tular termasuklah ucapan “saya tak takut datang dari siapa: datang dari Mahathir ke, Kit Siang ke, Rafizi ke”) yang disambut dengan laungan dari tentera maya Umno yang hadir (rujuk video yang disertakan). Malah, Dato’ Seri Najib menggunakan laungan “lawan tetap lawan” untuk memberi semangat kepada tentera maya Umno.

Saya geli hati kerana Dato’ Seri Najib mungkin menarik nafas lega apabila pada pandangan beliau parti-parti pembangkang sering berbeza pendapat dan itu memberi kelebihan kepada Umno/Barisan Nasional.

Namun, beliau lupa bahawa majoriti rakyat Malaysia telah membuat keputusan untuk menolak kepimpinan beliau sebagai Perdana Menteri. Oleh itu, selagi Dato’ Seri Najib menjadi presiden Umno dan Perdana Menteri, Umno akan terus diserang dan akan secara berterusan berada di dalam “defensive mode”.

Ini berpunca dari beberapa skandal besar yang masih belum diselesaikan sehingga kini yang turut mengheret nama beliau.

Apabila saya membuat akuan bersumpah mengenai aliran dana dari SRC Internasional Sdn Bhd ke akaun peribadi Dato’ Seri Najib yang akhirnya sampai kepada Datuk Dr Nasharuddin Mat Isa, saya ingin membawa tumpuan kembali kepada siasatan terhadap Dato’ Seri Najib.

Pada 5 Mac 2016, Sarawak Report memuatnaik satu laporan bertajuk “Matching Sums of $170m Left SRC And Arrived In Najib’s Account” (http://www.sarawakreport.org/2016/03/170m-went-out-of-1mdb-and-170m-went-into-najibs-account-all-in-late-2011-exclusive/)

Laporan itu (dan laporan-laporan lain) memaparkan satu helaian kertas yang dipegang oleh Peguam Negara, Tan Sri Affandi Ali mengenai aliran dana dari akaun SRC Internasional Sdn Bhd ke akaun beberapa syarikat yang kemudiannya sampai ke akaun peribadi Dato’ Seri Najib di Ambank.

(Lawati http://rafiziramli.com/2017/04/umno-akan-terus-diserang-selagi-najib-perdana-menteri-siapa-penerima-wang-src-sebanyak-rm23520010/)

Dari akaun peribadi Dato’ Seri Najib bernombor 2112022011906, sejumlah RM23,520,010 telah dibayar kepada 17 penerima seperti yang ditunjukkan di dalam helaian rasmi yang dirujuk oleh Peguam Negara itu.

Walaupun pelbagai berita dan siasatan telah dibuat ke atas aliran dana 1MDB dan SRC International Sdn Bhd, sehingga kini tiada sebarang berita atau laporan mengenai 17 orang yang menerima dana yang berasal dari Kumpulan Wang Amanah Persaraan (KWAP) ini? Siapa yang menerima dana ini? Untuk apa mereka menerima dana ini? Kenapa mereka menerima dana dari Dato’ Seri Najib? Kenapa Dato’ Seri Najib mengambil wang dari syarikat yang meminjam dari wang pencen rakyat untuk dibayar kepada pihak ketiga?

Saya akan memberi tumpuan dalam masa seminggu dua ini untuk mendapatkan jawapan dari Dato’ Seri Najib dan pihak berkuasa berkenaan pemindahan-pemindahan wang ini.

Oleh itu, saya akan membuat beberapa pendedahan bersiri mengenai skandal ini dan diakhiri dengan satu laporan polis baru terhadap Dato’ Seri Najib dalam tempoh seminggu dari sekarang agar siasatan dibuka kembali terhadap penglibatan Dato’ Seri Najib dalam aliran dana ke akaun peribadi beliau.


RAFIZI RAMLI
AHLI PARLIMEN PANDAN
NAIB PRESIDEN KEADILAN

PH ada strategi tersendiri jika RoS tolak pendaftarannya

Pakatan Harapan sudah mempunyai strategi tersendiri jika permohonan mereka untuk mendaftarkan badan gabungan itu ditolak oleh Pendaftar Pertubuhan (RoS).

Pengerusi Amanah Kelantan, Datuk Wan Rahim Wan Abdullah berkata, pendekatan itu telah dipersetujui oleh pimpinan Pakatan Harapan di peringkat pusat.

"Kalau logo yang kita daftarkan nanti ditolak, kita sudah ada strategi sendiri dan akan gunakan satu logo juga sebagaimana yang telah dipersetujui," kata Wan Rahim dalam ceramahnya di Jalan Yaakubiah, Kota Bharu malam ini.


Datuk Wan Rahim

Wan Rahim berkata demikian ketika menjawab soalan penonton yang mahu tahu perkembangan tentang penggunaan satu logo oleh Pakatan Harapan dalam pilihan raya umum akan datang.

Majlis Sekretariat Pakatan Harapan telah bermesyuarat hari ini bagi membuat persiapan dari segi struktor, perlembagaan dan logo gabungan empat parti politik itu.

Ketiga-tiga perkara itu akan dibawa kepada mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Harapan yang dijangka akan bermesyuarat minggu depan untuk diluluskan.

Selepas ia diluluskan, Pakatan Harapan akan didaftarkan kepada RoS lengkap dengan struktor, perlembagaan dan logo barunya.

Sebelum ini, Pakatan Harapan telah mencapai kata sepakat untuk menyertai pilihan raya umum ke 14 nanti dalam satu pasukan yang mempunyai satu logo, satu manifesto dan satu calon bersama.

Usaha untuk membuat perkara itu seringkali ditekankan oleh Pengerusi Parti Pribumi Bersatu yang pernah menjadi perdana menteri selama 22 tahun, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Bagi Tun Mahathir, itulah formula kemenangan BN selama ini iaitu mempunyai satu logo, satu calon dan satu manifesto bersama.

TAKZIAH DARI AMANAH KEPADA PERWAKILAN DAN PEMERHATI MUKTAMAR PAS KE 63

*KENYATAAN SEGERA PRESIDEN AMANAH*

www.amanah.org.my

Kejadian tidak disangka-sangka, angin ribut yang melanda Kedah dan turut melintasi Batu 9, di mana kawasan Muktamar Parti Islam sedang berlangsung sehingga ada kerosakan dan kecederaan, sangat mengejutkan kita semua.

Saya berharap semoga semua rakyat negeri Kedah, khususnya ahli-ahli Pas yang berkampung sempena muktamar agar bertenang dan saya berdoa semoga mereka semua berada dalam keadaan selamat.

Kepada mereka yang mengalami kecederaan, semoga mereka akan pulih dan kembali sihat seperti sedia kala.

Ujian daripada Allah berlaku kepada sesiapa jua mengikut takdir dan kehendakNya. Sebagai orang Islam, kita perlu redha dengan ketentuan dan sedikit ujian ini.

Saya mengambil kesempatan ini mengucapkan takziah kepada mangsa yang tercedera.

Semoga Allah memberi ketenangan kepada kita semua. Kepada Allah jua tempat kita berlindung.

*MOHAMAD SABU*
Presiden
Parti Amanah Negara

BismillahirRahmanirRahim

*TAKZIAH DARI AMANAH KEDAH KEPADA PERWAKILAN DAN PEMERHATI MUKTAMAR PAS KE 63*

Parti AMANAH Negara Kedah merakamkan simpati dan takziah kepada seluruh pimpinan, perwakilan serta pemerhati Muktamar PAS ke 63 terhadap kejadian ribut kencang luar biasa yang melanda kawasan muktamar di Kompleks PAS Batu 9, Kota Sarang Semut yang membongkar balik khemah dan diberitakan mengakibat kecederaan.

Semoga semua dapat bertenang dan bersabar di atas kejadian yang di luar kekuasaan manusia untuk menghalangnya. Diharap semua yang cedera dirawat dan segera sembuh, khemah-khemah yang roboh menyembah bumi akan dapat segera dibaiki.

Didoakan agar muktamar dapat diteruskan seperti dijadualkan oleh panitia muktamar.

AMANAH - PROGRESIF - PEDULI

*Dato Dr. Ismail Salleh*
Pengerusi Parti AMANAH Kedah





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...