TERKINI :

Saturday, April 29, 2017

Semakin rapat dengan Umno, pemimpin Pas dapat khutbah di masjid


Mokhtar Senik, ketua ulama Pahang yang terpalit skandal juga dapat peluang berkhutbah Jumaat di Kedah.

Hubungan antara Pas dengan Umno semakin terserlah ketika muktamar Pas ke 63 di Alor Setar kali ini apabila pemimpin Pas berjaya masuk ke 26 buah masjid di seluruh Kedah untuk memberikan khutbah Jumaat hari ini.

Sempena muktamar kali ini, 26 pemimpin Pas yang diketuai timbalan presiden, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man menjadi khatib jemputan hari ini.

Beliau memberikan khutbah di masjid Tunku Putra, Kuala Kedah manakala timbalan mursyidul Am, Datuk Ahmad Yakub berkhutbah di masjid Selarong Batang.

Selain mereka berdua, turut dibenarkan menjadi khatib adalah Rosli Jabar (Masjid Alor Pulai), Datuk Dr Khairudin Aman Razali (Masjid Permatang Bongor), Datuk Dr Nik Zawawi Salleh (Masjid Tunku Ahmad Tajuddin).

Kebiasaannya hanya khatib yang pro Umno sahaja boleh memberikan khutbah Jumaat di masjid-masjid terutama di negeri yang dikuasai oleh Umno.

Selain mereka, masjid yang menjadi tempat pemimpin Pas memberikan khutbah hari ini adalah masjid Alor Madi (Dasuki Abd Rani), masjid Tandop (Dayik Nik Mohd Amar), masjid Aisyah Telok Bagan (Satiful Bahri).

Turut diberikan peluang memberikan khutbah Jumaat adalah Mokhtar Senik, ketua ulama Pas Pahang yang terpalit dengan skandal kriket dan Dr Azhar Yakub yang membacakan doa laknat kepada sesetengah pemimpin Pas dalam muktamar Pas sebelum ini.

Mokhtar berkhutbah di Masjid Gunung Sali manakala Azhar di masjid Alor Ibus.

Pas mengadakan muktamar ke 63 mulai esok sehingga Isnin ini. Muktamar dewan-dewan dalam Pas telah bermula sejak dua hari lalu.

Fokus kali ini adalah serangan terhadap PKR dan Rafizi Ramli, ahli parlimen Pandan

Jangan sampai orang kata kebuloq sayangkan jawatan, kata MP kepada Pas.

Ahli parlimen Pas meminta pimpinan parti itu agar jangan sampai dilihat 'kebuloq' (gila) hendakkan jawatan apabila memutuskan hubungan dengan PKR tetapi mahu kekal dalam kerajaan negeri Selangor yang menteri besarnya adalah pemimpin PKR.

Ahli parlimen Pas dari Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar berkata, beliau dari awal lagi mahu Pas mengekalkan hubungan dengan parti pembangkang yang lain khasnya PKR.

"Tetapi kalau sudah kita buat keputusan putus dengan PKR, kita kena keluarlah dari kerajaan negeri Selangor. Kalau kita kekal dalam kerajaan negeri Selangor, nanti orang kata kita 'kebuloq' nak jawatan," kata bekas naib presiden dan ketua penerangan Pas itu.

Mahfuz tidak bersetuju dengan kenyataan ketua pemuda Pas yang baru Mohamad Khalil Abdul Hadi yang berkata Pas tidak perlu keluar dari kerajaan negeri Selangor walaupun memutuskan hubungan dengan PKR.


Kedudukan kerusi dalam DUN Selangor selepas Pas putus dengan PKR.

"Exco Selangor dilantik atas cadangan menteri besar. MB adalah dari PKR. Bila sudah putus hubungan dengan PKR, kena berundurlah.

"Rakyat hanya melantik Adun dan ahli parlimen tetapi exco dilantik atas nasihat dan cadangan MB bukan oleh rakyat," kata Mahfuz.

Mahfuz mengingatkan Khalil, yang kebetulan anak presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang itu, ketika Datuk Seri Azmin Ali dilantik sebagai menteri besar beliau hanya melantik tiga exco Pas sahaja.

Ia berbeza dengan bilangan exco Pas ketika Tan Sri Khalid Ibrahim menjadi menteri besar iaitu empat orang.

"Ini menunjukkan nak lantik exco dan bilangannya berapa bergantung kepada menteri besar bukan ditentukan oleh rakyat," katanya.

Muktamar Dewan Ulama dan Dewan Pemuda Pas di Alor Setar kali ini telah meluluskan usul agar Pas memutuskan hubungan dengan PKR.

Usul itu diserahkan kepada kepada Majlis Syura Pas untuk dibuat keputusan akhir sebelum dilaksanakan.

Khalil ketika sidang media mengumumkan, Pas tidak perlu keluar dari kerajaan negeri Selangor kerana exco bukan dilantik oleh PKR atau DAP.

Beban hutang 1MDB tetap terpikul di atas bahu rakyat, hanya penyelesaian ‘Atas Kertas’

Adalah kebiasaan dalam dunia politik dan korporat bagi pesertanya mengalu-alukan berita baik kerana berita baik memberi keuntungan. Satu perkembangan yang diura-urakan mempunyai ciri baik atau positif itu adalah berita Malaysia capai persetujuan dengan Abu Dhabi untuk selesaikan kes saman timbang tara di Mahkamah Timbang Tara Antarabangsa, London.

Kalau kita masih ingat, pihak berkuasa Abu Dhabi saman kerana 1MDB tidak bayar balik hutang.

Di bawah penyelesaian itu, 1MDB melalui kerajaan Malaysia akan bayar kerajaan Abu Dhabi AS$2.5 bilion (kira-kira RM11.25 bilion pada kadar tukaran hari ini) bagi melupuskan sebahagian hutang 1MDB.

Menurut laporan media antarabangsa, kedua-dua buah negara juga bersetuju untuk tidak menggunakan saluran undang-undang sebelum Disember 2020 dalam merundingkan pertikaian mengenai AS$3.5 bilion (kira-kira RM15.75 bilion) lagi hutang yang bersangkut-paut dengan dua bon lain yang dikeluarkan oleh 1MDB.

Penyelesaian itu digambarkan sebagai baik. Tapi apalah baiknya kena bayar balik hutang bilion ringgit dan pada masa yang sama berbilion hilang dalam kecurian.

Yang sudah disahkan adalah lebih AS$600 juta masuk ke dalam akaun peribadi Perdana Menteri (Datuk Seri I Mappadulung Daeng Mattimung Karaeng Sandrobone Sultan Abdul Jalil), Mohd Najib Abdul Razak di Arab Malaysia Bank, Kuala Lumpur pada tahun 2013.

Dalam kadar tukaran masa itu jumlahnya RM2.6 bilion. Najib dan konco-konconya cuba kelentong kata duit itu derma Arab dan sebahagian besarnya dipulangkan.

Selesai atau tidak, beban hutang 1MDB tetap terpikul di atas bahu rakyat jelata dan pembayar cukai. Ini adalah kerana semua hutang dan tanggungan 1MDB telah dipindahkan kepada Kementerian Kewangan.

Bagi orang politik, terbabit dalam berita baik memberikan mereka keuntungan politik dan bagi ahli perniagaan, berita baik mungkin menyebabkan harga saham mereka naik.

Jadi adalah kebiasaan bagi mereka tumpang sekaki. Kalau boleh mereka akan mengaku terlibat membawa perkhabaran baik itu. Paling-paling busuk pun mereka akan mengalu-alukannya.

Menteri Sendiri Tak Percaya

Tapi apabila Menteri Kewangan Kedua, Johari Abdul Ghani, sendiri menafikan penglibatan dengan “penyelesaian” itu, jelaslah ia bukan penyelesaian sebenar atau meyakinkan apatah lagi menguntungkan negara.

Kalau ia penyelesaian sebenar dan diyakini, orang politik macam Johari tentulah akan cuba tumpang sekaki. Sebaliknya, dia berkata dia tidak terlibat dengan penyelesaian itu sambil menambah bahawa ia adalah kerja 1MDB dan Jabatan Perdana Menteri.

Dia sekadar berkata angka-angka yang dia tengok mengenai penyelesaian itu meyakinkan. Satu hujah yang selamat sekadar melepas batuk di tangga.

Mudah cakap, saya kata macam ini. Jentera propaganda kerajaan dan panglima siber A9 Umno boleh berbohong kepada sesetengah orang kampung, orang Felda dan orang PPRT tetapi mereka tidak boleh kelentong orang dalam kelas Johari.

Busuk-busuk pun Johari ada pengalaman korporat. Saya kenal dia sejak dia bekerja dengan anak syarikat Kumpulan New Straits Times Press (M) Berhad sehinggalah dia jadi Pengarah Urusan CI Holdings Berhad. Jadi dia tahu hal korporat dan hutang-piutang.

Maaflah kalau saya terlepas pandang. Saya tidak terbaca berita orang politik dan korporat mengalu-alukan berita penyelesaian itu, kecuali sekarat dua.

Hatta panglima A9 Umno yang baru saja diarah “attack attack attack attack” oleh Najib pun nampaknya tidak berapa ghairah menguar-uarkan penyelesaian ini.

Adakah mereka tidak faham, tidak yakin, tidak menghargai sumbangan JPM atau mereka tidak mahu terus terpalit dengan najis 1MDB? Boleh jadi.

Masalah 1MDB Belum Selesai

Hutang 1MDB sebanyak RM11.25 bilion yang setuju dibayar kepada Abu Dhabi dengan bantuan kerajaan itu hanyalah sebahagian daripada hutangnya yang menggunung.

Menurut laporan Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara Parlimen (PAC), hutang 1MDB pada bulan Januari 2016 berjumlah RM50 bilion dan bukan lagi RM42 bilion seperti yang didakwa oleh Tun Dr Mahathir Mohamad.

Kerajaan kata, hutang 1MDB kepada bank sudah selesai. Mungkin benar. Tapi bukan kerana 1MDB ada banyak duit, sebaliknya kerana hutang dan tanggungannya diambil alih oleh kerajaan.

Bila jadi hutang negara, rakyat jelata dan pembayar cukai lah yang kena tanggung. Kita dan anak cucu kitalah yang kena bayar.

Itu baru hutang 1MDB. Tak kira lagi hutang kerajaan yang lain yang naik melambung di bawah kelolaan Najib sebagai Menteri Kewangan.

Yang terbaru laporan Bank Negara mengatakan hutang luar negara kita telah naik kepada RM908.7 bilion pada suku keempat tahun lalu, iaitu paras paling tinggi dalam masa hampir 20 tahun.

Majoriti pengamal media massa arus perdana prokerajaan dan panglima A9 mungkin tidak faham ekonomi untuk mengetahui bahawa apa yang berlalu sekarang adalah kesan lingkaran ganas (vicious cycle) yang berpunca daripada hutang negara yang tinggi, ekonomi yang lembap, skandal 1MDB, rasuah dan kurang kepercayaan kepada kerajaan dan banyak lagi faktor-faktor negatif.

Semua petunjuk utama ekonomi merudum. Nilai ringgit jatuh, pengangguran meningkat kepada lebih setengah juta orang, kira-kira 200,000 graduan tidak ada kerja, inflasi naik ke paras paling tinggi dalam masa lapan tahun (sama dengan tempoh Najib jadi PM), hutang kerajaan melambung ke tahap paling tinggi dalam sejarah dan kewangan kerajaan lemah.

Senarai bencana ekonomi dan sosial ini terterusan. Lagi rendah peringkatnya, lagi parah masalahnya. Sampai ada menteri kelas ayam yang cadangkan pesakit pulangkan ubat yang tidak habis dimakan.

Kerana Najib Sayang Jho Low

Yang sangat tidak adil dan mendukacitakan adalah tujuan tersirat pemindahan hutang dan tanggungan 1MDB kepada kerajaan melalui Kementerian Kewangan kerana mahu menyelamatkan Jho Low dan menutup mulut bekas-bekas pegawai 1MDB.

Kalau Jho Low ditangkap dan disiasat, habislah Najib dan isi rumahnya.

Natijahnya, selagi Najib dan Barisan Nasional berkuasa, bolehlah mereka timbus bangkai gajah Tok Mia 1MDB dan SRC International Sdn Bhd.

Mereka boleh guna berbagai-bagai tindak-tanduk korporat, pentadbiran, kehakiman dan kepolisan untuk menutup bangkai 1MDB.

Tetapi seandainya kerajaan baru mengambil alih, bangkai itu boleh digali semula. Kalau sudah reput pun boleh dibangkitkan semula kerana DNA 1MDB sudah bertaburan di merata dunia. Wallahuaklam.

>> Komentar bebas bekas Ketua Pengarang Kumpulan NST, Datuk A Kadir Jassin I 29 April 2017

Pemuda Pas Selangor ancam akan guling Azmin, Rafizi jika terus sindir parti itu

ALOR SETAR: Pemuda Pas memberi amaran keras akan “menggulingkan” Rafizi Ramli dan Datuk Seri Mohamed Azmin Ali pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14), jika 2 pemimpin PKR itu terus menyindir dan menyerang parti itu.

Perwakilan Pemuda Pas Selangor, Mohamed Sukri Omar berkata, tanpa bantuan jentera Pas pada PRU lalu, Azmin dan Rafizi mungkin sukar memenangi kerusi Parlimen Gombak serta Pandan.

“Saya ingatkan Rafizi, kalau terus-menerus menyerang kita dalam keadaan kita tidak gentar dengan hujah beliau, kalau Rafizi anak jantan, tempatkan diri di Parlimen Pandan pada PRU akan datang, barisan Pemuda Islam (Pas) yang akan lumpuh semangatnya.

“Demikian juga kepada Menteri Besar (Azmin), beliau boleh gelar kita lebai, ingat kalau tanpa jentera (Pas) yang bantu, kerusi (Parlimen Gombak) Menteri Besar akan menjadi kerusi penggal terakhir buat Menteri Besar Selangor itu,” katanya ketika membahas ucaptama Ketua Pemudanya pada muktamar sayap itu di Kompleks Pas Kedah.

Beliau berkata demikian mengulas serangan Rafizi secara berterusan kepada Pas dengan mendakwa dana berkait 1MDB yang didakwa dipindahkan ke akaun peribadi Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak turut mengalir “kepada peguam tertentu” sebelum ia sampai kepada bekas Timbalan Presiden Pas, Datuk Nasharudin Mat Isa.

Azmin pula menerusi Twitternya menulis “Ada tok lebai nak tawan Selangor. Kawasan sendiri pun kalah tersungkur” pada 21 Mac lalu, dipercayai sebagai reaksi kepada kenyataan Ketua Pemuda Pas, Nik Abduh Nik Aziz yang tewas dalam pemilihan kawasan Pengkalan Chepa untuk jawatan Timbalan Yang Dipertua Pas kawasan berkenaan.

Nik Abduh sebelum itu mengesahkan Pas mahu menawan Selangor, selepas video memaparkan Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menyasarkan negeri itu selain Kelantan, Terengganu, Kedah serta Perak.

Dalam pada itu, Sukri menyerahkan sepenuhnya kuasa kepada Majlis Syura Ulama untuk mengkaji hubungan dengan PKR.

“Pada kita atas tahaluf siyasi dengan keputusan Majlis Syura Ulama dengan syarak, maka wajib kita keluarkan tahaluf dengan syarak, Pemuda Pas Selangor mencadangkan agar memutuskan tahaluf dengan PKR.

“Kita yakin ada rakan PKR ikhlas nak perubahan dalam negara dan (ada juga yang hendak) musuh bersama Pas, maka kita ingin jemput rakan kita mari bersama kita dengan Gagasan Sejahtera untuk selamatkan Malaysia di bawah cengkaman yang zalim,” katanya.

Dimanakah Lembaga Disiplin PAS , takan sekadar main halau camtu jaa..???

Jika kita lihat setiap persatuan, pertubuhan dan parti politik sudah pasti mereka akan ada satu jawatankuasa disiplin untuk mengadili sesuatu perkara yang melanggar perlembagaan dan undang-undang parti.

Begitu jugalah dengan sesebuah negara dimana ia akan ada tempat membicarakan kesalahan yang dipertuduhkan keatas rakyat negara tersebut.

Dan begitu jugalah dengan parti PAS...dimana jika didapati seseorg ahli melanggar peraturan parti maka ia boleh dibawa kejawatankuasa disiplin yg telah termaktub dalam undang-undang tubuh parti.

Tapi jika dilihat akan kepada banner yang ditaburkan serata kawasan dalam negeri Kedah semalam ia seolah-olah parti tersebut tak ada undang-undang dan tak ada pengadilan kepada yg tertuduh.. yang ada adalah hukuman iaitu dengan menghalau mereka keluar.

Sepatutnya mereka ini dibawa kejawatankuasa disiplin untuk mengadili akan mereka. Benarlah mereka menongkah arus ketika ini namun keadilah harus diberikan kpd mereka utk berhujah. Jadi bawalah mereka ke jawatankuasa disiplin parti..ini yg sebaik2nya..

Ini bertetapan dengan PAS yang melaungkan untuk menegakkan hukum allah dan mmeperkasakan mahkamah syariah. Namun apabila belaku satu perkara yg belom pasti bersalah kita teruskan menghukum... Islamkah itu?

Sepatutnya PAS harus tunjukkan contoh sebagai parti yang memberikan keadilan dan peluang tertuduh membela diri..

Oleh itu fikir-fikirkanlah semua APA yang dilakukan ketika ini ALLAH REDHA...

NUKILAN RASA
Ahmad Mikail Raksa
Dulu Hijau sekarang Oren...

PAS berpeluang kuburkan DAP jika benar apa yang dilaungkan, tapi kenapa tak lakukan???

Ayah pin hina islam sampai lari atas langit penguatkuasa kejarnya

Hamid Kahar mengaku nabi melayu sampai dalam penjara disumbatnya

TIBA2 mai tang DAP semua sekadar jadi lalat hurung taik dan anjing salak bukit...

Jika dah terbukti depa menghina islam seperti yang dicanang dan dilaungkan tu kenapa tidak dilaporkan kepada pihak berkuasa dan ambik tindakan dengan haramkan teruih puak tu atas bumi Malaysia nie...

Apa susah....

Mat Alishah

Dimanakah Lembaga Disiplin PAS , takan sekadar main halau camtu jaa..???

Jika kita lihat setiap persatuan, pertubuhan dan parti politik sudah pasti mereka akan ada satu jawatankuasa disiplin untuk mengadili sesuatu perkara yang melanggar perlembagaan dan undang-undang parti.

Begitu jugalah dengan sesebuah negara dimana ia akan ada tempat membicarakan kesalahan yang dipertuduhkan keatas rakyat negara tersebut.

Dan begitu jugalah dengan parti PAS...dimana jika didapati seseorg ahli melanggar peraturan parti maka ia boleh dibawa kejawatankuasa disiplin yg telah termaktub dalam undang-undang tubuh parti.

Tapi jika dilihat akan kepada banner yang ditaburkan serata kawasan dalam negeri Kedah semalam ia seolah-olah parti tersebut tak ada undang-undang dan tak ada pengadilan kepada yg tertuduh.. yang ada adalah hukuman iaitu dengan menghalau mereka keluar.

Sepatutnya mereka ini dibawa kejawatankuasa disiplin untuk mengadili akan mereka. Benarlah mereka menongkah arus ketika ini namun keadilah harus diberikan kpd mereka utk berhujah. Jadi bawalah mereka ke jawatankuasa disiplin parti..ini yg sebaik2nya..

Ini bertetapan dengan PAS yang melaungkan untuk menegakkan hukum allah dan mmeperkasakan mahkamah syariah. Namun apabila belaku satu perkara yg belom pasti bersalah kita teruskan menghukum... Islamkah itu?

Sepatutnya PAS harus tunjukkan contoh sebagai parti yang memberikan keadilan dan peluang tertuduh membela diri..

Oleh itu fikir-fikirkanlah semua APA yang dilakukan ketika ini ALLAH REDHA...

NUKILAN RASA
Ahmad Mikail Raksa
Dulu Hijau sekarang Oren...

Ketua DHPP Sdr. Bala mengaku bermimpi jumpa Nabi..!!!

Balakirsnan Mimpi Jumpa Nabi.


PENGERUSI Kelab Penyokong PAS Pahang, Balakirsnan telah memberitahu Ustaz Dato' Tuan Ibrahim Naib Presiden PAS yang juga merangkap Pesuruhjaya PAS Pahang bahawa dia telah bermimpi berjumpa dengan baginda Nabi Muhammad SAW. Demikan diberitakan oleh blog Lajnah Penerangan DU PAS Pahang baru-baru ini.

Ustaz Tuan Ibrahim bertanya bagaimana dia boleh tahu individu yang datang menjumpainya itu adalah Nabi Muhammad SAW? Individu dilihat didalam mimpinya itu memakai serban, berjubah dan mengakui dia adalah Rasulullah SAW lalu memberikan satu nama Muslim kepadanya. 

Mengenai mimpi jumpa Nabi ini, Tuan Ibrahim membacakan dalam ceramahnya sebuah hadis riwayat Abu Hurairah RA bahawa Nabi SAW berkata, “Sesiapa yang melihatku dalam mimpi, bererti dia benar-benar melihatku. Sesungguh syaitan tidak mampu menjelma rupaku“. Hadis direkodkan oleh Imam Muslim.

"Berdasarkan pengalaman ramai non Muslim yang revert sebelum ini, mimpi sebegini adalah lumrah dialami oleh mereka sebelum kembali ke agama fitrah mereka. Insya Allah, mimpi itu merupakan hidayah dari Allah untuk menambah keyakinan mereka terhadap kebenaran Islam." komen editor blog tersebut. "Sama-samalah kita doakan mereka agar hati kita dan mereka tetap dengan Islam di masa-masa akan datang."





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...