TERKINI :

Friday, April 28, 2017

PAS sekadar ingin bercerai dengan PKR tapi masih mahu tinggal serumah.

Putus hubungan dengan PKR tapi tidak perlu letak jawatan di Selangor


Muhammad Khalil Abdul Had (tengah) dalam ketika mendengar ucapan Perwakilan pada Muktamar Tahunan Dewan Pemuda Pas Pusat kali ke-58 di Kompleks Pas Kedah, Kota Sarang Semut hari ini-Foto Bernama.

'Sembang kencang' Pas sempena perhimpunan agung tahunan parti itu yang mahu memutuskan hubungan dengan PKR tidaklah sampai ke tahap angkat kaki daripada kerajaan negeri Selangor.

Ketua Dewan Pemuda Pas Pusat, Muhammad Khalil Abdul Hadi berkata, pimpinan Pas di negeri itu tidak perlu berbuat demikian walaupun Pas memuktamadkan berakhirnya kerjasama politik dengan PKR.

Anak Presiden Pas yang menduduki jawatan berkenaan selepas menang tanpa bertanding itu mendakwa bukannya PKR atau DAP melantik exco dalam kerajaan negeri Selangor.

"Ahli-ahli jawatankuasa eksekutif (exco) dalam kerajaan negeri Selangor tidak dilantik oleh PKR atau DAP.

"Mereka dilantik oleh Pas, jadi tidak ada keperluan bagi mereka untuk meletak jawatan jika kami putuskan hubungan dengan PKR," katanya pada sidang media sulungnya di Alor Setar, hari ini.

Terdapat tiga anggota exco daripada Pas dalam kerajaan negeri Selangor iaitu Datuk Iskandar Abdul Samad yang juga Pesuruhjaya Pas Selangor sebagai Pengerusi Jawatankuasa Tetap Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Kehidupan Bandar.

Dua lagi ialah Datuk Dr Ahmad Yunus Hairi yang menjadi Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Agama Islam, Jawatankuasa Adat Melayu, Pembangunan Desa dan Kampung Tradisi serta Exco Infrastruktur Kemudahan Awam, Permodenan Pertanian dan Industri Asas Tani, Zaidy Abdul Talib.

Mengulas lanjut gesaan Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail hari ini supaya pimpinan Pas meletak jawatan jika memutuskan hubungan dengan parti tersebut, Khalil berkata, exco Pas di Selangor perlu kekal dalam jawatan untuk melaksanakan mandat rakyat.

"Kami bekerja untuk rakyat, dan bukan untuk parti dan mereka perlu menjalankan amanat parti itu, tidak perlu mengendahkan permintaan PKR," tambahnya lagi.

Anak Hadi secara rasmi ketua Pemuda PAS baharu selepas menang tanpa bertanding

 BM_22
ALOR SETAR: Muhammad Khalil Abdul Hadi, anak sulung presiden PAS, menang tanpa bertanding sebagai Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat bagi sesi 2017-2019.

Keputusan pemilihan parti itu diumumkan Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan, Datuk Wan Mutalib Embong pada Muktamar Dewan Pemuda PAS Malaysia ke-58, yang berakhir hari ini.

Muktamar PAS ke-63 bermula semalam dengan muktamar tahunan ketiga-tiga sayap – Dewan Ulama, Dewan Pemuda dan Dewan Muslimat.

Muktamar PAS Pusat akan bermula esok, dengan ucapan dasar Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang. Muktamar yang dihadiri 1,200 perwakilan dijadual berakhir Isnin ini.

Khalil, yang sebelum ini ialah timbalan ketua Pemuda, menggantikan bekas ketuanya, Nik Mohd Abduh Nik Abdul Aziz, yang melepaskan jawatannya bagi memberi laluan kepada muka baharu pada pemilihan kali ini.

Berikut adalah senarai Jawatankuasa Kerja Dewan Pemuda PAS Pusat 2017-2019:

Pengerusi Tetap: Kamal Ashaari (MTB)
Timbalan Pengerusi Tetap: Riduan Mohd Nor (MTB)
Ketua: Muhammad Khalil Abdul Hadi (MTB)
Timbalan Ketua: Ir Khairil Nizam Khiruddin, (MTB)
Naib Ketua: Ahmad Fadhli Shaari (MTB)
Pemeriksa Kira-Kira: Mohd Shahir Abu Hassan (MTB); Muhammad Ali Rajaie Jamaludin (MTB)

Ahli Jawatankuasa Kerja (12 orang) :
1. Afnan Hamimi Taib Azamuddin
2. Ir. Muhtar Suhaili As-Sarawaki
3. Syahir Sulaiman
4. Hazmi Dibok
5. Hishamuddin Abdul Karim
6. Izwan Abdul Halim
7. Nurul Islam Mohamed Yusof
8. Mohammad Arifiriazul Paijo
9. Mohd Akmal Kamaruddin
10. Mohd Hafez Sabri
11. Nor Azariza Mohd Alawi
12. Nazman Che Ibrahim

Pemuda PAS lulus usul ‘cerai talak 3’ dengan PKR


Ahli Jawatankuasa Kerja Dewan Pemuda PAS Pusat 2017-2019 bergambar dengan AJK Muktamar Dewan Pemuda PAS ke-58 yang berakhir hari ini. Turut berada dalam gambar ini ialah bekas ketua Pemuda PAS, Nik Muhamad Abduh Nik Aziz (dua dari kanan di baris pertama)

ALOR SETAR: Selepas Dewan Ulama, kini giliran Pemuda PAS meluluskan usul menamatkan kerjasama dengan PKR.

Usul itu dibawakan Perwakilan Pemuda PAS Terengganu, Abdul Rahman Che Mat dan disokong Pemuda Shah Alam, sebelum ia diterima sebulat suara perwakilan tanpa bahas dan disahkan Timbalan Pengerusi Tetap, Dr Riduan Mohd Nor.

Rahman berkata, usul itu dikemukakan susulan sikap PKR terus menyerang dan tidak menghormati parti Islam itu sebagai rakan tahaluf siyasinya.

“Berlaku pelbagai jenis serangan dan tohmahan (oleh PKR) kepada batang tubuh presiden (Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Parti Islam SeMalaysia (PAS).

“Sebelum ini kita melakukan tahaluf siyasi dengan mereka dengan beberapa syarat yang ditetapkan dan berdasarkan syarat yang telah dilanggar, kami cadangkan untuk putuskan hubungan cerai talak tiga,” katanya ketika berucap pada Muktamar Pemuda PAS di Kompleks PAS kedah hari ini.

Keputusan disambut dengan laungan takbir daripada perwakilan.

Usul ini akan dibawa ke Jawatankuasa PAS Pusat dan Majlis Syura Ulama yang mempunyai kata putus terakhir.

Semalam, Pengerusi Jawatankuasa Usul, Datuk Mohd Khairuddin Aman Razali di Muktamar Dewan Ulama PAS mengumumkan usul memutuskan “tahaluf siyasi” (kerjasama politik) dengan PKR yang diluluskan tanpa bahas.

“Menyedari bahawa PKR telah melanggar begitu banyak syarat-syarat ‘tahaluf siyasi’ dengan PAS, maka Muktamar Dewan Ulama PAS Pusat yang bersidang pada 27 April 2017 bersetuju untuk mengusulkan agar ‘tahaluf siyasi’ antara PAS dan PKR diputuskan tertakluk kepada keputusan Majlis Syura Ulama,” menurut usul dikemukakan Dewan Ulama PAS Negeri Sembilan dan Perak.

Hari ini pula, Setiausaha Agung PKR, Saifuddin Nasution Ismail dilaporkan berkata, PKR tidak terkejut, malah akan menghormati keputusan Muktamar PAS sekiranya menamatkan kerjasama dengan PKR, tetapi ia perlu disusuli peletakan jawatan adun PAS yang dilantik sebagai exco Selangor.

Katanya, tidak masuk akal sekiranya PAS yang memutuskan hubungan dengan DAP sebelum ini, masih mahu kekal dalam kerajaan Selangor setelah putus dengan PKR.

“Adalah lebih molek sebarang keputusan dimuktamadkan segera dan tidak dilengah-lengahkan kerana jika PAS memutuskan tahaluf siyasi dengan Keadilan (PKR) secara muktamad, perkara bermaruah dan terhormat yang perlu dibuat ialah bagi semua ahli PAS yang mempunyai jawatan di dalam kerajaan Selangor meletakkan jawatan sejurus selepas keputusan memutuskan hubungan itu dimuktamadkan,” kata Saifuddin hari ini.

Putar belit skandal 1MDB akhirnya makan tuan


Usaha beberapa pemimpin Umno menggunakan isu penyelesaian luar mahkamah antara 1MDB dan International Petroleum Investment Company (IPIC) sebagai hujah kononnya skandal kewangan membabitkan syarikat pelaburan negara itu sudah berakhir sebenarnya memakan diri sendiri, kata Ketua Parlimen DAP Lim Kit Siang.

Malah cubaan mereka untuk mempertahankan 1MDB telah membangkitkan semula persoalan asas yang sehingga kini masih belum terjawab.

Beliau memberi contoh kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan bahawa kononnya penyelesaian antara 1MDB dan IPIC membuktikan perdana menteri tidak bersalah.

Malah tambah Kit Siang, Rahman Dahlan juga mendakwa dana 1MDB wujud dalam bentuk 'unit' di Singapura dan boleh ditukarkan ke dalam bentuk matawang untuk dibayar kepada syarikat Abu Dhabi berkenaan.

"Terima kasih Abdul Rahman, kerana beliaulah soalan-soalan ini telah dibawa semula kepada perhatian masyarakat umum, bersekali dengan pertanyaan yang dibangkitkan Tony Pua dan pemimpin yang lain," katanya dalam satu kenyataan media.

Tony yang juga ahli parlimen Petaling Jaya Utara dalam kenyataan beliau sebelum ini membangkitkan persoalan mengapa rakyat Malaysia perlu menanggung pembayaran sebanyak dua kali ganda 1MDB kepada IPIC.

Hasil penyelesaian timbangtara antarabangsa di London memutuskan bahawa IPIC akan menerima bayaran berjumlah USD1.205 bilion.

1MDB dan Kementerian Kewangan juga diarahkan bertanggungjawab ke atas faedah bon bernilai USD3.5 bilion yang dijamin IPIC.

Semalam Kit Siang turut mengulas kenyataan ketua pengarah Jabatan Hal Ehwan Khas (Jasa), Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi berhubung penyelesaian secara timbang tara antara 1MDB dan IPIC yang kononnya telah 'melemahkan' dakwaan Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat (DOJ) bahawa wang 1MDB telah diselewengkan.

"Sama ada ia (dakwaan Puad) benar atau tidak ia bebas untuk dibahaskan, tapi apa yang mengejutkan adalah reaksi kerajaan Malaysia yang sebelum ini menafikan skandal 1MDB, tetapi secara tiba-tiba menerima senario kes yang dibangkitkan DOJ.

"Jika kerajaan Malaysia berpegang teguh dengan naratifnya bahawa tidak ada skandal melibatkan 1MDB, maka Puad tidak sepatutnya mengeluarkan kenyataan seumpama itu," kata Kit Siang dipetik Roketkini.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Gelang Patah berkata, Puad mungkin tidak menyedari bahawa kenyataan beliau itu telah mengesahkan tindakan saman sivil oleh DOJ bagi merampas aset bernilai lebih USD1 bilion yang berpunca daripada dana 1MDB.

Dalam pada itu, Kit Siang yang juga ahli parlimen Gelang Patah mengulangi desakan agar perdana menteri, Datuk Seri Najib Razak mengadakan sesi parlimen khas bagi membincangkan skandal 1MDB.

Beliau turut menggesa kerajaan menyelesaikan masalah berkait saman sivil yang dikeluarkan Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat (DOJ) secara perundangan bagi membersihkan nama Malaysia yang kini terpalit dengan gelaran kleptokrasi.

#JahanamPAN!: Maafkan mereka, doakan mereka, kata Amanah


Kecaman Dewan Ulamak Pas terhadap Amanah dalam muktamar sayap utama parti itu semalam tidak langsung mendatangkan kesan kepada para pemimpin parti gabungan Pakatan Harapan tersebut, malah naib presiden Amanah menasihati anggota parti itu supaya memaafkan dan mendoakan kebaikan terhadap mereka.

Naib presiden Amanah Ustaz Hasanuddin Mohd Yunus dalam pesanan yang tular di media sosial mengemukakan pertanyaan, "Adakah anda semua boleh dan mampu tersenyum puas kalau ada rakan anda tersasul memaki orang lain?"

Beliau lantas memetik firman Allah SWT dalam surah Al-Hujarat ayat 11 yang bermaksud:

"Hai orang-orang yang beriman, janganlah sekumpulan orang laki-laki merendahkan kumpulan yang lain, boleh jadi yang ditertawakan itu lebih baik dari mereka. dan jangan pula sekumpulan perempuan merendahkan kumpulan lainnya, boleh jadi yang direndahkan itu lebih baik; dan janganlah suka mencela dirimu sendiri dan jangan memanggil dengan gelaran yang mengandung ejekan; seburuk-buruk panggilan adalah (panggilan) yang buruk sesudah iman dan barangsiapa yang tidak bertaubat, maka mereka itulah orang-orang yang zalim."

Hasanuddin juga memetik hadis Rasulullah s.a.w. yang diriwayatkan oleh Muslim yang bermaksud:

"Memadai seseorang dikira berbuat keburukan jika dia merendahkan saudaranya sesama muslim."

Beliau juga mengingatkan tentang sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud:

"Sesungguhnya darah kalian, harta kalian dan kehormatan kalian haram atas kalian...” (HR Bukhari Muslim)

Hasanuddin turut mengingatkan ahli Amanah bahawa setiap kumpulan umat Islam mempunyai maruah dan kehormatan walaupun cara mereka tidak dipersetujui kelompok yang lain.

Malah katanya, Rasulullah s.a.w. menghalang umat Islam mencela saudara Islamnya yang lain berdasarkan hadis yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim:

"Mencela seorang muslim adalah kefasikan, dan membunuhnya kekufuran."

"Semoga semua yang membaca coretan sedia memaafkan mereka.

"Tuhan akan tinggikan kemuliaan dan maruah kita apabila kita bersabar, memaafkan dan mendoakan keampunan buat mereka yang melaknat dan mencerca kita," ujarnya.

Semalam, Ketua Dewan Ulama Pas Kedah Mohd Rejab Md Akhir meminta para perwakilan supaya berdiri dan mengetuai ikrar yang diakhiri dengan laungan 'jahanam PAN' (Amanah), diikuti laungan takbir.

“Sebelum saya memulakan ucapan, saya minta semua berdiri kita baca ikrar ‘Jahanam PAN’,” kata Rejab ketika menyampaikan ucapan pembukaan yang dirasmikan Timbalan Mursyidul Am Datuk Ahmad Yakob.

Bagaimanapun, rata-rata pengguna media sosial mengecam sikap Pas tersebut sekaligus mempersoalkan sejauh mana parti yang memusuhi Pakatan Harapan itu mengamalkan 'budaya politik matang dan sejahtera' seperti yang dilaungkan.

Sementara itu, penganalisis politik yang juga pensyarah universiti awam, Dr A Zachary S memandang berat kecenderungan pemimpin Pas mengutuk dan melaknat lawan politik mereka.

Menurut beliau, perkataan 'laknat' boleh dilihat dari dua makna iaitu cerca, kutuk dan pengusiran dari rahmat Allah.

Dr Zachary menjelaskan, melaknat orang mukmin lain oleh seorang mukmin termasuk dalam perkara dosa dan Rasulullah s.a.w. bersabda:

"Sesiapa yang melaknat seseorang Mukmin, maka itu seperti membunuhnya." [HR Bukhari, 10/464]

Malah tambah beliau, Allah SWT sendiri melarang umat Islam melaknat seorang kafir secara individu.

Menurutnya, Rasulullah s.a.w. pernah ditegur Allah SWT kerana mendoa laknat Abu Jahal dan kafir Quraisy menerusi firman-Nya:

"Tidak ada sedikit pun campur tanganmu dalam urusan mereka itu atau Allah menerima taubat mereka atau mengazab mereka kerana sesungguhnya mereka itu orang-orang yang zalim." [Ali Imran: 128]

"Hukum melaknat orang kafir yang masih hidup dilarang oleh Allah kerana boleh jadi Allah merahmati dia sehingga dia mendapatkan hidayah untuk memeluk Islam dan menjadi orang mukmin.

"Jika orang kafir pun dilarang Allah kita melaknat, inikan pula sesama muslim dan mukmin?" ujar beliau.

Dalam semua pihak dalam PAS marahkan AMANAH & DAP tiba-tiba Mursyidul Am PAS suruh maafkanlah mereka...

Maafkanlah mereka...: Mursyidul Am Pas
27 April 2017

ALOR SETAR - "Maafkanlah segala kesilapan," berikut kata-kata Mursyidul Am Pas, Hashim Jasin ketika ucapan Perasmian Dewan Muslimat Pas Malaysia di Kompleks Pas Kedah, Kota Sarang Semut, hari ini.

Menurutnya, beliau percaya ALLAH SWT tidak akan sia-siakan pengorbanan mereka selama ini.

"Perkara yang dah terlajak itu, maafkanlah. Macam rakan-rakan yang telah lari meninggalkan kita.

"Selain itu, kita perlu yakin dengan kebenaran yang telah ditentukan oleh ALLAH SWT. Jangan pula kita tergolong dalam golongan orang yang ragu-ragu dengan kebenaran," katanya tanpa menyebut mana-mana pihak.

Sementara itu, sebagai seorang yang memperjuangkan Islam, pertolongan harus diberikan walaupun kepada 'musuh'.

"Kalau ada orang minta tolong, kita kena bantu tidak kira apa pun kerana dalam Islam jika perkara mendatangkan bahaya, bantuan harus diberikan walaupun kepada musuh.

"Itu maksud saya, sebagai contoh jika Amanah ingin bersua semula, jumpalah, atau jika DAP ingin tarik balik kenyataan mereka, Pas masih mengamalkan dasar terbuka hingga sekarang," katanya ketika sidang media yang diadakan usai merasmikan Muktamar Tahunan Dewan Muslimat Pas, di sini hari ini.

- Sinar Harian

PEMUDA PAS arah semua jawatan dalam kerajaan negeri Selangor dilepaskan!!!

PEMUDA PAS SURUH BARISAN EXCO KEPIMPINAN DARI PAS SELANGOR LETAK JAWATAN DALAM KERAJAAN NEGERI.

Bertetapan dengan keputusan Dewan Ulamak siang tadi dengan ini saya Pemuda PAS  menyeru supaya semua EXCO PAS serta AHLI MAJLIS dan JKKK dari PAS serta lantikan politik dalam GLC Negeri supaya meletak semua jawatan dalam kerajaan negeri Selangor.

Sesungguhnya dengan seruan dari keputusan Dewan Ulama PAS maka dengan ini terputuslah segala hubungan dengan KEADILAN yang menguasai dalam pemerintahan negeri Selangor.

Semoga keputusan Dewan Ulama dipatuhi oleh semua lapisan kepimpinan dalam PAS Selangor.

Sekian Terima Kasih

PEMUDA PAS - 😀

Ulama Kami Pertahankan

Kisah barua dan broker dengan doa lakhnat...adakah ulama halalkan semua..!!??

Ulamak yang memilih kemungkaran...!

1. Saya memilih utk ikuti live ulamak Pas bermuktamar pagi ini. Sebaik sahabat saya Ustaz Mohd Nazri Chik selesai aluan, ucapan sulung adalah wakil Kedah Ustaz Rejab Md Akhir.

2. Belum pun sempat berucap, semua yg hadir diajak bangun dan sama laung kata semangat, yg terus disusuli kata "jahannam PAN".

https://www.youtube.com/watch?v=aI7ZKOukdo8

3. Allahu... Saya benar tergamak, terdiam, tak terkata beberapa saat. Itu rupanya kalimah pertama hari mulia 1 Syaaban 1438H ini, didoakan oleh perwakilan dlm satu majlis besar yg berkumpul semua ahli agama parti itu. Ada yg dilihat tak selesa, namun tak ada pun seorg bangkit tegur maksiat akhlaq dihadapan mereka itu...

Termasuk tidak ditegur oleh wakil syura parti yg ada dalam dewan itu! bahkan hampir semuanya bergembira senyum dgn kemaksiatan berjamaah itu!

Ikhwah yg dirahmati

4. Sesunggguhnya kalimah "jahannam" itu adalah hak Allah semata, yg digunakan utk musuh Islam yg kelak dicampak dlm neraka jahannamNya. Tapi itulah pilihan doa oleh ulamak partiitu utk kami, dari Parti Amanah Negara yg mereka singkatkan sbg terma PAN.

5. "PAN" itu juga disebut oleh ketua ulamak Pas sbg kalimah  arab bermaksud "mati", Maka ahli Pas tak dibenarkan sebut AMANAH, tetapi hendaklah doakan kematian utk AMANAH. Sebegitu sekali!

6. Saya teringat hadith berkata, Rasulullah amat takut melebihi takutnya pada Dajjal adalah pada ketua / ulamak yg menyesatkan ummah di akhir zaman ini. Juga kadua bermaksud "mencela seorang muslim itu adalah kefasikan, dan membunuhnya pula adalah kekufuran".

Saya melihat kebenaran pada hadith Rasul mulia itu! Saya juga imbas apa yg dah berlaku kebelakangan ini.

7. Tahun 2013 Dato' Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang sendiri mulakan kerja khianat PAS pada PKR apabila dia sendiri letakkan calon PAS di kerusi yg dah pun menjadi hak PKR sejak 2008. Akhirnya UMNO berterima kasih pada PAS atas hadiah kerusi itu.

8. Kesannya juga, dalam dua kali program Dewan Ulamak parti itu membuat keputusan dan usul utk putuskan dgn PKR (dan kekal dgn DAP).

9. Hasil dari itu setiap teguran pada Presiden atas kesalahan itu, pasti terus dijawab dgn kata kesat termasuk barua dan broker.

10. Umum juga ingat, setahun kemudian, tahun 2014 wakil ulamak Ustaz Azhar Yaacob bangkit lebih 20 min bacakan doa laknat buat ahli sendiri yg berbeza pandangan dgn Presiden party dalam Muktamar di Johor. Ahli diperbodohkan sebegitu sekali oleh ulamak party!

11. Dan tahun berikutnya 2015 kita lihat sekali lagi Mokhtar Senik wakili ulamak bangkit bawakan usul tergempar arah perwakilan putuskan hubungan dgn DAP, tetapi kekal pula dgn PKR. Totally berbeza pandangan sejak 2 tahun sblm itu!

12. Hingga akhirnya,sehari kemudian tanpa disangka Presiden party salahgunakan veto utk paksa perwakilan Muktamar 2015 di Kuala Selangor utk terima usul putus dgn DAP itu tanpa dibenarkan bahas. Maka terputuslah hubungn rasmi PAS dgn DAP hasil ulamak parti itu!

13. Makan, dua hari selepas putus itu, YB Iskandar A Samad (Naib Presiden) bertanya trus pada Ustaz Rizuan Bin Rahmat Ketua Ulamak Selangor, apa punca tiba-tiba ulamak PAS mahu putus dgn DAP? Apakah ulamak tak lihat manfaat dakwah yg ada selama PAS berkawan dgn DAP dan PKR?

14. Ustaz Rizuan Bin Rahmat mengakui mmg manfaat bersama DAP tersangat banyak. Namun katanya usul Dewan Ulamak Pas itu sebenarnya bukan bertujuan utk benar-benar putus pun dgn DAP. Bahkan katanya, tujuan sebenar usul itu diangkat "hanyalah untuk tujuan gempar DAP sahaja..." melalui perbahasan muktamar itu! Dan ulamak sendiri yakin pasti usul itu pasti akan ditolak oleh hampir semua perwakilan yg hadir.

15. Katanya juga, Dewan Ulamak Pusat sendiri pun terkejut dgn penggunaan veto yg tak disangka oleh Presiden itu.

Ikhwah yg dirahmati;

Semua itu hanyalah beberapa contoh kerosakan yg dah pun berlaku. Banyak jika kita kaji akan betapa rosaknya fikrah dan perangai mereka yg bergelar diri sbg ulamak parti itu terutamanya dalam menguruskan perbezaan pandangan sesama ahli atau pimpinan party.

Kita dah saksikan, jawapan paling mudah buat ulamak itu hanyakah memaki-hamun serta zahirkan kata laknat dan nistapada sesiapa pun yg berbeza pendangan itu dgn Presiden party.

Langsung tiada hujjah atau fakta berani dibuat secara berdepan atau tersusun.

عَنْ أَبِيْ هُرَيْرَةَ قَالَ: قِيْلَ: يَا رَسُوْلَ اللَّهِ ادْعُ عَلَى الْمُشْرِكِيْنَ. قَالَ: إِنِّيْ لَمْ أُبْعَثْ لَعَّانًا وَإِنَّمَا بُعِثْتُ رَحْمَةً. (رواه مسلم)

Rasulullah pernah diminta untuk doakan kecelakaan / kebinasaan ke atas kaum musyrikin sendiri. Maka jawab Rasullah, "sesungguhnya aku tidaklah diutuskan sebagai pelaknat, bahkan sesungguhnya aku diutus hanya sebagai rahmat.." [Muslim. No. 2599]

https://www.facebook.com/ahmadsayutibashiron/posts/10155195242324876

Kita berdoalah agar anugerah kesabaran pada semua dalam mehnah yg berlaku ini. Dalam parti itu masih terlalu ramai sahabat-karib kita yg baik dan sgt ikhlas. Tetapi, mereka masih memilih utk tidak bersuara...

Makan cukuplah Allah sbg sebaik pemberi balas buat hambaNya.

assayuti | 1 Sya'ban 1438

TERIMA KASIH PAK NDAK TOK GURU HJ MAT JAB... !

Gempita media sosial hari ini, penangan kata 'jahannam PAN' oleh ketua segala Ulama PAS di negeri Kedah. Macam² kupasan dan komentar yang diberikan.

Adapun saya, saya ingin merakamkan ucapan Terima Kasih kepada Pak Ndak Tok Guru Mat Jab kerana hanya dengan sesaat, Tok Guru telah berjaya lakukan dua kerja sekaligus .....

1. Tok Guru membuktikan bahawa 'makian' dan 'tanabuz bil alqab' adalah kerja biasa Pas hatta oleh Ketua Para Ulama. Terima Kasih Tok Guru!

2. Tok Guru berjaya membuktikan bahawa 'lembaga' yang menghantui Pas Kedah adalah PAN, sebab itulah Tok Guru tak peduli tentang isu besar lain yang sedang berlegar . Tahniah Tok Guru.

Kalau anda ingin menikmati 'suara deraih' dan 'gempaq kelin' Ketua Para Ulama Kedah ini bolehlah berkunjung ke Masjid Lubuk Kawah, Jitra... Tok Guru ada tazkirah sebelum Jumaat, lebih 'ganas' dari 'jahannam PAN' pun akan terkeluar.

TERIMA KASIH PAK NDAK TOK GURU !

Islam disebarkan dengan hujjah, bukan dengan JERKAHAN tak tahuan hala Ketua Para Ulama.

Tu baru Tok Ketua Ulama Pas Kedah, Tok Ketua Pahang belum zahir lagi !

❤FB Ustaz Ridzwan Abu Bakar❤                    

Nota kaki:

Rasulullah pernah diminta untuk doakan kecelakaan / kebinasaan ke atas kaum musyrikin sendiri.

Maka jawab Rasullah,

"sesungguhnya aku tidaklah diutuskan sebagai pelaknat, bahkan sesungguhnya aku diutus hanya sebagai rahmat.."

[Muslim. No. 2599]

Adakah MAJLIS AGAMA ISLAM KEDAH beri kebenaran pimpinan PAS masuk masjid baca khutbah?

Pagi nie dapat mesej dalam group whatsapp list tok khatib dari pimpinan PAS masuk berkhutbah dalam masjid-masjid sekitar Kedah.

Yang memusykilkan adakah kerajaan negeri Kedah serta Majlis Agama negeri sudah memberikan kebenaran untuk mereka masuk dalam masjid.

Jika sebegini adakah masjid sekitar Kedah sudah boleh dimasuki oleh ustaz-ustaz politik dari Pas.

Ini yang dimusykilkan ketika ini.

Ini list pimpinna Pas di masjid-masjid sekitar Kedah.

Update terkini...

KHATIB JEMPUTAN JUMAAT  28/4/2017

KUALA KEDAH
1- MSJD SELARONG BATANG :
YAB US DATO BENTARA KANAN HJ AHMAD YAKOB
MENTERI BESAR KELANTAN

2- MSJD ALOR PULAI:
USTAZ ROSLI A. JABBAR

3- MSJD PERMATANG BONGOR:
YB US KHAIRUDDIN ATTAKIRI

4- MSJD TUNKU PUTRA: DATO TUAN IBRAHIM TUAN MAN

5- MSJD TUNKU AHMAD TAJUDDIN:
DATO DR NIK ZAWAWI NIK SALLEH

6- MSJD ALOR MADI:
US DASUKI ABD RANI

7- MSJD TANDOP:
DATO NIK AMAR NIK ABDULLAH

8- MSJD AISYAH TELOK BAGAN:
US SAIFUL BAHRI

9- MSJD GUNUNG SALI:
US MOKHTAR SENIK

10- MSJD ALOR IBUS:
DR AZHAR YAAKOB

ALOR SETAR

11- MSJD HALIM PANTAI JOHOR:
YB US IDRIS AHMAD

12- MSJD TENGKU MALIK ALOR BINJAI:
YB NASRUDDIN TANTAWI

13- MSJD TOK KELING:
US TUAN SYARIFUDDIN

14- MSJD TANJONG BENDAHARA:
US ZULKARNAIN HASAN

POKOK SENA

15- MSJD BUKHORI
YB NASRUDDIN DAUD

16- MSJD NURUL IHSAN:
US KHIRUL MUNTANAZAR ISMAIL

17- MSJD AL-IRFAN DERGA:
YB SALEHIN MUHYI

18- MSJD TANJUNG MUSANG:
US AZLISYAM AZHAR

19- MSJD JABI:
US KAMAL NAZMI

KUBANG PASU

20- MSJD PELUBANG:
US NORAZLI MUSA

JERAI @ YAN

21- MSJD AL WUSTHA GUAR CHEMPEDAK:
TUAN GURU NIK RAZI NIK MAT

22- MASJID AL HALIMI BT 17:
YB US ABDULLAH HUSIN

23- MSJD BT 16 PDG LUMAT:
US AZHAR YAHYA

24- MSJD SMPG 4 SEDAKA:
YB US HISHAMUDDIN ABD KARIM

25- MSJD AL HADI BKT BESAR:
DATO DR MAHFOZ MOHAMED

26- MSJD KHAIRIAH BT 3 GURUN:
US MUSTAFA SAARI

Mohd Saufi Ahmad
Kilang Ais Alor Setar
Dulu Pas Kini Bersatu

Jangan jadikan pekerja asing teramai selepas Melayu menjelang 2040


Pekerja asing akan menjadi golongan kedua teramai di negara ini selepas Melayu/Bumiputera menjelang 2034.

Jumlah pekerja asing di negara ini telah melebihi bilangan rakyat Malaysia berbangsa India pada tahun lepas dan bakal menjadi golongan kedua terbesar selepas Melayu/Bumiputera menjelang 2040.

Sehubungan itu semua pihak perlu memberi fokus kepada usaha untuk mengurangkan lambakan dan kebergantungan kepada pekerja asing menjelang 2030 dan menyelesaikan isu-isu membabitkan pihak berkepentingan dengan pekerja asing, kata Ahli Parlimen Pandan Rafizi Ramli.

Beliau memetik pengakuan Timbalan Setiausaha Bahagian Dasar, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Chua Choon Hwa bahawa menjelang 2034 jumlah pekerja asing akan mencecah 7.5 juta orang dan menjadi kumpulan kedua terbesar selepas Melayu/Bumiputera menjelang 2040.

Jumlah ini mengatasi rakyat Malaysia berbangsa Cina, India, Iban, Kadazan dan kumpulan Bumiputera lain sekaligus memberi gambaran hala tuju negara di bawah Umno/BN.

Lebih merumitkan, tambah Rafizi perbincangan mengenai reformasi tenaga kerja di negara ini akan menjadi 'caca merba' akibat pertembungan dengan pihak-pihak berkepentingan dalam industri pekerja asing.

Ini kerana jelas beliau, proses membawa masuk, mengawalselia dan menguruskan pekerja asing telah menjadi industri besar bernilai berbilion ringgit membabitkan proses saringan kesihatan, kos permit, ejen-ejen dan pelbagai karenah birokrasi lain.

"Akibatnya sebarang keputusan untuk mengurangkan kemasukan pekerja asing sudah tentu akan mengganggu periuk nasi golongan berkepentingan ini yang selalunya rapat dengan pimpinan Umno/BN," jelas beliau.

Naib Presiden PKR itu juga menyentuh penggunaan pekerja asing dalam beberapa industri yang tidak sepatutnya menggunakan khidmat pekerja asing hanya semata-mata bagi mewujudkan kos buruh yang rendah.

"Sebarang usaha untuk mengurangkan kebergantungan kepada pekerja asing akan mendapat bantahan kuat dari pelobi industri-industri ini," ujarnya.

Malah lambakan dan kebergantungan kepada pekerja asing, ujarnya menjadi salah satu punca utama pengangguran di kalangan rakyat Malaysia apabila tenaga kerja tempatan yang tidak berpendidikan tinggi dikira tidak sesuai untuk kerja-kerja yang tidak memerlukan kemahiran teknikal.

Beliau turut mempersoalkan keperluan restoran dan kedai menggaji pekerja asing sedangkan kerja-kerja tersebut boleh dibuat oleh pekerja tempatan.

"Apa perlunya kilang-kilang yang tidak memerlukan kemahiran teknikal dan khusus menggaji pekerja asing sedangkan kerja-kerja tersebut sepatutnya diisi oleh rakyat tempatan," tambah beliau.

Sehubungan itu, pihaknya sedang menyiapkan kertas dasar mengenai reformasi tenaga kerja yang akan memperincikan sasaran peratusan pekerja asing berbanding pekerja rakyat Malaysia menjelang 2030 serta langkah-langkah ke arah mencapai sasaran itu.

"Kertas dasar itu akan dibentangkan di dalam satu wacana dasar yang dianjurkan oleh I-CPI (INVOKE Centre for Policy Initiatives) pada 14 Mei 2017 bermula jam 1 petang di Hotel Empire, Subang," ujarnya.

 Polis tidak meluluskan permohonan permit debat antara Mukhriz dan Haris

ALOR SETAR – Polis tidak meluluskan permohonan permit debat antara Timbalan Presiden Bersatu, Datuk Seri Mukhriz Mahathir dengan Naib Ketua Umno Bahagian Pokok Sena, Haris Che Mat.

Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Mohd Rozi Jidin berkata, penolakan permohonan itu adalah sebagai langkah terbaik untuk menjaga kepentingan awam.

“Permohonan ini telah pun kita proses dan buat keputusan untuk tidak membenarkan permohonan ini diteruskan memandangkan terdapat unsur-unsur dan isu keselamatan yang boleh menggugat ketenteraman awam jika debat ini diteruskan.

“Tajuk debat itu sendiri juga adalah tidak bersesuaian untuk dibincangkan dalam platform yang dipohon dan perkara ini telah pun saya maklumkan kepada pihak pemohon, mereka faham serta akur dengan keputusan pihak polis,” katanya.

Menurutnya, pemohon bagaimanapun boleh membuat rayuan kepada pihak yang lebih tinggi iaitu Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar jika berhasrat mahu meneruskan cadangan debat itu.

“Sekiranya ada pihak yang meneruskan juga perdebatan itu secara sembunyi dan berlakunya perhimpunan, mereka boleh dikira melanggar Akta Perhimpunan Aman 2012 dan boleh diambil tindakan.

“Setakat ini semuanya bertindak profesional dan boleh berfikir matang atas nasihat dan saranan daripada pihak polis. Saya percaya dalam isu ini masing-masing boleh bertindak profesional mengikut undang-undang,” katanya.

Sebelum ini, satu notis makluman program debat antara Mukhriz dan Haris telah dihantar ke Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Setar sebagai permohonan kebenaran diadakan debat pada 27 April atau pada 5 Mei.

Tujuan debat itu diadakan adalah untuk memperjelaskan perkara-perkara yang dibangkitkan oleh Haris mengenai punca kekayaan dimiliki bekas Menteri Besar Kedah itu yang didakwa mencecah berbilion ringgit.

Selain itu, ia juga bagi membolehkan Haris menjawab dari manakah anak tiri Perdana Menteri, Riza Aziz mendapat kekayaannya untuk membikin filem lucah yang memakan belanja 100 juta dolar Amerika Syarikat dan membayar hutang judi 13 juta dolar Amerika Syarikat di pusat perjudian Las vegas.
 

Usul PAS putus tahalluf siyasi bersama PKR diterima

ALOR SETAR - Usul memutuskan tahalluf siyasi bersama PKR diterima sebulat suara pada Muktamar Dewan Ulamak Pas Pusat.

Ketua Penerangannya, Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali at-Takiri berkata, menyedari bahawa PKR telah melanggar begitu banyak syarat-syarat tahalluf siyasi dengan Pas,  Muktamar Dewan Ulamak Pas Pusat bersetuju mengusulkan agar tahalluf siyasi antara Pas dan PKR diputuskan.

Bagaimanapun katanya, usul tersebut tertakluk kepada keputusan Majlis Syura Ulamak menurut peruntukan perlembagaan parti.

“Usul yang turut diterima sebulat suara, ialah Perdana Menteri Malaysia hendaklah Melayu Muslim dan melengkapi syarat pemimpin Islam.

"Kepimpinan negara adalah amanah menegakkan  Islam selain mentadbir negara dengan agama Islam, sebagaimana disepakati fuqaha dalam Islam," katanya.

Katanya, dalam konteks Malaysia 60.4 peratus rakyat Malaysia adalah  kalangan Muslim Melayu.

"Jawatan Perdana Menteri  merupakan kuasa eksekutif tertinggi yang menjalankan kuasa pentadbiran yang berkuasa menentukan sesebuah pentadbiran sentiasa berasaskan prinsip Islam bagi menegakkan agama," katanya.

Menurutnya, Islam merupakan agama bagi Persekutuan sebagaimana diperuntukkan dalam artikel 3 Perlembagaan Persekutuan yang mesti ditafsirkan dengan maksud Islam sebagai ad-Din.

"Kita mengusulkan agar Pas Pusat menerusi ahli-ahli Parlimennya  mendesak kerajaan Malaysia membuat pindaan Perlembagaan Malaysia supaya jawatan Perdana Menteri hendaklah  hanya kalangan warganegara Muslim berbangsa Melayu yang melengkapi syarat kepimpinan dalam Islam'" katanya.

Terima Kasih K'jaan Negeri & Majlis Agama Islam Kedah kerana mengizinkan pimpinan PAS menjadi khatib jemputan solat Jumaat

Alhamdulillah dan terima kasih kepada kerajaan negeri BN pimpinan YAB Dato' Seri DiRaja Ahmad Bashah serta Majlis Agama Islam Negeri Kedah kerana memberikan kebenaran kepada masjid-masjid disekitar negeri Kedah untuk kepimpinan serta ustaz-ustaz dalam Parti Islam SeMalaysia (PAS) menjadi khatib jemputan untuk memberi tazkirah dan membaca khutbah jumaat pada tarikh 28/04/2017 nanti.

Disini disertakan senarai masjid-masjid terlibat. Diharap semua jamaah yang berdekatan dapatlah hadir.

KHATIB JEMPUTAN JUMAAT  28/4/2017

KUALA KEDAH
1- MSJD SELARONG BATANG :
YAB US DATO BENTARA KANAN HJ AHMAD YAKOB
MENTERI BESAR KELANTAN

2- MSJD ALOR PULAI:
USTAZ ROSLI A. JABBAR

3- MSJD PERMATANG BONGOR:
YB US KHAIRUDDIN ATTAKIRI

4- MSJD TUNKU PUTRA: DATO TUAN IBRAHIM TUAN MAN

5- MSJD TUNKU AHMAD TAJUDDIN:
DATO DR NIK ZAWAWI NIK SALLEH

6- MSJD ALOR MADI:
US DASUKI ABD RANI

7- MSJD TANDOP:
DATO NIK AMAR NIK ABDULLAH

8- MSJD AISYAH TELOK BAGAN:
US SAIFUL BAHRI

9- MSJD GUNUNG SALI:
US MOKHTAR SENIK

10- MSJD ALOR IBUS:
DR AZHAR YAAKOB

ALOR SETAR

11- MSJD HALIM PANTAI JOHOR:
YB US IDRIS AHMAD

12- MSJD TENGKU MALIK ALOR BINJAI:
YB NASRUDDIN TANTAWI

13- MSJD TOK KELING:
US TUAN SYARIFUDDIN

14- MSJD TANJONG BENDAHARA:
US ZULKARNAIN HASAN

POKOK SENA

15- MSJD BUKHORI
YB NASRUDDIN DAUD

16- MSJD NURUL IHSAN:
US KHIRUL MUNTANAZAR ISMAIL

17- MSJD AL-IRFAN DERGA:
YB SALEHIN MUHYI

18- MSJD TANJUNG MUSANG:
US AZLISYAM AZHAR

19- MSJD JABI:
US KAMAL NAZMI

KUBANG PASU

20- MSJD PELUBANG:
US NORAZLI MUSA

JERAI @ YAN

21- MSJD AL WUSTHA GUAR CHEMPEDAK:
TUAN GURU NIK RAZI NIK MAT

22- MASJID AL HALIMI BT 17:
YB US ABDULLAH HUSIN

23- MSJD BT 16 PDG LUMAT:
US AZHAR YAHYA

24- MSJD SMPG 4 SEDAKA:
YB US HISHAMUDDIN ABD KARIM

25- MSJD AL HADI BKT BESAR:
DATO DR MAHFOZ MOHAMED

26- MSJD KHAIRIAH BT 3 GURUN:
US MUSTAFA SAARI





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...