TERKINI :

Thursday, April 27, 2017

PAS sudah bersedia menggempur PKR demi menerajui Selangor - Dr. Zuhdi

PAS bukan sahaja bersedia untuk bergerak sendiri merempuh pilihanraya umum Ke-14 (PRU-14), tetapi juga menggempur PKR demi menerajui Selangor, kata Pengarah Operasi Pusat Penyelidikan parti itu, Dr Zuhdi Marzuki.

Ujarnya, ianya terbukti apabila Naib Presidennya Datuk Iskandar Abdul Samad baru-baru ini mengumumkan bahawa parti tersebut mahu meletakkan calon di 45 kerusi DUN dan 15 kerusi Parlimen.

“Berdasarkan cadangan tersebut, PAS sudah bersedia untuk menerajui Selangor bersama-sama dengan blok politik Gagasan Sejahtera.

“Sebelum ini PAS bertanding 20 kerusi DUN dan 7 kerusi Parlimen. Bila dicadangkan 45 kerusi DUN dan 15 kerusi Parlimen, kerusi-kerusi itu adalah yang ditandingi oleh PKR dan DAP sebelum ini,” katanya.

http://www.agendadaily.com/bahasa-malaysia/berita-utama/analisa/26347-pas-bersiap-lawan-dan-rampas-selangor-dari-pkr.html

Tun Mahathir persoal ke mana pergi duit yang dibayar kepada syarikat palsu Aabar BVI

KUALA LUMPUR: Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mengkritik pengumuman penyelesaian pertikaian hutang antara 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan International Petroleum Investment Company (IPC).

Pengkritik lantang syarikat kerajaan tersebut berkata, perjanjian antara 2 entiti itu tidak menyelesaikan masalah kerana 1MDB membayar hutangnya sebanyak 2 kali.

"Kena ingat, wang itu sudah disampaikan kepada (anak syarikat) IPIC (melalui anak syarikat) Aabar BVI, tetapi mereka kata itu bukan syarikat mereka.

"Nampaknya 1MDB bayar kepada syarikat palsu. Sekarang nak bayar sekali lagi kepada syarikat tidak palsu… Jadi kita rugi 2 kali," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) semalam.

Mengulas lanjut, Menteri Kewangan II Datuk Seri Johari Abdul Ghani berkata, Aabar Investment PJS Ltd (Aabar BVI) sememangnya anak syarikat IPIC yang sah, yang dinafikan syarikat milik kerajaan Abu Dhabi itu.

Menurut Malaysiakini, beliau berkata ia berdasarkan rekod yang diberikan 1MDB kepada PAC sebelum ini, dan disahkan oleh Pendaftar Hal Ehwal Korporat British Virgin Islands bertarikh 11 Ogos 2016.

Minggu ini, IPIC dan 1MDB mengumumkan mereka sudah menyelesaikan pertikaian hutang tersebut, melalui persetujuan yang menyatakan 1MDB akan membayar AS1.2 bilion (RM5.25 bilion) kepada IPIC.

Dalam persetujuan itu, yang dilaporkan kepada Bursa Saham London, 1MDB akan membayar AS$1.2 bilion dalam 2 ansuran pada Julai dan Disember kepada IPIC, selepas pertikaian antara 2 syarikat itu di Mahkamah Timbangtara Antarabangsa London.

1MDB juga akan bertanggungjawab terhadap semua pembayaran faedah pada masa akan datang dan pembayaran prinsipal bagi 2 bon terbitan syarikat-syarikat Kumpulan 1MDB Group yang bernilai AS$3.5 bilion, yang berakhir pada 2022.

Perjanjian itu sebelum ini dikritik Ahli Parlimen DAP, Tony Pua dan Ahli Parlimen PKR, Wong Chen.

Mahathir menegaskan isu utama adalah ke mana sebenarnya wang yang dahulunya dikatakan dibayar kepada IPIC.

"Duit kepada syarikat palsu ini pergi mana, siapa yang dapat? Ini masalahnya."

Akujanji BN Kedah masih berlambak tidak tertunai, dakwa AMANAH

KULIM BANDAR BAHARU: Barisan Nasional (BN) Kedah disarankan supaya tidak membuat janji-janji baru lagi menjelang Pilihan Raya Umum ke 14 yang akan datang, selagi aku janji yang dibuat mereka melalui buku ‘Aku Janji BN 2013’ belum dilaksanakan sepenuhnya.

Demikian dinyatakan oleh Pengerusi AMANAH Kawasan Kulim-Bandar Baharu, Ustaz Othman Don.


Ustaz Osman Don, Ketua AMANAH Kulim Bandar Baharu

Menurut beliau lagi seperti dilaporkan Malaysia Dateline, banyak aku janji BN Kedah yang dijanjikan sehingga kini belum lagi menjadi realiti.

“BN Kedah menjanjikan untuk menaik taraf semua pusat tahfiz yang ada di Kedah, namun begitu masih banyak lagi yang daif serta tidak mempunyai prasarana yang sempurna.

“Janji mereka untuk mewujudkan 500 peniaga baru bagi setiap daerah di negeri ini, tidak juga kesampaian.

“Begitu juga dengan aku janji untuk meningkatkan isu\i rumah melalui kepelbagaian aktiviti ekonomi, sedangkan masih ramai lagi yang hidup kais pagi makan pagi dan kais petang makan petang, ” ujarnya lagi.

Beliau juga berkata, isi rumah yang hidup dibawah miskin tegar terlalu ramai di dalam kawasan Sik dan juga Baling, tetapi tidak juga mendapat pembelaan dari kerajaan negeri walaupun tempoh yang mereka janjikan hampir tamat tidak lama lagi.

“Aku janji untuk menyelesaikan masalah bekalan air masih lagi tidak menjadi kenyataan kerana masih lagi banyak kawasan di Kedah yang tidak memperolehi bekalan air bersih dengan sempurna hingga kini.

“Terlalu banyak yang mereka janjikan dalam manifesto PRU ke 13 yang lalu sepertimana yang tercatat dalam buku tersebut, namun ianya hanya tinggal janji-janji manis sahaja.

“Rakyat Kedah harus sedar, selama ini janji yang dibuat oleh BN Kedah hanyalah sekadar untuk mendapat mandat dan pengaruh tetapi sukar untuk direalisasikan sepertimana janji yang mereka taburkan, ” tegasnya.

Dalam pada itu beberapa projek mega yang turut sama di janjikan oleh BN di Kedah sehingga kini belum lagi menjadi realiti.

Antaranya ialah membina Lapangan Terbang Antarabangsa Kulim belum lagi menampakkan bayangnya.

“Apa dah jadi dengan Lebuhraya Sungei Petani- Kedah Inner Expressway yang telah berakali-kali diumumkan sedangkan tempoh untuk memerintah negeri Kedah oleh BN semakin singkat.

“Bagaimana pula dengan cadangan untuk mewujudkan sebuah Bandar Raya Getah di Kota Putra, Padang Terap dengan janji akan menawarkan 13,000 peluang pekerjaan.

“Oleh kerana itu rakyat negeri Kedah jangan lagi terpedaya dengan janji-janji baru yang akan dicanang-cangkan oleh BN menjelang pilihan raya umum ke 14 yang akan datang tidak lama lagi, ” tambahnya.

PAS lancar tabung dana RM200K untuk saman SARAWAK REPORT

PAS melancarkan tabung dana khas bagi membiayai kos-kos tuntutan saman olehnya ke atas Sarawak Report di United Kingdom.

Timbalan Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man ketika merasmikan Muktamar Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) ke-58 hari ini mengumumkan mengenai tabung itu yang dijangka akan menelan kos sebanyak RM200,000.

"Walaupun jumlah yang begitu besar, tetapi demi maruah, nama baik parti, PAS akan teruskan kerana kita tidak boleh membiarkan orang lain merosakkan nama kita," katanya di hadapan kira-kira 170 perwakilan Pemuda PAS dari seluruh negara.

Katanya, PAS memutuskan untuk meminta sekurang-kurangnya RM5 untuk ahli menyumbang bagi menampung kos menyaman Sarawak Report.

"Saya sudah menjangka RM5 itu sedikit sangat," katanya sebaik sahaja mendengar suara perwakilan yang menyifatkan jumlah itu terlalu sedikit.

Memetik kata-kata bekas Mrsyidul Am PAS, Allahyarham Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang berkata, tidak perlu bimbang tentang wang di dalam PAS.

"(Nik Aziz berkata) walaupun ahli-ahli PAS tidak mempunyai wang, tidak kaya tetapi mereka sanggup berkorban untuk mempertahankan parti," kata Tuan Ibrahim yang diikuti laungan Allahuakhbar di kalangan para perwakilan.

PAS mahu menyaman editor Sarawak Report, Claire Rewcastle-Brown kerana mendakwa parti itu menerima RM90 juta daripada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak. – HARAKAHDAILY 27/4/2017

Muktamar PAS kali ini ada laungan JAHANAM PAN sambil bertakbir 3X

MUKTAMAR di Kedah kali ini diharap memberi mesej untuk membolehkan PAS kembali berkuasa di negeri jelapang padi tersebut.

Ketua Dewan Ulamak PAS Kedah Ustaz Mohd Rejab Md Akhir berharap kehadiran ulama dari seluruh negara memberkati usaha tersebut.

Katanya bumi Kedah yang terkenal dengan jelapang padi insya Allah akan akan menjadi jelapang PAS.

"Kita pastikan Kedah sekali lagi akan dipimpim PAS pada pilihan raya umum ke 14 tidak lama lagi, " katanya pada ucapan aluan di Muktamar Dewan Ulamak PAS Pusat di SRIDU Tandop, hari ini.

Sebelum itu beliau meminta muktamirin berdiri membaca ikrar dalam bahasa Arab.

Di akhir ikrar beliau menyebut jahanam PAN sambil bertakbir tiga kali diikuti perwakilan yang hadir. Laungan itu bergema di seluruh dewan SRIDU. -

 HARAKAHDAILY 27/4/2017

Benarkah tarif air Pulau Pinang meningkat seperti yang diperkatakan oleh UMNO BN & sekutunya..?

Benarkah tarif air Pulau Pinang meningkat?
Pada 25 April 2017
oleh Anak Mami Di Perantauan


Dalam diam tiba-tiba meletup pula khabar dari kampung halaman saya kononnya tarif air di negeri Pulau Pinang telah dinaikkan oleh kerajaan negeri pimpinan DAP. Aparat propaganda Barisan Nasional pun gigih memukul canang dengan memanipulasi kata kunci itu, ‘tarif air naik’ dan ‘DAP’.

Untung besar aparat propaganda Barisan Nasional kerana umat negara ini kurang rajin membaca. Apatah lagi di zaman media sosial ini, pakai baca tajuk pun sudah cukup. Serupa tak payah tulis berita, tulis tajuk saja pun tak apa.

Mari sini abang jelaskan. Tarif air untuk pengguna domestik di Pulau Pinang kekal dan tidak berubah. Malah, tarif air Pulau Pinang adalah yang paling rendah di seluruh negara pada kadar purata 32 sen untuk 35,000 liter satu pengguna, setiap bulan.

Di Johor, kadar purata ini ialah RM1.32. Lebih empat kali ganda.

Apa jadi bila tarif air murah sampai tahap ini? Bayar bil air pun tak terasa; maka membazirlah kita sekaliannya. Kalau boleh pasang tab mandi dalam rumah, orang Pulau Pinang akan pasang dua tiga tab, buat berendam dalam air sabun.

Namun pembaziran sedemikian (atau dalam bahasa lebih lembut, penggunaan air yang terlalu tinggi) adalah tidak mapan dari segi alam sekitar mahupun dari sudut kewangan. Malah Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang terpaksa memberi subsidi sebanyak RM91 juta tahun lalu demi mengekalkan tarif air domestik paling rendah dalam negara.

Di tengah-tengah kekalutan tentang dakwaan ‘tarif air naik’ ini; Kerajaan Negeri Pulau Pinang sebenarnya berdepan satu lagi kritikan daripada badan-badan bukan kerajaan kerana didakwa tidak serius tentang konservasi air dan memulihara alam sekitar. Antara cadangan mereka ialah supaya menggandakan tarif air domestik sehingga dua atau tiga kali ganda.

Cadangan tersebut tidak diterima kerajaan negeri kerana tidak mahu membebankan rakyat Pulau Mutiara. Sebaliknya apa yang dilakukan ialah meningkatkan penalti atau denda terhadap mereka yang membazir dan menggunakan air seolah-olah memelihara ikan paus di dalam rumah.

Buat masa ini, surcaj bagi penggunaan air secara berlebihan bagi pengguna domestik ialah 48 sen bagi setiap 1,000 liter yang melebihi takat purata 35,000 liter.

Surcaj ini akan dinaikkan kepada RM1 dengan harapan ia akan mengurangkan tabiat membazir air dalam kalangan pengguna domestik yang perasan mereka mempunyai kolam menternak badak.

Tetapi bagi isi rumah yang mempunyai lebih daripada lapan orang satu rumah diberi diskaun 60 peratus ke atas surcaj tersebut. Kerajaan Negeri pun faham, kalau pun tidak ada kolam ikan lumba-lumba di rumah, mungkin ada terlalu ramai anak yang mandi sehari tiga kali (contohnya). Maka diskaun diberikan.

Malah sebenarnya kurang 1,000 isi rumah di seluruh Pulau Pinang yang mendapat diskaun ini kerana tidak banyak pun isi rumah dengan kapasiti lapan orang atau lebih.

Jadi pengajaran kepada kita yang kuat meloncat dengan propaganda Barisan Nasional ialah:

Jangan setakat baca tajuk berita. Dah la baca pun berita propaganda, malas pula baca keseluruhan cerita.
Jangan bela ikan paus di rumah. Bela ikan emas seekor, dalam balang.
Jangan membazir air lah. Aduhai.
Semoga Pulau Pinang terus menjadi negeri yang berjaya mengekalkan tarif air rendah, selain mengekalkan rekod tiada catuan tanpa pembaziran. Segalanya bermula dengan anda.

Apabila CYBER BN & SEKUTUNYA menyerang ISU AIR PENANG dengan persepsi..

Soalan: Di Malaysia, jika guna 35,000 liter air sebulan, berapakah bil air yang perlu dibayar?

Jawapan: Bergantung pada negeri.

Paling MURAH sekali ialah di Pulau Pinang, bil air berjumlah RM11.30.

Kedua termurah ialah Terengganu, RM18.20.

Jika di negeri-negeri jiran Pulau Pinang, kena bayar RM23.45 di Kedah dan RM25.55 di Perak.

Negeri yang mempunyai pendapatan rakyat paling rendah di Malaysia, Sabah, kena bayar RM31.50.

Paling mahal sekali, di Johor, bil air mencecah RM36.75.

Tapi tiap-tiap hari UMNO-BN tak henti menghentam kerajaan negeri Pulau Pinang sebab bil air. Benda yang tak boleh tipu pun, dia boleh buat fitnah. #KitaLawan





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...