TERKINI :

Saturday, April 15, 2017

Mai cek nak habaq kat pengadil game T.Team vs Kedah malam nie...

Insiden Kad Merah Rizal Ghazali ..

Inilah Perkara Sebenar Yang Perlu Dilakukan Oleh Seorang Pengadil Jika Situasi Ini Berlaku

Dimanakah hak waris.. Benarkah apa yang dirungutkan oleh sahabat kita berkenaan KWSP

UNDANG UNDANG PELIK OLEH KERAJAAN MALAYSIA..( tolong share dan viralkan) anda kena bantu saya mempertahan kan  HAK anda dan masa depan anak anak anda.

Baru baru ini saya pergi ke KWSP untuk mendaftarkan nama anak anak saya sekiranya saya dijemput kembali ke rahmatullah, maka mereka ada jaminan utk terus hidup.

Betapa terkejutnya saya bila dimaklumkan semua anak saya boleh didaftarkan sebagai pewaris tetapi tidak berhak menuntut wang caruman saya.

Saya bertanya lanjut, dan pegawai bertugas menegaskan hanya anak anak berusia 18 tahun keatas sahaja layak megambil caruman.  Kalau nak namakan juga anak dibawah 18 tahun , mereka tak layak mengeluarkan caruman itu, tetapi tempoh mengeluarkannya hanya selama 12 bulan dari tarikh kematian..dgn kata lain bahagian anak yang bawah 18 tahun akan terbatal selepas tidak dikeluarkan dalam masa setahun. Pertama.

Kedua, selepas kematian, tarikh tuntuntan mestilah dalam masa setahun, sekiranya tidak dituntut wang pendeposit akan ditahan dibawah amanah raya...yang menteri nya merican naina. Dah kata anak saya baru umur 6&8 tahun, pewaris yang boleh menuntut umur 18 tahun keatas, nampak tak secara halus menafikan hak anak saya sebagai pewaris?

Saya bagi soalan kepada pegawai itu. Kalau saya mati..dan isteri saya ditakdirkan mati bersama..konon lah sehidup dua dua mati. Anak anak saya masih kecil..apakah mereka tidak layak menerima wang simpanan saya?.

Jawab pegawai..masih layak..tapi kena tunggu usia 18 tahun baru boleh ambil. Sekarang umur 6&8 tahun terpaksa mengemis dulu sampai umur 18 tahun? Tengok bagaimana kebodohan melampau sistem kerajaan ini??

Saya tanya lagi. Kalau sekarang usia mereka 8 dan 6 tahun tak layak mengeluarkan caruman sebagai pewaris. Dan saya dan isteri mati serentak..apa sumber kewangan untuk mereka terus hidup sedangkan caruman saya ditahan dan dibekukan oleh kerajaan sehingga mereka usia mereka 18tahun kelak?

Pegawai itu terdiam.

Soalan saya seterusnya..apakah pihak kwsp exactly akan inform anak anak saya tepat ketika usia mereka 18 tahun nanti untuk memberitahu wang telah boleh diambil?

Sekali lagi pegawai itu terdiam.

Soalan saya seterusnya. Andai pewaris saya tidak ada data lengkap dan pihak kwsp gagal menghubungi mereka, apakah duit simpanan saya akan lesap?

Tidak. Wang itu hanya dibekukan :
Wang itu akan dibekukan didalam tabung amanah raya.

Soalan berikutnya : saya simpan dalam KWSP secara force statutory; selepas amanah raya mengambil dan membekukan wang  saya, SEBENARNYA WANG ITU DIGUNAKAN UNTUK PELABURAN ATAU INVESTMENT, SELAIN TIDAK MENDAPAT SEBARANG FAEDAH SEBAGAI SHARE HOLDER MALAH SEBALIK NYA DI CHARGE PULA 4% UNTUK KOS PENYELENGARAAN AMANAH RAYA. ANDA AMBIL DUIT SAYA..ANDA LABUR DAN SAYA KENA BAYAR PULA KOS PENYIMPANAN ?? SEPATUTNYA BUKAN SAYA ATAU PEWARIS KENA BAYAR. ANDA YANG KENA BAYAR SHARE PROFIT KEPADA PEWARIS? KENA DI PIHAK SAYA DI KENAKAN DOUBLE CHARGE. ANDA SUDAH BUAT DOUBLE SIDE INCOME DAN BERHARAP CHARGE 4% terkumpul akhirnya caruman itu akan berjumlah kosong. Anda hanya perlu beri kertas kosong dan menunujjk kan baki simpanan kosong kepada pewaris saya kelak.

Saya tanya lagi, apakah tuan pasti wang itu dibekukan atau digubal menjadi wang perbelanjaan kerajaan?

Dia menjawab saya tidak pasti.

Baik lah anda sudah menjawab semua soalan saya dan saya jelas apa motif kerajaan sebenarnya..

MENJADI TANDATANYA SAYA SAMPAI KE HARI INI. KALAU PEWARIS SAYA TIDAK BOLEH MEBGELUARKAN WANG CARUMAN SEBELUM UMUR 18 TAHUN SAYA FIKIR TAKUT DISALAH GUNAKAN TETAPI DUIT.
ITU DIBELANJA SEWENANG WENANGNYA OLRH KERAJAAN...
WAJARKAH??

Oh...
statement saya ni salah...
kerajaan bagus...
saya saja cari pasal..

fikirlah2

RAFIZI MENEMPAH PINTU PENJARA LAGI BILA BUAT AKAUN BERKANUN...?????

Coretan Peguam

Saya ditanya oleh rakan FB, Kongsikan tuan apakah yang dimaksud akuan berkanun

Sebab nampak panas isu ini sehari dua ini

Jawapan saya;

Akuan Berkanun juga disebut sebagai Akuan Sumpah.

Ianya adalah satu pengakuan dibuat secara bersumpah bahawa segala kandungan dan fakta yang dinyatakan di dalam akuan tersebut, diketahui benar oleh orang yang mengikrarkannya.

Beliau bertanggungjawab sepenuhnya tentang kandungan dan isi juga fakta di dalam akuan sumpah tersebut.

Akuan ini tertakluk di bawah Akuan Berkanun 1960 (Pindaan 1969).

Akuan bersumpah ini boleh dibuat di hadapan;

Hakim Mahkamah Seksyen,
Majistret,

Pesuruhjaya Sumpah (tertakluk kepada Seksyen 4 Akta Notari Awam 1959 (Akta 115)

Akuan bersumpah ini mesti dibuat secara sukarela dan tanpa sebarang tekanan atau paksaan dari sesiapa.

Akuan yang dibuat menurut kuasa Akuan Berkanun ini adalah disifatkan sebagai akuan yang disebut dalam Seksyen 199 dan 200 Kanun Keseksaan.

Terdapat beberapa seksyen di dalam Kanun Kesikaan boleh digunakan bagi menghukum pesalah yang melakukan kesalahan sebegini, dengan terdapat hukuman maksima penjara selama boleh sampai 2 tahun dan ada juga seksyen lain yang menghukum maksima selama tujuh tahun atau denda.

Pengajarannya ialah akuan ini perlu diketahui dan difahami isi kandungan kerana terdapat undang undang jika Akuan Berkanun tersebut didapati palsu atau tidak benar.

Bak kata pepatah,
Ingat ranting yang akan melenting, dahan yang akan mencocok dan duri yang akan mengait.

Berhati hati buat kita semua.

Sekian.

*Coretan peguam Hasif Hasan
*Copy paste FB Che Ibrahim Mohamed

Azizulhasni - “Tolong jangan kejutkan saya dari tidur”

KUALA LUMPUR 14 April - Jaguh berbasikal negara, Azizulhasni Awang mencuri tumpuan peminat sukan tanah air apabila meraikan kejayaan sensasi muncul juara dunia dengan gaya tersendiri.

Pelumba kelahiran Terengganu itu memuat naik dua gambarnya sedang tidur lena bersama pingat emas acara keirin yang dimenangi pada Kejohanan Berbasikal Trek Dunia di Hong Kong semalam.

Gambar yang diiringi dengan keterangan “Tolong jangan kejutkan saya dari tidur” menerima pelbagai reaksi daripada netizen, yang tidak henti-henti mengucapkan tahniah kepada pelumba bertubuh kecil itu.

Ini adalah kejayaan terbesar buat Azizulhasni, 29, dalam kariernya, dan kemenangan itu hadir lapan bulan selepas dia melakar sejarah muncul pelumba basikal pertama Malaysia meraih pingat gangsa dalam Sukan Olimpik di Rio.

Semalam, Azizulhasni melakar kemenangan dengan penuh dramatik apabila mengetepikan pelumba No. 2 dan 1 dunia, Fabian Puerta dari Colombia serta Tomas Babek dari Republik Czech dalam perlumbaan akhir di Velodrom Hong Kong.

Kejayaan tersebut hadir selepas dia berdepan detik cemas pada pusingan kedua apabila gagal melepasi saingan setelah sekadar menamatkan perlumbaan di tangga keempat. Hanya tiga pelumba terbaik layak berentap di final.

Rezeki bagaimanapun jelas milik ‘The Pocket Rocketman’ apabila dia dihadiahkan tiket final selepas pelumba Jerman, Joachim Eilers yang menduduki tangga ketiga dibatalkan penyertaan kerana melakukan hadangan terhadap pelumba negara itu.

“Saya hanya menjerit, melihat papan markah dan kemudian melihat nama saya di tempat pertama.

“Saya bagaikan tidak percaya. Saya sudah mencuba sejak 10 tahun lalu. Akhirnya masa saya tiba jua untuk bergelar juara dunia.

“Saya sentiasa mencuba dan tidak pernah berputus asa...hari ini adalah hari saya selepas 10 tahun,” katanya selepas kemenangan itu.

Hasrat Azizulhasni untuk menambah koleksi kemenangan dalam acara pecut bagaimanapun tidak kesampaian apabila dia kandas seawal pusingan pertama hari ini selepas tumpas kepada pemenang pingat gangsa Sukan Olimpik, Hugo Barrette dari Kanada pada saringan keenam. - UTUSAN ONLINE

AKUAN BERKANUN PENAFIAN PERNAH MENERIMA WANG DALAM APA-APA JUMLAH DARI JOHN SOH SEPERTI YANG DIDAKWA RAJA PETRA DAN “CHEGUBARD”

AKUAN BERKANUN
PENAFIAN PERNAH MENERIMA WANG DALAM APA-APA JUMLAH DARI JOHN SOH SEPERTI YANG DIDAKWA RAJA PETRA DAN “CHEGUBARD”

Bahawa saya, MOHD RAFIZI BIN RAMLI (No Kad Pengenalan 770914-11-5025) dengan ini membuat akuan berkanun mengikut Akta Akuan Berkanun bagi tujuan menafikan sekeras-kerasnya fitnah yang dimulakan oleh Raja Petra Kamaruddin dan diulang oleh Badrul Hisham Shaharin (“Chegubard”) serta pihak-pihak lain.

Oleh itu, saya dengan ini mengisytiharkan perkara-perkara berikut: 1. Bahawasanya saya tidak pernah menerima satu sen pun dalam apa-apa bentuk dari mana-mana individu bernama John atau Soh atau John Soh atau Soh Chin Wen, seperti yang didakwa oleh Raja Petra Kamaruddin dan diulang oleh Badrul Hisham Shaharin serta pihak-pihak lain;

1. Bahawasanya saya telah mengisytiharkan harta, hutang, pendapatan dan perbelanjaan saya secara terperinci di dalam akuan-akuan berkanun yang dibuat dalam tahun 2015 dan 2016 yang menunjukkan kedudukan harta dan pendapatan saya sejak tahun 2010 lagi;

2. Bahawasanya saya membuat akuan berkanun ini sebagai menerima nasihat dari Setiausaha Agung PAS, YB Dato' Takiyuddin Hassan yang mencabar saya membuat akuan berkanun menafikan pernah menerima wang sejumlah RM20 juta dari John Soh yang fitnahnya dimulakan oleh Raja Petra kemudian diulang oleh Badrul Hisham Shaharin dan penyokong akar umbi PAS di media sosial;

3. Bahawasanya saya menjemput mana-mana pihak berkuatkuasa menyiasat saya di bawah Akta Berkanun 1961 sekiranya mana-mana kenyataan saya di dalam kesemua Akuan Berkanun Pengisytiharan Harta dan lain-lain akuan berkanun adalah tidak benar; dan

4. Bahawasanya saya menjemput mana-mana pihak untuk membuat laporan polis menyiasat saya sekiranya penafian saya tidak menerima wang dari John Soh (di dalam Akuan Berkanun ini) adalah tidak benar; atau sekiranya mana-mana kenyataan saya di dalam mana-mana Akuan Berkanun sebelum ini adalah tidak benar.

Saya membuat akuan ini dengan percaya bahawa akuan ini benar dan mengikut peruntukan Akta Akuan Berkanun 1960.

Diperbuat dan sesungguhnya diakui oleh
saya, MOHD RAFIZI BIN RAMLI
di Putrajaya
di negeri Wilayah Persekutuan
pada 14 April 2017

Di hadapan saya

PESURUHJAYA SUMPAH

HADAPKAN TIMBALAN MENTERI JPM KEJAWATANKUASA TATATERTIB PARLIMEN KERANA MENIPU

DATO RAZALI IBRAHIM SELAKU TIMBALAN MENTERI DI JABATAN PERDANA MENTERI HARUS DIHADAP KE JAWATANKUASA TATATERTIB PARLIMEN KERANA MENIPU

Inilah sikap dan kualiti pemimpin-pemimpin umno serta BN yang senantiasa menipu rakyat malaysia untuk 'tegak benang yang basah' untuk pertahankan perdana menteri paling korup dan kerajaan kleptokrasi.

Timbalan menteri di jabatan perdana menteri itu telah menipu parlimen kononnya peguam negara malaysia sedang menunggu jawapan dari peguam negara switzerland. Pemimpin umno dan BN ingat rakyat bodoh?!

Mereka suka memperbodohkan rakyat serta ingat masyarakat akar umbi senantiasa boleh ditipu?!

Peguam negara switzerland telah menafikan yang tan sri apandi ali ada mohon kerjasama 'mutual legal assistance'(MLA) dari pejabat beliau dalam isu kes skandal 1mdb. Hakikatnya, untuk nak menipu di zaman siber tanpa sempadan ini adalah terlalu sukar. Dunia kini terlalu sempit untuk berbohong!!

Jawapan yang berunsur penipuan dari dato razali ibrahim pada yb gobind deo di dalam parlimen amatlah mendukacitakan serta memalukan imej parlimen malaysia kepada dunia luar!!

Dato razali ibrahim selaku kaki bodek minda lemah otak udang umno harus dihadapkan ke jawatankuasa tata-tertib parlimen untuk diambil tindakan disiplin terhadap beliau yang telah menipu pada sesi persidangan dewan rakyat baru-baru ini!!

Dewan rakyat tidak boleh dijadikan sebagai satu 'venue' untuk ahli-ahli parlimen berbohong secara sewenang-wenangnya dan tidak berasas kerana ianya akan mengaibkan martabat parlimen itu sendiri sehingga nilai-nilai keyakinan rakyat akan terhakis terhadap sistem demokrasi berparlimen!!

Akhirnya, kredibiliti serta imej parlimen malaysia akan terus hancur bukan saja dipandangan masyarakat tempatan tetapi juga warga luar negara.

Yang Ikhlas,
KHAIRUDDIN ABU HASSAN
Timbalan Presiden
Parti Generasi Baru
(Parti Bebas Rasuah)
15 April 2017





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...