TERKINI :

Thursday, April 13, 2017

Hishammuddin disediakan laluan, Ahmad Zahid makin terkuis, kata penganalisis

(dari kiri) Datuk Seri Hishammuddin Hussein dan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.
Penganalisis politik Shahbudin Husin mendakwa perlantikan Datuk Seri Hishammuddin Hussein sebagai Menteri Tugas-tugas Khas di Jabatan Perdana Menteri akan mengugat kedudukan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi untuk dilantik sebagai Perdana Menteri.

"Tidak mustahil dalam pilihan raya akan datang, Hishammuddin akan diberi lebih peranan berbanding Zahid Hamidi bagi memperlihatkan prestasi awal kemampuannya sebagai calon pengganti.

"Nampaknya Zahid kini bakal menjadi seorang lagi Timbalan Perdana Menteri yang perjalanan politiknya terkandas di pertengahan di tengah jalan dengan cita-cita menjadi Perdana Menteri tidak kesampaian," ujarnya dalam catatan diblognya hari ini.

Shahbudin HusinBekas ahli Umno ini berkata, Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Razak, apabila mengumumkan perlantikan sepupunya, Hishammuddin sebagai Menteri Tugas-Tugas Khas di Jabatan Perdana Menteri yang masih menjawat Menteri Pertahanan itu, akan membolehkan sepupunya itu menjalankan tugas selain daripada tanggungjawab beliau sebagai Menteri Pertahanan.

Bagaimanapun Shahbudin mempersoalkan bentuk tugasan yang mungkin akan menanti Hishammuddin di Jabatan Perdana Menteri itu kelak?

"Apa kemahiran dan kelayakan khusus Hishammuddin yang membuatkan beliau perlu sangat diberi peranan tambahan di Jabatan Perdana Menteri itu?

"Selain Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri, Jabatan Perdana Menteri sekarang in sudah pun mempunyai sembilan menteri iaitu Jamil Khir Baharom, Shahidan Kassim, Azalina Othman Said, Abdul Rahman Dahlan, Joseph Kurup, Joseph Entulu, Nancy Shukri, Paul Low dan Wee Ka Siong.

"Dengan perlantikan Hishammuddin sebagai Menteri Tugas-Tugas Khasnya, kepadatan jumlah menteri di Jabatan Perdana Menteri meningkat kepada 10 orang.

"Dicampur dengan Najib dan Zahid Hamidi, jumlahnya kini menjadi 12 orang.

"Woww...meriahnya sehingga boleh ditubuhkan pasukan bolasepak yang pemainnya semua menteri-menteri belaka!" ujarnya.

Shahbudin juga menelah apa pun pertimbangan Najib meletakkan sepupunya dengan peranan baru itu, perbualan politik di seluruh negara jelas melihat ia sebagai persediaan dan laluan untuk Hishammuddin diberikan jawatan Perdana Menteri dalam waktu yang terdekat ini.

"Hakikatnya, tiada keistimewaan langsung untuk Hishammuddin diberikan peranan tambahan itu, selain untuk memberinya laluan mengambil alih tempat Najib.

"Jika lulusan guamannya diambil kira, Jabatan Perdana Menteri sudah pun ada Azalina dengan kelulusan yang sama. Kalau dari segi populariti pula, Hishammuddin hanya di tangga ketiga dalam pemilihan Naib Presiden Umno yang lalu di belakang Zahid Hamidi dan Shafie Apdal, bahkan undi popular Mukhriz Mahathir di tempat keempat lebih tinggi daripadanya.

"Dirasakan cukup yakin bantuan Pas akan membolehkan BN terus berkuasa, Najib dipercayai akan mengundurkan diri selepas PRU 13 untuk meredakan ketegangan yang mungkin terus berpanjangan selepas pilihan raya nanti.

"Di mana selepas itu Hishammuddin yang dijadikan Perdana Menteri akan berperanan memastikan abang sepupunya itu dapat bersara dengan aman dan tenteram tanpa sebarang gangguan.

"Ia sekaligus mengesahkan bahawa Najib tidak mempercayai, jauh sekali meyakini Zahid Hamidi untuk mengambil alih tempatnya dan dengan perlantikan Hishammuddin sebagai Menteri Tugas-Tugas Khas yang mungkin disertai dengan beberapa tugas penting selepas ini, peranan Timbalan Perdana Menteri (Ahmad Zahid) akan perlahan-lahan dikuis ke tepi," ujarnya.

Hari ini Bernama melaporkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan pelantikan berkenaan dalam satu kenyataan.

Beliau berkata Hishammuddin masih kekal sebagai Menteri Pertahanan.

"Pelantikan ini akan membolehkan YB Datuk Seri Hishammuddin menjalankan tugas selain daripada tanggungjawab beliau sebagai Menteri Pertahanan," katanya seperti dilaporkan.

Hishamuddin dilantik Menteri Pertahanan pada 2013 sebelum itu menjawat Menteri Belia dan Sukan (1999-2004) dan Menteri Dalam Negeri (2009-2013). Beliau pernah memangku jawatan Menteri Pengangkutan pada 2013-2014.

MARKAZ ATAU WISMA AMANAH KG KUCHAI PARIT DITAWAN SEMULA OLEH PAS ADALAH FITNAH UNTUK MENGELIRUKAN ORANG RAMAI


Tersebarnya berita pada media sosial kononnya Pas telah merampas kembali Markaz/Wisma AMANAH Kg Kuchai dalam Dun Bota, Parit, Perak adalah tidak tepat dan direka dengan niat untuk mengelirukan orang ramai.

2. Markaz/Wisma AMANAH itu dulunya adalah Markaz Pas Kg Kuchai yang dibina pada tahun 1987 dengan keringat ahli-ahli dan beberapa individu tertentu diatas tapak tanah milik ayahanda saya, HAJI AHMAD IBRAHIM memandangkan ianya sangat strategik di tepi jalan besar Kg Gajah-Bota Kiri memang sesuai didirikan Markaz tu. Ketua Pas cawangan ketika itu ialah ARIFFIN PANJANG MAT ALI dan saya selaku Setiausahanya.

3. Pada peringkat awalnya, selain daripada menampung aktiviti Pas cawangan, markaz ini juga dimanfaatkan sebagai Sekolah Agama Rakyat untuk kanak-kanak sekitar. Masa berlalu, markaz ini terus digunakan oleh ahli-ahli dan orang kampung untuk majlis pengajian ilmu dan lain-lain acara semasa.

4. Sewaktu Pas bergolak pada tahun 2014, Pas Cawangan Kuchai Tengah juga turut merasai tempiasnya. Apabila ditubuhkan NGO Pasma dan diikuti dengan Gerakan Harapan Baru (GHB), ahli-ahli Pas cawangan setelah melalui pemutihan terakhir pada tahun berkenaan ada seramai 82 orang, dan seramai 80 orang turut bersama dalam kedua-dua NGO tersebut.

5. Dan pada tahun 2015 apabila ditubuhkan Parti Amanah Negara (AMANAH), beberapa orang yang bersama dua NGO tadi, tidak turut serta, hanya seramai 70 orang mengisi borang dan menyertai AMANAH.

6. Ekoran daripada itu, Pas Cawangan Kg Kuchai Tengah terbubar dan AJK Pas Cawangan telah menyertai Jawatankuasa Protem AMANAH cawangan sebulat suara mengambilalih markaz untuk dijadikan Markaz/Wisma AMANAH dan dicat dengan warna oren bagi menggantikan warna hijau.

7. Kira-kira pada awal tahun ini, 2017, timbul penjualan tanah tapak Markaz/Wisma AMANAH itu kepada adik bongsu saya, HJ HASHAN ALADI AHMAD yang juga Naib Ketua Pas Parit dan ahli Pas Cawangan Suak Sodang bukan ahli Pas Kg Kuchai.

8. Sejarah asalnya, setelah ayahanda kami meninggal dunia dan kami adik-beradik bersetuju menyerahkan tanah ini kepada kakak saya bernama HABSAH AHMAD yang tidak punyai tanah dan kini menetap di Bukit Beruntung. Tetapi dalam diam-diam, adik saya itu telah membeli tanah ini daripada kakak saya tanpa pengetahuan saya dan adik beradik yang lain.

9. Ini bermakna, tapak markaz kini sudah dimiliki oleh adik saya, HASHAN ALADI dengan harapan beliau dapat memiliki semula markaz tersebut untuk kegunaan Pas. Namun, ia telah menimbulkan kemarahan ahli-ahli AMANAH cawangan dan mereka mengusulkan agar markaz diruntuh dan dipindahkan ke tapak baharu tidak jauh dari kawasan itu.

10. Tiga kali perbincangan antara saya dengan HASHAN ALADI bagi menyelesaikan masalah ini. Kali pertama perbincangan HASHAN ALADI bersetuju untuk membayar sejumlah pampasan. Namun tiada respons selepas itu. Kali kedua HASHAN ALADI bersetuju markaz dibuka bahagian tertentu. Dan kali ketiga HASHAN ALADI diberitahu bahawa individu yang menaja atap (bumbung) dan kipas angin dll mahu membongkar dan ambil balik, pun HASHAN ALADI bersetuju.

11. Setelah tiada lagi respons positif daripada HASHAN ALADI selaku tuan tanah yang baharu, maka pada tanggal 5 April 2017 beliau telah saya maklumkan lagi melalui telefon (kerana pada waktu itu beliau sedang berada di tempat kerja sekolah), tentang individu berkenaan datang mahu membongkar bumbung dan mengambil kipas angin. HASHAN ALADI tidak menghalang malah beliau ketawa kecil sambil berkata "biarkanlah dia nak ambil apa yang dia nak ambil, biar sampai dia puas hati".

12. Walaupun ahli-ahli AMANAH terus mendesak meminta markaz itu dirobohkan dan didirikan semula di tanah bersebelahan dan saya juga bersetuju pada mulanya kerana saya juga banyak mengeluarkan wang membina markaz tersebut namun, atas pertimbangan saya berkebetulan Makcik saya (mak tiri) merayu minta jangan dirobohkan supaya mereka boleh menggunakan markaz itu untuk kelas mengaji bagi kanak-kanak, maka saya telah maklumkan kepada ahli-ahli AMANAH tentang perkara itu dan mereka akur.

13. Namun, saya tidak dapat menghalang dan saya juga membenarkan individu-individu yang terlalu banyak berhabis duit untuk pembangunan markaz itu, mengambil semula atap, kipas dan lain-lain yang ditajanya sebelum ini untuk dialihkan kepada pembinaan Markaz/Wisma AMANAH yang baharu.

14. Untuk pengetahuan semua, saya tidak pernah menyerahkan markaz itu kepada Pas Cawangan Kg Kuchai tetapi menyerahkan kunci kepada Makcik saya bagi dimanfaatkannya untuk kelas pengajian. Dan dalam hal ini, adik saya, HASHAN ALADI pula bersetuju untuk mengeluarkan belanja menyempurnakan semula bumbung dan lain-lain yang berkaitan.

15. Oleh yang demikian, tidak timbul isu Pas berjaya merampas Markaz/Wisma AMANAH itu semula.

16. Dengan penjelasan ini, diharapkan tiada lagi siaran penyebaran dalam apa jua bentuk untuk memburuk-burukkan AMANAH Cawangan Kg Kuchai khususnya dan AMANAH Parit amnya kerana ia adalah isu yang melibatkan ahli keluarga HJ AHMAD IBRAHIM yang tidak ada kena mengena dengan pihak lain.

AMANAH DEMI NEGARA

BAHARURAZI HAJI AHMAD
Bekas Setiausaha Pas Kg Kuchai 1986-2013
Bekas Ketua Cwg Pas Kg Kuchai Tengah 2013-2015
Ketua Cwg AMANAH Kg. Kuchai 2016-2018
Ketua AMANAH Parlimen Parit 2016-2018

Nakhaie : Pas Dulu & Pas Sekarang..!!

Ust Mohd Nakhaie Ahmad

Masa saya dalam saf kepimpinan pas dulu tak timbul langsung duit berjuta2. Pergi ceramah seluruh dunia duit minyak disediakan oleh cawangan atau Kawasan yang menganjur.

Kadang-kadang cukup kadang2 tidak. Kalau program pas pusat kena keluar duit sendiri.Jika ceramah di luar negara tiket disediakan pergi balik oleh pengajur. Tak ada  bayaran apa pun diberi. Duit poket sendiri ala kadar. Pernah juga pergi poket kosong.

Saya pernah di tahan di LT Chicago kerana tiket sehala dan hanya ada RM 100 USD. Tetapi dibenar juga masuk kerana dijamin Sayed Azman dan kawan-kawannya.

Saya sering balik ke rumah tangan kosong tanpa bawa apa2 buah tangan kpd anak2 kerana tiada wang untuk beli apa2
Semasa dalam umno saya berjimat dari elaun berkerja di YADIM selama 10 tahun dan dapat  kumupul Rm 400 ribu yang saya guna untuk bina rumah yang ada sekarang. Itulah habuan saya menyertai politik selama 39 tahun. Banyak orang kata saya bodoh tak ambil kesempatan.

Ya! Saya memang bodoh untuk ambil kesempatan mengumpul kekayaan. Macam mana saya nak ambil kesempatan kerana jika saya pakai RM 10 sahaja pun dari diut bukan hak saya,saya dah takboleh tidur sehingga saya terpaksa ganti kembali duit yang saya pakai itu.Sebab itu saya tak pernah urus kewangan semasa bertugas di YADIM. Biarlah saya jadi bodoh dari tak dapat tidur.

Masa berkerja  di pejabat umno saya minta wang sebanyak  kpd Dato' Mohamad Rahmat SUA untuk bertugas dalam PK Merlimau. Dia bagi saya RM 1,000.Saya rasa dah banyak sangat dah.Ada yang beritahu saya buat apa minta sikit sangat. Saya kata sekadar nak belanja kawan2 minum cukup la tu. Lagi sekali dia orang kata saya bodoh. Saleh Ya'kub Baling kata kat saya Ustaz buka pondok dah la.

Sekarang dunia dah berubah.DalamPas pun sudah ada cerita wang berjuta. Dulu makan nasi bungkus sekarang tiada lagi.Dulu tidur berbantal lengan di surau sekarang hotel-hotel mewah. Itu dulu. Dulu lain sekarang lain.

Perjuang orang dahulu menghidupkan yang sekarang perjuangan sekarang dengan segala kemewahan meruntuhkan yang dibina oleh orang terdahulu. Kita semua akan mati dan akan dibangkit dengan niat dan amalan masing-masing. Jika tak malu kepada Allah buatlah ap sahaja yang disukai.

Zahid tidak lagi dipercayai Najib, dakwa Mahfuz

Benarkan Ahmad Zahid tidak lagi mendapat kepercayaan Najib?
Tindakan perdana menteri mewujudkan portfolio Menteri Tugas-tugas Khas di Jabatan Perdana Menteri hanya membesarkan saiz kabinet dan menzahirkan 'hilang kepercayaan' beliau terhadap timbalannya, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

Ahli parlimen Pokok Sena Datuk Mahfuz Omar turut mempersoalkan perlantikan Datuk Seri Hishamuddin Hussein ke jawatan itu dan berpendapat ia hanya untuk menguatkan cengkaman kuasa perdana menteri dalam kerajaan.

"Apa masalah kepada pentadbiran PM Najib sehingga mewujudkan potfolio Tugas-Tugas Khas di JPM dalam keadaan anggota kabinet sudah pun diberikan tugas yang terkandung di dalam portfolio yang sedia ada.

"Apa bidang Tugas-Tugas Khas yang dimaksudkan itu sehingga perlu diberi tanggungjawab khas kepada Hishammuddin Hussein yang juga sepupu PM Najib," soal beliau.

Menurut Mahfuz, kabinet kini sudah mempunyai 35 menteri termasuk 9 menteri di Jabatan Perdana Menteri dan mewujudkan portfolio baru menimbulkan persoalan sama ada menteri-menteri sedia ada sudah tidak berkemampuan untuk menjalankan tugas tambahan.

Mahfuz yakin di sudut pentadbiran tiada keperluan untuk diadakan jawatan Menteri Tugas-Tugas Khas di JPM kerana ia tidak memberi sebarang keuntungan kepada rakyat dan negara.

Dalam keadaan ekonomi negara yang tidak stabil dan rakyat terbeban dengan peningkatan kos sara hidup, beliau menyarankan Najib mengecilkan saiz kabinet dengan kualiti kerja yang maksimum.

"Langkah PM Najib melantik Hishammuddin Hussein sebagai Menteri Tugas-Tugas Khas adalah langkah politik untuk cengkaman kuasa memperkukuhkan kedudukan beliau sebagai PM dan langkah melindungi beliau hari ini dan selepas bersara," ujarnya.

Beliau menambah, pelantikan Hishammudin sebagai Menteri Tugas-tugas Khas memberi petanda Najib hilang kepercayaan kepada Zahid yang sepatutnya diberikan kepercayaan menjalankan tugas jika ada keperluan untuk misi tertentu.

"Ini telah dibayangkan Zahid yang pernah membuat kenyataan ada orang yang nak mengalahkan beliau di Bagan Datuk. Kenyataan sebegitu sudah pastinya tidak merujuk kepada pembangkang kerana memang 'tugas khas pembangkang' untuk kalahkan beliau yang sudah diketahui umum dan bukan sahaja di Bagan Datuk tetapi termasuk Pekan dan keseluruhan 222 kerusi Parlimen yang ditandingi Umno-BN," ujarnya lagi.

Ini kata Mahfuz mungkin dihangatkan lagi dengan sokongan Zahid terhadap debat Tun Mahathir dan Datuk Seri Nazri Aziz.

Dana 1MDB: Pas nafi sebarang kaitan dengan Nasharuddin

 Takiyuddin Hassan
Dalam satu kenyataan media yang dikeluarkan lewat petang ini, Pas Pusat menafikan sebarang hubungan dengan bekas Timbalan Presiden parti itu, Datuk Dr Nasharudin Mat Isa dan menegaskan tidak menerima sebarang dana daripada bekas ahli parlimen Bachok itu selepas tempoh perkhidmatannya sebagai ahli parlimen tamat pada Mei 2013.

Menurut kenyataan empat perenggan oleh Setiausaha Agung Pas Datuk Takiyuddin Hassan, Nasharuddin tidak pernah memegang sebarang jawatan dalam parti itu sejak tewas dalam pertandingan timbalan presiden pada 2011 dan setelah digugurkan sebagai Ahli Majlis Syura Ulamak.

Takiyuddin menjawab pendedahan Naib Presiden PKR Rafizi Ramli berhubung dana anak syarikat 1MDB, SRC International yang disalurkan kepada beberapa pihak termasuk Nasharuddin.

Menurut sumber, Nasharuddin dipercayai menjadi 'orang tengah' untuk menyalurkan dana tersebut kepada Pas, dakwaan yang dinafikan para pemimpin utama Pas.

"Pas Pusat mengesahkan tidak pernah menerima sebarang sumbangan daripada dan/atau melalui beliau dalam apa bentuk sekalipun daripada tarikh tersebut kecuali sumbangan tetap bulanan sebagai Ahli Parlimen Pas (berakhir Mei 2013 sebagai Ahli Parlimen Bachok).

"Pas Pusat menyerahkan perkara Akuan Bersumpah YB Saudara Rafizi Ramli dalam hal ini kepada pihak berkuasa untuk diambil tindakan yang sewajarnya mengikut undang-undang. Namun Pas berpandangan ianya kekal berstatus 'dengar cakap' (hearsay) selagi individu yang dikatakan memberitahu 'maklumat' ini kepada beliau, mengesahkannya," kenyataan Takiyuddin dipetik.

Di masa yang sama, Pas menggesa Rafizi segera membuat Akuan Bersumpah tentang dakwaan 'bersifat rasuah' yang dibuat oleh Raja Petra Kamarudin dan Chegubard baru-baru ini terhadap beliau dan beberapa pemimpin PKR.

Raja Petra Kamaruddin ialah blogger berstatus muflis yang kini menetap di Britain manakala Chegubard ialah bekas pemimpin PKR yang juga pengasas Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM).

Beberapa pemimpin utama Pas mempunyai hubungan rapat dengan Raja Petra dan pernah beberapa kali menemui 'blogger pelarian' (fugutive blogger) itu di London dan Bangkok.

Chegubard pula ialah bekas calon PKR yang menghadapi pertandingan tiga penjuru dengan calon Pas, Yusni Mat Piah dan calon BN Mahmud Zakaria di Dun Sungai Acheh pada pilihan raya umum 2013.

PAS & DANA 1MDB - Kalau betul pun saya tak hairan, kata Khalid Samad



Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli perlu membuktikan dakwaan bahawa terdapat bekas pemimpin kanan PAS menerima dana berkaitan 1MDB, kata ketua penerangan AMANAH Khalid Samad.

Bagaimanapun, katanya, sekiranya dakwaan itu benar, ia sekali gus menjawab secara jelas banyak sikap pelik PAS selepas pilihan raya umum lalu.

"Sama ada ia berlaku atau tidak, itu Rafizi kena buktikan kerana dia mengeluarkan kenyataan itu, sekiranya ia berlaku tak hairan bagi saya.

"Saya tidak berani nak kata sebab bukti tidak ada dengan saya.Tapi sekiranya benar maka ia menjawab banyak persoalan. Sehingga ke hari ini ramai yang masih tidak faham Hadi (Datuk Seri Abdul Hadi Awang) bertindak sepertimana dia bertindak pada ketika itu (selepas pilihan raya)," katanya.

Terdahulu, Rafizi mendakwa mempunyai bukti bahawa individu yang menjadi perantara antara Umno dan PAS menerima dana daripada akaun Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Katanya, tindakan pemimpin berkenaan menimbulkan kemarahan bekas Mursyidul Am PAS, Allahyarham Datuk Nik Aziz Nik Mat apabila parti itu ingin menjalin hubungan dengan Umno.

Mengotakan janjinya, Rafizi hari ini menamakan individu misteri itu sebagai bekas timbalan presiden PAS, Nasharudin Mat Isa.

Menurut Khalid, banyak sikap aneh ditunjukkan pemimpin PAS sebaik sahaja selesai pilihan raya umum ke-13, apabila parti Islam itu mendesak supaya hubungan PAS dengan PKR dan Pakatan Rakyat dikaji semula.

"Walaupun kita sebagai AJK PAS pusat pada waktu itu, ia (keputusan itu) tidak dimaklumkan kepada semua dan ia merupakan pendirian dan sikap yang diputuskan seorang diri atau dengan kumpulan tertentu.

"Selepas 2013 kita nampak sikap PAS terhadap PR telah berubah (apabila) berlakunya multaqa ulama pada 2013 dan dikemukakan usul untuk dikaji kembali hubungan PAS dengan PKR dan PR. Dan semua benda pelik berlaku," katanya.

Sebutlah dengan lidah yang fasih wahai Tuan Guru! Jangan mempolemikkan isu tanpa fakta dan bukti.

DATO’ SERI HAJI ABDUL HADI AWANG – SEBUTLAH DENGAN LIDAH YANG FASIH

http://www.pru14.tv/wp-content/uploads/2017/04/05.14-781x445.jpg
Dato’ Seri Haji Abdul Hadi Awang (DSHAHA) dalam suatu ucapannya di Ruslia dalam sambutan sebagai wira setelah membentang usul meminda Akta355 telah membuat serangan tanpa henti kepada Parti Tindakan Demokratik (DAP) yang katanya DAP mempertikaikan tindakan partinya berunding dengan UMNO. Dalam ceramah tersebut DSHAHA melafazkan antaranya berbunyi seperti berikut

“Sedangkan dia berunding dengan Amerika… dengan negara asing pun dia berunding …dengan kedutaan asing pun dia berunding. Berunding dengan negara asing untuk mengubahkan politik Malaysia. Kita tidak sampai tahap itu..nak suruh negara asing campurtangan negara ini. Kita berunding dengan UMNO sahaja sama-sama Melayu, Islam, itu salah? Dia berunding dengan Amerika tak apa, berunding dengan negara asing tak apa."

Saya mengambil kesempatan ini untuk meminta DSHAHA dan seluruh pimpinan Parti Islam SeMalaysia supaya menyebut dengan lidah yang fasih lagi sahih siapakah yang berunding dengan Amerika untuk mengubah politik Malaysia? Sebutlah dengan lidah yang fasih siapakah yang berunding dengan kedutaan asing dan seterusnya menjemput Amerika dan negara asing ke Malaysia?

DSHAHA dengan lantang menyebut “Politik Malaysia biar orang Malaysialah yang buat perubahan. Tidak perlu jemput Amerika mari, tak perlu jemput negara asing mari.. Ini saya dedah di sini, kalau ada pemberita siar, biar orang tahu.”. Meminta pemberita siar agar orang tahu tetapi siapa yang berunding dengan Amerika dan kedutaan asing untuk mengubah politik Malaysia? Bila perundingan dan jemputan dibuat?

Sebutlah dengan lidah yang fasih wahai Tuan Guru! Jangan mempolemikkan isu tanpa fakta dan bukti. Kemukakan bukti.

Rasulullah SAW dalam suatu hadith riwayat Al-Baihaqi bersabda mafhumnya :

“Jika semua orang diberi hak (hanya) dengan dakwaan mereka (semata), nescaya banyak orang yang mendakwa harta orang lain dan darah-darah mereka. Namun, bukti wajib didatangkan oleh orang yang mendakwa, dan sumpah harus diucapkan oleh orang yang didakwa”.

Seterusnya dalam sebuah hadith lain yang diriwayatkan oleh Abu Daud, Rasulullah SAW bersabda mafhumnya :

“Sesungguhnya kalian mengadukan permasalahan/perseteruan kalian kepadaku, dan sesungguhnya aku hanyalah manuasia biasa. Dan boleh jadi salah seorang dari kamu pandai berkata-kata (berhujah) dan menjadikan aku memenangkannya dalam perkaranya disebabkan apa yang aku dengar darinya. (Namun ingatlah) barangsiapa yang aku menangkan perkaranya padahal itu merupakan hak saudarnya, maka pada hakikatnya aku sedang memutuskan untuknya bahagian dari neraka, maka janganlah sekali-kali dia mengambilnya."

Janganlah episod pil kuda diulangi. Sebagai seorang ulamak yang memegang jawatan tinggi di dunia, kemukakanlah bukti bagi setiap pertuduhan. Membuat tuduhan tanpa bukti bukan akhlak Islam. Suatu ketika dulu DSHAHA pernah berkata, dia tahu siapa calon PKR yang jual pil kuda, tetapi bila di mahkamah, dia kata tak tau pula. Dia kata dia tak rujuk pula kepada Plaintif dalam kes itu. Dulu juga DSHAHA pernah berkata, tidak ada pertemuan tertutup dengan UMNO, tetapi akhirnya dalam ucapan malam itu juga beliau akui ada perbincangan dengan UMNO. Jelas, DSHAHA pernah menipu dan pernah menyembunyikan fakta. Apa jaminan dalam isu ini DSHAHA tidak berbohong? Apa jaminan dalam isu ini DSHAHA tidak menyembunyikan fakta atau tidak menyatakan fakta yang benar?

Sebutlah Tuan Guru dengan lidah yang fasih. Siapa? Bila? Di mana? Apa perbincangannya?

ZULHAZMI BIN SHARIFF
Ahli Biro Guaman DAP Kedah
13 APRIL 2017
16 Rejab 1438

Persoalan 'RM2.6b': Mampukah Najib pinggirkan Zahid?

Sejak pengumuman pelantikan Datuk Seri Hishammuddin Hussein sebagai Menteri Tugas-tugas Khas di Jabatan Perdana Menteri, pelbagai spekulasi dan teori timbul dengan ada mendakwa kerjaya politik Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi semakin tergugat.

Walau bagaimanapun, persoalan "RM2.6 bilion" adalah sama ada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mampu mengambil risiko, terutama ketika ini?

Malah sebelum mengambil alih tampuk pentadbiran negara pada tahun 2009, Najib terpalit dengan belenggu skandal pembunuhan warga Mongolia, Altantuya Shaariibuu. Walaupun perdana menteri berkata dirinya tiada kaitan dan pihak polis telah membersihkannya, namun terdapat banyak soalan yang belum terungkai sehingga hari ini.

Kemudian timbul pula skandal 1MDB dan dana RM2.6 bilion yang berada dalam akaun peribadi Najib, menjadikan beliau sebagai perdana menteri Malaysia pertama yang terpalit dalam kes rasuah trans-Eropah, yang disebut-sebut sebagai yang terbesar di dunia setakat ini.

Juga dikaitkan anak tirinya, yang dituduh menggunakan dana untuk membiayai penerbitan filem Hollywood, yang plotnya secara kebetulan berkisar rasuah dan jenayah.

Pada masa sama, terdapat dakwaan bahawa isterinya seorang yang boros berbelanja dengan cita rasa tinggi terhadap produk berjenama terkenal.

Semua ini, memaksa pemimpin Umno dan BN terpaksa berhempas pulas mempertahankan perdana menteri dan keluarganya, bukan sahaja daripada pengkritik tempatan, tetapi juga dari luar negara.

Pengkritik terus menyerangnya meskipun Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali membersihkan Najib yang menyalahkan dakwaan itu dibuat oleh mereka yang ingin menumbangkannya.

Antara sebab Umno masih menerima Najib adalah kerana pembangkang adalah lemah dan berpecah belah, dan kemungkinan mereka merampas kuasa persekutuan juga adalah tipis.

Justeru, tidak ada keperluan bagi membuat pembaharuan.

Mungkin jika bekas Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak dihumban di dalam penjara dan Allahyarham Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, masih ada, senario itu akan berbeza.

Tambahan pula, sejarah telah membuktika bahawa apabila berlaku pergolakan dalam Umno, parti itu memerlukan sekurang-kurang setahun dua tahun untuk merapatkan semula barisan.

Oleh itu, tidak bijak bagi Najib bertindak ke atas Zahid pada ketika ini apabila pilihan raya umum semakin hampir.

Tidak seperti Tan Sri Muhyiddin Yassin, yang pengaruhnya dalam Umno tidak begitu meluas, Zahid bukan calang-calang pemimpin.

Beliau mendapat undi paling banyak pada pemilihan Umno lalu bagi jawatan naib presiden, manakala Hishammuddin menduduki tempat terakhir antara tiga calon selepas Datuk Seri Mohd Shafie Apdal.

Identiti didedah - Nasharudin Mat Isa



Naib presiden PKR Rafizi Ramli hari ini mengotakan janjinya untuk mendedahkan nama bekas pemimpin PAS yang didakwa menerima dana 1MDB daripada akaun Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Dalam sidang media di ibu kota hari ini, Rafizi menamakan individu misteri itu sebagai bekas timbalan presiden PAS Nasharudin Mat Isa.

Rafizi juga membuat akuan berkanun berhubung perkara itu.

Malaysiakini sedang cuba mendapatkan reaksi Nasharudin berkaitan dakwaan itu.

MB KEDAH HIPOKRIT: AHMAD BASHAH LARI TAK MAU JUMPA RAKYAT,PEMUDA UMNO KEDAH PENGAMPU TEGAR

Kenyataan media

1. Sangat tidak wajar Mengeri Besar Kedah, *_Dato’ Seri Ahmad Bashah Md Hanipah lari tak mahu jumpa rakyat yang datang dari Kampung Baru Padang Tembak, Bukit Pinang dan Kampung Tepi Laut Kuala Kedah_* yang mahu berjumpa dengan MB Ahmad Bashah untuk *_mengadu masalah kehidupan_* yang dihadapi mereka terancam bagi menyerahkan memorandum.

2. Hina sangatkah rakyat marhaen nak jumpa dengan MB Ahmad Bashah sendiri selepas tunggu begitu lama diluar Dewan Undangan Negeri sehingga selesai *_persidangan paling singkat dalam sejarah iaitu satu (1) jam setengah_*.

Salahkah rakyat marhaen masuk ke dewan *_mencari MB Ahmad Bashah yang mungkin terlena dikerusinya untuk menyerah memorandum_*.

Depa bukan rempuh masuk macam orang 'gila'.Depa masuk dengan elok dan *_pintu dewan pun terbuka luas_* dan dah sampai depan mata MB Ahmad Bashah pun. *_Tak patut Dato' Seri sebagai MB lari sambil menjerit dengan perkataan i dah suruh serah kat pegawai i_*.

Amboi bersopannya MB Kedah.Kalau tak mau jumpa dan layan Mahfuz pun jumpa dan  *_layanlah orang kampung rakyat Kedah yang dah sampai depan mata Dato' Seri_*.Saya tak perlu populariti pun sebab saya dah popular.

3. Dato' Seri Bashah! Kalau Dato' Seri boleh jumpa taukeh dan pelabur bincang pasai projek dan peluang perniagaan dan pelaburan di Kedah,  *_apa salahnya Dato' jumpa orang kampung yang bukan nak minta projek cuma nak minta keadilan dan belas kasihan_*.Orang kampung tak mampu nak bawa Dato' Seri bincang di hotel besaq belanja makan sedap sedap macam pelabur dan kontraktor.Orang kampung hanya nak jumpa Dato' Seri saja.Tak jamu apa untuk depa pun tak pa.

4. Perbuatan Dato' Seri lari tak mau jumpa depa sangat mengecewakan depa. *_Perbuatan Dato' Seri sangat tak bersopan_*, tidak hargai rakyat.

Alasan pemuda Umno Kedah mereka merempuh sangat tidak wajar. *_Rempuh kalau pintu ditutup,sidang tak habis lagi dan ada pengawal keselamatan halang tak bagi masuk dan jika orang kampung masuk juga  baru la rempuh namanya_*.

Apa punya bongok Pemuda Umno lebih teruk dari  *_pengawal keselamatan (Jaga) dari Nepal (Ghurka) tak faham bahasa Malaysia_*.Saya cadangkan Pemuda Umno Kedah ambil semula peperiksaan Bahasa Malaysia peringkat UPSR.

*_Terima kasih Dato' Seri Ahmad Bashah yang menambah lagi populariti saya_*  hanya dengan Dato' Seri MB lari tak mau jumpa rakyat sambil menjerit "i dah suruh jumpa pegawai i".

Terima kasih juga kepada Pemuda Umno Kedah yang *_bagi publisiti percuma kepada saya tanpa saya bayar kos_* untuk laporan media berkaitan laporan polis Pemuda Umno Kedah terhadap saya.Tahniah juga pada Pemuda Umno yang buat laporan polis terhadap saya kerana *_rakyat dapat tahu betapa bangangnya laporan tersebut_* dan saya percaya anggota polis yang menerima laporan Pemuda Umno itu pun *_gelak keras perut macam tengok maharaja lawak 2017_*.

Bagaimana agaknya beberapa orang Adun BN Kedah dan pemimpin Umno bahagian  berfikir tanpa menggunakan otak.Barangkali depa memikirkan,para penyokong UmnoBn serta rakyat Kedah adalah dari jenis yang sebangang-bangang manusia dan tidak akan mempersoalkan sebarang tindakan atau kenyataan yang dikeluarkan.

Kenyataan 'bangang' ini disambut oleh juak - juak Umno dengan membuat laporan polis dan kenyataan termasuk mendesak saya untuk minta maaf.Ini semua berlaku kerana pemikiran dangkal dan taktik alih isu oleh Ahmad Bashah dan Umno.

Ketika rakyat dihimpit dengan pelbagai masalah maka Ahmad Bashah dan Umno cuba menyajikan satu lagi isu bagi mengalih perhatian. Ia tak ubah seperti usaha seorang ibu yang cuba bermain dengan anak bagi mengalihkan rasa lapar kerana tak mampu memberikan anak makan.

5. Rakyat khususnya penduduk Kampung Pisang sebuah perkampungan setinggan yang dibina berderetan di sepanjang Sungai Anak Bukit di atas tanah 'reserve' sungai dalam DUN Bakar Bata 'tidak lena' untuk melupakan layanan Wakil Rakyat yang depa pilih bagi menyelesaikan masalah depa.

Empat penggal Ahmad Bashah menjadi Wakil Rakyat depa, penderitaan depa belum berakhir. Janji terakhir beliau menjelang pilihanraya umum ke-12 lalu ialah mahu memindahkan mereka ke flet Sri Gemilang milik kerajaan negeri. Sepatutnya selaku Exco Kerajaan Negeri Kedah dia berkuasa ketika Kerajaan Negeri ditadbir UmnoBn tetapi Ahmad Bashah memberitahu penduduk bahawa rancangannya sebelum itu untuk memindahkan mereka ke flet Sri Gemilang tidak dapat dilaksanakan kerana kerajaan bertukar parti (Pakatan Rakyat). Mudah sungguh beri jawapan.

Kepada Dato' Seri Ahmad Bashah selaku MB Kedah, jadilah pemimpin yang tahu menghargai rakyat marhaen. *_Andai kata Dato' Seri jalan dalam pekan 'nat' tiba-tiba ada rakyat nak jumpa untuk serah surat apa-apa pun jangan la lari keliling pekan 'nat' sambil kata pi bagi kat pegawai i_*.

Malu kat orang sama Dato' Seri dan saya juga tertanya-tanya *_adakah Dato' Seri sebagai Menteri Besar bangga dapat mempamirkan sikap sedemikan untuk dipertontonkan kepada orang ramai serta pelajar sekolah yang mai memerhati perjalanan Sidang DUN tiba-tiba tengok MB Kedah lari tak mau jumpa rakyat marhaen_*

Dah la Dato' Seri dapat jawatan Menteri Besar pun dengan 'daih' kaki kawan (Dato'Seri Mukhriz). *_Jaga lah nama baik Negeri Kedah dan Kebawah Duli Tuanku Sultan Kedah yang kita sayangi_*.

Oleh itu, saya menyarankan agar kerajaan negeri khususnya Menteri Besar Dato' Seri Ahmad Bashah memohon maaf kepada rakyat marhaen di Kg Baru,Padang Tembak,Bukit Pinang dan rakyat marhaen Kg Tepi Laut,Kuala Kedah kerana telah melakukan kesilapan dan jangan mengambil ringan isu yang dibangkitkan oleh rakyat.

APA PERASAAN RAKYAT BILA MENTERI BESAR LARI TAK MAU JUMPA?..LAIN KALI DATO' SERI JANGAN LARI LAGI Nooo..!

#BashahLariDariRakyat
#JanganLariDariRakyat
#IngatKuasaRakyat
#MBKedahHipokrit
#TakMauUmnoBn
#SiapaMoOne
#RakyatTakLena

Dato' Hj Mahfuz Hj Omar
Ahli Parlimen Pokok Sena
9.00am Alor Setar Kedah
13 Apr 2017/16 Rejab 1438H

Exco kata pelabur Projek Yan Energy diamkan dirilah pula, hangpa buat projek pondok-pondok kah nie..??

Projek Yan Energy, pelabur diamkan diri

Ku Rahman
YAN - Projek Yan Energy, yang sebelum ini dikenali sebagai Zon Industri Petroleum Yan (Zipy) masih belum dilaksanakan susulan pelabur sedia ada mendiamkan diri.

Exco Industri dan Pelaburan, Datuk Dr Ku Abd Rahman Ku Ismail berkata, pada peringkat awal perbincangan kedua pihak sudah bersetuju untuk laksanakan, namun sehingga kini pelabur terbabit belum memberikan maklum balas lanjut.

“Difahamkan ada kaitan dengan harga minyak, menyebabkan pelabur terlibat mendiamkan diri. Namun, kita tidak berputus asa untuk membangunkan kawasan yang telah dikenal pasti itu bagi tujuan industri gas dan minyak," katanya ketika ditemui selepas majlis anugerah cemerlang di Sekolah Menengah Agama Yan.

Menurutnya, peluang masih terbuka kepada pelabur lain yang berminat untuk menyertai projek mega ini.

Ku Abd Rahman berkata, jangkaan awal untuk menyiapkan projek ini menjelang 2019 kini agak mustahil memandangkan pihak pelabur belum memberi kata putus bilakah projek akan dimulakan.

"Kita belum terima sebarang surat penarikan diri daripada pihak pelabur, kita hanya menunggu maklum balas mereka. Lazimnya projek melibatkan industri minyak dan gas memerlukan tempoh masa lima hingga enam tahun untuk siap sepenuhnya,” katanya.

Menurutnya, pihaknya tidak menolak kemungkinan pelabur mahu menunggu sehingga harga minyak dunia stabil terlebih dahulu sebelum memulakan projek berkenaan.

"Bagi saya perkara ini tidak mendatangkan masalah kerana lokasi sudah ada, saya juga menyokong sekiranya pelabur dari dalam negara berhasrat mahu menjalankan projek ini, dan boleh dilakukan secara kecil-kecilan dahulu," katanya.

Tambahnya, lokasi di Pulau Bunting sangat sesuai kerana ia melibatkan kedalaman laut yang mencapai syarat yang diperlukan untuk membina projek industri minyak dan gas.

Sebelum ini, projek Zipy digantikan dengan Yan energy berikutan wujud kekangan syarikat induk, Merapoh Resources Corporation Sdn Bhd (Merapoh) untuk melaksanakannya.

Menteri ‘tugas khas’ batu loncatan Hishammuddin ganti Zahid?

 awang-pawi_hisamuddin_zahid_600
PETALING JAYA: Pelantikan Datuk Seri Hishammuddin Hussein hari ini sebagai menteri tugas-tugas khas merupakan keputusan yang memeranjatkan, kata pemerhati politik, walaupun ia sesuatu yang pernah berlaku sebelum ini.

Jawatan seperti itu pernah beberapa kali diwujudkan, termasuk pada 1998, ketika bekas menteri kewangan Tun Daim Zainuddin yang sudah pun bersara, dibawa masuk ke dalam kabinet oleh perdana menteri ketika itu, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Alasan ketika itu ialah bagi membantu menangani krisis ekonomi paling buruk yang dihadapi Malaysia ketika itu. Tiga bulan kemudian, Menteri Kewangan Datuk Seri Anwar Ibrahim dipecat, mencetuskan krisis politik terburuk dalam sejarah Malaysia.

Penganalisis politik Dr Awang Azman Pawi berkata pelantikan Hishammuddin hari ini memberi mesej jelas yang menteri pertahanan itu merupakan calon timbalan perdana menteri selain Datuk Seri Ahmad Zahidi Hamidi.

“Ini juga merupakan cara perdana menteri menguji reaksi ahli Umno lain dan juga komponen Barisan Nasional selain melihat reaksi rakyat Malaysia,” kata pensyarah Universiti Malaya itu kepada FMT hari ini.

‘Sesuaikan diri’

Awang Pawi berkata, perkara sama pernah berlaku, apabila jawatan “menteri tugas-tugas khas” menjadi batu loncatan untuk Tan Sri Adenan Satem sebelum dilantik menjadi ketua menteri Sarawak.

“Tujuan pelantikan itu untuk menyesuaikan diri dengan suasana baru yang dijangka berlaku selepas pilihan raya umum nanti,” kata Awang Pawi, yang bagaimanapun yakin perkembangan terbaru itu dapat dihidu Zahid yang “berpengalaman luas serta tahu sepak terajang politik”.

Sebelum ini, ada desas-desus mengatakan hubungan antara Zahid dan Hishammuddin semakin tegang.

Akhbar Singapura, The Straits Times pada September lalu melaporkan, ketegangan di antara Zahid dan Hishammuddin, yang juga sepupu Najib, boleh menyebabkan prestasi Umno terjejas.

Zahid baru-baru ini dilihat dipinggirkan apabila BN membuat keputusan tidak mengambil alih rang undang-undang (RUU) meminda Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965.

Zahid merupakan antara tokoh Umno yang lantang menyokong usul yang dibawakan PAS itu, malah berkata parti Melayu itu akan membentangkan sendiri pindaan itu walaupun ditentang parti komponen lain.

“Insya Allah dengan doa untuk kita menyatukan orang Melayu. Biarlah kita kehilangan segelintir ‘kawan’ kita, tapi kita akan dapat ‘kawan baru’ yang kumpulannya lebih besar bersama kita,” kata Zahid bulan lalu.

Bagaimanapun, pada 29 Mac lalu, Najib berkata kerajaan tidak akan membentangkan RUU itu selaras amalan konsensus BN.

Sementara itu, Timbalan Presiden Amanah, Salahuddin Ayub turut melihat pelantikan Hishammuddin ke portfolio “khas” sebagai usaha licik menyingkirkan Zahid.

“Apa sebenarnya isyarat yang hendak dihantar kepada Zahid Hamidi, dia nyatakan dengan jelas fungsi itu adalah untuk urusan akses dan bantu tugas-tugasnya,” Salahuddin memberitahu FMT, sambil menambah pelantikan itu satu “penghinaan” kepada Zahid.

Zahid dilantik sebagai timbalan perdana menteri selepas pemecatan Tan Sri Muhyiddin Yassin pada Julai 2015.

Bayangan Pas akan terkubur hanya mimpi

Pas
KOTA BHARU - Dakwaan Pas akan terkubur di Kelantan pada PRU14 nanti disifatkan sebagai tafsiran tidak berpijak di bumi nyata.

Ketua Pemuda Pas Kelantan, Ahmad Fadhli Shaari berkata, pihak berkenaan tidak boleh meletakkan keyakinan yang tidak berasas sebegitu dengan menjadikan pergolakan sebagai kayu ukur.

“Apa yang mereka fikir itu sebenarnya impian tidak berpijak di bumi nyata. Mereka kena ingat Umno pun berpecah, PKR pun bergolak,” katanya.

Terdahulu beliau menghadiri Karnival Bio-Kelantan 2017 yang dirasmikan Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob di Pusat Transformasi Bandar di sini.

Beliau berkata demikian mengulas pandangan Pemuda Amanah Kelantan, Hazmi Hassan yang membayangkan Pas akan kalah teruk pada PRU14 nanti jika tidak bekerjasama dengan Pakatan Harapan.

Dalam perkembangan lain, mengulas mengenai pelawaan Bersatu mengajak Pemuda Pas bersama-sama menyertai Konvensyen Pemuda Harapan Kelantan, Ahmad Fadhli menolak ajakan tersebut.

Bukan bersikap angkuh dan sombong, tetapi Ahmad Fadhli berharap Bersatu memahami dan menghormati pendirian Pas yang tidak akan sepentas dengan mereka jika DAP dan Amanah turut bersama.

“Kita hargai jemputan mereka, tetapi kita minta mereka hormati ketetapan Pas Pusat. Kalaulah undangan tersebut tidak melibatkan DAP dan Amanah Insya-ALLAH kita akan hadir,” katanya.

Hari ini, Ketua Armada Bersatu, Asran Alias menyerahkan surat jemputan rasmi kepada Pemuda Pas di pejabatnya untuk menyertai satu slot disediakan khas sempena konvensyen itu.

‘Kalau benar demi hubungan Timur Tengah, mengapa bukan Zahid’

 awang-zahid-hamidi-1
PETALING JAYA: Jika jawatan menteri tugas-tugas khas bertujuan mengekalkan hubungan dengan Timur Tengah, bukankah Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi calon terbaik untuk jawatan itu?

Itu soalan dikemukakan penganalisis politik, Dr Awang Azman Awang Pawi.

Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Seri Nazri Aziz dilaporkan berkata, Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein dilantik sebagai menteri tugas-tugas khas kerana mempunyai seorang menteri kanan untuk menjaga hubungan Malaysia dengan Timur Tengah “amat penting”.

“Zahid belajar di sebuah sekolah agama dan beliau boleh berbahasa Arab. Jadi, bukankah beliau orang yang sepatutnya menguruskan hubungan kita dengan Timur Tengah?” kata Awang Azman kepada FMT.

“Seorang lagi calon sesuai untuk jawatan itu ialah Datuk Seri Jamil Khir Baharom yang merupakan menteri menjaga hal ehwal Islam. Dan beiau sudah berurusan dengan Timur Tengah mengenai isu penambahan kuota haji.

“Adakah beliau tidak melakukan apa yang diarahkan kepadanya?”

Awang Azman dari Universiti Malaya kemudiannya menunjuk contoh bekas Presiden MIC, Datuk Seri S Samy Vellu yang dilantik sebagai wakil khas negara ke India dan Asia Selatan untuk infrastruktur bagi meningkatkan lagi pelaburan strategik Malaysia-India dalam hal infrastruktur pada 2010.

“Beliau mempunyai latar belakang sesuai dan diperlukan untuk mewajarkan pelantikan itu.

“Tetapi (dalam kes Hishammuddin), pelantikan beliau kelihatan sedikit…janggal, jika mengekalkan hubungan dengan Timur Tengah adalah sebabnya,” kata Awang Azman.

Pakar undang-undang, Abdul Aziz Bari menolak rasional Nazri secara terang-terangan dengan menyifatkannya “tidak masuk akal”.

“Hishammuddin bukan penutur bahasa Arab. Beliau lebih kepada seorang pemuja bahasa Inggeris. Jadi, untuk mengatakan pelantikan beliau bagi meningkatkan hubungan dengan Timur Tengah ialah jenaka.”

Sejak Datuk Seri Najib Razak membuat pengumuman itu petang semalam, penganalisis politik membuat spekulasi mengenai pelantikan Hishammuddin dan mencadangkan beliau, bukannya Zahid akan mengambil alih jawatan perdana menteri selepas Pilihan Raya Umum ke-14.

Awang Azman percaya ia adalah benar dan berkata, pelantikan itu mungkin ialah langkah strategik bagi pihak Najib.

“Air yang dicincang tidak akan putus,” katanya merujuk hubungan antara Najib dan Hishammuddin yang merupakan sepupu.

Selain Hishammuddin, pemimpin lain yang pernah memegang portfolio menteri tugas-tugas khas termasuk Tun Ghazali Shafie (1970), Tun Daim Zainuddin (1998) dan Tan Sri Mohd Effendi Norwawi (2004).




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...