TERKINI :

Wednesday, April 12, 2017

Majoriti tak kata kerajaan Najib baik, Dr Mahathir yakin pemerintahan BN berakhir selepas PRU

KUALA LUMPUR: Tun Dr Mahathir Mohamad yakin pemerintahan lebih 60 tahun gabungan yang pernah dipimpinnya ketika bersama Umno dulu bakal berakhir selepas pilihan raya umum akan datang.

"Sentimen akar umbi yang kuat menunjukkan kami akan menerima sokongan majoriti rakyat," Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) itu dipetik berkata dalam wawancara bersama Bloomberg.

Laporan itu menyebut, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dijangka akan membubarkan Parlimen bagi mengadakan pilihan raya pada tahun ini, walaupun mandat Barisan Nasional (BN) hanya berakhir Mei tahun depan.

"Hari ini, anda bercakap dengan semua orang pun, sesiapa pun, tidak seorang pun ada kata-kata baik mengenai kerajaan, terutama Najib," kata bekas Perdana Menteri selama 22 tahun itu yang bersara pada 2003.

Dr Mahathir mengakui BN mungkin dikuatkan susulan kegagalan Pakatan Harapan untuk meyakinkan Pas menyertai gabungan pembangkang itu.

Menurutnya, sesiapa yang bertanding di luar gabungan itu dianggap "penyokong Najib, penyokong BN".

"Kerana kesannya ialah undi kepada gabungan (pembangkang) akan berkurang, memecahkan undi pembangkang, yang sudah tentu membantu kemenangan Najib," katanya.

PPBM merupakan parti ke-4 Pakatan Harapan, yang turut disertai PKR, DAP dan AMANAH yang ditubuhkan 2 tahun lalu.

Dr Mahathir bagaimanapun berkata pembangkang belum bersetuju mengenai calon perdana menteri, kerana menganggap isu itu "tidak relevan selagi kamu menang".

PPBM dilihat masih belum bersetuju dengan pendirian PKR, DAP dan AMANAH untuk menamakan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri.

Tahniah PJ PAS PERAK atas bercita-cita mahu memerintah Malaysia bersama UMNO BN lepas PRU14

BismillahirRahmanirRahim

PAS BERSAMA UMNO PRU14

Status FB Pesuruhjaya PAS Perak telah mengumumkan secara terbuka PAS akan bekerjasama dengan PM Najib 1MDB+GST6% yang mengetuai UMNO sekarang dalam menghadapi pilihanraya umum ke 14 yang akan datang.

Semoga usaha untuk PAS bersama UMNO secara takut-takut dan sembunyi-sembunyi sebelum ini oleh pemimpin utamanya yang mengelirukan ramai ahli PAS dan pengundi tidak lagi akan berlaku selepas ini dan masing-masing bolehlah membuat pendirian jelas memilih PAKATAN HARAPAN (KEADILAN, AMANAH, DAP dan PPBM) atau UMNO+PAS.

Selamat membuat keputusan bersama Penyamun Wang Rakyat atau Penentang Penyamun

Aris Awang

Ada cadangkan pada kerajaan BN supaya tapak Hospital Pendang ditukar jadi Zoo Pendang

Hospital Pendang @ Zoo Pendang

UMNO BN dah lulus 2 kali dan berkali2 berjanji tapi tak buat jugak ..

saya cadangkan tapak Hospital Pendang dijadikan Zoo Pertama Kedah kerana dah macam Hutan Belantara tapak tu.. babi hutan pun banyak  :p ..

cadangan 'Anak Panda' diletakan di sini , boleh jana Pendapatan utk buat Hospital kan ;)

Aril Farhan
#JanjiBN
#JanjiTinggalJanji

Benarkan YB MAHFUZ & PENDUDUK TERTINDAS serbu dewan semalam?

Sidang media bersama penduduk berkaitan tuduhan dan repot polis pemuda umno kononnya Dato' Mahfuz dan penduduk serbu Dewan Undangan Negeri Kedah.

Rupanya dah dua kali penduduk terlibat menulis surat untuk bertemu MB.

Jumpalah YAB MB dengan rakyat, semua benda boleh bincangkan!

Yb Nasir Mustaffa
Adun Kubang Rotan

80 kerusi tak cukup, Pas perlu tambah lagi, bertanding disemua kawasan DAP

KUALA LUMPUR: AMANAH menyarankan agar Pas bertanding lebih daripada 80 kerusi parlimen pada PRU14, tegas Timbalan Presidennya, Salahuddin Ayub.

Beliau berkata, jika mahu Pas boleh menambah bilangan kerusi bertanding di kawasan DAP.

"Saya rasa Pas kena kotakan janjinya… untuk bertanding 80 kerusi tak cukup tanding la 50 lagi kerusi yang ditandingi DAP sebab mereka pernah berjanji sebelum ini untuk lawan semua," katanya pada sidang media AMANAH, semalam.

Salahuddin berkata demikian mengulas kenyataan Naib Presiden Pas, Idris Ahmad bahawa parti itu akan bertanding lebih dari 80 kerusi parlimen pada pilihan raya umum nanti.

Malah tidak menolak kemungkinan parti itu akan bertanding di kerusi tradisi DAP dan PKR, seperti dilapor Sinar Online.

Mengulas lanjut, Salahuddin berkata, keputusan Pas tidak menyertai Pakatan Harapan dan mahu bertanding secara bersendirian menentang BN akan memberi kelebihan kepada parti pemerintah untuk kekal berkuasa apabila berlakunya pertandingan lebih dari satu lawan satu.

"Rakyat akan terdidik siapa di sebelah sana adalah BN, siapa tidak bersama pakatan Harapan setelah kita berusaha memanggil mereka bersama kita rakyat senang untuk diberitahu Pas ini pro kepada BN," katanya.

Hanya golongan ada hala tuju boleh berdepan dengan Umno kata Ahmad Awang

SHAH ALAM: Hanya golongan yang mempunyai hala tuju dan pandangan politik jelas boleh berdepan dengan tipu daya Umno.

Ini kerana menurut Penasihat Umum AMANAH, Ustaz Ahmad Awang, Umno memiliki kuasa dan wang yang boleh digunakan untuk meraih sokongan rakyat, lapor Sinar Online.

"Susah untuk mempercayai Umno terutama apabila kuasa mereka mula berada dihujung tanduk.

"Demi mengekalkan kuasa, mereka akan peralatkan semua pihak demi survival politik mereka," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Terbaharu, semalam Umno dakwa ahli Parlimen dalam Pakatan Harapan termasuk mereka yang beragama Islam telah dikawal sepenuhnya oleh Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang.

Ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, keadaan ini jelas kelihatan menerusi pembentangan usul persendirian cadangan pindaan Rang Undang-undang Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) (Pindaan) 2016 atau RUU 355, baharu-baharu ini.

Menurutnya, secara tidak langsung, situasi itu memberikan gambaran jelas kepada rakyat bahawa DAP akan menguasai kerajaan sekiranya pakatan itu menang dalam pilihan raya.

Terima kasih suruh bertaubat, Rafizi harap Hadi bersikap terbuka terima teguran

KUALA LUMPUR: Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli berterima kasih kepada Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang atas ingatan agar beliau bertaubat namun turut mengingatkan Hadi agar bersikap terbuka terhadap sebarang teguran.

"Seperti mana ingatan Datuk Seri Hadi minta saya bertaubat, saya juga harap Hadi menerima dengan terbuka ingatan saya mengenai dana 1MDB yang mengalir dari akaun peribadi Datuk Seri Najib Tun Razak kepada seorang tokoh yang rapat dengan pimpinan Pas," katanya kepada Sinar Online.

Beliau berkata demikian mengulas gesaan Hadi yang menyifatkan tuduhannya bahawa Pas menerima dana daripada syarikat 1Malaysia Development Berhad (1MDB) sebagai pembohongan besar dan tidak berasas dan meminta beliau bertaubat.

Rafizi membuat pendedahan itu pada hari terakhir persidangan parlimen, 6 April lalu selepas Speaker, Tan Sri Pandikar Amin Mulia menangguhkan perbahasan usul rang undang-undang persendirian untuk meminda Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 atau Akta 355 yang dibentangkan Hadi.

Mengulas lanjut, Rafizi berkata, budaya ingat mengingatkan itu sewajarnya disuburkan dalam masyarakat.

"Atas kesedaran saya tidak lari dari dosa juga, saya sangat peka kepada amanah saya sebagai wakil rakyat kerana saya lebih takut kepada Allah.

"Sebab itu saya tidak kisah apa pun panggilan asalkan saya sudah buat amanah saya," katanya.

Oleh itu, katanya besar harapannya, agar Hadi bersikap terbuka dengan bukti yang bakal beliau bentangkan kerana belum terlambat untuk mengelakkan Pas semakin terjerat dengan muslihat Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Sementara itu, bekas Naib Presiden Pas Salahuddin Ayub memberitahu beliau tidak pernah dimaklumkan mengenai penerimaan dana 1MDB ketika menjadi pemimpin kanan parti Islam itu.

Katanya, isu penerimaan dana itu tidak pernah dibincangkan dalam mesyuarat Pas, sebelum beliau keluar parti dan menyertai AMANAH pada 2015.

"Yang pasti saya tidak terima apa-apa dan saya tidak dimaklumkan tentang perkara itu," katanya pada sidang media di Wisma AMANAH Negara semalam.

KEPADA MB KEDAH, BERLUNAKLAH MENDENGAR SUARA HATI RAKYAT

*MENTERI BESAR, BERLUNAKLAH MENDENGAR SUARA HATI RAKYAT*

'Kekecohan' yang didakwa berlaku dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah selepas Sidang DUN ditangguhkan Isnin lalu, perlu dijelaskan supaya rakyat tidak terkeliru dan memahami perkara sebenar yang berlaku. Ternyata ada pihak yang sengaja memanipulasi isu tersebut demi tujuan politik.

Sebaik Sidang DUN ditangguhkan, saya dengan penuh hormat telah memaklumkan kepada YAB Menteri Besar (foto) kehadiran wakil penduduk Kuala Kedah dan Kampung Baru Padang Tembak, Bukit Pinang untuk menyerahkan memorandum berhubung beberapa tuntutan berkaitan permasalahan mereka. Menteri Besar memberitahu, beliau bersedia menghantar wakil untuk bertemu penduduk.

Sewaktu YAB Menteri Besar berjalan untuk keluar Dewan (bukan melalui pintu utama), Ahli Parlimen Pokok Sena YB Dato' Mahfuz Omar serta wakil penduduk telah memasuki DUN untuk menyerahkan memorandum tersebut kepada beliau. Malang sekali Menteri Besar bertegas enggan menerima memorandum, tidak menghiraukan wakil penduduk yang mahu berjumpanya serta terus meluru keluar Dewan menuju pejabatnya. Tindakan kurang sopan pemimpin utama kerajaan Negeri tersebut telah mencetuskan rasa tidak senang wakil penduduk.

Isu tersebut diburukkan lagi apabila Menteri Besar mengeluarkan kenyataan media kononnya YB Dato' Mahfuz dan wakil penduduk telah "menyerbu beramai-ramai ke dalam Dewan" walhal Sidang DUN telahpun ditangguhkan.

Saya berpandangan apa salahnya YAB Menteri Besar, menerima dengan baik memorandum tuntutan dari rakyat tersebut dan berjanji akan menelitinya. Ia mengambil masa tidak sampai satu minit, namun imej beliau sebagai pemimpin menjadi cemerlang dan terpuji.

Sikap seorang pemimpin kerajaan Negeri yang tidak bersedia bersemuka dengan rakyat sangatlah tidak wajar. Apatah lagi isu berkenaan yang tidak mampu diredakan oleh pihak kerajaan Negeri telah mengakibatkan beberapa penduduk terpaksa ditahan polis.

Saya menasihatkan kerajaan Negeri Kedah, dengan kuasa yang ada, janganlah melayan rakyat sendiri seperti penjenayah. Berundinglah dengan mereka secara berhemah. Dengarilah suara hati mereka terlebih dahulu kerana tiada masalah yang tidak dapat diselesaikan.

Mohd Nasir bin Mustafa
ADUN Kubang Rotan.

12 April 2017





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...