TERKINI :

Tuesday, April 11, 2017

KDN beri Nanyang surat tunjuk sebab, panggil ketua pengarang

FMT Reporters

PETALING JAYA: Kementerian Dalam Negeri hari ini mengeluarkan surat tunjuk sebab kepada akhbar Nanyang Siang Pau berhubung karikatur yang didakwa menghina Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia dan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Akhbar itu diberi tempoh 3 hari untuk menjawab surat tunjuk sebab, kata Kementerian Dalam Negeri yang dipetik Bernama.

Selain itu, Kementerian Dalam Negeri juga memanggil Ketua Pengarang Nanyang Siang Pau, Chan Aun Kuang hari ini berhubung karikatur itu.

Dalam kenyataan dikeluarkan, Ketua Setiausaha kementerian, Datuk Seri Alwi Ibrahim berkata, satu surat tunjuk sebab bertarikh hari ini telah dikeluarkan kepada akhbar harian berbahasa Cina itu mengikut Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984.

Beliau berkata, penerbit diberi tempoh tiga hari untuk menjawab surat tunjuk sebab.

Butir tahi PAP': Jangan biarkan lidah yang gigih berzikir dan menuturkan nama Tuhan, dicemari kata-kata kotor dan kesat

Kenyataan bersama anak muda DAP pada hari Selasa 11 April 2017 di Kuala Lumpur

'Butir tahi PAP': Jangan biarkan lidah yang gigih berzikir dan menuturkan nama Tuhan, dicemari kata-kata kotor dan kesat

Kami merujuk laporan Malaysiakini (http://www.malaysiakini.com/news/378756) tentang ucapan Presiden Parti Islam SeMalaysia (PAS) di Rusila malam tadi.

Haji Hadi dilaporkan berkata:

"Dulu (semasa) Singapura dalam Malaysia, ada cawangan PAP di Malaysia. Bila Singapura keluar daripada Malaysia, PAP tukar jadi DAP.

"Jadi DAP ini anak butir taik PAP. (Saya) sebut dengan bahasa yang kasar sikit, ini dia."

Kami merakamkan perasaan sedih dan kecewa dengan ayat-ayat ini yang dituturkan dua bibir seorang ulama, apatah lagi seorang Timbalan Ketua Kesatuan Ulama Muslimin Sedunia.

Suka kami ingatkan bahawa Allah SWT. Berfirman:

ادْعُ إِلَىٰ سَبِيلِ رَبِّكَ بِالْحِكْمَةِ وَالْمَوْعِظَةِ الْحَسَنَةِ ۖ وَجَادِلْهُمْ بِالَّتِي هِيَ أَحْسَنُ ۚ إِنَّ رَبَّكَ هُوَ أَعْلَمُ بِمَنْ ضَلَّ عَنْ سَبِيلِهِ ۖ وَهُوَ أَعْلَمُ بِالْمُهْتَدِينَ

“Serulah (manusia) kepada jalan Tuhan-mu dengan hikmah dan pelajaran yang baik dan bantahlah mereka dengan cara yang baik. Sesungguhnya Tuhanmu Dialah yang lebih mengetahui tentang siapa yang tersesat dari jalan-Nya dan Dialah yang lebih mengetahui orang-orang yang mendapat petunjuk.” (an-Nahl, ayat 125)

Kami tidak melihat sebarang kebaikan atau hikmah daripada bicara Haji Hadi dengan kata-kata yang begitu kesat, dan tidak padan dengan sunnah kenabian yang cuba beliau amalkan sehari-hari.

Kami ingin tekankan bahawa DAP dan PAP tidak ada kena mengena secara parti-ke-parti. Hanya beberapa pengasas DAP pernah menganggotai PAP ketika parti tersebut masih wujud di Malaysia. DAP dan PAP bukan parti adik beradik, atau yang sepertinya.

Pun begitu ia tidak menghalang kami daripada berjuang melawan kezaliman UMNO.

DAP sudah lebih 50 tahun berjuang demi sebuah negara yang aman makmur dengan kebebasan, keadilan, dan solidariti untuk seluruh rakyatnya, tanpa mengira latar kaum, agama, budaya dan daerah. Kami bangga menjadi mata rantai penerus perjuangan DAP, biarlah apa pun kata Haji Hadi.

Kami lega kerana ditakdirkan tidak punya pemimpin yang jijik kata tuturnya, meski giat menyebut bahasa agama dan ketuhanan. Haji Hadi wajar bertaubat dan malu, membiarkan lidah yang gigih berzikir dan menuturkan nama Tuhan, dicemari kata-kata kotor dan kesat.

Kami bersimpati dengan kader-kader PAS yang ternyata telah meninggalkan tarbiah dan manhaj yang digariskan Almarhum Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat.

Semoga Haji Hadi banyak beristighfar dan merujuk kembali ajaran Islam sebenar yang santun dan penuh hikmah. Tinggalkanlah Islam yang penuh marah-marah, dan hidupkan Islam yang ramah tamah; sesuai budaya politik matang dan sejahtera yang dipakai ketika berhadapan dengan UMNO.

Ditandatangani:
Edry Faizal
Ahli Jawatankuasa DAP Selangor

Shukri Mokhtar
Ahli Jawatankuasa DAPSY Subang

Dyana Sofya Mohd Daud
Ahli Majlis Eksekutif DAPSY Kebangsaan

Muhammad Shakir Ameer Mohideen
Bendahari DAPSY Selangor

Mohammad Firdaus Babh
Setiausaha DAPSY Selangor, AJK DAPSY Kebangsaan

Young Syefura
Penolong Setiausaha DAP Wanita Kebangsaan

Nor Miswary Ramli
Setiausaha cawangan USJ,Subang Jaya

Masyhur Abdullah
AJK DAPSY Bukit Bintang

Sheikh Omar Ali
Penolong Setiausaha Publisiti DAP Johor

Jamaliah Jamaluddin
Naib Pengerusi, Cawangan DAP Ara Damansara

Farhan Haziq Mohamed
Pengarah Pendidikan Politik DAPSY Subang, AJK DAP Bandar Utama

Ahmad Anwar Asyraf
Penolong setiausaha publisiti DAPSY Johor

Ahmad Irfan Hani
DAPSY subang

Nurul Shifa Abdul Manan
Naib Pengerusi DAP Perlis

Azfar Faruqi Mohamad Idris
Pengerusi DAP Cawangan Taman Seroja

Antara BIAWAK & BERUK..mana satu pujaan ahli & pimpinan Pas???

*1 Sudut Pandang: Dulu PAS GALAK Samakan Pembangkang dengan BIAWAK. Sekarang kenapa marah jika ada yang nyatakan Ustaz Hadi sebagai beruk?*

oleh: Revolusi Anak Muda Malaysia [ R.A.M.M ]

Sebelum ini bukan main galak puak lebai haprak pimpinan Hadi dok samakan orang dengan binatang. Anjing, babi, kera, keldai dan terkini biawak. Yang terbaru semalam, Tuan Brehim dalam tulisannya berkata bersama Pakatan Harapan yang juga diisi oleh Amanah dan Dap umpama memikul biawak hidup.

Bila para cendiakawan dan rakyat terbanyak tegur, pandai pulak mereka kata kita tidak faham peribahasa. Bila para agamawan kata tidak sesuai seorang yang mengaku berstatus ulamak memberi perumpamaan begitu. Pandai pulak mereka pusing kata Al Quran pun gelar orang dengan nama binatang.

Mengikut sejarah, Hadi juga pernah samakan orang yang meninggalkan partinya umpama kera mencari pokok berbuah. Walaun masa tu siap bertakbir lagi. Bila Hadi sebut anjing menyalak babi dalam bukit, makin kuat walaun bodoh ni bertakbir.

Yakinlah, Allah itu Maha Adil lagi Maha Bijaksana!

Sekali akbar cina MCA buat karikatur gambar monyet. Tahu pulak nak marah dan melompat sakan persis monyet terkena sengat kerengga.

Nasib baik akbar ni dah buang karikatur tu. Kalau akbar ni keluar jugak dalil yang menyatakan dalam Al Quran ada sebut pasal kera. Puak lebai nak jawab apa?

Itulah, lain kali jangan ingat  Hadi dan puak anda sahaja yang ada maruah. Ingat, Allah itu bukan milik puak anda sahaja. Bertaubatlah selagi nyawa masih dikandung badan. Jangan ingat bila dah dipanggil olamak dan lebai oleh para walaun sendiri, maka dengan sendiri anda bebas menghukum, mengkafirkan, dan melabel orang sesedap mulut anda.

Bertaubatlah wahai para lebai dan walaunnya!

Kisah benar bagiamana penipuan pembayaran guna Kad Kredit di pasaraya

*_KISAH INI BENAR BENAR BERLAKU DAN PERLU LEBIH PEKA DAN BERHATI HATI DENGAN SALER SALER MENIPU NIE..._*

So this is the story...

Dipendekkan cerita...

Kedua ibubapa saya telah ditipu oleh sekumpulan manusia di Tesco Mutiara Damansara petang semalam. Mulanya, dihulurkan beg grocery yang kononnya diberikan percuma. Pastu dijemput kedua ibubapa saya duduk sbb kononnya penerima beg percuma tu kena tulis nama. Haaa... time ni lah dengan cepatnya ibubapa saya ditipu oleh sekumpulan manusia ni.

1) mereka tunjukkan satu set vacuum cleaner yang dijual. Kedua ibubapa saya kata mereka tak nak beli sebab dah ada dah vacuum cleaner di rumah.

2) kemudian salah seorang salesgirl (dikenali dengan nama "Bella") memberikan satu gadget kepada ibu saya. Ibu saya disuruh menekan pada skrin di gadget tersebut. Gadget yg sama diberi kepada ayah saya, dan disuruh untuk lakukan yang sama. Lo and behold! Ayah saya telah memenangi 2 barang percuma - 1) vacuum cleaner yang dikatakan bernilai RM3,680 dan 2) microwave yang dikatakan bernilai RM3,988.

3) ayah saya diberikan gadget tersebut untuk menekan sekali lagi. Kali ini ayah saya mendapat bonus sebanyak RM100, yang sekaligus melayakkan ayah saya mendapat sebuah water dispenser yang boleh digunakan secara percuma selama 3 bulan. Kalau berminat, Julai nanti baru mula bayar sebanyak RM80 sebulan selama 48 bulan.

4) kemudian ayah saya ditanya samada beliau ada memiliki apa2 kad kredit. Terus terang kat sini saya pun tak faham macamana ayah saya boleh keluarkan walletnya. Si Bella tadi ternampak kad kredit HSBC dan terus mengambil dari tangan ayah saya. Seorang lagi salesgirl bertanya kepada ayah saya, sudah berapa lama kad kredit HSBC itu digunakan kerana menurut mereka, kalau lebih daripada 2 tahun, ayah saya layak mendapat satu multi-cooker secara percuma. Wah! Percuma lagi!

5) entah bila masa kad tu di"swipe" pun tak tahulah. Tiba2 ayah saya diberikan beberapa dokumen untuk ditandatangani. Frankly speaking, for a 74-year old yang tak pernah guna kad kredit untuk beli barang2, bila diserahkan dokumen2 tu, it didn't register in my dad's mind that payment has taken place. Aduiii! Bila pulang ke rumah, dan meneliti terma2 dalam dokumen tersebut barulah ayah saya sedari bahawa dirinya telah ditipu dan wang sejumlah RM3,988 telah dicaj ke kad kreditnya.

6) saya dan suami bergegas pulang dari sekolah anak bongsu dan terus ke Tesco Mutiara Damansara untuk "fight" untuk ayah saya yang juga telah pulang semula ke Tesco untuk minta duitnya dikembalikan.

7) tiba di sana, kami segera meminta supaya keseluruhan transaksi dibatalkan dan wang ayah saya dipulangkan. Kami bertegas bahawa mereka telah mengelirukan ayah saya dan telah menipunya. Si Bella ni tadi menelefon supaya supervisornya turun untuk berjumpa kami. Wah.. macam samseng rupa si supervisor ni.  Kami terus bertegas dengan supervisor untuk kensel transaksi dan pulangkan duit ayah saya. Supervisor enggan kerana katanya ayah saya telah faham semua terma dan telah tandatangani dokumen2 yang diberikan.

8) kami tetap bertegas bahawa ayah saya telah ditipu (misled) dan mereka telah menipu ayah saya. Tiada disebut ayah saya perlu membayar atau membeli apa2 tetapi wang telah diambil.

(berlakulah insiden jerit-menjerit selepas itu sehingga saya sendiri menggigil kerana terlalu marah. Tak heran dah dengan orang keliling. Ayah saya telah ditipu dan saya takkan sesekali membiarkan manusia2 ni terlepas begitu sahaja)

9) encik suami membuat beberapa panggilan dan memaklumkan kepada saya. Sebelum kami beredar, saya sebut kepada si Bella "wait for the authorities to come". Dia hanya senyum kepada saya, seolah2 mereka telah menang, dan kami telah kalah.

10) pulang ke rumah dan setelah berbincang dengan semua adik beradik saya, kami bersetuju bahawa satu laporan polis perlu dibuat kerana kami mungkin telah dan akan menyebabkan kesusahan kepada kumpulan manusia ini. Kami khuatir kedua ibubapa saya akan menghadapi apa2 komplikasi kerana alamat rumah sbgnya ada pada kumpulan manusia ini. Selepas maghrib, saya dan suami pun ke balai polis Taman Tun Dr Ismail bersama ayah untuk membuat laporan polis.

(huhu.. nak pendekkan cerita, tapi dah jadi panjang pulak! 😂)

Pagi tadi, kami dimaklumkan bahawa pihak KPDNKK telah pergi petang semalam juga dengan membuat penyamaran. Dipendekkan lagi cerita, mereka telah ditahan dan akan didakwa. ALHAMDULILLAH! Baru rasa puas hati saya. Mengambil kesempatan kepada warga emas untuk kesenangan hidup sendiri. Memang pantang tok nenek la kan!! Oh.. lupa nak cerita. Selepas ayah saya menandatangani dokumen2 yang diberi, mereka seolah2 begitu gembira. Siap suruh ayah saya belanja mereka makan lagi! Dan lagi sekali saya tak faham di sini bagaimana dengan mudah ibubapa saya bersetuju untuk belanja pulut durian, pulut mangga, siap dengan air minum lagi. Ada la dalam RM50 jugak untuk semua mereka tu. Adakah kedua ibubapa saya telah dipukau?  Wallahu a'lam.

Moral of the story - Elakkan mengambil apa2 yang dihulurkan secara percuma.  Sorry to all guys who are honest. Tapi disebabkan oleh manusia2 macam ni, saya semakin tidak percaya kepada sesiapa yang cuba nak beri apa2 secara percuma. There is no such thing as free gifts. Mesti ada "catch"nya. Tambah2 masa zaman ekonomi meleset seperti sekarang.

Sekian, terima kasih.

BACA DAN AMBIL IKTIBAR DIATAS KISAH INI...

*_JUST BE CAREFULL WITH ANYONE STRANGER PERSON... DONT BE EASY TO TRUST THEM..._*

Seminar Pemikiran : Sibuk nak buktikan Nik Aziz berkrisis dengan Tun M ?

Dalam apa jua seminar yang sifatnya memperingati tokoh, apa  yang menjadi fokus teras adalah mencari kekuatan tokoh yang boleh di angkat untuk diteladani.

Demikian juga dengan “Seminar Pemikiran Tuan Guru Nik Abdul Aziz”anjuran parti Amanah Negara di adakan di Auditorium Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur pada 9.4.17.   

Dalam menimbang kekuatan itu pula, sikap mengukur dan membandingkan persamaan kekuatan di pelbagai isu mengikut  tempat tegak antara Atgna dengan Tun M pada saya adalah satu sikap akademik yang cemerlang. Bahkan ia menampakkan sebuah kebijakan yang asyik.

Apa yang penting di sini adalah sikap kewarasan kedua-dua tokoh yang berkongsi sentimen menentang kezaliman. Ia dilihat cukup konsisten dalam satu tempoh yang panjang. Mereka synonymous.

Misalnya, “menolak Islam adalah kezaliman”. Ini sikap Atgna walau di mana. Ratusan kali almarhum mengulangi pendirian yang yakni “selagi Umno menolak Islam selagi itulah kita lawan”. Islam itu apa jika tidak antara lainnya, sebuah ugama yang amat membenci kemungkaran, komited makruf, menentang kezaliman dan menolak rasuah dan penyalahgunaan kuasa dalam apa jua jelmaan dan rupa bentuk.

Pada masa sama, hal yang sedemikianpun turut menonjol dalam amalan dan setiap pandangan terkini Tun M lewat pelbagai isu menyentuh 1MDB, kebanjiran PATI, atau seputar penjualan strategik aset negara di Sg. Besi atau Forest City.  Membukti dan menemukan persamaan antara dua juring siku pemimpin ulung Malaysia yang tajam lalu mengacu sekepal tinju ke pentas terbuka bersemangatkan sistem demokrasi berparlimen. Apa masalahnya ?

Percubaan untuk membuktikan yang Atgna berada dalam krisis yang tak sudah sampai ke akhir hayat dengan Tun M bukan keutamaan Malaysia. Apa yang utama di sini ialah sikap komited kedua-dua tokoh.

Mereka istiqomah menentang pihak yang  zalim yang menaja kezaliman. Yang seorang, terbukti hingga sampai ke akhir hayat dan yang seorang lagi masih dengan konsisten sedang mengepalai sebuah gerakan sivil mahu menyelamatkan Malaysia dari terus ditenggelam. Sekali lagi; apa masalahnya?

Mana-mana pemimpin yang bergabung dan menyatukan diri dalam bahtera besar ini adalah wira-wira yang sedang mendapat perhatian oleh massa.

Bagai kisah Bahtera Nuh, mereka sedang memimpin sebuah armada besar. Dato’ Husam Musa adalah salah seorang di antara nakhoda muda yang prolifik selain dari Muhamad Sabu, Salehudin Ayub dan Zaid misalnya.

Mereka sedang gigih memindahkan api yang telah pernah sempat membara di dada Atgna via sebuah seminar yang telah berlangsung pada 9 April 2017. Apa masalah ?

Saya percaya, semua orang tidak mahu membuang masa dalam diskusi akademik yang tersasar dan tenggelam – sibuk perlu membuktikan yang Atgna sebetulnya berkrisis dengan Tun M  mengikut catatan tarikh sekian ke sekian itu dan ini . Jika mampu kita buktikan sekalipun, ia tidak akan mengubah scenario Malaysia yang kini sedang dilanda sebuah krisis kepimpinan terburuk dan perlukan surgeri segera untuk membuang buahnya yang buruk. Teori “bad apple’ ini jangan dipandang ringan. One bad apple spoils the whole barrel. Satu peti ia boleh merebak. Satu tong ia  membusuk.

Rata-rata rakyat kasihkan Malaysia. Amanah dan gabungan PH masih yakin bahawa di sana ada formula yang mampu menyelamatkan. Amanah sememangnya tidak ada lampu Alladin tetapi Amanah mempunyai saf kepimpinan yang bergeliga dan komited untuk melahirkan Malaysia semula dengan wajah progresif yang lebih baharu.

Jika Dato’ Husam dan rakan-rakannya mampu memindahkan sehelai panji bernama hikmah dan kebijaksanaan yang pernah berkibar di dada almarhum suatu waktu dahulu; menjadi sebuah gelora yang menyelamatkan bahtera Negara dengan amalan “good governance” menjelang PRU14 ini nanti, apa masalah ?

~ *Annual Bakri Haron*,
10 April 2017 ~

Satu setengah jam saja bagi Sidang DUN Kedah kelmarin..!!

Satu setengah jam saja bagi Sidang DUN Kedah kali ini.

Tidak pernah lagi saya hadir dlm sidang dewan yg begitu pendek yg sepatutnya membincangkan pelbagai isu2 mustahak berkait kepentingan Rakyat.

Namun Kerajaan Negeri Kedah BN seolah2 tidak serius dlm menangani isu2 Rakyat. Isu air menjelang Ramadhan ini langsung tidak disentuh.

Sebaliknya yg dibincang oleh ADUN BN & Kerajaan BN ialah soal lanskap!

Inikah Kerajaan yg kita mahu?

Page Mukhriz FC : https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=1398435540217281&id=708420685885440

Bukti hanya untuk orang cerdik, jika setebal Harakah pun bukti mereka tidak akan percaya

Pas memang menerima RM90j daripada Najib Razak melalui dua individu yang rapat dengan pemimpin Pas. Duit itu ialah duit 1MDB. Mana bukti? Buktinya ialah pendedahan Sarawak Report (SR), kenyataan Husam Musa yang transaksi itu berlaku melalui akaun Affin Bank dan terbaru kenyataan Rafizi Ramli mengenainya.

Selain itu, Pas kena samanlah, baru keluar.

Mana bukti dokumen? Utk apa dikemukakan bukti dokumen untuk tatapan walaun? Jika dibawa dokumen setebal Harakah pun walaun bukan nak percaya.

Buktinya, kes Fikah, sudah ada bukti bergambar pun walaun tak percaya pun. Hadi Awang kawtim dengan Najib, nampak depan mata pun walaun tak percaya juga.

Pas berkahwin gelap dengan Umno, dengan bukti secara langsung yang berlaku dalam parlimen yg seluruh dunia boleh tengok dalam isu aryoyo (RUU), walaun tak percaya pun.

Beri bukti kepada walaun sama macam beri bukti kepada Pak Mat Teloi jual tembikai zaman aku budak-budak dulu. Orang beritahu tembikai hijau, dia tanya mana bukti tembikai hijau, padahal dia jual tembikai.

Begitulah walaun. Tunjuk apa pun bukan percaya. Walaun akan layan bukti yang diberi macam beruk layan bunga saja. Bunga dikeronyok, punggungnya juga yang digaru dan dicium.

Dalam isu agama misalnya, sudah diberi bukti secara ilmiah dengan dalil daripada al-Quran dan sirah bahawa undi orang kafir sebagai wakil rakyat tidak salah dari sudut syarak, walaun tetap anggap DAP kafir harbi. Jadi utk apa diberi bukti kepada walaun?

Itulah spesis yang masih tinggal dalam Pas. Lebai dalam Pas hanyalah setaraf Taliban dan kekasih Fikah. Ulama setaraf Hadi pula sudah telan kail Umno.

Abduh, Amar dan Tantawi, depa bukan ulama pun. Akhirnya, golongan yang ke depan ialah golongan baru masuk Pas seusia jagung baru keluar bulu. Biji jagung belum ada tapi sudah bakar arang itu buat jagung panggang.

Golongan inilah yang ke sana-sini minta bukti macam budak kecil minta susu. Jika dibancuh tuba pun, budak itu akan minum juga. Golongan yang tidak tahu beza antara alif lam qamariah dengan alif lam syamsiah.

Aku tulis begini bukan untuk hina atau burukkan orang, tapi nak suntik ke dalam otak walaun supaya manfaatkan akal yang Allah bagi untuk berfikir. Ambillah kemuliaan hidup dengan menjadi insan yang berfikir secara aktif, kreatif dan luar biasa.

Jika otak yg diberi tidak diguna, keluar universiti paling baik pun, tetap akan jadi manusia paling lemah.

Serban walaun bukan bukti kecerdikan tapi bukti ketaksuban. Orang yang pakai serban sepatutnya guna otak, tapi walaun, semakin besar serban semakin lencun kena kencing dengan Umno. Ini kebodohan.

Kalau pakai serban tapi sekadar menangis dalam parlimen kerana dorongan sentimen dan ketaksuban, lebih baik cabut otak dan beri makan kucing saja.

Bukti hanya perlu diberi di mahkamah sebab di sana ada orang cerdik. Bukti bukan kertas bungkus nasi lemak tapi dokumen yang sangat bernilai sebagai mekanisme penegakan kebenaran. Jadi, kalau walaun nak tengok bukti Pas terima RM90j drpd Najib, samanlah.

>> Komentar bebas Mantan Adun Santan, Perlis, Ustaz Zoilkharnain Abidin I 10 April 2017

Kesediaan Mahathir berusaha bebaskan Anwar daripada penjara gembirakan rakyat – Khairuddin

Kenyataan ikhlas Tun Dr Mahathir Mohamad di Shah Alam baru-baru ini untuk berusaha membebaskan Dato Seri Anwar Ibrahim sekiranya Pakatan Harapan menang pada PRU14 kelak amat menggembirakan rakyat jelata khususnya warga luar bandar di seluruh pelusuk tanahair.

Ramai orang-orang Melayu di seluruh negara menerima baik kenyataan tersebut dan yakin dengan perpaduan mantap sesama ahli-ahli Pakatan Harapan.

Ramai kalangan menyatakan kenyataan demi kenyataan dari Tun Dr Mahathir sejak kebelakangan ini telah dapat meyakinkan majoriti sanubari rakyat bahawa perpaduan di dalam Pakatan Harapan bukanlah satu sandiwara.

Perpaduan Pakatan Harapan nampak semakin teguh serta ikhlas sesama rakan komponen.

Faktor inilah yang membuatkan ramai pemimpin-pemimpin kaki bodek minda lemah otak udang Umno merasa amat kepanasan sejak akhir-akhir ini.

Sekiranya saya diberikan kerusi untuk bertanding pada PRU14 kelak dan andaikata ditakdirkan menang; insya-Allah kerusi tersebut akan dijadikan sebagai persediaan untuk diserahkan kepada Anwar mengambil-alih melalui pilihanraya kecil.

Saya akan kosongkan kerusi tersebut buat Anwar bertanding setelah beliau dibebaskan dan akan kami usahakan agar proses undang-undang membenarkan beliau bertanding pada waktu itu.

Banyak cara dan kaedah perundangan yang boleh kita usahakan untuk Anwar dibebaskan serta dibenarkan bertanding.

Yang penting keseluruhan rakyat jelata mesti berikrar untuk sokong dan menjamin kemenangan Pakatan Harapan pada PRU14 nanti.

Sokongan mutlak rakyat secara sepadu akan merobah lanskap politik tanahair ke arah menukarkan kerajaan kleptokrasi kepada sebuah kepimpinan Pakatan Harapan yang paling bersih menerajui negara.

Saya amat yakin secara total bahawa amalan korupsi dan salahguna kuasa akan berakhir secara kekal serentak dengan tamatnya kepimpinan kerajaan kleptokrasi di bumi malaysia.

Rakyat akan dapat mengecapi kesejahteraan hidup secara adil dan saksama sekiranya Pakatan Harapan dapat menubuhkan kerajaan baru selepas PRU14 nanti. Insya-Allah. Amin.

Samada kita mahu atau tidak mahu; suka atau tidak suka kali ini rakyat tiada pilihan kecuali sama-sama berganding bahu bagi menumbangkan Umno serta BN melalui amalan demokrasi secara proses pilihanraya.

Hanya dengan menumbangkan umno dan BN melalui proses pembuangan undi negara Malaysia akan dapat diselamatkan.

LAWAN TETAP LAWAN! KALI INI PAKATAN HARAPAN!

KHAIRUDDIN ABU HASSAN
9 April 2017

Menteri sudah beri isyarat, sedia naikkan harga minyak selepas serangan Trump

KUALA LUMPUR: Harga minyak di Malaysia dijangka menerima tempias daripada serangan Amerika Syarikat ke atas Syria minggu lalu, kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Hamzah Zainudin.

Hamzah berkata ini kerana harga minyak negara ini berdasarkan pasaran dunia.

"Saya tak mahu buat spekulasi hari ini tapi kalau boleh rakyat sedar bahawa kebanyakan daripada syarikat minyak yang ada dalam negara kita, mereka menjual mengikut harga pasaran dunia dan juga perkiraan APM (mekanisme penetapan harga minyak) yang saya telah umumkan sebelum ini," katanya.

Pada 7 April, Presiden Amerika Syarikat Donald Trump mengarahkan tenteranya menyerang tentera Syria yang setia kepada Presiden Bashar Assad.

Kira-kira 60 buah peluru berpandu jenis Tomahawk dilancarkan oleh tentera laut AS dari kapal perang Navy Destroyer di Laut Mediterranean.

Ia menyebabkan harga pasaran minyak dunia melambung naik, dengan minyak mentah Brent meningkat AS$0.72 kepada AS$55.60 setong pada hari sama serangan.

Petrol jenis RON95 kini berharga RM2.16 seliter, RON97 RM2.43 seliter manakala diesel ialah RM2.08 seliter. Sejak Mac 29, harga petrol ditentukan setiap Rabu berdasarkan sistem apungan terurus.

AMANAH : BUDAYA POLITIK HINA HARUS DITOLAK

BUDAYA POLITIK HINA HARUS DITOLAK

وَلَا تَسُبُّوا الَّذِينَ يَدْعُونَ مِنْ دُونِ اللَّهِ فَيَسُبُّوا اللَّهَ عَدْوًا بِغَيْرِ عِلْمٍ ۗ كَذَٰلِكَ زَيَّنَّا لِكُلِّ أُمَّةٍ عَمَلَهُمْ ثُمَّ إِلَىٰ رَبِّهِمْ مَرْجِعُهُمْ فَيُنَبِّئُهُمْ بِمَا كَانُوا يَعْمَلُونَ

Dan janganlah kamu memaki sembahan-sembahan yang mereka sembah selain Allah, karena mereka nanti akan memaki Allah dengan melampaui batas tanpa pengetahuan. Demikianlah Kami jadikan setiap umat menganggap baik pekerjaan mereka. Kemudian kepada Tuhan merekalah kembali mereka, lalu Dia memberitakan kepada mereka apa yang dahulu mereka kerjakan.

(Surat Al-An'am Ayat 108)

Pemuda AMANAH Negeri Perak mengutuk sekeras-kerasnya karikatur yang disiarkan oleh akhbar Nan Yang Siang Pau yang seolah mempersendakan individu berhubung isu Rang Undang-Undang 355 (RUU355). Karikatur tersebut dipercayai dituju kepada Ahli Parlimen dan Yang Di-Pertua Dewan Rakyat apabila pindaan RUU355 ditangguhkan selepas ia dibentangkan oleh Presiden Pas, Dato' Seri Abdul Hadi Awang.

Tindakan karikatur tersebut menyamakan Ahli Parlimen dan Yang Di-Pertua Dewan Rakyat dengan monyet adalah sangat biadap dan melanggari sensitiviti rakyat Malaysia yang berbilang bangsa dan agama. Akhbar-akhbar arus perdana sewajarnya lebih peka dan faham tentang etika dalam menyiarkan apa jua berita mahupun karikatur.

Kami menegasnya, perbezaan pandangan politik tidak sewajarnya menjadi 'lesen' kepada sebarang penghinaan terhadap mana-mana pihak. Sebaliknya semua pihak wajar mehahami semangat perbezaan pendapat dan perlu ditangani dengan penuh hikmah.

Kami mengajak semua pihak terutama ahli-ahli AMANAH agar dapat mengamalkan politik rahmah dan menolak unsur-unsur politik hina dan tidak beretika. AMANAH telah 'lali' menghadapi penghinaan sedemikian namun kami tetap konsisten untuk mengajak semua meninggalkan budaya yang tidak bertamadun itu.

Justeru, Pemuda AMANAH Negeri Perak menggesa akhbar Nan Yang Siang Pau memohon maaf secara terbuka terhadap penyiaran tersebut. Semoga akhbar tersebut lebih peka dan bertanggungjawab dalam apa jua penyiaran.

Membina Negara Berintegriti
#PemudaBekerja

HASNUL ZULKARNAIN
Ketua Pemuda AMANAH Negeri Perak





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...