TERKINI :

Thursday, March 30, 2017

RUU355 : UMNO yang berjaya "kills two birds with one stone"

Kita suka atau tak suka perlu beri pujian utk UMNO yang berjaya "kills two birds with one stone" batu yg digunakan ialah RUU355.

Yang pertama: UMNO berjaya memecah-belahkan dalaman Parti Pas sendiri dengan tersiningkirnya golongan progresif yg telah menarik ramai cendiakawan Melayu ke dlm parti PAS. Akhirnya tetubuh Parti Amanah.

Perkara kedua: UMNO berjaya singkirkan Pas dari Pakatan rakyat. Pas punyai kekuatan istimewa dari Parti pembangkang yg lain seperti DAP yg tidak disokong orang Melayu dan parti PKR yg rata-rata pemimpin keciwa dari UMNO/BN.

Pas cuma tak sedar kekuatan mereka dimana sokongan pengundi Melayu dikawasan luarbandar (punyai kekeuatan 60% utk menentukkan siapa yang akan bakal duduk di PutraJaya) dan sokongan padu yg diberikan oleh pengundi bukan Melayu di PRU13 dengan tema, "Pas For All".

Kalau kita tidak keterlaluan boleh dikatakan Parti Pas adalah Penganti UMNO selepas PRU14. Apa nak buat Nasi sudah jadi bubur Hong Kong.

Selepas ini kita boleh lihat nanti UMNO/BN akan bergerak kearah isu politik nasional kepada kenegerian...bila persuasi dan desepsi ini berjaya dilakukan.... pengundi akan lupa apa saja isu besar Nasional yg cuba bawa oleh pembangkang...maka 5 tahun lagi UMNO/BN tetap di PutraJaya...

Mamak Haji
Klik sini @ fb

Pas tak berani putus hubungan dengan PKR

ATIRAH HASLI
30 Mac 2017

SHAH ALAM - Pas tidak mungkin berani membuat keputusan untuk memutuskan hubungan dengan PKR pada Muktamar Pas April depan.

Setiausaha Organisasi Amanah, Suhaizan Kayat mendakwa, keputusan itu tidak akan dicapai meskipun banyak usul berkenaan diluluskan di Pulau Pinang dan Terengganu.

"Isu utama adalah kuasa di Selangor. Hidup dalam keadaan ada kuasa. Dapat pelbagai kemudahan.

"Gaji puluhan ribu. Tiba-tiba nak putus. Hampir mustahil Pas nak putuskan hubungan dengan PKR," katanya dalam satu kenyataan.

Terbaharu, empat kawasan Pas di Terengganu yang telah selesai mengadakan Mesyuarat Agung tahunan, sebulat suara meluluskan usul agar parti itu memutuskan kerjasama politik atau tahaluf siyasi dengan PKR.

Pesuruhjaya PasTerengganu, Satiful Bahri Mamat berkata empat kawasan itu termasuk  Marang, Dungun, Kuala Terengganu dan Kuala Nerus.

2017 PUN SUDAH PERIT, MAHU TUNGGU 2050?

KENYATAAN MEDIA
PEMUDA AMANAH NASIONAL
(30 Mac 2017)

www.likeorange.net

Pemuda AMANAH Nasional terpanggil untuk menjawab kenyataan Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin yang mengatakan generasi akan datang tidak 'mewarisi' beban peningkatan kos sara hidup yang dihadapi rakyat kini melalui program Pelan Transformasi Nasional 2050 (TN50). Kami menegaskan, masalah yang dihadapi oleh golongan muda khususnya kos sara hidup perlu diselesaikan segera, bukannya menunggu tahun 2050.

Dilema rakyat khususnya golongan muda sering dibangkitkan oleh Pemuda AMANAH dan Pakatan Harapan secara keseluruhannya dan kini Khairy mengakui akan hakikatnya. Beberapa isu besar yang perlu dipandang serius dan diselesaikan secara tuntas oleh pihak kerajaan tanpa perlu mengambil masa yang terlalu lama.

*1. PENGANGGURAN TINGGI DI KALANGAN GRADUAN*

Minggu lalu, Laporan Tahunan 2016 Bank Negara Malaysia (BNM) mendedahkan pengangguran belia atau anak muda telah mencecah 10.7 peratus dalam tahun 2015. Jumlah tersebut lebih tiga kali ganda lebih tinggi daripada kadar pengangguran negara pada iaitu 3.1 peratus.

Data ini menunjukkan bahawa pada tahun 2015, seramai 42 peratus daripada kadar pengangguran itu adalah lingkungan umur 20 hingga 24 tahun, manakala 20.4 peratus berumur 25-29 peratus. Golongan berumur 15-19 tahun pula dicatatkan sebanyak 19 peratus.

Laporan itu dengan jelas telah menyatakan dengan terperinci bahawa pengangguran juga sangat tinggi di kalangan graduan iaitu sebabanya 15.3 peratus.

*2. GAJI YANG RENDAH*

Hasil kajian Khazanah Research Institute (KRI) mendapati, keseluruhan gaji di Malaysia berlaku peningkatan tetapi sangat perlahan. Median gaji pertengahan tahun ini berada di tahap RM1,600 sebulan berbanding RM1,500 tahun lalu.

Namun di kawasan-kawasan bandar, kenaikan gaji hanyalah sebanyak RM55 sahaja manakala rakyat yang tinggal di pedalaman mendapat gaji kurang dari RM1,200 iaitu sebanyak RM400 kurang dari mereka yang di bandar. Di beberapa negeri seperti Melaka dan Pulau Pinang, kadar kenaikan menjadi kosong jika kita ambil kira kadar inflasi.

*3. KOS SARA HIDUP TINGGI*

Menurut Profesor Pusat Pengajian Ekonomi, Fakulti Ekonomi dan Pengurusan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof. Dr Rahmah Ismail, bayaran upah atau gaji di Malaysia jauh lebih rendah dari negara jiran iaitu Singapura tetapi lebih tinggi dari Indonesia dan Thailand.

Namun, perbandingan dengan Indonesia dan Thailand menunjukkan kos sara hidup di Malaysia adalah lebih tinggi menyebabkan gaji benar di negara ini jauh lebih rendah.

Dalam masa yang sama, harga makanan meningkat lebih cepat berbanding barang-barang lain, iaitu kira-kira 30 peratus. Ini telah menyebabkan kerajaan terpaksa mengimport pelbagai jenis bahan makanan daripada luar negara. Contohnya, negara telah mengimport lebih 90 peratus bekalan susu dan 70 peratus bekalan daging mentah.

*4. HARGA RUMAH MAHAL*

Rumah mampu milik yang dibina setiap tahun hanya 21 peratus berbanding lebih 60 peratus keperluan sebenar. Harga rumah yang melambung tinggi tidak selaras dengan realiti ekonomi rakyat yang menyebabkan 70 peratus rakyat tidak mampu memiliki rumah.

Laporan BNM bagi tahun 2016 menunjukkan bahawa pasaran perumahan kurang penawaran berbanding permintaan khususnya bagi rumah mampu milik. Peningkatan kadar upah dan rumah pula tidak selari.

*5. KOS PENGANGKUTAN*

Selain peningkatan kos bahan api, makanan, perubatan dan lain-lain, kerajaan juga gagal untuk menyekat daripada berlakunya kenaikan kos pengangkutan. Rakyat khususnya golongan berpendapatan rendah dan sederhada sangat terkesan apabila kos pengangkutan meningkat termasuklah kos pengangkutan awam.

Isu-isu besar yang sedang dihadapi oleh rakyat ini wajar diselesaikan secara tuntas, bukannya bermain dengan pelbagai slogan demi kepentingan tertentu. TN50 adalah satu lagi kaedah untuk menutup kegagalan pentadbiran kerajaan BN!

Membina Negara Berintegriti
#PemudaBekerja

*MOHD SANY HAMZAN*
Ketua Pemuda AMANAH Nasional

Pakatan Harapan Kemuka Pendaftaran Rasmi Kepada ROS

KUALA LUMPUR, 27 Mac (Bernama) -- Pakatan Harapan akan mengemukakan permohonan untuk pendaftaran rasmi pakatan pembangkang itu kepada Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS).

Presiden Parti Amanah Negara, Mohamad Sabu berkata perkara berkenaan dipersetujui dalam mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Harapan hari ini.

"Pakatan (Harapan) bersetuju untuk membuat satu logo dan satu manifesto yang sama bagi menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-14 nanti," katanya kepada pemberita di bangunan Parlimen, hari ini.

Pakatan itu dianggotai DAP, Parti Keadilan Rakyat, AMANAH dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia.

Kerajaan Tidak Akan Bentang RUU 355, Kata Najib


KUALA LUMPUR, 29 Mac (Bernama) -- Kerajaan tidak akan membentangkan pindaan Rang Undang-undang Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 atau Akta 355 di Parlimen dan ia akan kekal sebagai RUU persendirian, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Katanya ini susulan mesyuarat Dewan Tertinggi Barisan Nasional (BN) malam ini yang secara konsensus membuat keputusan mengenai perkara itu.

"BN membincangkan banyak perkara (pada mesyuarat ini) antaranya mengenai RUU 355, Dewan Tertinggi BN memutuskan bahawa kerajaan tidak akan membentangkan RUU 355 selaras dengan dasar dan amalan kita bahawa BN membuat keputusan berdasarkan kepada konsensus.

"Justeru RUU ini akan terus menjadi RUU persendirian dan terserah kepada Speaker (Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia) untuk menentukan mengikut kepada Order Paper (aturan urusan mesyuarat)," katanya dalam sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat itu di sini malam ini.

Katanya kerajaan menyerahkan kepada Pandikar Amin untuk menentukan kedudukan RUU itu, sama ada akan dibentangkan atau tidak, berdasarkan kepada peraturan dewan.

"Macam mana pun kita tidak akan bentangkan dan kita tidak akan menentukan dasar kita dalam soal ini kerana RUU ini adalah rang undang-undang persendirian," katanya.

Ditanya sama ada keputusan itu bermakna BN tidak akan menyokong RUU itu, Najib berkata ia bergantung kepada keputusan Yang Dipertua Dewan Rakyat.

RUU 355 pertama kali dibentangkan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang di Dewan Rakyat pada Mei 2016 bagi memperkasakan Mahkamah Syariah.

Anggota Parlimen Marang itu pada sesi terakhir Parlimen November lalu meminda usul itu dengan menaikkan hukuman penjara kepada 30 tahun, denda tidak melebihi RM100,000 dan maksimum 100 sebatan berbanding maksimum penjara tiga tahun, denda RM5,000 dan enam kali sebatan yang boleh dijatuhkan Mahkamah Syariah ketika ini.

-- BERNAMA





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...