TERKINI :

Wednesday, March 29, 2017

PKR Selangor salahkan Hadi, Nik Abduh dan Zuhdi

MALAYSIA DATELINE


PAS PKR Selangor

Majlis Pimpinan PKR Selangor mendakwa pimpinan tertinggi Pas yang mencetuskan krisis antara kedua-dua parti itu.

Setiausahanya Borhan Aman Shah berkata, disebabkan provokasi dan isu-isu yang ditimbulkan Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang, Ketua Pemuda Nik Mohd Abduh Nik Abdul Aziz dan ahli jawatankuasa Dr Zuhdi Marzuki, Menteri Besar Selangor Datuk Mohamed Azmin Ali memberikan respons.

"Disebabkan provokasi dan isu-isu yang ditimbulkan oleh para Pimpinan Paslah maka Datuk Seri Azmin Ali selaku Menteri Besar Selangor telah memberikan respon segera dan agak kritis bagi menyangkal serangan dan tohmahan yang dibangkitkan oleh pimpinan Pas ini sehingga menimbulkan ketegangan dan situasi kurang sihat antara kedua belah pihak," katanya dalam kenyataan.

Borhan juga berkata, terserah kepada Pas sama ada ingin bersama Pakatan Harapan atau tidak tetapi hubungan baik dengan PKR di Selangor harus dipelihara demi menjaga kepentingan parti dan juga mengelakkan kekeliruan di kalangan penyokong parti masing-masing.

"Pendirian kami adalah tegas dan jelas bahawa hubungan baik antara Pas dan PKR khususnya di Selangor ini harus dijaga dan dikekalkan sepertimana sebelum ini," katanya.

Justeru beliau menggesa perang mulut antara Pas dan parti itu dihentikan segera kerana musuh sebenar mereka ialah Umno-BN.

"Musuh sebenar politik PKR ialah Umno-BN dan bukan Pas itu sendiri.  Lebih-lebih lagi Pas di Selangor masih lagi secara rasmi dalam ‘ikatan persefahaman' khususnya antara pentadbiran kerajaan Negeri Selangor yang mana Adun-adun ahli-ahli Majlis, serta Ketua Kampung Pas masih kekal di dalam kerajaan Negeri Selangor ini.

"Kita tidak mahu disebabkan retorik politik dan perbezaan perbezaan idealogi antara kedua pihak akan menjejaskan juga pentadbiran kerajaan negeri dan akhirnya tidak menguntungkan mana-mana pihak dan kepentingan rakyat akan terjejas.

"Akhirnya hentikanlah tohmahan dan tuduhan melulu dari pihak Pas khususnya serangan secara peribadi ke atas Datuk Seri Azmin Ali yang mana kami mendapati kebanyakan tuduhan yang dilemparkan serta isu-isu yang dibangkitkan adalah tidak berasas langsung dan hanya tohmahan palsu semata-mata," katanya.

Media sebelum ini melaporkan bahawa isu kerjasama politik antara kedua-dua parti akan dibawa ke Muktamar Pas yang akan datang bagi dibincang sama ada perlu diputuskan.

Kemelut berkenaan semakin meruncing apabila Nik Abduh mengeluarkan kenyataan bahawa parti berkenaan akan menawan Selangor pada pilihan raya umum akan datang.

Kenyataan itu kemudian disindir oleh Mohamed Azmin di laman sosial miliknya yang memuat naik kenyataan "Ada pak lebai nak tawan Selangor. Kawasan sendiri pun kalah tersungkur" yang kemudian menimbulkan pelbagai reaksi.

Ali Hamsa ini seorang penjawat awam atau seorang ahli politik??

Mengata kakitangan kerajaan sebagai "kacang lupakan kulit" adalah satu penghinaan kepada kakitangan kerajaan yang lain.

Ali Hamsa sedar atau tidak bahawa di dalam pentadbiran sesuatu kerajaan yang berkredibiliti dan berintegriti , *kritikan* adalah suatu keperluan bagi memantapkan pentadbiran sesuatu kerajaan itu.

Jika kakitangan kerajaan tidak di benarkan mengkritik pentadbiran kerajaan itu , ini bermakna kerajaan yang sedia ada itu terdiri dari golongan manusia yang tidak mahu maju kehadapan dan boneka *YES..MAN!*

Ali Hamsa kena ingat dan buka kepala otak tu sikit , bahawa kakitangan kerajaan itu adalah juga rakyat Malaysia ini yang sama merasa segala keperitan dan kesusahan yang di buat oleh kerajaan Najib yang mana Ali Hamsa sebagai Ketua Setiausaha Negara.

Ali Hamsa sepatutnya tidak memihak kepada sesebuah parti dalam menjalankan *TANGGUNGJAWAB dan AMANAH* yang di pikul.

Kesengsaraan kakitangan kerajaan adalah sama juga dengan kesengsaraan rakyat negara ini , mereka juga di bebani dengan masalah kenaikkan harga barangan keperluan , kenaikkan harga minyak serta kekusutan ekonomi yang semakin hari semakin teruk.

Kata Abraham Lincoln, 'the goverment by the people, of the people and for the people'.

Ali Hamsa sudah tidak layak lagi memegang jawatan sebagai Ketua Setiausaha Negara.

SHUKUR MOHAMAD

TEGAKKAN ISLAM HANYA DENGAN MAKI HAMUN DAP DAN AMANAH ?

Di Kelantan, Dap takde.  Dlm Dun Kelantan, semua Adun Islam sokong utk luluskan Hudud termasuk dari Adun Umno.  Jamil Khir janji kerajaan akan tunaikan hasrat kjaan Pas Kelantan.  Maka, Nik Amar kata kalau kali ini Umno masih nak menipu, Pas akan tamatkan gencatan senjata dgn Umno.  Ertinya, dalam isu ini Dap tak timbul pun, jauh lagi la Amanah kerana waktu itu Amanah pun tak wujud lagi.

Terbukti, akhirnya janji tak ditepati.  Ertinya kena kencing lagi.  Mahfuz Omar mengamuk sorang2 dlm Parlimen menuntut Jamil Khir tunaikan janji.  MP yg lain dari Pas sorokkan muka bawah meja dan biarkan Mahfuz Omar bertegang urat dgn Jamil Khir.  Akhirnya, Mahfuz Omar dihalau dari dewan hanya kerana ingin menuntut janji Jamil Khir dan ingin memelihara maruah Pas agar tidak dikatakan kena kencing lagi.  Sekali lagi, Dap tidak terlibat dlm perbalahan ini.

Ok, lupakan hudud.  Pas bawa pula pindaan RUU Akta 355.  Kali pertama Hadi baca tajuk, dia terus duduk minta tangguh ke siri Parlimen akan datang untuk menghuraikan lebih lanjut tentang pindaan itu atas alasan mahu kasi ramai faham dulu. 

Sesi parlimen seterusnya tiba.  Ramai yg tertunggu2 apa yg Hadi nak bawa.  Di luar Parlimen, ratusan budak2 pondok berdemo bawa plakad menyokong pindaan RUU Akta 355.  "WAJIB SOKONG RUU AKTA 355' dan macam2 lagi ayat2 syurga yg tertera.  Begitu teruja mereka menanti Hadi bangun sebagai Mujahid dlm Parlimen.  Apa yg berlaku?  Kali kedua Hadi bangun, sekali lagi dia baca tajuk dan apabila Speaker bertanya "adakah Marang mahu huraikan?".  Hadi jawab, "Mohon tangguh" kerana ramai lagi yg tak faham.  Waktu itu, MP Shah Alam bangun dan berkata " Kami mahu huraikan sekarang dan bahas kerana ini isu yg dikatakan teramat penting dan mendesak".  Hadi buat tidak tahu dan kekal dgn keputusannya untuk minta tangguh.  Waktu itu, tiada seorang pun wakil dari Dap yg bangun dan bersuara.  Ertinya, Dap tidak juga terlibat dlm isu ini.

Di luar Parlimen, Hadi dgn wajah agak kusam menyatakan kpd wartawan, " Kita minta tangguh sebab mahu buat himpunan raksasa".  Pulak.  Maka, himpunan raksasa pun dijalankan dan mengikut laporan Harakah lebih 100K yg hadir yg hanya berhimpun di Padang Merbok.  Jamil Khir pun datang.  Tok Peti Wilayah pun datang.  Seret Ustaz Azhar Idrus sekali, termasuk beberapa artis yg dah bertaubat. 

Kesimpulannya, Dap tidak memainkan peranan pun untuk mempengaruhi Hadi dari meneruskan usulnya.  Yang mahu  berdebat dlm isu ini adalah Dr Rozaimi, itu pun setelah Khairudin At Takiri dlm ceramahnya mencabar sesiapa saja untuk berdebat dlm isu tersebut.  Dr Maza pun mengajak Hadi berdebat dlm isu ini.  Kedua2 mereka bukan orang politik, jauh sekali dari Dap atau Amanah.  Salah seorang pimpinan Pas nasihat Hadi agar jangan berdebat.  At Takiri sanggup ke rumah Dr Maza iaitu Tok Peti yg mahu 'disekehnya' dan selepas itu menyatakan isu debat dgn Hadi selesai.  Bab debat tak debat ini pun tiada kaitan dgn Dap dan Amanah.  Kamu yg tidak mahu berdebat. 

Adakah walaun2 di bawah tahu apa yg pimpinan mereka telah lakukan?  Apakah walaun2 yg kuat panjat pokok pasang bendera bulan itu tahu siapa menjadi punca susah sangat hudud yg dulunya,  atau RUU Akta 355 yg sekarang ini mahu diluluskan?

Mereka tidak tahu.  Apa yg mereka tahu adalah Dap dan Amanah itu anti Islam dan pengkhianat. 

"Islam tidak boleh ditegakkan dengan menyelit di celah2 sistem yg zalim dan "Kleptokrasi". "  Bahkan, wajib dimusnah dahulu sistem perosak ini.

Penulis Tamu
"Nama Disebalik Rahsia"

Speaker Dun T'ganu tolak usul teliti semula hudud dan qisas tertangguh 15 tahun

MALAYSIA DATELINE


Mohd Zubir Embong

Speaker Dewan Undangan Negeri (Dun) Terengganu Datuk Mohd Zubir Embong menolak usul bagi menggesa Dun meneliti semula Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Hudud dan Qisas) Terengganu 1423H/2002M yang tertangguh hampir 15 tahun.


Syed Azman Syed Ahmad Nawawi

Usul itu dikemukakan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Batu Burok, Dr Syed Azman Syed Ahmad Nawawi di bawah peraturan Majlis Mesyuarat fasal 31(2) peraturan-peraturan dan perintah tetap Dewan Undangan Negeri Terengganu dengan memberi notis 14 hari.

Kesal dengan penolakan tanpa alasan kukuh itu, Syed Azman berkata, di sebalik penolakan usul itu, surat Mohd Zubir jelas memperakui bahawa Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Hudud dan Qisas) Terengganu 1423H/2002M telah diluluskan oleh Dun Terengganu pada 7 Julai 2002.

Beliau juga turut memperakui bahawa enakmen itu  juga telah diperkenan oleh Sultan Terengganu pada 2 September 2002 dan disiarkan dalam warta pada 25 September 2002 serta telah dicatatkan berkuatkuasa bermula pada 27 Oktober 2003 melalui dokumen TR.P.U.10/2003.

"Malangnya surat penolakan Yang Dipertua Dewan tidak menyatakan secara langsung sebab-sebab kenapa di sebalik kelulusan enakmen yang telah diwartakan ini namun pelaksanaannya tertangguh sejak 15 tahun yang lalu.

"YDP Dewan tidak memberikan sebarang alasan kenapakah Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Hudud dan Qisas) yang telah lama diwartakan ini tidak dikuatkuasakan sepenuhnya," katanya dalam kenyataan hari ini.

Hudud dan Qisas alat politik?

Syed Azman dari Pas itu khuatir jika enakmen kesalahan jenayah syariah itu hanya menjadi alat politik semata-mata.

"Adakah benar telahan saya bahawa enakmen ini hanya menjadi alat politik semata-mata dan dijaja di segenap penjuru negara apabila pilihan raya menjelang tiba? Lebih malang lagi, enakman ini akan kembali dipetisejukkan dan dilupakan sebaik sahaja pilihan raya berakhir," katanya.

Beliau juga menegaskan, adalah menjadi tanggungjawab setiap Adun untuk berbahas soal isu yang penting ini dan Dun juga bertanggungjawab meneliti pelbagai aspek untuk menegakkan Maqasid Syariah, iaitu matlamat utama Syariah, dan melindungi agama daripada pengaiban.

"Sepatutnya di dewan yang mulia inilah tempat untuk enakmen ini diteliti dan dibahas kembali dan bukannya dibiarkan perdebatan berlangsung di padang-padang bola atau di pelbagai medan pertemuan sosial lain yang penuh dengan kecelaruan," tegasnya.

Justeru beliau menggesa kerajaan negeri meneliti kembali sama ada enakmen-enakmen jenayah syariah yang telah diluluskan semenjak 15 tahun lalu benar-benar dapat memelihara nilai-nilai utama syariah, seperti keadilan, rahmat, kebijaksanaan dan kebaikan.

"Begitu juga setiap tanggapan negatif terhadap syariat harus ditangani dengan usaha dakwah dan mendidik, memberikan kefahaman menerusi pendekatan berhikmah dan bukannya bersifat ‘menghukum’ semata-mata agar tidak ada lagi yang 'dimunafiqkan', 'diliberalkan' dan 'dikafirkan'," katanya lagi.

Islam bukan menghukum

Sementara itu, Syed Azman berkata, agama Islam tidak berkisar kepada persoalan undang-undang yang bersifat menghukum semata-mata sebaliknya Islam adalah lebih bersifat mendidik daripada menghukum, menegakkan keadilan dari beretorik di mimbar-mimbar perbincangan, memperjuangkan kebebasan serta menghapus salahguna kuasa dan rasuah.

"Lebih buruk lagi jika isu pelaksanaannya juga terdorong kepada kepentingan politik semata-mata dengan menjadikan hudud sebagai taruhan untuk meraih sokongan dan bukan diberi perspektif berpandukan disiplin ilmu yang mahal harganya.

"Sikap mengambil mudah dalam isu perlaksanaan syariat khususnya Hudud dan Qisas tanpa memberi gambaran tujuan syariat atau maqasid syariah yang lebih besar akan memberi ruang kepada tuduh menuduh yang boleh membawa kepada mendukung kelompok Takfiri (mengkafirkan orang lain).

"Malah sarjana besar pada zaman ini seperti Sheikh Mustafa al-Zarqa, Muhammad Abu Zahra dan Sheikh Yusuf al-Qaradawi telah banyak membahaskan keperluan terhadap ijtihad, keutamaan (fiqh al-awlawiyat) dan keadilan sebagai asas maqasid al-syariah dalam pelaksanaan hukum-hukum Islam ini," jelasnya.

Sehubungan itu beliau memohon Mohd Zubir meneliti semula usul yang telah dikemukakan agar Dun dapat mengadakan sidang khas bagi membahas kembali Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Hudud dan Qisas) Terengganu.

"Kita tidak boleh berselindung dengan meletakkan kegagalan melaksanakan enakman ini kepada pihak lain terutama daripada kalangan bukan Islam.

"Adalah wajar rakyat Terengganu perlu diberikan penjelasan akan kegagalan perlaksanaan enakmen ini sehingga hampir 15 tahun kerana Syariat Islam bukannya bersifat retorik politik tetapi menjadi kewajipan mereka yang berkuasa. Ia adalah suatu yang penuh dengan segala kemuliaan dan kerahmatan," ujarnya.





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...