TERKINI :

Monday, March 27, 2017

Majlis Presiden setuju daftarkan Pakatan Harapan

Mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Harapan hari ini memutuskan akan mengemukakan permohonan rasmi kepada Jabatan Pendaftar Pertubuhan Malaysia (RoS) berikutan penyertaan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) dalam perikatan pembangkang itu.

Bagaimanapun, Pengerusi Parti Amanah Negara (AMANAH), Mohamad Sabu berkata nama Pakatan Harapan tidak akan ditukar kepada nama lain buat masa ini.

Perkara tersebut diputuskan pada mesyuarat di bangunan Parlimen, petang tadi.

“Keputusan daripada mesyuarat hari ini ialah kami akan mendaftarkan Pakatan Harapan di mana 18 orang pimpinan tertinggi namanya akan dimasukkan.

“Itu keputusan yang kita buat hari ini,” kata Mohamad dalam sidang media di pejabat Ketua Pembangkang Malaysia, di bangunan Parlimen.

Beliau berkata mesyuarat hari ini juga bersetuju supaya satu logo dan manifesto bersama digunakan pada pilihan raya akan datang.

PAS Akan Bertanding Semua Kerusi Di Selangor

Oleh : Nooreni Abu Bakar

DUNGUN – PAS akan meletakkan calon-calonnya untuk bertanding di semua kerusi Dewan Undangan Negeri Selangor jika PAN cuba mengacau kerusi PAS.

Amaran tersebut ditegaskan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sabak, Selangor, Ustaz Sallehen Mukhyi sambil berkata PAS tidak takut dengan kekalahan kerana kalah menang itu bukan perkiraannya tetapi urusan Allah.

“Orang kata pelik, pelik macamana kita nak menang, tidak boleh menang, pelik , kita percaya disaat kepelikan Allah turunkan kemenangan,

“sepatutnya bagi orang-orang yang beriman ketika akal tak mampu berfikir inilah yang mendekatkan kita kepada kemenangan yang hampir dan Allah tidak mintak kita fikir tentang janji Allah, tentang janji kemenangan,“ ujar beliau ketika berucap merasmikan Mesyuarat Agung PAS Kawasan Dungun kali ke-58 di Dewan Masjid Pinang Merah, Paka pada Sabtu, 25 Mac di sini.

Beliau yang juga ahli jawatankuasa PAS Pusat mengingatkan bahawa Allah tidak meminta kita merencana dengan fikiran kita dengan janji Allah,tetapi Allah menyuruh kita supaya yakin dengan janji Allah.

Allah berjanji untuk mengangkat orang-orang yang beriman dan orang-orang yang beramal soleh menjadi pemimmpin, itu janji Allah dan setiap janji Allah , kemenangan Allah, pertolongan Allah adalah hak mutlak Allah.

“Beriman dengan janji Allah kerana akal kita tidak akan sampai memikirkan tentang kemenangan, akal kita tidak akan sampai memikirkan tentang janji Allah, bila masa, dengan keadaan yang bagaimana, Allah tahu sendiri bagaimana untuk Allah dan bila masa untuk Allah beri kemenangan kerana akal kita tidak sampai,

“sebab itu, sejarah memaparkan bahawa kemenangan itu Allah turunkan dikala akal manusia tidak mampu berfikir, disaat itulah Allah berikan kemenangan, Allah kurniakan Madinah kepada nabi disaat cabaran besar, saat musuh-musuh Islam, di saat permusuhan maksimum kepada Nabi,

“di saat hukuman bunuh, di saat hukuman penjara di keluarkan kepada Nabi, ketika saat itu Allah kurniakan Madinah kepada Nabi, disaat semakin sukar, semakin sukar, semakin sukar mendekatkan ia kepada kemenangan,” jelas beliau.

Sallehen menambah lagi, ramai pemimpin dan rakan-rakan kita dulu meninggalkan PAS dan bersama dengan perjuangan yang lain kerana beranggapan berjuang bersama PAS sukar untuk meraih kemenangan.

“bila memikirkan tentang Putrajaya, mereka memikirkan tentang kemenangan bukan mereka yakin dengan janji Allah bahawa satu hari nanti Putrajaya, Allah akan beri juga Putrajaya kepada orang-orang yang beriman.

“Sebab itu kemenangan janji Allah itu bukan untuk difikir tetapi untuk diyakini,bila Allah sebut “begitu mudah bagi Aku’, tak kira tiga penjuru, empat penjuru, hatta lima penjuru, kalau dah sampai masa untuk Allah beri kemenangan, menang jawabnya dalam perjuangan,”tegasnya.

Menurut beliau lagi pemikiran baru ialah pemikiran orang yang malas dalam berjuang, orang yang leka dalam berjuang dimana mereka hanya berfikir, hari ini mereka berjuang dan keesokan harinya mendapat kemenangan dan nama mereka tersenarai untuk meraih sebarang bentuk jawatan.

Saifuddin sifatkan perbandingan ‘biawak’ Hadi tidak cantik, boleh cemar imej ulama

KUALA LUMPUR: Pemimpin PKR dan Umno menyifatkan analogi “biawak” yang diberikan Datuk Seri Abdul Hadi Awang kepada Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH) sebagai keterlaluan dan menjejaskan kewibawaannya sebagai seorang agamawan.

Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail berkata, PKR menghormati apa sahaja pendirian politik Pas, tetapi perbandingan “biawak” Hadi itu tidak sesuai dengan status sebagai naib presiden Kesatuan Ulama Islam Sedunia.

“Pada masa sama, semolek-moleknya seorang agamawan sudah tentu akan lebih cermat dalam membuat sesuatu perbandingan untuk tidak menimbulkan salah tafsir dalam memberikan sesuatu pandangan politik.

“Sebab agamawan, ulama ini bahasa dia bahasa yang sangat indah, bahasa dia bahasa penyejuk, pendamai dan menenangkan bagi orang yang keluh-kesah, memberontak,” katanya kepada FMT hari ini.

Saifuddin berkata, perbandingan presiden PAS itu juga akan mengundang pelbagai pandangan “tidak cantik” terhadap kewibawaannya sebagai seorang ulama.

Semalam, Hadi dilaporkan berkata, parti Islam itu tidak akan menyertai PH mahupun BN, sekali gus memberi gambaran ia akan mengambil pendekatan bersendirian dalam menghadapi pilihan raya umum akan datang.

Ahli Parlimen Marang turut memberi analogi “menyertai BN laksana memikul biawak hidup” manakala “menyertai Pakatan Harapan biawaknya lebih besar dan penyakitnya lebih parah”.

Mengulas isu sama, Ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Bung Moktar Radin berkata, dari awal lagi beliau tahu Pas dan BN tidak boleh bersatu untuk meneruskan perjuangan politik bersama.

“Tetapi menyifatkan bekerjasama dengan BN sebagai memikul biawak hidup adalah satu kenyataan keterlaluan.

“Pada saya, BN akan memainkan peranan lebih berkesan dan terus memikul tanggungjawab membela rakyat. Tanpa kerjasama sekalipun, BN pasti dapat mengharungi pilihan raya umum akan datang dengan kekuatan sedia ada.

“Saya yakin kerana BN sudah menempuh pelbagai cabaran pada masa lampau,” katanya.

10 kawasan Pas kemuka usul tolak PKR di Pulau Pinang


Yusni Mat Piah

Setakat ini, 10 kawasan PAS sudah mencadangkan agar PAS Pusat memutuskan hubungan dengan PKR dengan terbaru membabitkan PAS Permatang Pauh dan Bayan Baru.

Turut serta lapan kawasan itu ialah Nibong Tebal, Bukit Bendera, Balik Pulau, Jelutong, Kepala Batas, Tasek Gelugor, Bukit Mertajam dan Bukit Gelugor.

Memetik BNBBC hari ini, dilaporkan Ketua Penerangan PAS Pulau Pinang Mohd Yusni Mat Piah, berkata usul itu dikemukakan dalam mesyuarat agung PAS kawasan masing-masing dan diluluskan sebulat suara.

Usul ini akan dibawa ke Muktamar PAS Pusat di Kedah akhir April ini untuk dibentang dan dibahaskan.

Tiga PAS kawasan yang belum mengadakan mesyuarat iaitu Tanjung, Bagan dan Batu Kawan dijangka mengemukakan usul sama dalam mesyuarat agung mereka minggu depan.

Pada PRU 13, PAS bertanding 2 kerusi Parlimen dan 8 kerusi Dewan Undangan Negeri tetapi hanya berjaya menang 1 kerusi Dun Permatang Pasir.

Selain di Pulau Pinang, PKR Selangor juga dijangka berdepan perkara sama pada PRU 14 jika PAS juga membuat keputusan memutuskan kerjasama di negeri itu yang masih kekal di dalam pentadbiran kerajaan Selangor.

Mukhriz pula cabar Haris tunjukkan bukti RM1bilion


Datuk Seri Mukhriz Mahathir

Datuk Seri Mukhriz Mahathir hari ini mencabar bekas Pegawai Khas Politiknya Haris Che Mat untuk membuktikan bahawa dirinya mempunyai RM1bilion di luar senarai yang telah diisytiharkan sebelum ini dakwaan.

Adun Ayer Itam itu berkata, sejak beliau dilantik sebagai Timbalan Menteri MITI pada tahun 2009, dan kemudiannya dilantik Menteri Besar pada tahun 2013, beliau telah mengisytiharkan harta dan liabiliti kepada Perdana Menteri.

"Tentunya PM masih ada senarai tersebut.

"Saya mencabar Haris Che Mat untuk membuktikan bahawa saya mempunyai RM1 bilion diluar senarai yang telah saya isytiharkan itu.

"Jika Haris berjaya membuktikannya, saya akan menyumbang RM500 juta untuk pembangunan sekitar Jerlun, dan RM500 juta lagi untuk Pokok Sena.

"Jika Haris gagal membuktikannya, Haris pula yang perlu menyumbang jumlah yang sama kepada pembangunan di Jerlun dan Pokok Sena," ujarnya dalam satu kenyataannya petang ini.

Pada 23 Mac lalu Haris telah mencabar Mukhriz untuk berdebat megenai kekayaan yang dimilikinya sehingga beliau dikatakan boleh bergelar 'bilionaire' dengan aset berbilion ringgit.

Mukhriz yang disifatkannya sebagai 'sangat kaya' mendedahkan faktor kekayaannya berikutan selama ini pembangkang hanya mempertikaikan kemewahan dimiliki pemimpin Barisan Nasional (BN) termasuk Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Razak.


Haris Che Mat

Haris yang juga Naib Ketua Bahagian Umno Pokok Sena berkata, beliau mahu sesi debat itu diadakan sebelum bulan Ramadan atau hujung Mei dan dianjurkan di dalam Parlimen Jerlun.

Mukhriz dalam menjawab reaksi spontannya hari sama  mengenai dakwaan ke atas dirinya seorang ' billionaire' telah  menetapkan tarikh perdebatan paling cepat ialah pada 29 Mac ini.

Dalam kenyataan hari ini, Mukhriz juga mencabar Haris untuk menerangkan kepada rakyat bagaimana Riza Aziz, anak tiri kepada Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Razak dan anak kandung Datin Seri  Rosmah Mansor mendapat kekayaannya untuk pembikinan filem 'Wolf of Wall Street' yang memakan belanja US$100 juta dan membayar hutang judi US$13 juta di pusat perjudian Las Vegas.

"Semoga Haris segera sihat daripada sakit misteri yang muncul secara tiba-tiba kebelakangan ini. Bila hendak jawab soalan yang saya kemukakan sebelum ini?" soalnya kembali.

Balak bernilai RM5,000 dirampas di Baling


Gambar hiasan

Jabatan Perhutanan Negeri Kedah (JPNK) menahan seorang lelaki kerana disyaki mengangkut balak bernilai kira-kira RM5,000 secara haram di jalan Kampung Teluk Durian, Baling, Isnin lepas.

Timbalan Pengarah (Operasi) JPNK Mohd Rahim Ramli berkata tangkapan ke atas lelaki berusia 30 tahun itu dibuat sepasukan penguatkuasa dari daerah Kedah Selatan, selepas menerima maklumat daripada anggota Unit Kereta Peronda Ibu Pejabat Polis Daerah Baling pada 6.30 petang.

"Lelaki itu ditahan selepas gagal mengemukakan pas pemindahan balak manakala pemeriksaan yang dijalankan mendapati lori tersebut membawa 17 batang balak daripada jenis medang, terap dan durian tanpa cukai.

"Siasatan awal juga mendapati suspek dipercayai melakukan aktiviti tersebut sejak tiga hari lalu malah mengaku menjual balak yang diangkut ke sebuah kilang di Pulau Pinang," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Mohd Rahim berkata kesemua balak yang dirampas itu disita untuk tindakan lanjut manakala lelaki berkenaan dibebaskan dengan jaminan polis.

"Kami akan membuka kertas siasatan mengikut Seksyen 68(1) Akta Perhutanan Negara 1984 (Pindaan 1993) untuk mengenakan kompaun sehingga RM10,000," katanya.

BAGAI ANJING KURAP YANG MENJELIR LIDAH DIJALANAN

Sebuah lori saya ditahan kerana pemandunya tak ada lesen pengangkutan utk lori lebih berat(E). Pegawai JPJ tu ada bisik 'boleh kira buat selesai'tapi bila driver menghubungi saya, saya menolak, samanlah Akibatnya, majikan kena rm300 driver kena rm600. Saya bayar kerana itu lebih baik dari memberi rm 100 kepada pegawai itu dan mendapat kemurkaan Allah(al baqarah ayat 188)Saya berpuashati kerana dpt selamatkan diri saya dan pegawai itu dr buat dosa.Ingat bila kita menolak dari memberi rasuah,kita menyelamat diri kita dan penguatkuasa dari berbuat dosa.

Sabda Rasulullah,"Allah melaknati pemberi rasuah dan penerimanya rasuah dalam hukum."(Riwayat Tirmidzi)

Besar atau kecil sogokan,tetap mendapat hukuman Allah. Dari beberapa ringgit disogok kpd polis trafik,penguatkuasa majlis bandaran,belanja minum kopi seorang ketua pejabat hinggalah kpd rasuah kpd jerung dan paus dlm kerajaan, semuanya mendapat laknat Allah.Semuanya akan berhimpun dlm satu lubang neraka.Ingatlah,dari penguatkuasa yg mengutip seringgit dua,hingga pegawai tinggi,menteri bahkan perdana menteri akan berhimpun pada lembah yg sama di neraka Allah jika mereka menerima rasuah bersama pemberi rasuah.Jika SPRM berjaya dikelirukan,hakim berjaya disenyapkan,kamu tetap tidak akan berupaya melindungi diri dari pandangan Allah.

Pada mereka yg menerima rasuah,ingatlah wang itu haram,dibelanja utk anak isteri bermakna mereka memakan sumber haram,jika dibeli harta,harta menjadi haram,seluruh hidup tidak akan berkat.Jika Allah mengasihi,kamu akan ditangkap dan dihukum didunia,jika tidak, kamu dihukum diakhirat yg lebih dahsyat.Allah Maha Melihat,meskipun wang diberi under counter,terus masuk ke bank,dilipat dlm dompet lesen, dlm bentuk barangan hadiah,trip melancong,lebih teruk wanita pelacur kelas atasan.Penerima rasuah menggadai maruah pada ringgit,mereka lebih teruk dari pelacur kerana mengambil hasil tanpa usaha,menggadai amanah,sedangkan pelacuran sekurang nya ia berusaha.

Kepada yg memberi rasuah,terimalah hukuman dg berlapang dada kerana kita buat salah,biar disaman.Siksaan tuhan lebih berat dari nilai wang bayar saman.Jika kontrak diperolehi dg rasuah,seluruh hasil menjadi haram,setitik nila dlm susu sebelanga,tetaplah rosak susu tersebut,apa saja yg diperolehi cara haram,ia tetap haram.Jika tak dapat,itu bukan rezeki kita.Jika lesen memandu diperolehi dg rasuah(bayar RM800,jamin lulus,itu janji sekolah memandu)seluruh hidup ketika memandu bagai menunggang babi,kerana spa juga yg diperolehi secara haram,tetaplah haram.

Rasuah juga bersembunyi dibawah istilah duit kopi,ciak kopi,hadiah barangan,melancong, teman sosial dll.Babi tetap haram walaupun dinamakan kambing batu,atau kambing merah.Walau di proses menjadi sumi yg cantik,Apa yg diperolehi kerana kita ada jawatan,itu rasuah.Adakah mereka akan beri jika kita tiada jawatan,disinilah ukuran perbezaan ianya rasuah atau hadiah,kerana hadiah diberi tanda kasih sayang,tiada bersyarat,tiada balasan.Bahkan rasuah berbentuk hadiah kadangkala diberi kpd ibubapa atau anak pegawai, bermakna lebih ramai yg terseret ke neraka.

Berpadalah dg gaji yg merupakan rezeki dari Allah.Apa kita usahakan,kita dapat,bersyukurlah. Jangan menyesal dipenghujung usia bila hati telah insaf,kita dapati seluruh harta yg dikumpul berlumur noda dan dosa.Jika anda menolak memberi rasuah,anda telah menegah kemungkaran,dan menolak melakukan dosa,dan menyelamat seorang pegawai dari berbuat dosa,bukankah ini ganjaran lebih baik,meskipun anda disaman.Moga Allah beri lebih rezeki kerana kita patuh kpd perintahnya, dan Dialah yg memberi rezeki.

Beranikah anda menganggap bila anda diminta memberi rasuah sebagai peluang utk menegah mungkar dan menyeru kpd yg makruf, dan anda menandatangani saman dg reda,atau hilang peluang memperoleh keuntungan.?Rezeki Allah itu bersih, jangan cemarkan dg najis rasuah,akibatnya rosak seluruhnya. Kepada pegawai polis, JPJ,SPAD, penguasa bandaran,cermin mata hitam yg dipakai waktu menerima suapan hanya melindung dua biji mata kamu,tetapi pada sisi yg memberi rasuah kamu ibarat anjing kurap yg menjelir lidah di jalanan.Wallahu a 'lam

abdghaniharon





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...