TERKINI :

Saturday, March 18, 2017

Lengkaplah gabungan besar Pembangkang dengan tertubuhnya parti Ezam untuk berhadapan BN

Nampaknya gabungan pembangkang antara PH dan PPBM sedang mengorak langkah untuk merialisasikan satu gabungan yg lebih besar dan mantap seperti mana gabungan BARISAN NASIONAL.

Seperti semua ketahui kegagalan pembangkan untuk bergerak atas satu nama dan logo adalah disebabkan pihak pendaftar memerlukan gabungan 7 atau lebih parti untuk boleh didaftar satu nama dan logo.

Kini gabungan besar antara PKR, AMANAH & DAP yang dipanggil PAKATAN HARAPAN baru-baru ini telah menerima satu persefahaman dengan PPBM untuk berada dalam satu gabungan, dalam ertikata kini sudah ada 4 parti dan memerlukan lagi 3 parti untuk mewujudkan apa yg diperkatakan itu.

Apa yang kita ketahui ada 2 parti baru telah ditubuhkan di Sabah sana iaitu satu milik Dato Shafie Afdal iaitu Parti Warisan dan satu lagi Parti Pakatan Harapan Sabah iaitu yg ditubuhkan oleh Dato Ajim Lukim. Walaupun belum ada apa pesefahaman antara 2 parti ini namun semu sudah maklom yang 2 parti ini adalah pembangkang.

Jadi sekarang apa yang diperlukan adalah satu lagi parti dan disinilah munculnya satu lagi parti ketika ini iaitu Parti Benteras Rasuah yang dimilik oleh Ezam dan Kahiruddin.

Dengan kemunculan parti Ezam ini maka sudah lengkaplah satu gabungan besar pembangkang untuk berhadapan dengan BN dan parti-parti lain dalam negara.

Mohd Fadhil Al-Yamani
Pemerhati Politik Bebas

Harga MADU pun nak naik depa kata..??!!??

Harga madu dijangka naik?

 Harga madu dijangka naik?
Harga madu lebah dijangka meningkat kerana pengeluaran semakin merosot akibat pelbagai faktor.

KUALA NERANG - Pengeluaran madu di Kedah dikatakan semakin merosot hingga gagal menampung permintaan dari dalam dan luar negara.

Penolong Pegawai Ehwal Ekonomi Pusat Memproses Makanan (Madu) Fama, Abdullah Yahaya berkata, pengumpulan madu lebah dari hutan sekitar Padang Terap semakin berkurang sejak tahun lalu.

Menurutnya, Fama hanya mampu mengumpul sebanyak empat tan madu pada 2016, berbanding sembilan tan pada tahun sebelumnya.

“Dijangkakan pengumpulan madu lebah pada tahun ini akan semakin merosot apabila suku tahun pertama hanya mampu memperoleh 15 kilogram (kg) berbanding 200kg pada tahun lalu.

“Hasil madu ini diperoleh dari hutan di Pedu, Baling, Sik dan Gunung Jerai, selain pembekal dari Terengganu dan Perak. Bagaimanapun, 60 peratus sumber utama madu datang dari hutan Pedu yang lebih dikenali dengan nama madu tualang. Madu ini adalah yang terbaik di Malaysia kerana hutan Pedu mempunyai pelbagai jenis bunga," katanya.

Abdullah berkata, madu tualang, akasia dan kelulut dari hutan merupakan sumber alam terbaik untuk kesihatan manusia sebagai minuman tambahan.

Bagaimanapun katanya, bekalan madu semakin berkurang sejak akhir ini akibat iklim panas terlalu panjang hingga menjejaskan pengeluaran bunga.

Tambahnya, masalah itu semakin ketara apabila banyak pokok menjadi sarang lebah, turut ditebang.

"Sebelum ini negara mampu mengeksport madu hingga ke luar negara seperti Singapura dan Brunei, tapi kekurangan pengumpulan madu hari ini menyebabkan produk diguna untuk pasaran tempatan sahaja.

“Pelbagai faktor jejaskan pengeluaran madu menyebabkan jualan merosot sebanyak RM700,000 berbanding RM1.2 juta pada 2015. Kami menjangkakan pengeluaran madu terus merosot jika tiada langkah diambil bagi mengatasi masalah ini,” katanya.

Bagi pencari madu, Mohd Arman Ismail, 31, dari Kampung Baru, Padang Sanai, hasil pengumpulan madu sangat merosot pada tahun ini, jika dibandingkan dua tahun lalu.

Katanya, ketika itu dia bersama rakan mampu memperoleh sebanyak 200 hingga 250kg semalaman apabila mencari madu di sekitar Tasik Pedu.

“Sekarang kami hanya mampu memperoleh 11kg. Tak dapat nak jual ke pasaran seperti sebelum ini. Hasil madu yang kami peroleh itu hanya untuk simpanan sendiri bagi tujuan perubatan.

“Saya yakin harga madu lebah akan meningkat tahun ini dan berharap cuaca akan pulih. Bila banyak bunga dihasilkan, tentu lebah dapat menghasilkan sarang di sekitar kawasan itu,” katanya.

Mat Bashah kata dia bukan nak jual LANGKAWI..!!!!

'Kita bukan nak jual Langkawi'
16 Mac 2017

 Ahmad-Bashah
Ahmad-Bashah

LANGKAWI - Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah hari ini menyelar tanggapan sesetengah pihak yang menuduh kerajaan negeri hendak menjual Langkawi melalui penggalakan pelaburan luar.

Katanya, usaha kerajaan negeri Kedah menggalakkan kemasukan pelaburan luar ke Langkawi adalah untuk meningkatkan taraf hidup rakyatnya dan tidak sepatutnya dilihat untuk menggadai pulau pelancongan ini.

"Apabila mereka melabur sejumlah wang yang besar, sudah tentunya mereka memerlukan jaminan dan jaminan itu (salah satunya) adalah dari segi pajakan... bukannya kita terus jual dan kemudiannya kita cuci tangan begitu sahaja," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri majlis menandatangani memorandum persefahaman di antara Universiti Utara Malaysia, Persatuan Pelancongan Langkawi (LTA) dan Adya Hotel Langkawi, di sini.

Menurutnya Kedah secara keseluruhannya memerlukan bantuan pelaburan dari luar untuk melonjakkan ekonominya dan Langkawi sebagai peneraju destinasi pelancongan negeri ini memiliki banyak ruang lagi untuk pembangunan ekonomi.

Ahmad Bashah berkata, hanya sebahagian kecil sahaja daripada kumpulan 99 buah pulau yang membentuk Langkawi ini yang telah dibangunkan dan ini seharusnya dimanfaatkan untuk pembangunan.

Katanya, Langkawi telah dibahagikan zon-zon tertentu bagi menetapkan bentuk pembangunan yang sesuai dilaksanakan dan kesannya dapat dirasai oleh rakyat tempatan.

"Kutamaannya, rakyat di Langkawi mesti dapat pembangunan yang kita bawa," katanya.

Menurutnya, pelabur-pelabur khususnya dari China dan Korea Selatan telah menunjukkan minat mereka untuk membuat pelaburan bagi memulakan beberapa industri di Kedah.

"Bila industri ini wujud, pelbagai peluang pekerjaan dan peluang-peluang lain dapat diadakan," katanya. - Bernama

Aduhai.. Kot Baling depa kata susah nak dapat stok minyak masak laa pulak...

 Pengguna sukar dapatkan bekalan minyak masak paket
BALING - Kebanyakan peniaga dan pengguna di daerah ini mendakwa sukar mendapatkan bekalan minyak masak paket sejak beberapa bulan lalu.

Peniaga kuih, Fairos Hamid, 42, dari Kampung Pokok Machang berkata, keadaan itu berlaku kerana kebanyakan kedai runcit dan pasar raya mengehadkan pembelian minyak paket kepada pelanggan.

“Setiap pembelian dihadkan kepada dua paket saja dengan berat dua kilogram. Sebagai peniaga, memang saya rasa terbeban sebab minyak sebanyak itu tak cukup untuk goreng kuih.

“Jika tak dikawal kerajaan, memang peniaga akan lebih terbeban. Minyak masak bukan untuk kegunaan di kedai saja. Habis di rumah nak masak guna apa?,” katanya, di sini, kelmarin.

Menurutnya, kesukaran mendapatkan bekalan berkemungkinan ada kaitan dengan kenaikan harga minyak masak paket tidak lama lagi.

“Biasanya kedai runcit dan pasar raya akan hadkan minyak masak sebab harga akan naik. Setakat ini memang ada ura-ura minyak masak paket akan naik harga. Minyak paket dijual pasar raya berharga RM2.50, jika naik tak tahulah berapa pula harganya,” katanya.

Menurut Wati Nor Sallem, 31, dari Kampung Tembak, sebuah pasar raya di Kuala Ketil kebiasaan mengehadkan pembelian minyak masak antara tiga hingga lima paket sahaja.

“Beli di pasar raya lebih murah berbanding kedai runcit, tapi mereka hadkan pembelian termasuk tepung. Jika beli di kedai runcit di kampung, tiada masalah stok, tapi harga mahal dengan beza 30 sen,” katanya.

Tinjauan Sinar Harian mendapati beberapa pasar raya dan kedai runcit di sekitar daerah ini mengehadkan pembelian minyak paket kepada pelanggan.

Bagaimanapun, masih ada kedai runcit membenarkan pengguna membeli dalam kuantiti lima hingga 10 paket dalam satu-satu masa.

Peniaga kedai makan, Mohd Hafizi Zainon, 36, dari Pekan Kuala Ketil berkata, dia terpaksa membeli minyak masak paket setiap hari daripada pemborong bagi mengelakkan bekalan terputus.

“Setiap isi rumah hanya dibenarkan beli dua paket minyak masak sehari bagi kedai sama. Jika nak bekalan lebih, terpaksa minta ahli keluarga lain beli. Tapi cara itu amat meletihkan.

“Bagi mengelakkan bekalan di kedai terputus, saya terpaksa beli minyak masak dua kilogram setiap hari untuk simpan stok,” katanya.

Tambah Mohd Hafizi, keadaan bertambah sukar sekiranya pemborong kehabisan stok dan terpaksa beli minyak masak daripada kedai runcit yang menetapkan syarat tertentu.

Katanya, sesetengah kedai runcit hanya membenarkan pengguna membeli minyak masak sekiranya mereka turut membeli barangan lain dengan nilai RM50 ke atas.

“Kena beli barang lain berharga RM50 ke atas baru pengguna dibenarkan beli minyak masak paket,” katanya.

Bagi peniaga roti canai, Roszaimi Abd Ghani, 43, dari Padang Kulim, Kuala Ketil, dia kadangkala terpaksa membeli minyak paket dari luar Baling kerana kehabisan stok.

Menurutnya, peniaga kecil menjadikan minyak paket sebagai pilihan kerana lebih murah berbanding minyak dijual dalam botol.

“Kadang-kadang terpaksa beli minyak paket di Sik sebab di sini habis. Jika ada stok sekalipun, pelanggan tak boleh beli lebih daripada tiga paket,” katanya.

Guru, Haliza Md Tahir, 35, dari Kampung Tembak B berkata, minyak paket kebiasaan sukar diperoleh di pasar raya sekitar Kuala Ketil dan Pekan Baling.

“Hanya dua kilogram minyak masak dibenarkan. Ini berlaku sejak harga minyak masak dalam botol dinaikkan kerajaan tahun lalu,” katanya.

Mohd Nor Manas, 60, dari Kampung Charok Puteh Mukim Siong memaklumkan, kawasan Dun Bayu turut terjejas dengan kekurangan bekalan minyak masak paket.

“Di sekitar kawasan saya turut hadkan pembelian minyak paket. Hanya dua paket dibenarkan untuk setiap urus niaga,” katanya.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...