TERKINI :

Sunday, March 12, 2017

Saifuddin: Kita tak mahu Malaysia 'Darul Rasuah'



Jangan biar negara ini terjebak dengan gelaran Darul Rasuah - itu permintaan Setiausaha Agung PKR, Saifuddin Nasution Ismail, ketika mengulas statistik dikeluarkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) baru-baru ini.

Dalam kenyataannya, Saifuddin berkata, data didedahkan Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Azam Baki, bahawa sebanyak 665 kertas siasatan dibuka membabitkan penjawat awam antara 2016 hingga Februari lalu, perlu dipandang serius.

Katanya, sepanjang tempoh itu juga 548 penjawat awam ditangkap dan 63 kes dituduh di mahkamah.

"Bagi saya jumlah tersebut satu angka yang sangat besar kerana ia melibatkan penjawat awam yang sepatutnya berintegriti dan menjaga wang rakyat dengan sebaik-baiknya," kata Saifuddin.

Ada beberapa kes rasuah berprofil tinggi didedahkan SPRM sejak beberapa bulan lalu, termasuk penahanan pegawai kanan Jabatan Air Sabah yang didakwa menyelewengkan dana bagi pembinaan infrastruktur di negeri itu.

Satu lagi kes yang menarik perhatian ramai ialah tangkapan membabitkan seorang ketua setiausaha sebuah kementerian dan anaknya.

Dalam serbuah di sebuah rumah di Subang Jaya, pegawai SPRMmerampas wang tunai dan jongkongemas yang dianggarkan bernilai kira-kira RM3 juta.

Hal sangat memalukan

Terbaru, seorang exco di Johor ditahan reman tujuh hari bagi membantu siasatan pihak berkuasa atas dakwaan salah guna kuasa membabitkan status tanah di negeri itu.

Saifuddin menjelaskan, gejala rasuah di kalangan penjawat awam ketika ini semakin membimbangkan, terutamanya apabila ia membabitkan beberapa jabatan kerajaan termasuk jabatan air, Felda dan Majlis Amanah Rakyat (MARA).

Katanya, masalah itu harus dibendung segera kerana dikhuatiri kadar tersebut terus meningkat dari hari ke hari.

Rakyat juga, kata Saifuddin, menyaksikan kemerosotan negara dalam indeks persepsi rasuah dikeluarkan Transparency International - Malaysia baru-baru ini.

"Kedudukan negara jatuh dari tangga ke 54 kepada 55 daripada 176 buah negara dan saya percaya ianya berpunca daripada gejala rasuah yang telah didedahkan, selain isu kontroversi 1MDB serta isu derma RM2.6 bilion yang dimasukkan ke dalam akaun Perdana Menteri," katanya.

Menurut beliau, peningkatan persepsi rasuah itu juga memberi kesan yang sangat besar kepada rakyat sekali gus akan menimbulkan kesangsian pada pelabur asing.

Justeru, kata Saifuddin, SPRM diharapkan mampu membanteras rasuah tanpa mengira pangkat dan kedudukan serta tidak hanya menangkap 'ikan bilis' tetapi melepaskan 'jerung' tanpa sebarang tindakan.

"Kita tidak mahu negara ini digelar 'Malaysia Darul Rasuah'. Hal ini sangat memalukan," katanya.

Nik Abduh, jangan jadi tongkat Najib


Faiz Fadzil

Kenyataan Ketua Pemuda PAS, Nik Abduh Nik Aziz bahawa skandal rasuah dan pembaziran yang berlaku hari ini adalah kesakitan lama seolah-olah satu tindakan melindungi rasuah dan pembaziran berbilion ringgit yang sedang dilakukan oleh pentadbiran negara hari ini pimpinan kleptokrat global Datuk Seri Najib Razak.

Negara hari ini berhadapan krisis korupsi global yang amat kritikal bilamana skandal 1MDB menjadi subjek siasatan autoriti beberapa buah negara sehinggakan DOJ Amerika Syarikat mendedahkan Perdana Menteri adalah MO1 yang telah mencuri RM2.6 bilion.

Di samping itu, pendedahan SPRM bahawa terdapat 63 penjawat awam yang dituduh untuk tempoh 2016 hingga Februari tahun ini adalah satu angka yang besar dan begitu membimbangkan, apatah lagi lebih 60 peratus kes rasuah melibatkan pegawai muda bawah 40 tahun.

Tangkapan pegawai kanan Kerajaan termasuk dalam kes pegawai di Jabatan Air Sabah, Kementerian Belia dan Sukan dan EXCO Johor yang melibatkan rampasan jutaan ringgit wang tunai dan barangan mewah menunjukkan gejala rasuah adalah penyakit negara yang sudah membarah.

Persepsi rasuah negara

Indeks persepsi rasuah negara yang merosot dari tangga 54 ke 55 yang dikeluarkan oleh Transparency International amat memalukan negara.

Jenayah rasuah yang dilakukan oleh pemimpin negara dan penjawat awam hari ini tidak boleh lagi dibiarkan dan rakyat harus bersatu melawan gejala ini daripada terus menghancurkan negara.

Kemajuan negara dan pembangunan insan tidak akan tercapai jika negara dicemari dengan gejala rasuah kerana integriti adalah teras sesuatu kejayaan.

Nik Abduh tidak seharusnya terus membutakan mata dan memekakkan telinga dengan kes-kes rasuah terutama yang melibatkan Perdana Menteri.

Kenyataan beliau tersebut dilihat senada dengan saranan Perdana Menteri yang mahukan siasatan skandal Forex dijalankan sedangkan siasatan skandal 1MDB yang melibatkan perdana menteri terus dilindungi sehinggakan tidak dibenarkan untuk dibahaskan di Parlimen.

Nik Abduh tidak seharusnya terus menjadi tongkat kepada perdana menteri yang kepimpinannya semakin tempang akibat rasuah dan pembaziran. Justeru, agenda 'Tumbang Najib PRU14'(TN 14) adalah perjuangan paling utama bagi menyelamatkan negara.

FAIZ FADZIL ialah timbalan ketua pemuda AMANAH. Rencana ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya mencerminkan pendirian rasmi kedahlanie.info

AGAMAWAN UPAHAN UMNO YANG BERGAYA SEPERTI PEJUANG AGAMA

Umno sudah sangat tersepit. Dalam keadaan ini, Umno akan pergunakan agama dan agamawan sebagai senjata paling berkesan utk menang p/raya. Umno akan bakar sentimen agama dlm kalangan orang Islam. Kemas dan Jasa akan masuk kampung dan beritahu, Islam sedang dalam bahaya dan mesti diselamatkan.

2. Umno akan kambinghitamkan parti politik spt DAP dan individu tertentu (contohnya Siti Kasim) dan rakan-rakannya. Mereka akan dilabel liberalis, anti Islam, anti dakwah, anti pendakwah, agen kafir utk menaikkan sentimen pertahankan agama yg kononnya sedang terancam.

3. Orang Melayu yg malas berfikir, berfikiran singkat, taksub, sensitif melulu, menyokong membabi buta, mengambil agama secara sentimen, bersemangat agama tanpa ilmu akan percaya dakwaan Umno. Mereka pun bersingsing lengan, demi pertahankan Islam, kita mesti bersama Umno. Ketika itu, 1MDB dan segala datuk nenek penyelewengan Umno sudah diketepikan.

4. Bagi mereka, sesiapa saja yg lawan Umno dikira lawan Islam, tak sokong Umno dikira anti dakwah. Ketika ini, agamawan pun digunakan utk bersyarah ke hulu dan ke hilir atas nama pertahankan agama dan dakwah. Agamawan kelabu asap ini pun bercakap dgn nada Umno, w/pun secara lahirnya mereka tidak berkempen secara langsung utk Umno.

5. Agamawan kelabu asap ini bercanang ke sana sini, Islam sedang terancam oleh parti kafir dan golongan liberalis yg menjadi musuh Islam. Golongan ini jika dibiarkan akan memusnahkan Islam dan mereka mesti ditentang. Dakwaan agamawan kelabu asap ini biasanya mudah ditelan oleh orang Melayu yg beragama secara sentimen. Akhirnya, Najib dilambung-lambung lagi kerana menang p/raya dgn cara jual agama dan bodohkan agamawan.

6. Pada masa yg sama, agamawan dlm Pas yg termakan dedak akan turut berperanan menimbulkan kebencian umum kpd DAP dan individu tadi, juga atas sentimen agama. Bagi agamawan separuh masak Pas ini, orang-orang yg mengajak kpd kebebasan, keadilan, beramal dgn agama secara bijak, akan dilabel liberalis dan anti Islam. Nada mereka sama dgn nada Umno. Mereka membantu Umno utk menjual dan memperalatkan agama. Agamawan Pas ini akan bersuara dgn suara Umno walau pun berbaju hijau dan berserban.

7. Hakikatnya DAP dan individu tersebut bukan anti Islam, anti dakwah atau agen kafir. Mereka mengajak rakyat utk lawan penyeleweng, tuntut hak, pertahan kedaulatan negara dan undang-undang. Namun begitu, oleh kerana agamawan tajaan Umno ini jahil bahasa undang-undang, bahasa hak asasi, akhirnya mereka diperangkap oleh Umno utk menjadi burung kakak tua Umno.

8. Agamawan upahan Umno ini akan bergaya seperti pejuang agama. Lidah mereka manis tetapi mereka berhati ular sawa yg mencari mangsa dan membelitnya dgn serban agama utk survival Umno. W/pun mereka mengaku pejuang agama, melaung dasar lslam ke sana sini, hakikatnya mereka sedang dan akan melelong agama bersama Umno di nat pilihanraya sambil mulut mereka bersumbat dedak.

USTAZ ZOLKHARNAIN ABIDIN
Bekas Adun Santan, Perlis





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...