TERKINI :

Sunday, March 5, 2017

TUN MAHATHIR SUDAH SAHUT CABARAN, NAZRI JANGAN LAGI BERI ALASAN MACAM-MACAM!!

Tun Mahathir Mohamad akhirnya melakukan tindakan "dua dalam satu"  iaitu menyahut cabaran Nazri Aziz untuk berlawan dalam PRU 14 akan datang dan dalam masa yang sama mencabar Menteri Pelancongan dan Kebudayaan itu agar bertanding di Langkawi.

Kata Tun Mahathir, Nazri seharusnya lebih tahu bahawa beliau berkhidmat untuk negara, bukan hanya kepada penyokongnya di Padang Rengas semata-mata.

“Mengapa dia mahu saya pergi ke tempatnya? Datanglah ke tempat saya.

“Awak menteri seluruh negara, bukan untuk Padang Rengas saja" tegas Pengerusi Bersatu itu lagi.

Selain menjadi Pengerusi Bersatu, Tun Mahathir juga baru-baru ini diumumkan memegang jawatan sebagai Ketua Bersatu Bahagian Langkawi, Kedah.

Dengan menyahut cabaran Nazri dan kemudian mencabarnya untuk berlawan di Langkawi, ini adalah petunjuk yang amat jelas bahawa Tun Mahathir akan kembali bertanding sebagai Ahli Parlimen dan memilih Langkawi sebagai tempat barunya untuk bertapak.

Walaupun sudah lama bersara, tetapi demi menunjukkan kesungguhan untuk menyingkirkan Najib dan menyelamatkan negara, Tun Mahathir nampaknya tiada pilihan selain perlu bertanding semula dan cabarannya kepada Nazri agar datang ke Langkawi tentunya adalah khabar gembira bagi penantian sebuah perubahan yang semakin cerah cahayanya.

Langkawi sangat dekat di hati Tun Mahathir sejak  beliau mengisytiharkannya sebagai pulau bebas cukai yang kemudian menyaksikan pembangunannya menjadi rancak serta terkenal di seluruh dunia sebagai destinasi percutian dan pelbagai acara peringkat antarabangsa seperti pameran, konvensyen dan sebagainya.

Dikhabarkan Tun Mahathir sangat popular, dikenali dan disukai oleh penduduk Langkawi atas jasa dan sumbangannya memajukan pulau tersebut, sekaligus menjadikan harapannya untuk menang adalah cerah jika bertanding di situ.

Kerusi Parlimen Langkawi kini diwakili oleh calon BN, Nawawi Ahmad yang menang dalam pilihanraya 2013 lalu dengan majoriti 9,546 undi.  

Meskipun perkhabaran mengatakan Tun Mahathir cukup popular dan berpeluang cerah untuk menang, majoriti kemenangan BN sebaliknya terlihat agak selesa.

Oleh itu, amatlah wajar agar Nazri yang berkawan dengan Najib sejak zaman muda lagi  dapat meyakinkan Perdana Menteri untuk memberi kebenaran atau izin khas kepadanya bertanding di Langkawi untuk berdepan dengan Tun Mahathir.

Di Padang Rengas, Nazri cuma menang 2,300 undi tetapi dengan berpindah ke Langkawi, majoriti di atas kertas yang menunggunya ialah 9,546 undi.

Takkan tak jantan  dan Nazri  masih mahu memberi pelbagai lagi untuk mengelak daripada berlawan dengan Tun Mahathir yang sudah berusia 92 tahun? (Shahbudin 05/03/2017).

'Syarikat RM2' ajak orang awam teliti projek ECRL

 | ARIF ATAN

Orang ramai dialu alukan memberi maklum balas termasuk bantahan terhadap projek ECRL yang kontroversiOrang ramai dialu alukan memberi maklum balas termasuk bantahan terhadap projek ECRL yang kontroversi

Malaysia Rail Link Sdn Bhd (MRL) yang dilantik oleh kerajaan sebagai pemilik aset dan pengendali Projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) sepanjang kira-kira 600 kilometer mengajak orang ramai meneliti cadangan projek dari Kelantan ke Selangor itu.

Anak syarikat yang didakwa milik penuh Menteri Kewangan Diperbadankan (MOF Inc) itu memaklumkan Sesi Penelitian Awam berlangsung mulai 8 Mac ini hingga 6 Jun depan di pejabat Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) beralamat di Aras 5, Blok 5, Platinum Sentral dekat KL Sentral.

Notis Penelitian Awam yang diterbitkan di akhbar Mingguan Malaysia hari ini memberitahu pameran sama turut diadakan di pejabat MRL beralamat di Menara 1 Dutamas, Solaris Dutamas No. 1, Jalan Dutamas di ibu negara serta 15 pejabat daerah tempatan di Kelantan, Terengganu dan Pahang.

"Orang awam dijemput untuk meneliti projek ini. Maklum balas boleh dihantar kepada MRL selewat-lewatnya 5 Jun 2017. Kakitangan MRL akan sedia membantu di lokasi-lokasi berkenaan," dipetik dari notis itu.

Empat Ahli Parlimen Pakatan Harapan pada November tahun lalu mempersoal kewajaran MRL mewakili kerajaan Malaysia dalam perjanjian menganugerahkan kontrak pembinaan ECRL berjumlah RM46 bilion kepada China Communication Construction Company Ltd (CCCC).

Mereka yang diketuai Ahli Parlimen Pandan Rafizi Ramli mendedahkan MRL ditubuhkan pada 26 September 2016 sebagai syarikat yang bermodal RM2 sekaligus menyangkal dakwaan kerajaan kononnya milik MOF Inc.

"Saham RM2 dipegang oleh Ahmad Suhaimi Endut dan Dr Yusof Ismail. Kedua-dua mereka adalah pegawai-pegawai kanan berpangkat Timbalan Setiausaha di Kementerian Kewangan mengikut maklumat yang ada di internet," dipetik daripada kenyataan bersama itu lagi.

Walau bagaimanapun, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dalam pembentangan Bajet 2017 mengumumkan peruntukan untuk pembangunan ECRL mencecah RM55 bilion.

Pemilihan syarikat dari negara China, CCCC itu juga menimbulkan kontroversi apabila Bank Dunia telah menyenaraihitamkan CCCC dan kesemua anak syarikatnya selama lapan tahun mulai 12 Januari 2009 daripada memperoleh sebarang bentuk pinjaman menerusi bank itu atas dakwaan mengamalkan penipuan (fraudulent practices).

Bimbang ancam Tanah Rizab Melayu 

Banyak pihak bimbang dengan projek jaringan perkhidmatan tren baharu yang bakal merentasi Banjaran Titiwangsa itu termasuk aktivis alam sekitar memandangkan kawasan tanah tinggi tersebut kaya dengan flora dan fauna selain legeh sungai iaitu kawasan memisahkan dua hulu sungai.

Laluan ECRL yang menghubungkan negeri-negeri di Pantai Timur dengan Lembah Klang melibatkan lebih 20 stesen itu turut dikhuatiri mengancam kedudukan penempatan penduduk dan status Tanah Rizab Melayu.

Senarai stesen seperti diberitahu dalam Notis Penelitian Awam itu adalah Wakaf Bharu, Kota Bharu, Jelawat dan Tok Bali sebelum memasuki Kampung Raja di Besut, Terengganu diikuti Penarik, Kuala Telemong, Pengkalan Berangan, Dungun, Kerteh, Kemasik dan Chukai.

Lokasi stesen ECRL berikutnya di Pahang meliputi Cherating, Kuantan Port City dan Kota Sultan Alam Shah atau dikenali sebagai Kota SAS di Indera Mahkota serta Kuantan Sentral, Gambang, Maran, Mentakab dan Bentong.

Seterusnya, ECRL akan melalui Selangor di Gombak Utara dan Integrated Transport Terminal (ITT) Gombak yang berdekatan dengan stesen transit aliran ringan (LRT) Putra Gombak.

PERINGATAN
Malaysia Dateline tidak bertanggungjawab atas komen pembaca. Ia adalah pandangan peribadi pembaca dan tidak mewakili pandangan dan pendirian kami. Pihak kami berhak memadam komen yang tidak wajar atau dianggap keterlaluan.

Pembayaran BR1M secara manual peluang pemimpin bertemu rakyat, kata Shahidan

 | BERNAMA

Shahidan KassimShahidan Kassim

Pembayaran Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) secara manual sebenarnya lebih mudah dan cepat selain peluang rakyat menemui pemimpin untuk meminta pertolongan.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Shahidan Kassim berkata pembayaran BR1M secara manual wajar dijadikan program pemimpin turun padang dan disertai sama wakil-wakil rayat serta ketua-ketua jabatan peringkat negeri.

"Hari ini ramai mengambil kesempatan bertemu saya untuk mengadu masalah mereka. Yang mana boleh dibantu, saya bantu atau dipanjangkan kepada jabatan berkaitan," katanya.

Beliau yang ditemui pada majlis pembayaran BR1M bagi penerima dalam kawasan Dewan Undangan negeri (DUN) Bintong hari ini turut melahirkan rasa sedih dengan sikap segelintir masyarakat mempertikaikan pembayaran secara manual.

Seramai 9,770 penerima menerima BR1M masing-masing secara tunai dalam tiga sesi pada pagi dan petang ini manakala sesi ketiga esok di tempat sama. Pembayaran sesi pertama selesai dalam masa kira-kira dua jam sahaja.

Dalam mempertahankan pandangannya, Shahidan berkata kerajaan bersedia menambah baik pembayaran BR1M secara manual agar menyenangkan rakyat.

Ketika ditanya mengenai beliau menjadi punca BR1M di Perlis dibayar secara manual yang menjadi tular dalam media sosial, Shahidan berkata ia adalah keputusan kerajaan namun ia adalah wajar kerana penerima mengalami kesulitan dan membuang masa sehingga tiga jam apabila mengambilnya di bank.

"Saya dapat maklum balas ramai mahu BR1M dibayar secara manual kerana mereka boleh dapatkan tunai secara terus namun apa sahaja pandangan rakyat akan diambil kira.

"Mereka yang memaki hamun saya pula wajar berfikir dan bertaubat. Jika memfitnah sampai tahap berleluasa, saya mungkin membuat laporan polis dan mengambil tindak balas yang sepatutnya," kata Shahidan.

DAP dan Amanah lebih fokus jatuhkan BN

MENJOLOK MENTARI 

Sehingga tulisan ini diperbuat kedudukan parti-parti pembangkang yang berhajat untuk menentang BN dalam Piraum akan datang masih belum memutuskan pendirian mereka. Kerjasama menerusi Pakatan Harapan (PH) yang sudah digagaskan juga belum mendapat konsensus menyakinkan. Belum mantap.

Kalau ia boleh dianggap padu dan jelas hanya di antara dua buah parti sahaja, DAP dan Parti Amanah Negara (Amanah). Dua buah parti lagi, PKR dan PPBM masih berjerubu, ketidaktentuan hala tuju, sementara sebuah parti lagi (parti agama) sudah boleh di ignore.

Kedua-dua parti ini, DAP dan Amanah tidak banyak membuat kerenah. Mereka nampak kosentrak untuk berhadapan dengan BN walau apa pun akan berlaku. Kedua-dua parti ini tidak mengelirukan pandangan umum dan rakyat. Inilah gaya politik yang dimahui, tegas dan pantas.

Sementara dua buah parti lagi, PKR dan PPBM masih lagi belum kejap dan masih teraba-raba mencari jalan yang dianggap paling ideal. Kedua-dua parti ini umpama berada dalam guni yang diikat kemudian dicampak ke dalam gelap gulita. Strateginya tidak jelas dan kabur.

Dan parti agama (Pas) pula sudah boleh dianggap terbatal? Faham ke maksud terbatal? Tindak tanduk dan strategi yang diaturkan parti itu di bawah kepimpinan al ulama seratus peratus, menunjukkan ia bukan parti yang mukalaf.

Mengapa DAP dan Amanah dikatakan sudah kemas dan jelas dalam keputusan mereka, kerana keduanya dalam perhatian saya tidak memikirkan perkara yang remeh temeh yang boleh menjadikan mereka bertelagah sesama sendiri. Mereka tidak memikir apakah yang ada dalam tidur, mimpi. Sebaliknya mereka memfokuskan kepada tujuan asas yang besar yakitu untuk menumbangkan kerajaan UBN. Mereka mencari idea dan kekuatan untuk bergerak ke arah itu.

Salahuddin AyubDr Wan AzizahDi celah-celah usaha itu mereka tidak menjempilkan angan-angan lain. DAP dan Amanah tidak bertindak sambil menyelam minum air. Mereka benar-benar meletakkan harapan rakyat yang mahu melihat kerajaan Malaysia bertukar tangan, tanpa mengambil kesempatan memperjuangkan hak peribadi pemimpin parti masing-masing. DAP dan Amanah bukan selffish. 

DAP tidak mempunyai cita-cita untuk meletakkan pemimpin mereka sebagai PM. Mereka sedar dan insaf kedudukan mereka, tahu mengukur baju dibadan sendiri. Perjuangan mereka adalah untuk menghapuskan parti pemerintah yang memerintah secara kleptokrasi. Hanya musuhnya sahaja melaung-laung dan menjualkan cerita basi yang konon DAP hendak jadi PM. Mereka sendiri tidak pernah mengimpikan itu walaupun secara senyap.

Setakat ini DAP hanya bercita-cita untuk mengekalkan kerajaanya di Pulau Pinang sahaja di samping menambah beberapa kerusi parlimen. Itulah cita-cita peribadi terbesar DAP yang tidak dapat disembunyikan oleh parti berkenaan.

Jajaan modal oleh musuhnya itu tidak mudah mempersonakan DAP kerana beberapa faktor yang jelas dan mereka arif dengan hambatannya. DAP parti dominan Cina yang bukan mudah untuk diterima oleh rakyat Malaysia sekiranya wakil mereka diuar-uarkan untuk jadi PM. Hakikat ini disedari oleh DAP. Bahkah Umno juga sedar akan perkara ini. Ada pun kenapa mereka menjual kononnya Lim Kit Siang hendak jadi PM adalah propoganda semata-mata untuk menimbulkan kebencian orang Melayu sekolah rendah kepada DAP.

Orang Melayu yang menyertai DAP kemudian keluar kerana kelemahan diri sendiri untuk menguasi "chauvenis" Cina membuat lelocon kononnya Lim Kit Siang hendak jadi perdana menteri.

Bagi orang Cina yang bijak berpolitik mereka tidak obses mengenai kedudukan dan pangkat, apa yang lebih penting mereka dapat merealisasikan cita-ci ita kaum dan prinsip mereka. DAP mahu melaksanakan sosialisme di negara ini. Kedudukan muasir ini dengan percaturan politik yang dimainkan, DAP sudah berjaya meletakkan masyarakat Cina dan golongan sosialis ditempat terbaik dalam gelanggang kenegaraan ini. Melayu liberal tidak segan silu menyertai DAP.

DAP umpama taukeh Cina yang sedia menyewa bangunan dan gendung milik Melayu untuk berniaga. Mereka tidak gah memilik gedung tetapi lebih gembira kalau perniagaan mereka laris dan maju. Pemilik gedung itu juga sebenarnya bergantung kepada aktiviti perniagaanya. Begitulah cara DAP berpolitik jauh bezanya dengan Melayu yang suka bergaya walaupu papa.

Demikian halnya dengan Amanah. Parti itu tidak cuba mengatur strategi untuk megenengahkan tokoh mereka sebagai calon perdana menteri. Bagi Amanah apa yang sedang dilakukan kini ialah menjadikan parti itu sebagai parti baharu yang akan mengambil tempat Pas. Kekosongan ditinggalkan oleh Pas sebagai parti Islam yang progresif dan dinamik kini sedang diisi oleh Amanah.

Atas tanggungjawab memenuhi kekosongan yang ditinggalkan oleh Pas kerana kecelaruan prinsip dan dasar politiknya, tanggungjawab itu kini dipikul oleh Amanah sebagai fardu kifayyah. Amanah telah mengambil akautabiliti besar untuk menyelamatkan umat Islam dan Melayu negara ini. Kerana kesibukan dan tanggungjawab itu menyebabkan Amanah tidak terfikir untuk mengangkat mana-mana pemimpinnya sebagai perdana menteri selepas Najib seperti dua parti rakannya.

Amanah juga menyedari akan keadaan dirinya baharu yang masih belum kemas dari segi organisasi, logistik, keahlian dan sebagainya walaupun ia kian mendapat sambutan. Langkah diambil Amanah adalah bijak dan mencerminkan parti itu sebuah parti realistik yang diharap dan diimpikan oleh rakyat. Soal siapa bakal dilantik menjadi PM, dikira kemudian hari. Amanah tidak mahu terulik asyik dengan mimpi tetapi sedia berpeluh dengan hakiki dan menjenguk suasana kontemporari.

Sebaliknya berbeza dengan dua parti PKR dan PPBM. Keduanya sekarang ini sibuk mencaturkan siapakah bakal menjadi perdana menteri dan timbalan perdana menteri. Kerana ghairah untuk mencaturkan tokoh masing-masing menyebabkan mereka lupa kepada tugas yang aulia yakitu untuk memperkemaskan pakatan pembangkang bagi menghadapi Piraum 14.

Mengapa PPBM sampai sekarang tidak dapat memutuskan hubungan dengan Pas dan masih berusaha membujuk Abdul Hadi Awang agar membawa Pas bersamanya untuk berkolabrorasi dalam pembangkang? Ia tidak lain dan tidak bukan kerana PPBM sedang mencaturkan tokohnya untuk jadi perdana menteri. PPBM bercita-cita untuk menjadi perdana menteri.

PPBM mempercayai pembangkang boleh menang besar dan mengalahkan UBN apabila semua pembangkang bercantum. Dalam hal ini PPBM melihat Pas akan menjadi kuasa penentuan dalam mencapai cita-citanya. Jika tanpa Pas pembangkang tidak akan menang, dan kegagalan itu menyebabkan PPBM berputih mata untuk mengangkat tokohnya (Muhyiddin) menjadi perdana menteri. Sikap ini menunjukkan PPBM tidak mempunyai keyakinan diri.

Tidak syak lagi mengenai agenda ini. Muhyiddin Yassin bersama Mukhriz Mahathir yang bersungguh mahu bersama Pas kerana mereka ada cita-cita atau syok apabila dikatakan akan menjadi PM. Dalam perkiraaan Muhyiddin sekiranya pembangkang menang, dialah yang akan dinobat sebagai perdana menteri. Dan jika Muhyiddin jadi PM maka Mukhriz akan mengikuti dari belakang. Teori lama yang dipasang Dr Mahathir Mohamad semasa dalam Umno dahulu akan hidup semula.

Dari segi pengalaman memang Muhyiddin berkelayakan, sebab beliau pernah menjadi timbalan perdana menteri. Dalam pembangkang hari ini, hanya beliau dan Anwar Ibrahim sahaja pernah menjadi timbalan perdana menteri. Atas kepasiti itu maka mereka berdua dikira layak. Walaupun Anwar lebih layak berbanding Muhyiddin tetapi kerana Anwar terhalang dengan undang-undang dan penjara maka beliau (Muhyiddin)lah paling layak.

Adapun tokoh-tokoh lain dalam pembangkang, seperti Lim Kit Siang, Salahuddin Ayub, atau Mohamad Sabu, Husam Musa, Mukriz Mahathir dikira belum layak kerana mereka tidak pernah duduk di kerusi timbalan perdana menteri.

Atas perkiraan dan hisab siasah itulah menyebabkan PPBM masih terkapar-kapar dalam membuat penentuan dan menyusun kerjasama dengan Pas. Masih terus berusaha walaupun Pas telah memberi isyarat jelas yang mereka tidak mungkin bersama pembangkang yang di dalamnya ada sama Amanah dan DAP. Apakah PBBM ada kuasa sakti dapat menyakinkan Pas akan bersama pembangkang dengan ada sekali Amanah dan DAP? PPBM jangan hanya boleh berkahwin dengan Pas tetapi semasa diranjang ia dilarang menyentuh Pas.

Kita ingin ingatkan PBBM jangan terlalu bercanda dan menyusun strategi pelik-pelik dalam politik nanti kamu akan dicemuhi rakyat.

Demikian juga dengan PKR. Parti ini juga kalut dengan agendanya sendiri untuk mengangkat tokoh dari kalangan mereka untuk jadi perdana menteri. Apabila Anwar tersendor dalam penjara, maka ada orang lain bermimpi untuk menjadi perdana menteri, atau timbalan perdana menteri. Menerusi apa dinamakan Grand Coalition katanya Mohamed Azmin Ali akan diangkat menjadi Timbalan Perdana Menteri. Sudah tentu jabatan itu lebih besar daripada MB Selangor yang dipanggungnya kini.

Selain dari plot itu, Azmin sebagai TPM, PKR juga cuba mengangkat pesidennya Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai perdana menteri. Walaupun Dr Azizah ada sedikit kekurangan tetapi dia dikira layak untuk menjadi PM sementara, sebelum diberikan semula kepada suaminya Anwar Ibrahim. Menerusi teori ini, Dr Azizah atau pun Muhyiddin akan menjadi PM sementarta sahaja, sementara menanti Anwar keluar.

Kegelabutan dalam mencaturkan siapa PM, siapa TPM inilah menyebabkan PKR juga dalam keadaan terabai untuk menumpukan kepada kepaduan pembangkang. Main tali antara PKR dengan Pas di Selangor sebahagian daripada agenda ini dan ia meletakkan pembangkang dalam keadaan bercelaruan. Kita juga hendak mengingatkan PKR jangan terlalu ligat mencatur sehingga dicuaki rakyat. Dan orang PKR jangan berdiam diri kerana takut dengan kekuasaan Azmin sebagai MB dan timbalan presiden.

Seelokkanya PPBM maupun PKR lupakan siapa yang akan diangkat menjadi PM. Soal jawatan itu hendaklah dialpakan dahulu. Apa yang lebih afdal ditumpukan ialah menyatukan parti pembangkang berada dalam satu tekad dan nekad yang sama. Satu konsensus jitu perlu segera dicapai kerana masa sudah teramat semput.

Apa yang sedang dilakukan DAP dan Amanah kini perlu dicontohi oleh PPBM dan PKR. Kedua-dua parti itu sudah tidak mempedulikan Pas, dan mereka juga tidak tergila-gila berangan-angan untuk jadi PM atau TPM selagi kuasa belum ada dalam genggaman.

Tampaknya DAP dan Amanah parti yang realistik dan resional yang lebih menyakinkan rakyat daripada PPBM dan juga PKR. [wm.kl.10:56 am 05/03/17]

mohd sayuti Omar

Ke mana pergi ratusan ribu penyokong RUU 355?

 | ARIF ATAN

Suasana dewan di Kompleks Sukan Pandamaran lengang walaupun Ceramah Perdana Pas itu dihadiri pemimpin peringkat pusatSuasana dewan di Kompleks Sukan Pandamaran lengang walaupun Ceramah Perdana Pas itu dihadiri pemimpin peringkat pusat

Lebih banyak kerusi kosong kelihatan walaupun dihadiri pemimpin Pas Pusat. Itu situasi yang berlaku dalam Ceramah Perdana Pas di Kompleks Sukan Pandamaran, Klang di Selangor malam tadi.

Beberapa foto program itu yang difahamkan setakat pukul 10.30 malam turut tular di media sosial manakala semakan Malaysia Dateline pagi ini di laman rasmi Facebook Pas Kawasan Klang mendapati tiada langsung foto hadirin dimuat naik.

Hanya wajah Mursyidul Am Pas, Hashim Jasin dan Ketua Penerangan parti itu, Nasrudin Hassan berjumlah tujuh foto kesemuanya disiarkan walaupun poster program turut memaklumkan kehadiran Naib Presiden, Datuk Iskandar Abdul Samad yang juga Pesuruhjaya Pas Selangor.

Walaupun Pas sebelum ini menguar-uarkan ratusan ribu pengikutnya hadir pada himpunan menyokong Rang Undang-undang (RUU) 355 di Kuala Lumpur bulan lalu tetapi sokongan yang sama dilihat tidak wujud pada program Pas di negeri Pakatan Harapan itu.

Pada hari yang sama, suasana Pelancaran Jentera Pilihan Raya Amanah Selangor di Dewan Serbaguna Pandamaran Jaya pula dilihat jauh berbeza.

Dihadiri ahli dan penyokong Amanah berbilang kaum sesuai dengan demografi pilihan raya di kawasan tersebut, dewan di Jalan Pandamaran Jaya 7 pada pagi semalam dibanjiri warna jingga dalam program yang dihadiri Presiden Amanah, Mohamad Sabu.

Turut hadir Naib Presiden, Ustaz Hasanuddin Mohd Yunus; Ketua Pengarah Pilihan Raya Amanah Nasional, Dr Hatta Ramli; Pengerusi Amanah Selangor, Ir Izham Hashim; Pengarah Pilihan Raya Amanah Selangor, Cikgu Jaafar Shamsuddin serta para pemimpin Amanah negeri berkenaan.

Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) yang semakin hampir bakal menyaksikan penampilan sulung Amanah sebagai parti Islam menggantikan Pas dalam gabungan Pakatan Harapan menentang Umno-BN dan mana-mana parti yang bersekongkol dengan rejim kleptokrat itu.

Amanah sebelum ini memutuskan akan meletakkan calonnya di semua kerusi Pas tandingi pada PRU-14 memandangkan kedudukan parti dikepalai Datuk Seri Abdul Hadi Awang itu yang bukan rakan sekutu dalam Pakatan Harapan.

Pas yang secara terbuka turut memusuhi DAP dalam reaksinya pula mengecam pendirian Amanah itu dengan menganggap kerusi yang ditandinginya sebelum ini sebagai "kerusi tradisi" walaupun kalah.

Di Selangor, kedudukan semasa Dewan Undangan Negeri (Dun) menyaksikan Pakatan Harapan (PKR-Amanah-DAP) menguasai 30 kerusi manakala Pas 13, BN 12 dan Bebas 1 kerusi.

Amanah di negeri itu mempunyai dua Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) iaitu Saari Sungib (Hulu Klang) dan Hasnul Baharudin (Morib) serta tiga Ahli Parlimen terdiri daripada Siti Mariah Mahmud (Kota Raja), Khalid Abd Samad (Shah Alam) dan Mohamed Hanipa Maidin (Sepang).

Dewan Serbaguna Pandamaran Jaya dibanjiri warna oren pagi semalamDewan Serbaguna Pandamaran Jaya dibanjiri warna oren pagi semalam

Pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) lalu, sokongan pengundi Cina untuk Pas di Selangor meningkat kepada 70.3 peratus berbanding 42.9 peratus pada PRU-12 (2008) sekaligus menyumbang kepada pertambahan daripada lapan kepada 15 kerusi Dun.

Walau bagaimanapun, banyak pihak menjangkakan senario itu tidak lagi berlaku pada PRU-14 ekoran sikap kepimpinan Pas yang istiqamah mesra kepada Umno-BN tetapi pada masa menyerang Amanah dan Pas yang merupakan gabungan Pakatan Harapan.

Antaranya, analisis akhbar harian Cina, Oriental Daily baru-baru ini meramalkan Pas Selangor bakal kehilangan sekurang-kurangnya 10 kerusi Dun dengan lapan daripadanya mempunyai jumlah pengundi Cina kira-kira 30 peratus iaitu Taman Templer, Lembah Jaya, Paya Jaras, Seri Serdang, Chempaka, Meru, Dusun Tua dan Tanjung Sepat.

Hanya foto Nasrudin Hasan dan Hashim Jasin disiar dalam Facebook Pas Kawasan Klang tanpa memperlihatkan audiensHanya foto Nasrudin Hasan dan Hashim Jasin disiar dalam Facebook Pas Kawasan Klang tanpa memperlihatkan audiens

Harga siling bahan bakar diumum setiap minggu mulai April

BATU KURAU: Harga siling bahan api akan diumumkan setiap minggu mulai April ini bagi memastikan pengguna mengetahuinya serta mengelak daripada berlaku keraguan.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Hamzah Zainuddin, ia merupakan pendekatan baharu supaya pengguna lebih jelas mengenai turun naik harga bahan api semasa.

Beliau berkata ketetapan harga siling minyak mungkin akan diumumkan pada Isnin atau Sabtu setiap minggu berbanding dilakukan sebulan sekali ketika ini.

"Sebenarnya apa yang saya dan Menteri Kewangan Kedua (Datuk Seri Johari Abdul Ghani) lakukan adalah untuk memastikan rakyat mengetahui apa yang ditentukan oleh Persatuan Peniaga Petroleum Malaysia," katanya kepada pemberita selepas merasmikan mesyuarat Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Sekolah Kebangsaan Bagan Bharu di sini, hari ini.

MENANG 2,000 UNDI PUN ADA HATI NAK CABAR TUN MAHATHIR...

Rasanya ini sudah kali kedua Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Nazri Aziz melontarkan cabaran kepada Tun Mahathir untuk berdepan dengannya di Padang Rengas dalam pilihanraya umum akan datang.

Cabaran kali kedua ini dilontarkan berikutan Tun Mahathir akan turun berceramah di Padang Rengas, hujung bulan ini.

Sekiranya bukan Tun Mahathir, Nazri juga dilaporkan mencabar Muhyiddin Yassin untuk berdepan dengannya susulan Presiden Bersatu itu akan turut datang ke Padang Rengas selang dua hari daripada kedatangan Tun Mahathir.

Muhyiddin akan menghadiri satu program di Padang Rengas pada 23 Mac, diikuti Tun Mahathir pada 25 Mac.

Tentunya ramai yang tergelak dan senyum sinis dengan cabaran Nazri itu kerana dalam pilihanraya 2013 lalu beliau hanya mampu menang dengan majoriti 2,230 undi saja.

Itu pun lawannya ketika itu seorang yang tidaklah seorang yang cukup dikenali ramai iaitu Meor Ahmad Isharra Ishak.

Bayangkan jika dalam pilihanraya akan datang lawannya adalah seorang lebih terkenal atau bertaraf nasional.

Agak-agaknya nak gebang besar mencabar orang lain...lainlah kalau menang dengan majoriti 20,000 undi.

Maka, untuk PRU 14 akan datang, di samping UMNO dan BN makin terbeban dengan skandal 1MDB dan kemasukan wang RM2,600 juta dalam akaun Najib Razak, dengan dua tiga kali Tun Mahathir dan Muhyiddin datang ke Padang Rengas saja sudah memadai untuk mengoyak-rabakkan kedudukan Nazri.

Tidak perlu Tun Mahathir atau Muhyiddin menyahut cabaran bertanding di Padang Rengas kerana mereka bukan sekadar untuk mengalahkan Nazri sebagai Ahli Parlimen, tetapi lebih penting ialah untuk menumbangkan UMNO dan BN.

Jika UMNO dan BN dapat ditumbangkan, bukan saja Nazri akan kalah sama, malah kalau  beliau menang sekali pun, kecundanglah segala nikmat kehidupannya selama ini.

Dalam masa yang sama, jika Nazri benar-benar hebat atau anak jantan sepertimana yang selalu disebutnya, beliau sepatutnya bukan sekadar mencabar Tun Mahathir atau Muhyiddin berlawan dengannya di Padang Rengas, bahkan juga mesti berani berhadapan dengan kedua-dua pemimpin Bersatu itu sama ada di Kedah, Johor atau kawasan yang berkecuali.

Itu barulah benar-benar anak jantan!! (Shahbudin 04/03/2017).

Gelombang kesedaran rakyat khususnya warga Felda akan terus disemarakkan

Malam Semarak Kasih & Solidariti 4MA di Bandar Baru Bangi malam tadi. Alhamdulillah, kehadiran yang cukup memberangsangkan. Bertemu dengan ramai anak2 peneroka Felda di perantauan.

Terimakasih kepada AMANAH Serdang sebagai tuanrumah yang bertungkus lumus membuat persiapan dengan dibantu petugas PPBM, PKR dan DAP.

Terharu atas solidariti dan keprihatinan Tun Dr Mahathir, Tun Dr Siti Hasmah, Salahudin Ayub, YB Lim Kit Siang, Dato' Husam Musa, YB Saari Sungib, Wan Shahrir dan ramai pimpinan PH+PPBM yang hadir.

Gelombang kesedaran rakyat khususnya warga Felda akan terus disemarakkan, demi menyelamatkan FELDA sebagai institusi melayu kebanggaan negara.

Moga usaha kita diberkati Allah.

Mazlan Aliman





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...