TERKINI :

Monday, February 27, 2017

PH, PPBM Bincang Agihkan Kerusi Esok

BismillahirRahmanirRahim

PH, PPBM Bincang Agihkan Kerusi Esok

SHAH ALAM: Pakatan Harapan (PH) dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) akan bertemu esok bagi membincangkan pengagihan kerusi di kalangan 4 parti pada pilihan raya umum akan datang.

Setiausaha Agung PKR Datuk Saifuddin Nasution Ismail berkata ia akan diadakan di pejabat Amanah.

“Buat masa ini 4 sahaja, kita jalan terus,” katanya.

“Lepas ini kita nak selesaikan manifesto, jawatankuasa bersama dah ada, kemudian kita nak bincang strategi bersama, mesej bersama dan program bersama.”

PH dianggotai PKR, DAP dan Amanah. Pada 13 Disember lalu, gabungan itu secara rasmi membentuk pakatan pilihan raya dengan PPBM bagi memastikan satu-lawan-satu melawan Barisan Nasional (BN).

Awal bulan ini, PPBM mengadakan mesyuarat bersama PAS tetapi tidak berjaya memutuskan kerjasama antara mereka.

Saifuddin berharap persefahaman dan kerjasama yang jelas membabitkan PH dan PPBM dapat diwujudkan.

“Apa isi kandungan persefahaman? Kita nak masuk pilihan raya ke-14, nak lawan Umno-BN secara istiqamah dan jatuhkan mereka seterusnya membentuk kerajaan yang baru di Malaysia.

“Kerjasama dan persefahaman mestilah sebelum dan selepas pilihan raya. Ini persefahaman yang kita kena muktamadkan,” tegasnya. - FMT

Mursyidul Am PAS - Jangan letak menang matlamat utama perjuangan parti itu.

Hashim JasinHashim Jasin

KAMPUNG RAJA - Pemimpin dan ahli Pas diingatkan tidak meletakkan kemenangan dalam pilihan raya sebagai matlamat utama perjuangan parti itu.

Mursyidul Am Pas, Hashim Jasin berkata, jangan meletakkan segala usaha dan kerja demi matlamat kemenangan, sebaliknya berusaha mencari keredaan yang perlu diutamakan.

Menurutnya, Pas bergerak ke arah itu kerana apabila perjua-ngan itu ikhlas, ia akan mendapat pertolongan ALLAH SWT.

"Jangan letakkan kemenangan di tempat nombor satu kerana kalau kita bekerja untuk mendapat reda ALLAH SWT, insya-ALLAH, akan diberi kemenangan kepada kita," katanya ketika berucap pada majlis perasmian Himpunan Harapan Semua (Harap 3.5 PGU) di sini.

Hadir sama, Ketua Dewan Ulamak Pas Kelantan mewakili Menteri Besar Kelantan, Datuk Hassan Mahmu; Pesuruhjaya Pas Terengganu, Satiful Bahari Mamat dan Yang Dipertua Pas Besut, Wan Azhar Wan Ahmad.

Hashim turut membidas tindakan dua tokoh ulama, masing-masing dari Perlis dan Kedah yang mengkritik RUU 355.

Tanpa menyebut nama mereka, Hashim berkata, ulama tersebut menggunakan ilmu mereka untuk menyesatkan kerana menentang penggubalan RUU 355.

Beliau kemudian melakukan gimik memasang bendera pada replika bangunan Wisma Darul Iman tanda menawan Wisma Darul Iman, sekali gus memerintah Terengganu selepas PRU14.

Sementara itu, Satiful Bahri berkata, Besut diharap menjadi 'pintu' gelombang rakyat terutama anak muda dalam pemerintahan Terengganu.

"Kita rasa, kita boleh buat perubahan untuk kembali ke Wisma Darul Iman," kata Adun Paka itu.


Pas didesak putus hubungan dengan PKR

Pas didesak putus hubungan dengan PKR

KUALA LUMPUR - Sekumpulan penyokong menyerahkan memorandum kepada kepimpinan tertinggi Pas mendesak parti itu memutuskan hubungan dengan mana-mana parti yang ada kaitan dengan DAP dan Amanah.

Pada masa sama, mereka menyatakan sokongan penuh kepada Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Wakilnya, Nasiruddin Mohamed berkata, Pas perlu mengambil perhatian terhadap hubungan antara parti itu dengan PKR yang kini disifatkan bagai 'duri dalam daging' serta 'gunting dalam lipatan'.

"Kami agak kurang selesa dengan PKR kini. Kebencian telah mulai dirasai," katanya selepas menyerahkan memorandum itu kepada  Ketua Penerangan Pas, Nasrudin Hassan.

Beliau berkata, mereka menyerahkan memorandum itu agar suara didengar di dalam mesyuarat Dewan Harian.

Sebagai petugas Pas, Nasiruddin berkata, mereka berasakan sudah sampai masanya parti itu berdiri sendiri  tanpa diganggu mana-mana parti lain yang sarat dengan masalah.

"Kami berasakan sudah sampai masanya Pas tidak diganggu  parti lain yang sarat dengan masalah keperibadian serta ketamakan kuasa yang agak melampau," katanya.


Umno perlu ambil kesempatan rampas Kelantan

Tengku Razaleigh Hamzah

GUA MUSANG - Umno Kelantan perlu mengambil kesempatan untuk menumbangkan kerajaan Pas memandangkan parti berkenaan sedang berdepan dengan isu perpecahan dalaman.

Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah berkata, perpecahan itu mungkin disebabkan ahlinya tidak berpuas hati dengan pemimpin sedia ada.

"Umno patut ambil kesempatan dalam politik. Mereka (Pas) berdepan dengan pebagai konflik terutamanya dalam pimpinan yang ada.

"Kita perlu bergerak untuk rakyat dalam membantu menumbangkan kerajaan Pas. Jika kita tak bawa semangat rakyat, parti kita sia-sia.

"Saya yakin, rakyat sudah jemu dengan pimpinan kerajaan yang tidak memberi faedah kepada rakyat," katanya selepas merasmikan Mesyuarat Agung Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG), Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tengku Indra Petra, di sini, kelmarin.

Tambah Tengku Razaleigh, Umno Kelantan hanya menunggu masa yang sesuai untuk bergerak menumbangkan kerajaan sedia ada mengikut kehendak rakyat.

"Bila tiba masa, kita tiup wisel, Insya-ALLAH, dengan kerjasama banyak pihak, kita boleh merampas Kelantan. Saya ada sedikit pngalaman dalam hal ini.

"Nampkanya orang bawah setuju sangat kita bergerak.ke arah itu walaupun gaya di peringkat atasan seolah tidak merestui gerakan kita untuk tukar kerajaan.

"Tapi ini kehendak rakyat dan Umno berjuang untuk rakyat. Sekiranya rakyat jemu dengan kerajaaan yang tidak beri faedah, Umno perlu mengamil inisiatif membantu rakyat tukar kerajaan," katanya lagi.


Pemuda Amanah Kelantan ajak Armada turun lapangan

26 Februari 2017 | ARIF ATAN


Hazmi Hassan

Pemuda Amanah Kelantan mengajak sayap pemuda Parti Pribumi Beratu Malaysia (Bersatu), Armada untuk turun ke lapangan mendengar sendiri suara akar umbi dan rintihan nasib rakyat negeri di pantai timur itu.

Ketuanya, Hazmi Hassan berkata, selepas lebih dua dekad Pas menguasai kerajaan negeri tersebut, rakyat mahukan tawaran baharu yang lebih baik daripada pentadbiran sedia ada.

"Lihat dan dengar sendiri suara rakyat Kelantan. Adakah masih mahukan Pas yang hanya sibuk pertahankan kuasa atau bersama perubahan dan mahu kenderaan politik yang membela nasib rakyat tertindas," tegasnya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau mengulas tentang penegasan Ketua Armada, Syed Saddiq Abdul Rahman baru-baru ini supaya Kelantan dikekalkan di bawah Pas kerana mendakwa parti Islam itu terbukti terus melawan Umno.

Sehubungan itu, Hazmi menganggap pendebat terbaik Asia itu tidak memahami situasi sebenar politik Kelantan yang menyaksikan pimpinan Pas pada masa ini tidak lagi memberi keutamaan kepada hak dan keadilan rakyat.

"Beliau (Saddiq) mungkin tidak tahu bahawa pimpinan Pas Kelantan bersama Pemuda Pas hari ini hanya sibuk mempertahankan Kerajaan Pas Kelantan sehingga terlupa tanggungjawab sebenar yakni membela nasib rakyat.

"Isu nasib Orang Asli, pengambilan tanah di Kampung Laut, pasar baru Pasir Puteh dan banyak isu rakyat di mana pimpinan Pas sunyi dan tidak turun ke lapangan menyantuni rakyat.

"Berbeza jika tauke balak diserang di mana Pemuda Pas sanggup berjam-jam masuk ke hutan untuk membela tauke balak dari diserang," tegasnya.

Mengulas lanjut, Hazmi turut menyifatkan hujah untuk mengekalkan Pas di Kelantan atas alasan pimpinan parti itu bebas daripada tuduhan rasuah oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) adalah tidak tepat.

"Ini kerana pimpinan Umno juga tidak ramai yang tidak dikenakan tindakan rasuah. Kita melawan Umno bukan hanya kerana salah laku yang disabitkan oleh SPRM, tetapi kita melawan Umno kerana isu integriti dan moral," ujarnya.

Bukan sahaja BN perlu ditumbangkan, jelasnya lagi, Pemuda Amanah Kelantan menegaskan mana-mana parti yang menjadi tongkat Umno juga harus ditumbangkan.

"Kami tidak lihat Pas serius untuk melawan Umno atau membela rakyat seperti mana Pas melawan Amanah dan Dap," tambah Hazmi lagi.


Syed Saddiq Syed Abdul Rahman

Saddiq, 25, dilapor portal rasmi Pas, Harakahdaily pada 25 Februari lalu mendakwa wujud agen dalam parti pembangkang bagi memastikan kelangsungan kemenangan Umno dengan mengagalkan formula pertembungan satu lawan satu dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14).

"Ia dilaksanakan ketika mereka (Umno) sedang nazak, maka agen ini akan berperanan dalam parti pembangkang bagi mengagalkan satu lawan satu.

"Ketika saya hadir majlis ini pun, ada rakan-rakan dalam Pakatan Harapan tidak menyenangi menyebabkan saya marah dengan perbuatan ini," luah Saddiq lagi.





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...