TERKINI :

Sunday, February 26, 2017

AYUH SAHABAT.. SILA BANTU NAJIB KUTUK MAHATHIR

Dulu najib takut pd Anwar.  Anwar dah masuk penjara.  Najib ingat dia lega.  Rancangan Allah siapa boleh halang?  Tiba2 mahathir muncul melawan najib, umno/Bn. 

Najib pun guna seluruh jentera utk lawan mahathir.  Siang malam dihina dan dikutuk mahathir semahu2nya melalui media kawalannya. 

Ada sebilangan dari kita yg benci najib, umno/Bn pun kutuk mahathir sekali.

Apakah dgn kutukan dan penghinaan kita kpd mahathir akan melemahkan najib?  Tidak.  Bahkan, najib rasa lega dgn tindakan kita menghina mahathir.  Menghina dan mengutuk mahathir adalah hadiah kita kpd najib. 

Bodohnya kita dlm berpolitik.

WFAUZDIN NS

Presiden lantik isteri sebagai naib presiden

Ilham Aliyev

BAKU - AZERBAIJAN. Presiden Azerbaijan, Ilham Aliyev pada Selasa lalu, melantik isterinya sendiri sebagai naib presiden pertama negara bekas Soviet itu.

Memetik laporan Time, Ilham Aliyev,55, menamakan isterinya Mehriban Aliyeva, 52, ke jawatan itu, selepas kedudukan itu diperkenalkan melalui satu pindaan perlembagaan pada September.

Dalam sistem negara itu, naib presiden pertama dianggap sebagai pegawai kerajaan kedua tertinggi dalam negara itu.

Aliyeva, merupakan lulusan perubatan daripada sebuah universiti, sebelum ini beliau pernah menjadi anggota parlimen daripada pemerintah Yeni Azerbaijan sejak 2015.

Jawatan naib presiden antaranya akan mengambil tugas jawatan presiden sekiranya presiden tidak dapat melaksanakan tugasnya.

Namun tindakan Aliyev yang melantik isterinya sendiri mengundang kritikan daripada pembangkang yang mendakwa Aliyev cuba mengukuhkan dinasti keluarganya.


Kadar inflasi bulan depan dijangka naik


Kadar inflasi bulan depan dijangka naik

KADAR inflasi pada bulan depan dijangka naik akibat beberapa faktor seperti kenaikan minyak petrol, kekurangan tenaga kerja, penyusutan nilai ringgit dan kos pengangkutan.

Seperti yang dilaporkan dalam Nanyang Siang Pau, beberapa pakar ekonomi meramalkan, dalam tempoh tiga bulan akan datang, kadar inflasi di Malaysia dijangka naik melebihi empat peratus berbanding 3.2 peratus pada bulan lalu, yang mencatatkan kadar tertinggi sejak Februari 2016.

Menurut analisis dibuat pakar ekonomi, punca utama kenaikan kadar inflasi bulan lalu adalah disebabkan kenaikan harga minyak petrol dan diesel sebanyak 20 sen dan ditambahkan dengan  penurunan nilai mata wang ringgit.

"Kenaikan harga minyak petrol dan diesel, serta nilai ringgit jatuh mendorong kebanyakan harga makanan naik secara mendadak, akhirnya inflasi turut meningkat," kata seorang penganalisis kewangan kepada akhbar ini.

Beliau menjelaskan, sekiranya harga minyak petrol di pasaran antarabangsa berada di paras USD55 (RM244.94) setong, manakala nilai ringgit susut sehingga 4.40 berbanding USD  dan didorongkan lagi harga minyak petrol RON95 terus kekal RM2.30 seliter dalam dua bulan akan datang, adalah tidak mustahil kadar inflasi di Malaysia pada tempoh tiga bulan akan datang ini melebihi empat peratus.

Katanya, perkembangan yang berlaku sejak kebelakangan ini menyebabkan ramai syarikat pengurusan kewangan menyemak semula kadar inflasi umum melebihi tiga peratus bagi 2017, berbanding 2.5 peratus sebelumnya dan juga 2.1 peratus antara 2015 hingga 2016.

ARTIKEL: SIAPA ANWAR DI PILIHANRAYA UMUM KE-14?

*ARTIKEL: SIAPA ANWAR DI PILIHANRAYA UMUM  KE-14?*

Oleh Dr. Tan Yee Kew
Bendahari Agung Parti Keadilan Rakyat

Ianya adalah perkara biasa apabila parti-parti politik yang bertanding dalam pilihanraya untuk menentukan siapa yang akan mengetuai kerajaan berikutan kemenangan mereka. Beliau yang mengetuai pilihan raya, membawa visi dan komitmen untuk Partinya dan beliau juga bertanggungjawab untuk melaksanakan dasar-dasar mengikut janji pilihanraya. Oleh itu, penting bagi pengundi tahu hasratnya, sebelum PRU14 siapa yang akan memimpin negara sekiranya parti pembangkang memenanginya, di mana beliau yang akan menentukan nasib rakyat di masa hadapan.

Persoalannya, siapa yang akan mengetuai PRU14? Memang terdapat perbezaan pandangan dalam pakatan pembangkang mengenai siapa yang akan mengetuai pada PRU14 dan calon Perdana Menteri, namun Parti-Parti komponen Pakatan Harapan telah sebulat suara membuat keputusan. DAP dan Amanah telah mengisytiharkan secara terbuka untuk memberikan sokongan kuat kepada Anwar sebagai  calon Perdana Menteri  di Konvensyen Pakatan Harapan 2016 yang lalu. Keputusan dibuat secara teliti selepas mengambilkira sentimen penyokong masing-masing.

*Sentimen Majoriti*

19 tahun yang lalu, pada tahun 1998, Anwar mengasaskan Gerakan Reformasi dan kepimpinan beliau kekal utuh sehingga ke hari ini. Gerakan Reformasi telah memberikan momentum luar biasa meskipun beliau dipenjarakan secara tidak adil. Di bawah kepimpinan Anwar;

PRU 2008 - Pembangkang memenangi 5 kerajaan negeri – Tidak pernah dilihat lagi dalam mana-mana Pilihan Raya Malaysia!

PRU 2013 - Pembangkang memenangi 52% undi popular - Negara ini boleh menjadi milik kita!

Justeru untuk memenangi pada PRU 14, pakatan pembangkang perlu terus mendapatkan sejumlah besar besar pengundi yang mahu melihat perubahan dalam negara ini. Anwar merupakan ikon Gerakan Reformasi.

Beliau merupakan suara di sebalik cita-cita, benteng utama sebuah negara yang mahukan perubahan dan pembaharuan institusi dan kerajaan. Penjara bukan penghalang bagi beliau untuk menjadi pemimpin ikonik kami.

Gerakan reformasi sudah matang dan bersedia untuk menempa satu kejayaan walaupun tanpa Anwar hadir secara fizikal pada PRU-14 nanti. Sememangnya beliau amat penting tetapi kami tahu beliau akan terus memantau, memberi inspirasi dan yang paling penting adalah dengan memberikan sokongan di setiap kempen pembangkang dalam pilihanraya bagi mencapai kemenangan.

*Contoh Terdahulu PM Interim*

Dengan PRU14 semakin hampir, persoalan praktikal timbul: dengan Anwar masih di dalam penjara, siapa yang akan menjadi PM sekiranya pembangkang menang?

Ini bukan sesuatu yang abnormal apabila kerajaan yang memerintah akan meletakkan pemimpin pembangkang yang dominan dalam keadaan politik yang tidak menguntungkan. Walau bagaimanapun, apabila pembangkang mula berkuasa, pelantikan seorang pemangku PM boleh mengawal situasi secara cekap seperti yang ditunjukkan dalam contoh berikut:

Sebagai contoh, apabila AKP yang diasaskan oleh Endorgan menang besar pada pilihanraya Turki 2002, Endorgan tidak dapat menjadi PM kerana dia telah diharamkan daripada jawatan politik oleh rejim sebelumnya. Bagi menyelesaikan masalah ini, pengasas bersama AKP, Abdullah Gul telah dilantik sebagai PM sementara sehingga kerajaan baru ini menggubalkan larangan Endorgan daripada menyertai politik. Selepas itu, Endorgan menang dalam pilihanraya kecil dan mengambil alih jawatan Perdana Menteri setahun kemudian.

Di Myanmar, Aung San Suu Kyi, pemimpin Liga Kebangsaan bagi Demokrasi (NLD) yang menang pada 2015 dilarang oleh Perlembagaan Myanmar untuk menjadi Presiden kerana anak-anaknya adalah warga asing. Bagi menyelesaikan masalah ini, orang kepercayaan beliau Htin Kyaw  telah dilantik sebagai Presiden manakala Aung kekal sebagai pemimpin ‘de facto’ dengan gelaran rasmi ‘State Counsellor’. Beliau telah berjanji untuk meminda perlembagaan tidak demokratik yang telah digubal oleh tentera junta. Ia menjangka bahawa beliau akan mengambil alih jawatan Presiden apabila perlembagaan dan larangan pengharaman beliau dipinda.

*Wan Azizah: Faktor Jaminan*

Di Malaysia, Wan Azizah, merupakan Ketua Pembangkang yang mengetuai Gerakan Reformasi dan Pakatan Harapan semasa ketiadaan Anwar, beliau mengadakan perundingan dan penyelesaian yang wajar dan praktikal untuk menjadi seorang Perdana Menteri sementara. Beliau yang menjadi kubu, pengundi-pengundi boleh diberi jaminan bahawa kerajaan baru tidak akan menyimpang daripada agenda Reformasi.

Memang terdapat ramai pemimpin utama pembangkang lain yang berkaliber dan layak sebagai calon PM. Namun, seseorang itu perlu ingat bahawa sebahagian besar daripada penyokong pembangkang yang mengundi untuk pembaharuan reformasi  seperti yang berlaku dalam PRU 13 bersatu di belakang gambaran ikonik Anwar. Bolehkah pakatan pembangkang mendapatkan pengundi jika pembangkang meletakkan satu nama calon PM selain daripada Anwar atau idea di mana Wan Azizah tidak menjadi PM sementara?

*Pengajaran Untuk Belajar Dari Revolusi Orang Cina*

Mungkin pengalaman Revolusi China boleh menunjukkan ketepatan tentang kebenaran dan penerangan mengenai menakut-nakutkan penyokong pembangkang:

Sun Yat-Sen, pelopor ‘Revolusi Demokratik’ yang telah menggulingkan Dinasti Qing pada tahun 1912 tidak menjadi Presiden selepas revolusi itu. Untuk kepentingan politik dan untuk mengelakkan perang saudara, Yuan Shikai sebagai Panglima Qing yang mengawal tentera utara telah dilantik sebagai Presiden. Tetapi apa yang berlaku tidak seperti yang dirancang. Selepas menjadi Presiden, Yuan membubarkan Parlimen yang baru dipilih atas alasan bahawa China tidak bersedia lagi untuk menjadi Negara Republik dan pada tahun 1915, beliau mengisytiharkan dirinya sebagai Maharaja China. Walaupun akhirnya beliau tidak berjaya menghidupkan semula pemerintahan beraja (monarki) di negara China. Negara ini turut mengalami beberapa siri perang saudara yang panjang akibatnya.

*Perjalanan Terakhir Menuju Putrajaya*

Gerakan Reformasi yang diasaskan oleh Anwar telah melalui perjuangan yang panjang selama hampir 20 tahun. Ramai pemimpin dan ahli-ahlinya telah dianiaya, dizalimi dan dipenjarakan kerana komitmen mereka kepada kebebasan. Perjuangan yang amat panjang akhirnya akan sampai ke penghujungnya. Pakatan Harapan mesti berdiri teguh di sebalik suara, wajah dan nama, di mana Anwar adalah kejayaan akhir yang akan melengkapkan perjalanan ke Putrajaya.

TUN M YANG MENGKAGUMKAN...

TUN M YANG MENGKAGUMKAN...
Shahbudin Husin,

Dalam menjangkau usia 92 tahun, Tun Mahathir Mohamad bukan saja masih sihat, tetapi juga terus bersemangat dalam menikmati kehidupan.

Di usia 92 tahun juga, beliau bukan saja masih boleh berfikir dengan baik, ketawa, berjalan ke sana sini, bahkan tetap gagah memandu kereta dan menunggang kuda.

Dengan  nikmat hidup sedemikian, jika kepentingan diri dan keluarga yang difikirkannya, tentulah lebih baik beliau diam-diam saja atau mengiakan saja segala apa yang sedang berlaku dalam negara. 

TUN M YANG MENGKAGUMKAN

Dengan nama besarnya pula, di sebalik comotnya Najib Razak menguruskan negara, kiranya Tun Mahathir hanya bersikap menyokong dan tidak membantah apa-apa, nescaya mewahlah  "dedak"  yang diterimanya.

Tetapi, dalam usia tua dan sudah bersara, Tun Mahathir nampaknya memilih jalan sukar untuk dilaluinya. Segala-galanya adalah demi negara dan kita semua.

Semua orang, selagi mereka dapat membezakan antara hitam dengan putih, pasti menyedari kerosakan besar yang diakibatkan oleh Najib kepada rakyat dan negara. Sejak beliau menjadi Perdana Menteri, hampir tidak ada yang menjadi bertambah baik. Kehidupan rakyat, hubungan kaum, agama, ekonomi, kos hidup, peluang kerja, harta negara, dividen saham dan segala-galanya bertambah buruk.

TUN M YANG MENGKAGUMKAN

Cuma, tidak semua orang berani bersuara. Sayang kepada jawatan, kedudukan, kemewahan dan harapan kepada "dedak"  percuma menyebabkan ramai orang, termasuk pejuang-pejuang agama, jadi kelabu mata  dan membutakan pandangan terhadap segala kemungkaran yang berlaku di depan mata.

Mujur masih ada Tun Mahathir. Jika tidak, mungkin lebih dahsyat daripada 1MDB, TRX, Bandar Malaysia atau dua tiga Jho Low yang muncul mencatur segala-galanya dalam negara.

Sejak Tun Mahathir menyatakan perlunya Najib disingkirkan untuk menyelamatkan negara, macam-macam usaha luar biasa dilakukannya. Beliau tidak saja sanggup berbaik dengan Lim Kit Siang dan mengunjungi Anwar Ibrahim yang pernah dipecatnya, bahkan berusaha gigih menyatukan hati-hati yang pernah dilukainya ketika berkuasa dahulu.

Salah satu kumpulan yang terluka dengan Tun Mahathir ialah gerakan reformasi yang muncul setelah Anwar dipecat pada 1998 dahulu. Selama bertahun-tahun kumpulan tersebut memusuhi beliau dan semangat mereka tidak pernah pudar, meskipun setelah Tun Mahathir dan Anwar sudah berbaik kembali.

Pada satu ketika, kumpulan reformis ini pernah menyuarakan agar Tun Mahathir meminta maaf kepada Anwar dan keluarganya atas apa yang pernah dilakukannya dahulu. Kumpulan ini seperti tidak sedia menerima Tun Mahathir.

TUN M YANG MENGKAGUMKAN

Hari ini, Tun Mahathir secara mengejut hadir di Konvensyen Reformis di Shah Alam iaitu kumpulan paling tegar menentangnya. Meskipun beliau sedar, kumpulan tersebut tidak menyukainya dan terdedah untuk diejek atau dihambur kata-kata nista, keberanian dan jiwa besar telah membawa langkah kakinya ke situ.

Tidak ramai yang ada keberanian dan jiwa besar seperti itu. Kiranya kesanggupan bersahabat serta memulihkan hubungan dengan Lim Kit Siang dan Anwar sudah dikira sudah cukup membuatkan ramai yang tergamam, keberanian dan jiwa besar Tun Mahathir untuk  berdepan dengan pengkritik tegarnya sejak bertahun-tahun lalu jauh lebih mengkagumkan.

Najib misalnya, mustahil ada keberanian sebegitu. Najib selalunya lebih selesa hadir dalam majlis yang dihadiri penyokong, pengampu dan tiada jemputan yang tidak sebulu dengannya. Bercakap pula biasanya hanya sehala saja. Berdebat, tentulah lebih kecut dibuatnya.

Sebab itu, Najib hilang dalam program NothingToHide dan enggan hadir merasmikan persidangan anti rasuah antarabangsa, tahun lalu. Beliau tiada keberanian dan tidak berjiwa besar.

Di Konvensyen Reformis, walaupun diejek dan dilempar dengan kata-kata tidak enak, Tun Mahathir tidak lari, jauh sekali daripada bersembunyi. 

Sambil mengakui dirinya tidak selalu disukai, Tun Mahathir mengajak mereka yang tidak menyukainya itu untuk sama-sama melupakan kisah lama dan berganding bahu bagi menyingkirkan Najib yang dianggapnya yang jauh lebih bahaya dan memudaratkan negara.

Apa yang penting ketika ini, kata beliau ialah menyingkirkan Najib.

"Lepas tu, kalau nak ambil tindakan ke atas saya, ambik laaa..." katanya lagi.

Dengan sikap dan keterbukaan yang ditunjukkan oleh Tun Mahathir itu, apatah lagi beliau sudah dua kali mengunjungi Anwar di penjara, adalah penting mulai sekarang agar semua pihak sama-sama melupakan peristiwa 1998 dahulu.

TUN M YANG MENGKAGUMKAN

Tun Mahathir tidak perlu lagi dimomok-momokkan dengan peristiwa lama itu. Jika Tun Mahathir ada keberanian dan jiwa besar untuk sedia diejek dan dicemuh demi menyelamatkan negara dan memberi kebaikan kepada rakyat, kumpulan reformis juga harus menyambutnya dengan tangan yang terbuka.

Lupakanlah semuanya dan menyingkirkan Najib melalui pilihanraya harus menjadi agenda utama. Selagi ada Najib, semua kita dan negara akan terus sengsara dan Anwar juga tidak akan ke mana-mana. 

Sebab itulah, apa yang diperjuangkan oleh Tun Mahathir, tiada pilihan buat kita, selain memberi sokongan dengan sepenuhnya. (SH 25/02/2017).





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...