TERKINI :

Saturday, February 25, 2017

MAHU BERSAMA PKR-Pas Kedah Menempah Bahaya.

Jamaludin Jamalu,

Mana mungkin boleh mengatasi keputusan Tuan Presiden Partai. Tidak boleh bersama dengan mana-mana partai sekiranya mereka ada hubungan dengan Dap dan Amanah.

Tuan presiden sudah berkali-kali menyatakan tidak akan bersama dengan partai-partai yang mahu bersama dengan Pas tetapi ada hubungan dengan Dap dan Amanah. Mana mungkin Pas kedah boleh bersama PKR kerana PKR bersama dengan PH.

Dosa Amanah dan Dap terlalu besar.Dosa besar Amanah kerana menjadi pengkhainat, Dap pula menentang islam. Tuan Presiden sudah memuktamadkan jika mahu bertahaluf dengan Pas putuskan terlebih dahulu hubungan dengan Amanah dan Dap.

Pas Kedah jangan cari penyakit. Jangan ingkar, syarat Tuan Presiden tidak barang sesiapa pun boleh mencanggahinya.

Bahaya kenyataan PJ Pas Kedah. Berhati-hati tuan. Itu saja nasihat saya........

'Jom Jatuhkan NAJIB & BN..Lepas tu nak ambil tindakan pada saya, ambil la....' - Tun M

Berdepan dengan aktivis yang pernah mengecamnya dengan pelbagai label, hari ini Tun Dr Mahathir Mohamad menyatakan kesediaannya untuk "diambil tindakan" oleh kumpulan reformasi.

Berucap di Konvensyen Reformis Malaysia hari ini, Dr Mahathir menegaskan - untuk kesekian kalinya - bahawa perjuangan utama rakyat di negara ini ialah menjatuhkan kerajaan pimpinan Datuk Seri Najib Razak.

Seruan itu disambut tepukan gemuruh oleh kira-kira 300 orang yang hadir di IDCC Shah Alam itu.

Tokoh yang pernah menjadi perdana menteri selama 22 tahun itu juga secara sedar mengakui dia bukanlah orang yang digemari semua.

"Saya bukanlah orang yang disukai semua orang, banyak yg masih tak suka," katanya disambut sorakan "Betul! Betul!" daripada hadirin.

Pun begitu ia tidak menjejaskan ucapan Dr Mahathir.

"Sebab itu saya ingin tekankan di sini akan pentingnya kita lupakan yang lama...." katanya, dan sekali lagi disorak sebahagian hadirin.

"Tak boleh lupa Tun! Lapan belas tahun Tun!!" kata hadirin, merujuk kepada permulaan kebangkitan gerakan reformasi kesan pemecatan Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 1998.

Kata Dr Mahathir, beliau sebelum ini belum pernah bersemuka dengan penggerak gerakan reformasi.

Namun pada hari ini, kata pengerusi Parti Peribumi Bersatu Malaysia itu, beliau mendapat kehadiran begitu ramai dan penuh dengan emosi serta semangat.

"Apa yang utama (difikirkan semua pihak) ialah, apakah kita boleh bersatu dan jatuhkan kerajaan Najib.

"Lepas itu kalau nak ambil tindakan ke atas saya, ambik laaa..." katanya disambut tepukan dan sorakan sekali lagi.


Pas kini paling utuh, tak mungkin berpecah: Mohd Zuhdi

Mohd Zuhdi

SHAH ALAM – Pas tidak mungkin berpecah kerana parti itu kini berada dalam situasi paling utuh berbanding era lalu.

Pengarah Pusat Penyelidikan Pas, Dr Mohd Zuhdi Marzuki berkata, beliau sendiri menyaksikan situasi itu setelah berada dalam Pas hampir 20 tahun.

"Ia disebabkan semua pimpinan dan ahli Pas benar-benar memahami dasar dan matlamat parti iaitu mendaulatkan keadilan Islam bagi menggantikan sistem zalim.

"Selain itu, Pas utuh disebabkan golongan bermasalah sudah keluar daripada Pas untuk menyertai Amanah dan PKR.

"Golongan bermasalah ini sebenarnya tidak memahami dan menghayati dasar dan matlamat Islam diperjuangkan Pas, sebaliknya mereka hanya bermatlamat menjatuhkan Umno. Bagi mereka, sesiapa sahaja boleh mendominasi pemerintahan negara, terutama DAP menggantikan Umno, sedangkan menurut Islam kezaliman paling besar ialah syirik dan kafir," katanya, semalam.

Sebelum ini, Timbalan Presiden Amanah, Salahuddin Ayub mendakwa Pas berdepan risiko perpecahan setelah jalin hubungan dengan Umno.

Kata Mohd Zuhdi, kenyataan Salahuddin hanya untuk mengalih perhatian umum terhadap perpecahan Amanah.

"Saya menjangkakan sekurang-kurangnya ada tiga kumpulan bersaing untuk menguasai Amanah, iaitu kumpulan Mohamad Sabu, Datuk Husam Musa dan kumpulan yang cenderung Ikram (NGO Islam).

"Disebabkan persaingan itu, sehingga hari ini tidak diketahui bila Amanah akan buat pemilihan pimpinan baharu, sedangkan pemegang jawatan sekarang tidak dipilih melalui muktamar atau mesyuarat agung," katanya.

Jelasnya, berbeza dengan Pas yang akan melangsungkan muktamar pemilihan pimpinan baharu pada April ini.

"Semua mesyuarat agung berlangsung dengan harmoni dan suasana ukhuwah Islamiah cukup tinggi. Keharmonian dan suasana persaudaraan ini menyebabkan Pas berjaya hantar ratusan ribu ahli menyertai Himpunan 355," katanya.


Pas boleh perintah Terengganu

KAMPUNG RAJA - Pas membayangkan boleh mengambil alih tampuk pemerintah Terengganu selepas Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14 akan datang  berdasarkan sambutan rakyat terhadap Himpunan Harapan Semua - Pas Ganti Umno (Harap-PGU) 3.5 di Besut ini.

Exco Kerajaan Negeri Kelantan, Datuk Mohd Nasuruddin Daud berkata, kehadiran ribuan tetamu terutama sambutan di kalangan orang muda pada program yang amat menggalakkan memberi mesej jelas tentang gambaran tersebut.

Menurutnya, jika dilihat terhadap sambutan penyokong Pas dalam program Harap 3.5 itu malam semalam memberi gambaran Pas akan berjaya memerintah Terengganu.

"Alhamdulillah, sambutan pada program Harap 3.5 ini cukup baik. Jika dilihat kepada sambutan penyokong  kita di Terengganu, InsyaALLAH dalam pilihan raya yang akan datang Pas akan memerintah Terengganu.

"Lebih-lebih lagi kita melihat sambutan di kalangan orang muda cukup hebat di mana-mana sekarang," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Syarahan Perdana Harap 3.5 di Kampung Raja di sini malam semalam.


PKR KEDAH - PH tiada masalah namun ia aluan sukar untuk Umno, Pas jika berlaku 3 penjuru

Dr Azman Ismail

ALOR SETAR - PKR Kedah yakin Pakatan Harapan tidak berdepan masalah sekiranya berlaku pertandingan tiga penjuru pada PRU14 akan datang, sebaliknya Pas dan Umno akan melalui laluan sukar.

Pengerusinya, Dr Azman Ismail mendakwa Pakatan Harapan mempunyai kelebihan manakala Pas dan Umno bakal berdepan situasi memeritkan.

"Pertandingan tiga penjuru memanglah sukar untuk semua pihak, namun lebih perit kepada parti yang pernah menjadi kerajaan seperti Umno dan Pas. Umno Kedah kini berdepan masalah dalaman apabila mendapat tentangan hebat dari bekas ahlinya yang sertai Bersatu, Pas Kedah pula tidak sekuat dahulu," katanya.

Menurutnya, ramalannya itu adalah realistik dan berdasarkan kepada kajian senario berbeza pilihan raya serta sentimen pengundi di Kedah.

"Lebih separuh daripada 36 kerusi Dun dan 15 kerusi parlimen dijangka bakal menyaksikan pertandingan tiga penjuru pada PRU14, walaupun BN Kedah pernah suarakan tidak bimbang dengan Bersatu dan yakin menang majoriti 2/3," katanya.

Azman berkata, berdasarkan kaji selidik, tidak mungkin Pas masih memiliki kerusi selamat untuk dipertahankan walaupun di kawasan kubu kuatnya seperti Tokai dan Sungai Limau.

"PKR, Amanah dan DAP juga memiliki kerusi yang boleh dipertahankan tetapi untuk parti yang pernah dominan, pertandingan tiga penjuru memeritkan dan mereka boleh kehilangan kedudukan dominan itu, terutama apabila bersaing di jajaran pengundi yang sama," katanya.

Menurutnya, adalah lebih baik jika semua pihak yang mahu melihat Umno/BN ditumbangkan berbincang bagi memastikan berlaku pertandingan satu lawan satu.

"Pandangan saya adalah realistik dan menggambarkan sentimen rakyat serta tidak menghina atau memperlekeh sesiapa. Politik Pas dan Umno masih berdasarkan agama dan bangsa, mereka bersaing dalam kumpulan pengundi yang sama," katanya.

Azman berkata, Pas harus sedar terhadap risiko bersendirian atau boleh terus memilih untuk meneruskan perjuangan tanpa mengambil tahu isu sekeliling.

"Saya yakin dalam tempoh tiga bulan atau lebih, Bersatu akan bertambah kuat dan pertandingan tiga penjuru lebih berpihak kepada kami," katanya.

Menurutnya, BN mungkin beranggapan Pas memecahkan undi pembangkang namun ia adalah harapan palsu, selain BN juga perlu mengambil kira populariti pengerusi Bersatu, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Terkini, Umno memiliki 18 kerusi Dun, bersama MCA (2), manakala Pas (8), PKR (4), DAP (2), selain Bersatu dan Amanah masing-masing satu.


Selesai agensi bertindih sebelum buang orang, tegur Amanah

FMT Reporters

PETALING JAYA: Pertindihan peranan dan tugas pelbagai agensi dan jabatan kerajaan perlu dibetulkan sebelum mengambil langkah membuang kakitangan awam, kata Amanah.

Timbalan Presiden Salahuddin Ayub menyeru pengurusan audit dilaksanakan bagi membetulkan struktur kerajaan sekaligus menghasilkan penjimatan.

“Sebelum isu ini memangsakan anggota perkhidmatan awam, mengapa kita tidak berfikir untuk menstrukturkan semula isu pertindihan beberapa jabatan dan agensi,” katanya dalam kenyatan semalam.

“Kita lihat situasi hari ini di mana wujudnya Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), kemudian diadakan pula Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD).

“Apa perlunya Unit Peneraju Agenda Bumiputera (Teraju) setelah adanya Majlis Amanah Rakyat (Mara). Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) bertindih dengan Perbadanan PR1MA Malaysia. Unit Pengurusan Prestasi dan Perlaksanaan (Pemandu) pula ditubuhkan setelah adanya Unit Perancang Ekonomi,” soalnya.

SPAD, Teraju, PR1MA, Pemandu dan Unit Perancang Ekonomi terletak di bawah Jabatan Perdana Menteri.

SPAD berperanan merancang, menyelia, dan menguatkuasakan semua perkara berkaitan dengan pengangkutan awam darat di Malaysia Timur; Teraju menerajui, menyelaras dan memacu agenda Bumiputera; dan PR1MA merancang, membangun, membina dan menawarkan perumahan untuk penduduk bandar berpendapatan sederhana.

Pemandu pula menyelia pelaksanaan, menilai kemajuan, memudahcara serta menyokong dan memacu kemajuan program transformasi kerajaan dan ekonomi; manakala Unit Perancang Ekonomi diberi misi untuk mengurus pembangunan sosio ekonomi negara.

JPJ terletak di bawah Kementerian Pengangkutan untuk mengawal selia kenderaan motor, pemandu dan lalulintas jalan; Mara di bawah Kementerian Luar Bandar dan Wilayah menerajui bidang keusahawanan, pendidikan dan pelaburan untuk penguasaan ekuiti Bumiputera; manakala SPNB milik Kementerian Kewangan Diperbadankan memastikan penyediaan rumah mampu milik.

“Ini belum lagi saya perbahaskan pertindihan kementerian yang tidak perlu dan jawatan lantikan politik yang keterlaluan,” kata Salahuddin.

Sebelum ini, bekas ketua setiausaha perbendaharaan, Tan Sri Mohd Sheriff Mohd Kassim mencadangkan kerajaan mengecilkan saiz pekhidmatan awam bagi mengurangkan beban kewangan.

Menurut Mohd Sheriff, perkhidmatan awam semasa mempunyai kira-kira 1.6 juta orang penjawat bermakna Malaysia mempunyai nisbah dengan penduduk merupakan yang terbesar di rantau Asia Pasifik.

Kenyataan Sheriff itu disokong Menteri Kewangan II Datuk Johari Abdul Ghani yang menyatakan ketika ini terdapat kira-kira 1 orang penjawat awam bagi setiap 19.37 orang penduduk, menyebabkan perbelanjaan kerajaan bertambah.

Saifuddin berkata, terbeban dengan tanggungan kewangan dan gaji tidak seharusnya dijadikan alasan tatkala negara menghadapi isu kejatuhan ringgit dan kemelesetan ekonomi.

“Ia adalah hujah yang bersifat pra-matang serta sangat berat sebelah. Lakukan rancangan yang lebih teliti dan efisien untuk meningkatkan kompetensi sistem perkhidmatan awam kita,” katanya.

Pada 2016, kerajaan membelanjakan RM74 bilion untuk membayar penjawat awam, meningkat daripada RM22 bilion pada 2003.

Ratusan AHLI UMNO & PAS sertai PPBM & AMANAH di POKOK SENA malam tadi.

Kubu Umno dan Pas di Kedah semakin goyang malam ini apabila ratusan ahli parti masing-masing menyertai PPBM dan AMANAH di Pekan Bukit Pinang, Kepala Batas, Alor Setar, sebentar tadi.

Beberapa cawangan baharu PPBM dan AMANAH ditubuhkan bagi menggantikan cawangan parti lama mereka petanda hubungan Umno dan Pas yang dilihat semakin mesra kebelakangan ini termasuk yang terbaharu misi bantuan ke Myanmar mula mengundang padah.

Borang permohonan keahlian dari cawangan seperti pekan Bukit Pinang telah diterima Timbalan Presiden PPBM, Mukhriz Mahathir mewakili partinya dan Timbalan Presiden, Salahuddin Ayub mewakili AMANAH sebentar tadi.

Paling menarik, ahli parlimen Pas Pokok Sena sendiri, Dato' Mahfuz Bin Omar turut menyaksikan majlis bersejarah itu yang disiarkan ke seluruh dunia menerusi Facebook malam ini.

Dalam ucapannya, Mahfuz memberitahu partinya kini semakin dipinggirkan apabila ahli-ahli sudah mula menjauhi program parti itu sendiri melalui maklumat yang diterimanya sendiri.

Turut menyaksikan majlis penyerahan borang itu ialah Setiausaha Agung KEADILAN, Saifuddin Nasution, ahli parlimen Raub, Ariff Sabri Abdul Aziz, Pengerusi AMANAH negeri, Dr Ismail Salleh dan Adun Derga, Dap Tan Kok Yew.

Tahniah kepada seluruh kepimpinan parti dalam Pakatan Harapan Kedah kerana mara setapak lagi dalam misi menumbangkan Umno BN dan penasihat RM90 juta nya menuju ke Putrajaya.

Apa Jasa Gangster Hingga dapat Dato' Seri, Dato'

Ketua Geng 24, Dato' Seri Ng Chian Sia
DUA hari lepas seorang ahli perniagaan, Datuk Seri Ng Chian Sia didakwa di Mahkamah Sesyen, Pulau Pinang atas tuduhan menjadi ahli kumpulan jenayah te­rancang, Geng 24 Pulau Pinang. 

Datuk Seri Ng yang mengetuai Geng 24 Pulau Pinang itu dituduh bersama 21 konco kumpulan berkenaan.

Dia kena tangkap di sebuah kasino.

Penolong Ketua Geng 24, Mendiang Dato' Ong Teik Kwong (mati dibunuh)

Kalau korang ingat kes bulan lepas seorang gangster yang mati kena tembak di Penang tu, Dato' Ong Teik Kwong. itulah pembantu dia.

Makna kata, dalam kumpulan gengster 24 ni, ketuanya pemegang darjah kebesaran Dato' Seri dan penolongnya bergelar Dato'. Untuk rekod, Datuk Teik Kwong yang mati itu baru berusia 32 tahun!

Aku dah tak tau nak cakap apa. Benda ni dah jadi bualan orang ramai sejak dulu lagi, namun samseng-samseng ni masih boleh terlepas 'masuk' dalam istana serta mendapat gelaran-gelaran kebesaran yang kita difahamkan dulu hanya diberi pada mereka yang banyak menabur jasa. 

Apa jasa ketua-ketua ganster ini agaknya?

Aku simpati pada mereka yang benar-benar layak menerima anugerah-anugerah kebesaran seperti Datuk ini kerana lama-kelamaan masyarakat pasti akan mula skeptikal dan sinis dengan anugerah yang diterima mereka.

Dan sebagai rakyat biasa, kita hanya mampu melihat sajalah dengan hati yang remuk dan kecewa dengan apa yang berlaku. 

Moga akan ada perubahanlah selepas ini kerana kalau perkara ini dibiarkan berterusan, entah malaun manalah pulak yang akan gapat gelaran yang sama selepas ini, haih!





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...