TERKINI :

Friday, February 24, 2017

Mahfuz - Penyokong PAS Patut Sedar Dari Lamunan


Penyokong PAS Patut Sedar Dari Lamunan

Penyokong PAS Patut Sedar Dari Lamunan. Pas dan Umno kini benar-benar sekapal melalui "Food flotilla for Myanmar" dan ia menambah kukuhkan lagi persepsi bahawa kedua-dua parti itu bekerjasama walaupun cuba dinafikan oleh Pas.

Ahli parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar berkata, apa yang berlaku di atas kapal Nautical Aliya ini menambahkan persepsi masyarakat terhadap perkara itu.

Penyokong PAS Patut Sedar Dari Lamunan.  "Ahli Pas kini gelisah. Sejak dari kecil mereka dilatih bencikan Umno, tiba-tiba pemimpin mereka berbaik dengan Umno.

"Benarlah persepsi bahawa Umno dan Pas kini sudah sekapal sebagaimana ditunjukkan dalam flotilla ini," kata bekas naib presiden Pas itu merujuk kepada bendera Umno dan Pas memenuhi pelabuhan yang menerima kepulangan kapal yang membawa 28 NGO itu.

Menurut Mahfuz, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang berada di atas kapal 'Food flotilla for Myanmar' itu sendiri tidak berpuashati dengan tindakan parti politik Umno dan Pas yang 'merampas' (hijack) misi yang mereka sertai.

"Mereka hubungi saya dan menyampaikan rasa tidak puas hati mereka," dedah ahli parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar.

Antaranya, cerita Mahfuz, Umno dan Pas dilihat cuba menonjolkan diri mereka dan memperlihatkan misi ini adalah lebih kepada soal kerjasama antara Pas dan Umno bukan membantu kesengsaraan yang dialami oleh umat Rohingya.

Penyokong PAS Patut Sedar Dari Lamunan

Antara pemimpin Pas yang berada di atas kapal yang dilepaskan bersama oleh Presiden Umno, Datuk Seri Najib Razak dan timbalan presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man itu adalah ketua muslimat, Nuridah Salleh, timbalan ketua pemuda yang juga anak presiden Pas, Mohd Khalil Abdul Hadi, AJK Pas Pusat, Sanusi Mohd Nor dan lain-lain.

Pemimpin Umno pula adalah Datuk Seri Azeez Rahim yang juga pengerusi Tabung Haji dan ramai lagi.

Sejak dari awal lagi, Pas sentiasa mengajar pengikutnya bahawa Umno adalah musuh mereka.

Sebab itu, bagi mengelakkan anak-anak mereka menyertai kelas Tadika Kemas yang dikawal oleh Umno, Pas menubuhkan Pusat Asuhan Tunas Islam (Pasti).

Selepas itu, katanya, Pas tubuhkan sekolah rendah dan menengah Islam bagi mengelakkan anak-anak pergi ke sekolah kebangsaan yang dikawal oleh kerajaan Umno.

Di surau-surau kampung pula, katanya, ahli-ahli Pas tidak akan sembahyang di belakang imam yang menyokong Umno.

Penyokong PAS Patut Sedar Dari Lamunan

Beliau berkata, ekoran kekeliruan hubungan antara Pas dengan Umno ini telah menyebabkan ramai ahli Pas yang kini lebih rela mendiamkan diri dari aktif.

"Walapun mereka tidak isytihar keluar Pas, namun mereka menyepikan diri menyebabkan sokongan kepada pas mengecil dan pudar," kata Mahfuz.

"Bagi saya Pas tidak pecah, tetapi sokongan kepada Pas yang menyusut. Dari segi organisasi Pas kuat tetapi sokongan sudah berkurangan," katanya merujuk kepada kenyataan timbalan presiden Amanah, Salahudin Ayub Pas kini berpecah sekali lagi. - md

BN WP SEKADAR BERLAKON ATAU MENYANGGAH DASAR NAJIB?

Tidakkah ini sebenarnya sesuatu yang pelik?

Kerajaan yang memerintah yang di setiap bulan sejak kebelakangan ini menaikkan harga minyak ialah BN.

Tetapi BN Wilayah Persekutuan dilaporkan akan memberi bantuan petrol percuma kepada penunggang motorsikal pada setiap awal bulan bermula April nanti.

Bantuan yang disasarkan kepada kira-kira 117,000 penunggang motorsikal itu akan diberikan di setiap kawasan Parlimen di Wilayah Persekutuan, Labuan dan Putrajaya.

Tidakkah ini memperlihatkan BN Wilayah Persekutuan seperti sedang berlakon dalam tindakan mereka?

Jika kerajaan BN sudah dengan keputusan menaikkan harga minyak, buat apa lagi diberi bantuan petrol percuma kepada rakyat?

Bukankah BN Wilayah Persekutuan sepatutnya mempertahankan keputusan kerajaan BN itu?

Buat apa mereka memberi petrol percuma sedangkan yang menaikkan harga minyak itu ialah BN juga?

Apakah BN Wilayah Persetukuan tidak sedar bahawa mereka adalah sebahagian kerajaan dan bukan pihak pembangkang. Mungkin tidak menghairankan jika parti-parti pembangkang yang bertindak memberikan petrol percuma itu.

Ataukah BN Wilayah Persekutuan sedang menyanggah dasar Najib Razak berkaitan rasionalisasi subsidi petrol secara senyap-senyap?

Lagi pula, yang dimahukan rakyat bukannya petrol percuma pada setiap awal bulan, sebaliknya penetapan harga pada kadar yang munasabah dan sesuai dengan kedudukan Malaysia sendiri sebagai negara pengeluar minyak.

Dalam pada itu, dengan memberi petrol percuma, apakah BN Wilayah lupa dengan kata-kata  Ketua Pemuda UMNO merangkap Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin sebelum ini pernah mengatakan bahawa kenaikan harga minyak tidak sepatutnya menjadi masalah kepada rakyat kerana ia sudah pun ditampung dengan pemberian BR1M yang diperkenalkan oleh Najib? (SH 23/02/2017).

MSO dedahkan apa berlaku di sebalik "gambar" yang dikatakan pertemuan sulit AMANAH & UMNO di Kelantan

Semalam Pengerusi Amanah Kelantan Cikgu Wan Abdul Rahim Wan Abdullah telah membuat laporan polis berhubung penyebaran maklumat kononnya Amanah dan Umno Kelantan berpakat untuk menjatuhkan kerajaan Pas Kelantan. Maklumat itu mendedahkan sekeping gambar pertemuan antara Wan Rahim dengan Mustapa sebagai bukti wujud rundingan berkenaan.

Pada saya, maklumat dan dakwaan berkenaan tidak perlu pun diambil peduli, bukan sahaja ia fitnah tetapi maklumat dan dakwaan itu sendiri sangat naif. Ia dibuat oleh mereka yang berasakan dunia politik ini sama luar dengan kepalanya sahaja.

Bagi orang berfikir dengan logik apabila memerhati keadaan sekarang ini, tindak tanduk dan juga aktiviti bersama, yang baik dengan Umno bukan Amanah tetapi Pas.

Saya ikut menyentuh perkara ini kerana dalam pertemuan seperti "diterakan" gambar yang mengaitkan kerjasama sulit Amanah dengan Umno itu, saya ikut sama ada dalam gambar berkenaan.

Pertemuan itu di caffe di hotel Sutra Inn, Kota Bharu, dan gambar ini sudah lama dipaparkan termasuk dalam wall Mustapa sendiri. Sebenarnya yang Mustapa mendatangi saya yang sedang minum bersama Cikgu Rahim, sdr Rushdan Mustapa, ialah Mustapa Mohamed. Tok Pa begitu melihat saya dia datang bersalam dan duduk bila saya pelawa untuk minum bersama.

Kalau pun hendak buat cerita, kononya itu pertemuan sulit, biarlah ada standard sedikit. Kalau pertemuan secara tidak sengaja dan lisan, di publik  begitu sudah dianggap "pertemuan sulit" maka dunia ini tentulah penuh dengan pertemuan2 sulit.

Apakah Abdul Hadi Awang duduk sepentas dengan Najib Razak (beberapa kali itu) boleh dianggap pertemuan sulit. Tentu tidak... bagi orang yang waras dan tidak cuba mengelirukan publik dengan kedangkalan akal. Trims.

MSO.

Apa hubungan UMNO dengan parti pemerintah Korea Utara?

oleh Mahdzir Ibrahim

Saya memuji usaha rakan-rakan yang pergi membantah kenyataan Korea Utara berhubung dengan sikap dutanya yang cuba merosakkan nama dan reputasi Malaysia berikutan siasatan kes kematian Kim Jong-nam yang masih sedang dijalankan.

Usaha itu digerakkan oleh Pemuda UMNO yang diwakili oleh Naib Ketua Pemuda UMNO, Khairul Azwan Harun dan disertai oleh pemimpin parti Barisan Nasional yang lain.

Namun demikian, beliau seharusnya lebih peka dan sedar diri sebelum membuat bantahan ini kerana parti beliau sendiri iaitu UMNO telah dan mempunyai hubungan rasmi yang rapat dengan parti Workers' Party of North Korea (WPK). 

Mahdzir Ibrahim, Pengarah Pendidikan Politik DAP Johor

Malah wakil UMNO iaitu Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor telah pun menandatangani memorandum persefahaman (MoU) bagi menjalin hubungan rapat dengan parti tersebut. Acara MoU ini juga telah dilaporkan oleh Utusan sendiri, dan juga BERNAMA pada 26 November 2014. Pautan berita http://m.utusan.com.my/berita/politik/umno-jalin-hubungan-dengan-parti-politik-sri-lanka-korea-utara-1.29409

Ini bukan hubungan antara kerajaan dengan kerajaan (G to G), tetapi melibatkan hubungan antara parti politik yang memerintah (Malaysia) dengan satu parti politik (yang memerintah Korea Utara).

Parti WPK ini dipimpin oleh Kim Jong-un, adik tiri kepada pemimpin Korea Utara Kim Jong-nam yang dipercayai dibunuh 10 hari lalu di KLIA2.  WPK adalah sebuah parti komunis yang memerintah Korea Utara secara kuku besi melebihi 60 tahun. Kim Jong-Un, pemimpin tertinggi WPK pula, dilihat dunia sebagai seorang yang kejam dan tidak berperikemanusian.  Bukan sahaja jutaan rakyat Korea Utara sengsara di bawah rejim WPK, malah rantau Asia sentiasa mengalami ketidakstabilan dan pergolakan akibat perangai Kim yang suka mengugut dengan ujian senjata nuklear.  

Jadi, persoalan yang harus kita tanya pada hari ini, apakah isi kandungan MoU yang ditandatangani oleh UMNO dan WPK ini? Kerjasama yang bagaimana? Dalam bentuk apa?

Saya fikir, ahli-ahli UMNO sendiri tidak tahu hubungan ini berbentuk apa. Sekurang-kurangnya, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor yang mewakili UMNO semasa menandatangai MoU tersebut, boleh menerangkan kepada ahli-ahli mereka.

Soalan kedua yang wajar dijelaskan, adakah MoU ini masih sah? Hanya ahli-ahli UMNO boleh bertanya kepada pemimpin mereka.

Saya ingin menasihatkan Khairul Azwan, jika beliau benar-benar patriotik, beliau harus mendesak agar UMNO iaitu partinya, segera membatalkan terus hubungan rapat dengan Workers' Party of North Korea (WPK).

Beliau berlagak seakan pemuda yang paling patriotik, sedangkan partinya sendiri mempunyai hubungan dengan parti dari negara Korea Utara itu.

Rakyat perlu disedarkan bahawa, selama ini parti UMNO sering menuduh dan menfitnah parti pembangkang sebagai ejen negara asing dan pelbagai lagi gelaran dan ejekan jelek yang tidak berasas, tetapi mereka sendiri yang mempunyai hubungan rasmi dengan parti WPK, sebuah parti komunis yang dijauhi oleh semua negara di seluruh dunia.

Sikap hipokrit pemimpin UMNO bukan sahaja ada dikalangan pemimpin mereka, tetapi sikap hipokrasi ini turut menular kepada pemimpin Pemudanya. -Roketkini.com

*Mahdzir Ibrahim adalah Pengarah Pendidikan Politik DAP Johor





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...