TERKINI :

Tuesday, February 21, 2017

PEMUDA AMANAH : PEMUDA PAS DIMINTA SEMAK UNDANG-UNDANG BERKAITAN CERAMAH

Oleh : Faiz Fadzil

1. Kecaman Ketua Pemuda PAS Kelantan Ahmad Fadhli Shaari bahawa Datuk Husam Musa tidak profesional dan membuat provokasi dalam ceramah yang diadakan di Kota Bharu pada 20 Februari 2017 adalah tidak berasas kerana permintaan beliau untuk berucap adalah selaras dengan haknya di bawah Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan setelah beliau dijemput untuk hadir dan nama beliau dijadikan tajuk ceramah.

2. Hak membela diri daripada sebarang dakwaan adalah selaras dengan undang-undang dan hukum syarak yang seharusnya dihormati oleh PAS.

3. Alasan Ahmad Fadhli bahawa Datuk Husam tidak dibenarkan berucap kerana nama beliau tiada dalam permit adalah dakwaan yang dangkal dan bertentangan dengan undang-undang kerana kebenaran ceramah sekarang ditadbir oleh Akta Perhimpunan Aman 2012. Seksyen 9 dan 10 Akta Perhimpunan Aman menghendaki pemberitahuan (notification) diserahkan kepada pihak polis di mana nama penceramah tidak dihadkan dan ia bukanlah sesuatu yang mandatori.

4. Pemberitahuan di bawah seksyen 9 dan 10 Akta Perhimpunan Aman hendaklah dibaca bersama dengan Perlembagaan Persekutuan agar amalan demokrasi dapat berjalan dengan adil dan baik. Sesungguhnya, tiada lagi permit yang perlu dipohon sepertimana dakwaan Ahmad Fadhli menurut undang-undang masa kini.

5. Oleh demikian, Pemuda PAS diminta untuk menyemak dahulu undang-undang dan merujuk kepada pakar peguam PAS sebelum memberikan alasan yang bercanggahan dengan undang-undang dan perlembagaan, tidak demokratik, tidak profesional dan tidak matang untuk justifikasikan tindakan mereka tidak membenarkan Datuk Husam berucap.

FAIZ FADZIL
PEGUAM (AJK KANUN)/TIMBALAN KETUA PEMUDA AMANAH

21 FEBRUARI 2017 / 24 Jamadil Akhir 1438

INGATAN UNTUK ANNUAR MUSA, TUMPU SELESAI MASALAH DI MARA LEBIH DULU

Saya mengikuti dengan dekat perkembangan MARA dan krisis kepimpinannya yang melibatkan Tan Sri Annuar Musa sehinggalah kepada perkembangan terkini berhubung pencalonan beliau untuk bertanding kerusi Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM).

Sementara saya tidak mahu campur di dalam urusan bolasepak di negara ini kerana ramai lagi yang lebih layak dan itu bukan bidang saya, adalah menjadi tanggungjawab saya sebagai Ahli Parlimen untuk mengingatkan Tan Sri Annuar Musa bahawa penglibatan beliau sebagai calon Presiden FAM tidak boleh mengatasi tugas bergaji beliau sebagai Ahli Parlimen dan Pengerusi MARA.

Apatah lagi dalam keadaan kebajikan siswazah dan keluarga yang bergantung nasib kepada MARA untuk menyediakan peluang pendidikan menjadi semakin buruk sejak beliau menyandang jawatan Pengerusi MARA.

Saya pernah perjuangkan sebelum ini nasib siswazah yang menuntut di institusi pendidikan MARA (IPMa) yang berdepan dengan pelbagai kesempitan kewangan akibat dasar pembiayaan MARA yang berubah-ubah. Sepanjang beliau menjadi Pengerusi MARA, kedudukan MARA sebagai institusi pembiayaan (baik melalui biasiswa atau pinjaman) semakin merosot berdasarkan masalah pembiayaan yang semakin menjadi-jadi terutamanya di institusi pendidikan MARA (IPMa) seperti Universiti Kuala Lumpur (UniKL), German Malaysia Institute (GMI) dan lain-lain.

Aduan dan rintihan yang paling kerap dibawa kepada saya ialah bersabit pembiayaan siswazah UniKL. Selain daripada beratus-ratus kes yang saya pernah suarakan tahun lepas, saya terus mendapat aduan termasuklah yang terbaru (saya bacakan satu email dari seorang ayah):

“ Anak saya belajar di UNIKL MFI Bangi.Sekarang sudah hampir masuk ke sem 2 masih lagi tidak mendapat borang agreement pinjaman pelajaran.Dokumen telah dihantar pd hujung sem satu.Persoalannya bilakah wang pinjaman akan di bayar.Saya terpaksa mengeluarkan rm700 setiap bulan untuk sarahidup anak saya.Saya sudah menyara anak selama 7 bulan.sedankan saya hanyalah seorang pesara.Harap yb dpt membantu. “

Aduan sebegini berlaku secara berterusan; sebab itu rakyat begitu marah apabila dokumen yang menunjukkan penajaan pasukan bolasepak di bawah kelolaan Tan Sri Annuar Musa menggunakan dana Universiti Kuala Lumpur mula menjadi tular. Nasib baik dokumen itu tidak datang dari saya dan datang dari YTM Tengku Mahkota Johor, jika tidak sudah tentu saya terpaksa bermalam di dalam lokap.

Maka pada hari ini saya ingin mengingatkan Tan Sri Annuar Musa bahawa walaupun beliau digantung perkhidmatan sebagai Pengerusi MARA, beliau masih lagi Pro-Canselor II UniKL. Beliau masih lagi bertanggungjawab menyelesaikan segala kemelut kewangan yang dihadapi oleh pelajar-pelajar yang menghadapi kesukaran pembiayaan sedangkan pelbagai janji telah diberikan sebelum ini.

Terbaru, saya dimaklumkan bahawa UniKL telah menaikkan sewa bulan bagi beberapa kampusnya iaitu UniKL MIIT (Kuala Lumpur), UniKL MICET (Alor Gajah) dan UniKL MITEC (Masai) menjadi RM150 sebulan. Semakan kepada yuran bulanan (mengikut sistem semester yang lama iaitu 5-2-5) menunjukkan sewa bulanan sebelum ini ialah di antara RM110 ke RM120 sebulan; iaitu peningkatan sehingga 25%.

Perkara ini berlaku dalam keadaan UniKL menaja pasukan bolasepak di bawah kelolaan Tan Sri Annuar Musa; seolah-olah pelajar terpaksa membayar lebih dan sebahagian wang yang dikutip dibelanjakan bagi tujuan politik pemimpin tertentu.

Saya menunggu maklumbalas dari Tan Sri Annuar Musa, MARA dan UniKL dengan desakan supaya kenaikan yuran ini dihentikan serta merta. Saya akan terus memberi tumpuan kepada soal pembiayaan pendidikan MARA dan prestasi MARA dalam beberapa minggu yang akan datang.

RAFIZI RAMLI
AHLI PARLIMEN PANDAN
NAIB PRESIDEN KEADILAN

NAJIB KATA, BN AKAN MENANG PRU 14 DENGAN BANTUAN PAS....

Shahbudin Husin,

Selepas sekarang Pas seolah-olah sudah berada dalam dakapan UMNO, Najib Razak dilaporkan meluahkan keyakinan dalam beberapa perjumpaan bahawa BN akan menang PRU 14 akan datang ini.

Seorang pemimpin UMNO yang banyak kali menghadiri perjumpaan tersebut berkata, Najib tidak pernah memperlihatkan kebimbangan atau mood lain selain keyakinan untuk menang dalam setiap pertemuan yang dihadirinya.

Najib seterusnya dilaporkan meminta, momentum kemenangan yang ada ketika ini perlu terus dikekalkan sehinggalah tarikh pilihanraya diumumkan.

Keyakinan Najib terhadap kemenangan itu dikatakan tidak lain ialah berikutan pertolongan tidak langsung yang dihulurkan Pas melalui keinginan parti Islam itu untuk memastikan berlakunya pertandingan tiga penjuru dalam PRU 14 nanti.

Najib juga dikatakan tidak begitu memperdulikan sama ada parti-parti komponen bukan Melayu dapat menyumbang kerusi atau sebaliknya kerana melalui pertandingan tiga penjuru itu nanti, ia sudah memadai untuk BN membentuk kerajaan.

Tentang hubungan dengan Pas yang dilihat seperti bersama UMNO, tetapi tiada sebarang perjanjian rasmi dan dalam masa yang sama masih juga meneruskan perbincangan dengan Bersatu, Najib dilaporkan melahirkan keyakinan agar "usah bimbang dengan pendirian Pas."

Najib seterusnya memberitahu, usah peduli atau terkesan dengan sebarang tanggapan serta tohmahan mengenai hubungan baik antara UMNO dan Pas sekarang, termasuk mengaitkannya dengan wang ringgit dan sebagainya kerana yang penting ialah matlamat untuk menang pilihanraya.

Memang sejak minggu-minggu kebelakangan ini, Najib mula menyibukkan diri dengan menghadiri beberapa perjumpaan tertutup dengan beberapa kumpulan dalam UMNO serta agensi-agensi yang ada kaitan dalam membantu kemenangan BN.

Keadaan ini memberi petunjuk bahawa tarikh pilihanraya semakin hampir dan tarikh yang paling banyak disebut untuk Najib membubarkan Parlimen ialah selepas sambutan Hari Raya Aidilfitri.

Soalnya, dengan keyakinan Najib bahawa BN akan menang PRU 14 akan datang melalui bantuan secara tidak langsung oleh Pas itu, sedarkah parti Islam itu mereka kini seolah-olah sedang dipergunakan oleh UMNO?

Apakah Pas rela diperlakukan sedemikian oleh UMNO yang selama bertahun-tahun selama ini dianggap sebagai musuh paling utama atau ada faktor lain yang mendorong ia terjadi?

Selepas BN menang pula, apa ganjaran yang bakal diterima oleh Pas?

Adakah Pas akan bergabung dengan UMNO untuk membentuk kerajaan campuran dan seterusnya bakal menganggotai kabinet?

Atau mungkinkah, jika jumlah kerusi BN mencukupi untuk membentuk kerajaan, Pas akan ditinggalkan begitu saja oleh Najib dan UMNO? (SH 21/02/2017).

ISU PEMBUNUHAN JONG-NAM - ADAKAH ALTANTUYA 2?

ISU PEMBUNUHAN JONG-NAM - ADAKAH ALTANTUYA 2?

1. Lolosnya beberapa bahan bukti utama dalam kes pembunuhan Kim Jong-nam adalah satu lagi peristiwa malang yang pastinya memberikan kesan kepada imej dan tahap amalan intergriti negara di mata masyarakat antarabangsa.

2. Ancaman bocornya pintu keselamatan negara (porous border) adalah persoalan bagaimana rakaman CCTV KLIA 2 yang merakamkan tragedi pembunuhan Jong nam boleh terlepas ke tangan media asing dan ditayangkan dibeberapa buah negara diantaranya Jepun dan Singapura beberapa hari yang lalu.

ISU PEMBUNUHAN JONG-NAM - ADAKAH ALTANTUYA 2?

3. Kebimbangan kepada amalan rasuah dan penyelewang kuasa yang berleluasa adalah faktor utama yang memungkinkan berlakunya kebolosan video pembunuhan Jong nam ke tangan pihak asing yang pastinya merumitkan lagi siasatan kematian rakyat Korea Utara ini.

4. Perdana Menteri dan anggota kabinet mesti bertanggung jawab sepenuhnya terhadap insiden kebolosan bahan bukti ini kerana maruah negara sangat tercemar dan terkesan terutama ianya melibatkan isu betapa rapuhnya pintu keselamatan negara.

ISU PEMBUNUHAN JONG-NAM - ADAKAH ALTANTUYA 2?

5. Di kacamata antarabangsa, kita khuatir isu pembunuhan Jong-nam akan melahirkan persepsi Altantuya 2. Sudah cukup wibawa dan intergriti  negara tercemar dengan mistsri pembunuhan kejam Altantuya yang motif kematiannya masih menjadi rahsia sehingga kini.

Salahuddin Hj Ayub
Timbalan Presiden Amanah
21 Februari 2017

Persoalan : Dimana Husam "serang" ceramah pas??

*KRONOLOGI Husam 'menyerang' ceramah anjuran Pas -Husam lari dari debat baiah*

1x Pas mengeluarkan  poster ceramah Husam lari dari debat baiah.

2x Ustaz Azarizal(ust jaa)melalui FB beliau menjemput dan membuat pesanan supaya husam hadir ke ceramah tersebut.

3x Ceramah diadakan bermula pukul 9.30 malam.

4x Pukul 11 malam, Husam hadir ke tempat ceramah dan duduk di tempat duduk penonton.

5x Wan Ismail penceramah pas menjemput Husam naik ke pentas. Husam naik ke Pentas

6x Husam bercakap dengan Nazman, penganjur dan MC program untuk diberi ruang berucap kerana ceramah tersebut menjual nama beliau.

7x Nazman mohon untuk minta izin dengan ustaz Nasaruddin. Kemudian memaklumkan bahawa ustaz Nasaruddin tidak mahu husam berucap.

8x Giliran Nasaruddin berucap.

9x Salah seorang penyokong tegar pas, cikgu adnan yang mengajar di maahad telah meluru ke depan dan berlaku provokasi dari penyokong.

10x Husam diminta penganjur untuk meninggalkan majlis. Husam meninggalkan majlis dan ceramah diteruskan oleh Nasaruddin.

*Persoalan : Dimana Husam "serang" ceramah pas??*

HARGA IKAN NAIK 100 PERATUS DI SELURUH NEGARA, NAJIB BUAT APA NIE?

HARGA IKAN NAIK 100 PERATUS

1. Kehidupan rakyat hari ini semakin terdesak berikutan dengan kenaikkan harga barang keperluan. Yang terbaru adalah kenaikkan mendadak harga ikan sehingga mencecah ke tahap seratus peratus.

2. Perbandingan ini boleh dilihat dalam jadual harga Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia sepanjang pada awal tahun 2016. Perbandingan itu dibuat dengan tinjauan ke pasar-pasar antaranya Pasar Awam Larkin. Harga perbandingan adalah seperti berikut -
- Ikan Kembung :  (2016) RM 12.00,  (2017) RM 21.00
- Ikan Selar Biasa : (2016) RM 11.00,  (2017) RM 19.50
- Ikan Selar Kuning : (2016) RM 8.00,  (2017) RM 16.00
- Ikan Selayang : (2016) RM 7.00, (2017) RM 12.00

3. Harga ikan di atas kita dapati telah mengalami kenaikkan sekitar tujuh peratus hingga seratus peratus. Ini memang membebankan pengguna atau pembeli yang rata-ratanya adalah rakyat kebanyakan. Kenaikkan ini juga berlaku pada hari-hari biasa dan bukan dimusim perayaan.

4. Saya melihat kenaikkan harga ikan di pasaran adalah berpunca dengan kenaikkan harga minyak yang tidak menentu serta ditambah dengan cukai perkhidmatan (GST) yang dikenakan oleh pihak kerajaan terhadap rakyat.

5. Desakan kepada kerajaan agar meningkatkan keprihatinan terhadap masalah ini perlu digiatkan segera. Juga perlu diperlihatkan mengenai ketidak tentuan kenaikkan harga minyak yang terlalu mendadak agar kawalan harga keperluan dapat dibendung.

NORHAYATI BACHOK
KETUA WANITA AMANAH JOHOR





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...