TERKINI :

Friday, February 17, 2017

APA JASA 272 KAKITANGAN JASA, SELAIN HANYA MEMBAZIRKAN DANA?

Saranan saya supaya Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA) dimansuhkan untuk menjimatkan RM22 juta setahun yang kini digunakan untuk mempertahankan Dato’ Seri Najib Tun Razak telah mendapat reaksi Lokman Noor Adam, yang sebelum ini berjawatan Panel Pemikir JASA. Menurut beliau, jika KEADILAN dan Pakatan Harapan memenangi tampuk pentadbiran Kerajaan Persekutuan, JASA akan mempertahankan KEADILAN dan Kerajaan Persekutuan pada ketika itu kerana JASA bertanggungjawab mempertahankan kerajaan.

Pertamanya, jika pun Kerajaan Persekutuan yang ditadbir oleh Pakatan Harapan memerlukan satu kumpulan untuk menjawab isu-isu yang mengkritiknya, kumpulan itu bukanlah dari kalangan pegawai-pegawai tinggi (termasuk bekas pegawai tinggi) seperti Lokman Noor Adam dan Tun Faisal Ismail Aziz kerana rekod buruk mereka mempertahankan dasar-dasar Dato’ Seri Najib Tun Razak.

Mereka akan terus diingati sebagai individu-individu yang bermati-matian mempertahankan bahawa GST itu baik untuk rakyat, juga bermati-matian mempertahankan 1MDB walaupun seluruh dunia tahu wang rakyat telah lesap.

Malah, berani saya katakan bahawa akibat Umno menyerahkan tugas propaganda kepada mereka inilah juga, kedudukan sokongan Umno di kalangan orang Melayu pun sudah jatuh menjunam sehingga hanya 40% pengundi Melayu yang akan mengundi Umno dalam PRU14 mengikut Kajiselidik PRU14 yang disertai 104,000 pengundi baru-baru ini.

Keduanya, saya yakin Kerajaan Persekutuan di bawah pentadbiran Pakatan Harapan tidak memerlukan sebarang jabatan propaganda berdasarkan prinsip-prinsip berikut:

1. Tugas menjawab kritikan dan serangan ke atas sebarang dasar Kerajaan Persekutuan adalah tugas menteri yang bertanggungjawab. Beliau perlu mempertahankan dasar yang diperkenalkan partinya semasa memerintah dan jika beliau tidak mampu, maka beliau sewajarnya dipecat oleh Perdana Menteri atau tidak diundi rakyat dalam pilihanraya

2. Sebarang sebaran maklumat yang bukan menghebahkan perkhidmatan kerajaan kepada rakyat tidak boleh dibuat oleh jabatan kerajaan yang ditanggung rakyat, apatah lagi propaganda yang mempertahankan pemimpin dan parti politik yang dituduh terlibat di dalam penyelewengan wang rakyat.

Maka, saya yakin Pakatan Harapan akan memansuhkan JASA dan kakitangannya berkemungkinan akan diagihkan seperti berikut:

i. Kakitangan tetap yang telah menjadi sebahagian dari perkhidmatan awam akan dipindahkan ke jabatan atau kementerian yang memberikan khidmat terus kepad rakyat seperti pendidikan, kebajikan dan kesihatan

ii. Semua lantikan politik di peringkat tertinggi JASA akan ditamatkan perkhidmatan

iii. Semua lantikan kontrak yang melibatkan ahli Umno yang didapati dilantik khusus bagi tujuan propaganda akan ditamatkan perkhidmatan

Saya menyemak senarai jawatan JASA di seluruh negara yang mempunyai 272 kakitangan (rujuk Buku Senarai Perjawatan yang dilampirkan). Pecahan 272 kakitangan itu adalah seperti berikut:

Pejabat Ketua Pengarah – 6 orang

Bahagian Gerak Saraf dan Perancangan Dasar – 3 orang

Bahagian Pembangunan Insan – 4 orang

Bahagian Khidmat Pengurusan – 36 orang

Jawatan Sementara Lantikan Kontrak – 127 orang

Pembantu tadbir, penolong akauntan, juruaudio, pemandu – 96 orang

Ini bermakna, 47% dari keseluruhan kakitangan JASA di seluruh negara adalah Jawatan Sementara Lantikan Kontrak (dengan kod JSKT). Jika dicampur dengan pegawai-pegawai tinggi yang juga adalah lantikan politik, maka saya anggarkan 50% dari kakitangan JASA adalah lantikan kontrak yang selalunya adalah lantikan politik untuk ahli-ahli atau pemimpin Umno mendapat imbuhan.

Oleh yang demikian, saya menyeru supaya Ketua Pengarah JASA menyiarkan nama setiap penjawat Jawatan Sementara Lantikan Kontrak (JSKT) di ibu pejabat JASA dan pejabat JASA negeri-negeri agar orang ramai dapat mengesahkan sama ada benar JASA digunakan untuk menempatkan aktivis Umno menjalankan kerja propaganda dengan dibayar oleh rakyat.

Jika Ketua Pengarah JASA enggan berbuat demikian, ia akan terus mengukuhkan dakwaan bahawa aktivis Umno dilantik ke jawatan kerajaan melalui kaedah JSKT untuk menjalankan kerja propaganda mempertahankan Dato’ Seri Najib Tun Razak.

 
RAFIZI RAMLI
AHLI PARLIMEN PANDAN
NAIB PRESIDEN KEADILAN

PAKATAN HARAPAN PERSOAL TAHAP KESELAMATAN PINTU MASUK NEGARA YANG MELIBATKAN INSIDEN WARGA KOREA UTARA

17 Februari 2017

Pakatan Harapan melahirkan rasa kesal ke atas kejadian pembunuhan Kim Jong-Nam di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (KLIA2) dan menggesa Zahid Hamidi selaku Menteri Dalam Negeri untuk memberi penjelasan tentang kelemahan sekuriti dalam insiden ini. Dalam pada itu, Pakatan Harapan mempersoalkan beberapa perkara:

1.Bagaimanakah Kim Jong-Nam memasuki Malaysia dengan menggunakan passport palsu bernama Kim Chol? Adakah kedua-dua suspek juga memasuki negara ini dengan menggunakan passport palsu di mana salah seorang daripada mereka menggunakan nama Doan Thi Huong? Jika ya, mengapakah pihak imigresen tidak dapat mengesan perbuatan tersebut? Sehingga kini, berapakah pendatang asing yang berjaya menggunakan passport palsu tanpa dikesan oleh pihak berkuasa? Jika pihak keselamatan memerlukan masa sehingga tiga hari untuk mengenalpasti identiti mayat Kim Jong-Nam, adakah rakyat akan yakin mengenai keberkesanan sistem pengimbasan identiti di lapangan terbang negara kita? Pakatan Harapan difahamkan juga bahawa ketika kejadian MH370 pada tahun 2014, dua warga Iran berjaya menaiki pesawat dengan menggunakan passport yang dicuri tanpa dikesan oleh pihak berkuasa.

2.Zahid Hamidi telah memberi jaminan bahawa tahap keselamatan lapangan terbang di negara kita sentiasa berada pada tahap tertinggi. Jika ianya memang berlaku, mengapakah pihak keselamatan lapangan terbang tidak bertindak dengan segera untuk menahan kedua-dua suspek sejurus melakukan jenayah tersebut? Malahan, suspek dikatakan mempunyai masa untuk menunggu teksi. Pakatan Harapan dimaklumkan bahawa penahanan suspek mengambil masa kira-kira 36 jam hanya selepas media Korea Selatan mendedahkan secara umum. Sebahagian rakyat Malaysia masih mengingati ketika insiden MH370 pada tahun 2014, pihak kawalan trafik udara mengambil masa 17 minit untuk  menyedari bahawa penerbangan MH370 telah hilang daripada radar dan empat jam selepas itu untuk melancarkan operasi menyelamat. Kejadian seumpama ini telah membangkitkan persoalan daripada orang awam mengenai keupayaan pihak keselamatan kita untuk bertindak segera sekiranya berlaku ancaman terhadap negara seperti serangan pengganas di lapangan terbang. 

3.Adakah Kerajaan Umno BN telah membuat klarifikasi dengan Kerajaan Korea Utara terhadap insiden yang berlaku, sebelum menghantar pulang jasad Kim Jong-Nam ke negara asal? Kejadian pembunuhan ini memburukkan lagi imej Malaysia di mata dunia apabila media-media antarabangsa mendedahkan pelbagai isu hangat yang telah menjejaskan reputasi negara ini. Sekiranya pihak Korea Utara disahkan terlibat dalam insiden ini, adakah Zahid Hamidi akan meminta Kerajaan Korea Utara menjelaskan penglibatan mereka dan memohon maaf kepada Malaysia kerana melibatkan negara kita dalam konflik dalaman negara tersebut?

Pakatan Harapan berharap agar pihak berkuasa dapat memberi penjelasan dan menjawab segala persoalan dengan telus, terutama ketika pemerhati-pemerhati antarabangsa sedang menilai reaksi Malaysia dalam menangani isu ini.

PAKATAN HARAPAN

YB Datuk Raja Kamarul Bahrin
Parti Amanah Negara(AMANAH)

Datuk Saifuddin Nasution Ismail
Parti Keadilan Rakyat(PKR)

YB Teresa Kok
Parti Tindakan Demokratik (DAP)

Antara Kejutan Dari Himpunan 355 esok..!!


Kejutan Dari Himpunan RUU355. Selain ceramah daripada agamawan dan pemimpin PAS, program hiburan turut bakal mewarnai Himpunan RUU355 di Padang Merbok, Kuala Lumpur, esok.

Kali ini, PAS sekali lagi meneruskan kebiasaannya dengan menampilkan selebriti tanah air yang pernah popular satu masa dulu.

Menurut atur cara yang disiarkan di beberapa laman Facebook parti itu, program yang dijadualkan pada 2 petang hingga 11 malam ini akan diacarakan pelawak Wahid Senario, serta persembahan kumpulan nasyid Nowseeheart dan Shoutul Amal.

Kejutan Dari Himpunan RUU355. Persembahan mereka pada sebelah petang, diselang-selikan dengan ucapan daripada badan dan NGO seperti Gabungan Mahasiswa Islam se-Malaysia, Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Pertubuhan Permuafakatan Majlis Ayahanda serta beberapa penceramah bukan Islam.

Tidak ketinggalan pastinya sesi bersama penceramah terkenal dari Terengganu, Azhar Idrus yang menutup acara sesi petang.

Sesi malam lebih menumpukan kepada ucapan pemimpin PAS dan tokoh lain antaranya Timbalan Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, Mufti Wilayah Persekutuan Datuk Dr Zulkifli Mohamad dan penutupnya oleh presiden Datuk Seri Abdul Hadi Awang merangkap pembawa usul RUU yang menjadi perdebatan hangat itu.

Kejutan Dari Himpunan RUU355

Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom yang disahkan kehadirannya oleh PAS beberapa hari lalu akan memberikan tazkirah sebelum solat Isyak.

Terdahulu, PAS dilaporkan menyasarkan 200,000 orang dijangka menghadiri himpunan bertema “Syariah Diperkasa Rakyat Sejahtera” itu.

Kejutan Dari Himpunan RUU355. Himpunan itu bertujuan memberi penerangan serta menunjukkan sokongan orang ramai terhadap usaha PAS meminda Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965. - fmt

ANTARA DAP AMANAH & PKR.. JAWATAN DUNIA JUGA YANG UTAMA....

JAWATAN DUNIA JUGA YANG UTAMA....

Walaupun Hadi Awang seperti memberi bayangan hampir pasti untuk memutuskan  jalinan kerjasama politik dengan PKR dalam Muktamar Pas April nanti, kepentingan jawatan dan kedudukan mungkin menjadi halangan utamanya.

Hadi bertegas tidak akan bekerjasama dengan Bersatu atas alasan parti itu mempunyai hubungan dengan DAP dan Amanah dan jika perkara itu menjadi pegangan rasmi, ia dengan sendirinya melibatkan PKR yang memang sah, bahkan sudah lama ada hubungan dengan DAP dan Amanah.

Hubungan dengan PKR akan diputuskan dalam Muktamar Pas April nanti, tegas Presiden Pas itu lagi.

Bagaimanapun, pendirian Pesuruhjaya Pas Selangor, Iskandar Abdul Samad bukan saja berbeza, malah mungkin menjadi titik tolak dalam keputusan pada muktamar nanti.

Menurut beliau, meskipun sekiranya hubungan Pas dengan PKR berakhir selepas Muktamar pada April itu, mereka tidak akan berundur daripada jawatan sebagai Exco  serta pelbagai kedudukan lain dalam kerajaan negeri Selangor.

Alasan beliau ialah Pas perlu menghormati pilihan rakyat Selangor yang telah memberi mandat kepada ketiga-tiga parti iaitu PKR, Pas dan DAP dalam pilihanraya 2013 yang lalu.

Kita tidak boleh lari daripada mandat yang telah diberikan kepada kita, ujar beliau kepada sebuah portal dalam talian.

Pulak???

Jadi, apakah yang boleh dijangka akan diputuskan oleh Pas tentang hubungan dengan PKR dalam muktamarnya nanti?

Terus bekerjasama atau putus segera?

Barangkali susah juga mahu meneruskan kerjasama dengan PKR kerana Hadi sudah mengatakan Pas tidak akan bekerjasama dengan sesiapa yang ada hubungan dengan DAP dan Amanah.

Tetapi, bagaimana Pas hendak memutuskan hubungan dengan PKR sedangkan Iskandar dan Pas Selangor mahu terus bergayut kepada jawatan dalam kerajaan negeri yang sedang disandang sekarang?

Siapa lagi orang penting dalam Pas atau rapat dengan Hadi yang ada jawatan tinggi dan gaji besar dalam kerajaan negeri Selangor?

Hmmmm....rasanya apa keputusan pada Muktamar nanti sudah boleh dijangka. (SH 17/02/2017).

Yang Mana Satu Betul Nie, PAS & UMNO kata Melayu P.Pinang tak dapat perhatian k'jaan negeri tapi GERAKAN kata Melayu dapat banyak

PEMIMPIN GERAKAN PULA KATA MELAYU PULAU PINANG TERLALU BANYAK MENDAPAT PERUNTUKAN DARI KERAJAAN NEGERI.

Minggu lalu Pengerusi MCA Pulau Pinang Tan Teik Cheng bila merunggut orang cina tidak mendapat perhatian lebih dari orang melayu dari kerajaan negeri Pulau Pinang dan kini kenyataan yang sama telah di keluarkan pula oleh Ahli Jawatankuasa Perhubungan Negeri Gerakan Pulau Pinang Albert Tan Kah Leong mengesahkan perkara tersebut.

Albert Tan Kah Leong berkata adalah tidak boleh di pertikaikan bahawa Ketua Menteri Lim Guan Eng mendahulukan orang Melayu islam dalam semua urusan berbanding dengan orang cina.

Beliau juga mempertikaikan tindakkan kerajaan negeri di bawah Lim Guan Eng yang memberi peruntukan sebanyak RM450 juta kepada program kesejahteraan orang Islam di Pulau Pinang malah ianya lebih berkali ganda daripada apa yang orang Melayu Islam di negeri majority orang Islam Kelantan dapat daripada kerajaan negeri Kelantan.

Apa yang lebih mengecewakan lagi ialah apabila pemimpin Gerakan ini mempertikaikan tindakan kerajaan negeri Pulau Pinang yang menganugerahkan projek projek kerajaan negeri kepada kontraktor Melayu bumiputra sebanyak 94% daripada keseluruhan projek projek kerajaan sejak dari tahun 2008 lagi.

Nah!!! Sekarang yang mana satu yang betul bila setiap hari Umno mengatakan orang Melayu islam tidak mendapat pembelaan di Pulau Pinang sedangkan pemimpin MCA dan Gerakan pula mengatakan sebaliknya.

Inilah Umno yang kerja mereka hanyalah untuk memburukkan kerajaan negeri Pulau Pinang dengan memainkan sentiment perkauman sedangkan perkara yang sebenarnya ialah orang Melayu Islam di Pulau Pinang bukan saja mendapat peruntukan yang sangat besar daripada kerajaan Pulau Pinang malah yang lebih orang ramai tidak tahu lebih dari 90% projek projek kerajaan negeri telah di berikan kepada kontraktor Melayu bumiputera.

Hal yang sebenarnya Umno sangat kecewa bila parti ini semakin di tinggalkan oleh orang Melayu lalu mereka memainkan sentiment Melayu sedangkan perkara yang sebenarnya ialah seperti apa yang di nyatakan secara rasmi oleh pemimpin MCA dan Gerakan di Pulau Pinang bahawa orang Melayu mendapat terlalu banyak peruntukan sehingga membuat MCA dan Gerakan mula rasa kecewa dan cuba pula menghasut orang cina kerana kesungguhan kerajaan negeri di bawah Lim Guan Eng membantu institusi Islam dan kontraktor Melayu.

#Penangkia
#IsumelayuPulauPinang

Link artikel kenyataan pemimpin Gerakan :-

http://www.gerakan.org.my/news-media/gallery/states-gallery/item/12595-2017-02-10-03-27-12#.WKP9NsvmjqC

AMANAH Sik serah sumbangan yuran untuk membantu seorang pelajar miskin KUIN

Ketua Amanah Kawasan Sik Sdr Sulaiman@LemanRL hari ini membuat sumbangan pembayaran yuran semester II kepada seorang pelajar Kolej Universiti Insaniah yang merupakan anak daripada keluarga rakyat miskin Sik.

Kutipan dana sumbangan kilat dari rakan rakan artis Raja lawak ,2 ,3 ,5 dan Artis AF (Nama artis dirahsiakan)Korporat dan rakan rakan Facebok Leman Raja Lawak Original bagi membantu pembayaran yuran RM1759.00 telah berjaya mengeluarkan dari masalah tercicirnya pelajar tersebut dari berhenti meneruskan pembelajarannya.

Tahun lepas Parti Amanah Negara Kawasan Sik berjaya membantu membayarkan yuran kemasukan 5  pelajar miskin dari kawasan yang mendapat tawaran ke Universiti tempatan antaranya Universiti Malaysia Kelantan( UMS ) 1 orang ,Universiti Sains Malaysia(USM) 2 orang ,Universiti Pendidikan Sultan Idris( UPSI) 1 orang ,Universiti Utara Malaysia (UUM)1 orang dan tahun ini dari Kolej Universiti Insaniah (KUIN ) 1 orang.

Manakala tahun lepas sebanyak 126 orang pelajar miskin Kawasan Sik menerima bantuan pembayaran yuran/PIBG sekolah rendah dan menengah RM80.00 setiap seorang melalui 3 orang penyumbang yang datang membantu.Tahun ini seramai 41 orang pelajar miskin rendah dan menengah telah dipilih setelah kenaikan sedikit harga getah dikawasan ini dan dibiayai bantuan yuran RM100 seorang dengan ramai penyumbang yang datang dari luar.

walaupon Parti Amanah Negara tiada dana tetapi berusaha mencari dana awam untuk membantu pelajar yang betul betul dari keluarga yang tidak berkemampuan.

Isyarat yang jelas ini ditujukan kepada pemerintah bahawa rakyat miskin masih lagi berada dalam tekanan dengan kenaikan kos sara hidup yang tinggi dan menjejaskan pembelajaran rakyat bawahan dengan pendapatan yang rendah.

Dalam soal pendidikan juga ,Amanah Sik amat menitik beratkan pendidikan luar bandar dimana mereka yang bijak dikawasan Sik ini menjadi rakyat yang berintelek demi kemajuan kawasan Sik.

Terima kasih kepada semua penyumbang yang sudi membantu.

"MENGISLAHKAN KEHIDUPAN RAKYAT SIK"

*Rakyat Sik Careline*
0174867577

*BIRO MEDIA DAN KOMUNIKASI AMANAH SIK*
Ikuti Fb Rasmi kami
https://www.facebook.com/PartiAmanahNegaraParlimenSik/

Menteri: Perjanjian perlindungan hutan kerajaan Kelantan tidak ikut syarat

PUTRAJAYA: Perjanjian yang ditandatangani antara kerajaan Kelantan dan sebuah syarikat swasta berhubung inisiatif Melindungi Alam Sekitar daripada Pemusnahan Hutan dan Degradasi (REDD) tidak memenuhi syarat Konvensyen Rangka Kerja Pertubuhan Bangsa Bersatu mengenai Perubahan Iklim (UNFCCC).

Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata perjanjian itu juga bercanggah dengan syarat yang ditetapkan pertubuhan dunia tersebut.

“Mekanisme ini adalah berasaskan prinsip pembiayaan bagi jumlah pengurangan pelepasan gas rumah kaca dan tidak melibatkan mekanisme pasaran,” katanya dalam kenyataan media di sini hari ini.

Sehubungan itu, katanya, semua kerajaan negeri digesa untuk mendapatkan keterangan lanjut mengenai inisiatif REDD daripada Bahagian Pengurusan Alam Sekitar dan Perubahan Iklim di talian 03-88861140 atau melalui e-mel di aduannre@nre.gov.my bagi memastikan kesahihan maklumat mengenai inisiatif REDD.

Baru-baru ini, syarikat kredit karbon pertama Malaysia, Climate Change Protector (CCP) Sdn Bhd dilaporkan menjalin usahasama dengan kerajaan negeri Kelantan berhubung inisiatif REDD.

Menurut laporan tersebut, syarikat itu diperuntukkan 396,000 hektar hutan atau 25% kawasan tanah di negeri itu untuk dilindungi serta mengurangkan pelepasan karbon dioksida (Co2)

Syarikat berkenaan yang membuat pengkhususan dalam tenaga boleh diperbaharui dan lestari, memperoleh projek itu menerusi inisiatif REDD PBB membabitkan tempoh konsesi 30 tahun dengan kerajaan Kelantan.

Wan Junaidi berkata mekanisme REDD dilaksanakan di peringkat nasional dan dipantau Jawatankuasa Kebangsaan REDD yang dianggotai wakil unit perancang ekonomi negeri dan jabatan perhutanan negeri.

“Saya ingin menegaskan bahawa REDD merupakan inisiatif yang diiktiraf sepenuhnya oleh UNFCCC dan amat berharap agar ia tidak terjejas disebabkan aktiviti-aktiviti yang tidak beretika oleh sesetengah individu yang tidak bertanggungjawab,” katanya.

Menurutnya kementerian sedang berusaha untuk mendapatkan pembiayaan bagi jumlah pengurangan pelepasan gas rumah kaca (RBP) melalui Dana Iklim Hijau (GCF).

Dana RBP tersebut akan digunakan oleh kerajaan pusat dan negeri untuk pelaksanaan program REDD, kata Wan Junaidi.





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...