TERKINI :

Thursday, February 16, 2017

Kontroversi Rizal Ghazali Berakhir

Oleh SOFEA SUSAN ALBERT KASSIM

susanalbs@thestar.com.my

  (Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Teka-teki tentang status tonggak pertahanan Kedah, Mohd Rizal Ghazali yang menjadi rebutan Felda United akhirnya terjawab apabila Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) memberi kata putus pada Khamis.

Berdasarkan keputusan Jawatankuasa Status FAM, Rizal Ghazali disahkan kekal menjadi milik skuad Helang Merah, sekali gus memberi nafas lega kepada penyokong Hijau Kuning untuk melihat pemain tersebut terus beraksi bersama Kedah.

Keputusan itu dicapai dalam mesyuarat jawatankuasa tersebut yang berlangsung selama lebih dua jam di Wisma FAM di sini.

Timbalan Pengerusinya, Abdul Aziz Yeop Jamaluddin berkata mesyuarat jawatankuasa itu memutuskan kontrak ditangani pemain itu bersama Felda United tidak sah.

"Berdasarkan Perkara 11.1, kita putuskan kontrak yang ditandatangani dengan Felda United tidak sah.

"Dia cuma boleh pergi berunding sahaja dan bukan menandatangani kontrak tersebut kerana dia masih ada baki kontrak dengan Kedah," katanya ketika dihubungi mStar Online.

Susulan tindakan itu, Abdul Aziz berkata tonggak pertahanan Kedah tersebut turut didenda RM25,000 mengikut Artikel 1(7)(d) Perlembagaan FAM.

Namun, katanya Rizal boleh membuat rayuan pengurangan denda dalam tempoh dua minggu kepada Jawatankuasa Rayuan FAM mulai Khamis.

Isu perebutan antara Felda United dan Kedah terhadap Rizal timbul selepas pemain berusia 24 tahun itu didakwa memiliki dua kontrak.

Rizal didakwa membuat pusingan U dengan melanjutkan kontrak setahun bersama skuad Helang Merah meskipun sudah mencapai persetujuan hitam putih untuk menyertai Felda United.

Pada masa sama, Abdul Aziz berkata jawatankusa itu turut menolak tuntutan ganti rugi Felda United berjumlah RM474,000 terhadap Rizal kerana didakwa  melanggar kontrak.

"Namun Felda boleh membuat rayuan terhadap keputusan itu dalam tempoh dua minggu," katanya.

Read more at http://www.mstar.com.my/sukan/bola-sepak/2017/02/16/rizal-ghazali/#C4mHs9HVdjo79Qy4.99

MAHFUZ: APA KHABAR NIK AMAR? HALAU SAYA KELUAR PAS TAK PA..TAPI JANGAN TERLAJAK HALAU ORANG ASLI KELUAR DARI KELANTAN.

BismillahirRahmanirRahim

MAHFUZ: APA KHABAR NIK AMAR?
HALAU SAYA KELUAR PAS TAK PA..TAPI JANGAN TERLAJAK HALAU ORANG ASLI KELUAR DARI KELANTAN.

1. Tidak saya sangka kenyataan saya berkaitan pendirian PAS tidak akan kerjasama dengan mana-mana parti yang mempunyai hubungan dengan parti AMANAH dan DAP mendapat perhatian Naib Presiden PAS, Yang Berhormat Datuk Nik Amar dengan kenyataan yang amat memalukan PAS.

2. Kenyataan Datuk Nik Amar yang menghalau saya keluar dari PAS amat mengejutkan kerana ia memperlihatkan watak 'gedebe' beliau.

Sewajarnya beliau dengan latar belakang seorang pensyarah universiti serta berpendidikan Islam tidak membawa sifat 'menghalau' hanya kerana ahli PAS seperti saya  mengambil tanggungjawab menegur parti dengan pandangan yang berbeza dari pimpinan dan pendirian parti.

Sepatutnya beliau membawa watak matang, sejahtera, damai dan bukannya menghalau. Tanamkan perasaan kasih sayang, ingat mengingati supaya perasaan kekeluargaan sentiasa tersemai dalam Parti Islam Se-Malaysia (PAS).

Saya ingin menasihati Nik Amar tetapi siapalah saya, saya cuma ahli biasa. Kepada semua pemimpin tertinggi fahamilah perasaan 'anak-anak' anda, bukan "sayang semasa berada, dan menyingkirkan ketika tiada".

3. Jangan mengulagi apa yang dah berlaku. "Dulu halau ahli PAS (Kump 18), apabila mereka keluar lebelkan pula mereka sebagai pengkianat, selepas tu panggil balik masuk PAS".

Kenyataan saya tidak mengecam PAS atau pimpinan PAS. Sebaliknya kenyataan saya itu adalah kerana saya sayangkan PAS dan sayangkan negeri Kelantan.

SELAMATKAN KELANTAN

4. Saya sangat bimbang dengan keengganan PAS bersama rakan-rakan pembangkang dalam satu pakatan besar (grand coalition) boleh menyebabkan PAS kehilangan Kelantan. Begitu juga dengan kedudukan PAS di Selangor setelah PAS membuat keputusan untuk tidak kerjasama dengan mana-mana parti yang ada hubungan kerjasama dengan AMANAH dan DAP.

Kalau PAS boleh kerjasama dengan Semangat 46 yang terlibat menjatuhkan kerajaan PAS dan BERJASA parti serpihan PAS yang pernah khianati PAS pada tahun 1978 sehingga PAS di Kelantan tinggal 'batu nisan' , kenapa hari ini PAS tidak boleh berkerjasama dengan AMANAH dan parti-parti lain.

5. Kenyataan saya harus dilihat oleh beliau sebagai mewakili suara ahli-ahli biasa yang tidak gembira dengan cara politik PAS sekarang. Ramai ahli, penyokong dan pengundi PAS yang tidak senang dengan pendekatan politik PAS yang dilihat menjarakkan PAS dari arus perdana politik tanahair dan rakyat terbanyak yang mahu meranapkan kerajaan 'Kawaqtokrasi' (Klaptokrasi) Umno dan Bn pada PRU14 nanti.

JANGAN MATIKAN KRITIKAN

Adakah ahli yang menegur semua kena keluar PAS kerana menegur parti sendiri secara terbuka? Apakah budaya tegur menegur sudah mati dalam PAS?.

Untuk Datuk Nik Amar dan lain-lain pimpinan (PAS), jangan membina persepsi rakyat terhadap PAS andai memerintah negara suatu hari nanti maka PAS tidak boleh ditegur dan dikritik.

6. Saya amat gembira jika Datuk Nik Amar dapat urus Kelantan dengan baik dan cemerlang.Uruslah Orang Asli, Pasar Pasir Puteh, banjir lumpur di Temangan, KPK dan lain dengan penuh kesungguhan demi kemakmuran rakyat Kelantan.

Harapan saya dan juga rakyat terhadap Datuk Nik Amar adalah jangan dihalau pula Orang Asli keluar dari Kelantan kerana masyarakat Orang Asli juga tidak setuju dengan beberapa tindakan Kerajaan Kelantan akhir-akhir ini.

Terima Kasih Datuk Nik Amar kerana halau saya. InsyaAllah saya akan terus bawa suara akar umbi PAS demi cinta serta sayang terhadap parti PAS.

Jangan pernah mengira kejayaan yang telah kita dapatkan bukan sekadar kekuatan PAS sendiri saja, kejayaan diperoleh PAS kerana sejak tahun 1990 parti-parti pembangkang di Malaysia mula merapatkan kerjasama menghadapi Barisan Nasional dalam pakatan-pakatan yang lebih padu (kohesif) dan meyakinkan.

Usaha PAS menunjukkan kesepakatan dalam pakatan besar pembangkang (Pakatan Rakyat) menghadapi Barisan Nasional, telah menyaksikan PAS, PKR dan DAP mendapat kejayaan besar dan muncul sebagai pakatan paling padu (kohesif) dalam sejarah terkini sejak Angkatan Perpaduan Ummah (APU) dan Barisan Alternatif.

Sewajarnya pendekatan ini perlu diteruskan untuk menggarap semua kekuatan di dalam sebuah pakatan besar. Justeru untuk mengekal kemenangan serta membina satu gabungan pembangkang yang kuat, PAS perlu bersama dengan pelbagai parti-parti yang punya pelbagai sejarah, latar belakang dan asas perjuangan termasuk wadah-wadah baru seperti AMANAH dan PPBM supaya parti-parti ini termasuk Pas bersama di dalam satu pasukan besar pembangkang melawan untuk meranapkan Umno Barisan Nasional pada pru14.

#BiarJasaJadiKenangan
#SayangiIslamRahmatanLilalamin
#SayangiMalaysiaUntukSemua
#SayangiRakyat
#TakMauUmnoBn

Dato' Mahfuz Bin Omar
Ahli Parlimen Pokok Sena
01:00pm Taman Alwalid Alor Setar
16 Feb 2017/19 Jamadilawal 1438H

Lupakan usul Hadi, selesaikan ekonomi, pesan bekas ketua pengarah EPU

 Mohd-Sheriff-Mohd-Kassim-3
PETALING JAYA: Bekas ketua pengarah Unit Perancang Ekonomi menasihatkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak supaya melupakan usul presiden PAS dan permainan politik agama kerana ia akan menjejaskan kekuatan ekonomi negara.

Tan Sri Mohd Sheriff Mohd Kassim berkata pelabur akan mentafsir sokongan kepada usul Hadi sebagai mengelak tanggungjawab memulihkan ekonomi, sementara bagi rakyat pula kepimpinan nampaknya lebih suka mempolitikkan agama.

“Jika Yang Amat Berhormat (Najib) menyokong RUU 355, para pelabur dalam dan luar negara akan mentafsir bahawa ianya permainan politik untuk lari dari tanggungjawab yang amat mendesak iaitu memulihkan ekonomi.

“RUU 355 akan memecah-belahkan rakyat dan menyebabkan mereka bimbang akan masa depan negara. Bila rakyat tidak yakin, ekonomi akan hilang kekuatan dan rakyat menjadi mangsa semata-mata kerana kepimpinan yang suka bermain politik dengan agama.”

Sheriff berkata demikian dalam kenyataan yang diterima FMT hari ini.

Selain Sheriff, yang juga bekas ketua setiausaha Perbendaharaan, komponen Barisan Nasional dan pakatan pembangkang membantah atau sangsi dengan rang undang-undang (RUU) meminda Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) atau RUU 355 atas alasan ia bercanggah dengan Perlembagaan atau dikhuatiri membuka ruang kepada pelaksanaan hudud.

RUU persendirian itu dijangka dibentangkan pada sidang Dewan Rakyat bulan depan.

Merayu kepada sentimen Melayu dalam Umno, Sheriff memberi amaran kesan negatif daripada RUU 355 akan memberi kesan kepada kaum majoriti.

“Saya merayu YAB tidak menyokong RUU 355 kerana ia akan menyulitkan lagi kelemahan ekonomi dan seterusnya merosotkan sentimen terhadap nilai mata wang ringgit.

“Akibatnya inflasi meningkat dan kehidupan rakyat akan merosot dan yang akan menanggung bencara ini kebanyakkan orang Melayu kita juga,” kata Sheriff.

Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang melalui RUU yang dicadangkan tahun lepas mendepani usaha meminda Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 (Akta 355).

Usul Hadi antara lain mahu meningkatkan kadar hukuman maksimum bagi kesalahan syariah kepada 30 tahun penjara, denda RM100,000 dan 100 rotan.

Najib sebelum ini dilaporkan mempertahankan usul itu, mengatakan orang bukan Islam tidak perlu risau kerana undang-undang itu untuk orang Islam sahaja.

Sheriff mengirim surat terbuka hari ini ketika PAS bersiap sedia mengembleng sokongan untuk tunjuk perasaan menyokong usul Hadi di ibu negara pada Sabtu.

Struktur semula perkhidmatan awam, dana pendidikan dipotong tapi dana propaganda politik ditambah

PERKHIDMATAN AWAM PERLU DISTRUKTURKAN UNTUK MEMBUANG UNSUR POLITIK BERMULA DARI PENGHAPUSAN JASA

Saya rujuk kenyataan Tan Sri Mohd Sheriff Mohd Kassim mengenai keperluan menyemak kembali jumlah kakitangan awam yang dilihat terlalu besar. Pandangan ini dibincangkan oleh pakar-pakar ekonomi dengan mengambil kira kos penggajian dan pencen menampung kakitangan awam yang dikhuatiri tidak lagi mampu ditanggung oleh Kerajaan Persekutuan.

Sementara saya berkongsi kebimbangan mengenai kemampuan Kerajaan Persekutuan menanggung kos penggajian, pencen dan kebajikan kakitangan awam, saya juga percaya sebarang usaha untuk menyemak kembali kakitangan awam mestilah dibuat secara objektif dan berpandukan matlamat yang jelas.

Saya mengesyorkan ada dua matlamat paling utama yang perlu menunjangi sebarang inisiatif untuk menstrukturkan kembali perkhidmatan awam:

Membuang mana-mana jabatan, jawatan atau peruntukan yang tidak berkait dengan tugas sebenar perkhidmatan awam iaitu untuk berkhidmat kepada rakyat tanpa ada pilih kasih
Memastikan peruntukan dan perbelanjaan perkhidmatan awam yang telah distrukturkan itu (setelah membuang unsur yang tiada kaitan dengan perkhidmatan awam) adalah tepat dengan matlamat, berhemah, cekap dan memberi pulangan terbaik kepada rakyat.

Saya ingin mengingatkan diri sendiri dan rakan-rakan di dalam Pakatan Harapan dan pembangkang supaya berhati-hati dengan perangkap Umno/BN yang akan memutar belitkan isu ini seolah-olah Pakatan Harapan berniat untuk melemahkan perkhidmatan awam yang rata-ratanya dianggotai oleh penjawat awam berbangsa Melayu. Kita akan masuk perangkap itu jika kupasan mengenai isu ini tertumpu kepada soal jumlah jawatan (sering dirujuk bahawa perkhidmatan awam telah mencecah 1.6 juta orang) semata-mata dan tidak dikupas dari dua matlamat utama yang saya sebut seperti di atas.

Sebab itu, saya akan mula memberi tumpuan kepada cadangan-cadangan penstrukturan semula perkhidmatan awam dengan berpandukan dua matlamat di atas dengan membentangkan fakta dan angka-angka.

Bermula hari ini, saya ingin menyeru pentadbiran Dato’ Seri Najib Tun Razak menyemak kembali semua kementerian, jabatan dan penjawatan di dalam perkhidmatan awam supaya semua jabatan-jabatan dan penjawatan yang ditubuhkan khusus untuk berkempen politik bagi pihak Umno/BN dihapuskan serta merta. Jabatan-jabatan dan penjawatan yang ditubuhkan untuk berkempen politik bukanlah sebahagian dari perkhidmatan awam dan ia wajar ditanggung sendiri oleh Umno/BN; bukannya ditanggung oleh rakyat.

Maka, jabatan yang pertama yang perlu dihapuskan serta merta ialah Jabatan Hal Ehwal Khas ataupun JASA di bawah Kementerian Komunikasi dan Multimedia.

Saya lampirkan petikan dari dokumen Belanjawan 2017 (Maksud Bekalan 47 iaitu peruntukan yang diluluskan di dalam Belanjawan 2017 untuk Kementerian Komunikasi dan Multimedia) untuk menunjukkan jumlah wang rakyat yang dibazirkan untuk menampung kempen-kempen politik Umno/BN yang dijalankan oleh JASA.

Dari pecahan peruntukan di muka surat 563, JASA diperuntukkan sebanyak RM22,886,500 untuk dibelanjakan dalam tahun 2017 berbanding RM22,801,000 yang dianggarkan dibelanjakan dalam tahun 2016. Dari jumlah RM22,886,500 ini, RM5,712,900 adalah perbelanjaan penggajian dan RM17,173,600 adalah perbelanjaan perbekalan.

Jumlah kakitangan JASA pula kekal seramai 272 orang bagi tahun 2016 dan 2017.

Ini bermakna, JASA adalah beberapa jabatan yang istimewa kerana tidak mengalami potongan peruntukan berbanding dengan fungsi-fungsi perkhidmatan awam yang jauh lebih penting kepada rakyat seperti perkhidmatan pendidikan dan kesihatan. Bukan itu sahaja, JASA menunjukkan kenaikan peruntukan bagi penggajian iaitu kenaikan RM85,400 yang bermakna pada jumlah kakitangan yang sama bagi kedua-dua tahun, ada pegawai tertentu JASA yang dinaikkan lagi kos penggajiannya.

Kebelakangan ini, JASA dicemuh kerana menghantar maklumat propaganda yang mempertahankan Dato’ Seri Najib Tun Razak dalam isu-isu kontroversi seperti yang berkait dengan 1MDB melalui sistem pesanan ringkas Whatsapp tanpa dilanggani oleh orang ramai. JASA juga menghantar pegawai-pegawai ke luar negara berjumpa dengan siswazah Malaysia di tempat-tempat seperti United Kingdom dan Australia sedangkan pegawai-pegawai ini makan gaji dengan rakyat, bukannya dengan Dato’ Seri Najib Tun Razak.

Oleh itu, ujian yang paling mudah untuk melihat sama ada Dato’ Seri Najib menghormati cadangan mantan-mantan pegawai tinggi perkhidmatan awam seperti Tan Sri Mohd Sheriff Mohd Kassim ialah dengan melihat sama ada beliau akan memansuhkan JASA yang akan menyelamatkan wang rakyat sebanyak RM22 juta setiap tahun.

Wang ini lebih sesuai dibelanjakan untuk menampung 4,400 pelajar cemerlang di universiti tempatan melalui pemberian biasiswa kecemerlangan; daripada dibelanjakan ke atas individu-individu yang kerjanya mengulangi propaganda Umno/BN walaupun makan gaji dengan rakyat.

RAFIZI RAMLI
AHLI PARLIMEN PANDAN
NAIB PRESIDEN KEADILAN





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...