TERKINI :

Wednesday, February 15, 2017

H355 - Tibalah masanya NAJIB sepentas pula dengan HADI di Padang Merbok

Usin


KALAU SEMUA PARTI DAN PH TIDAK MAHU IKUT GURU TOK, AKHIRNYA ULIL AMRI AKAN BERSAMA KITA...

Air dicincang takkan putus. Itulah akrabnya guru tok dan Ulil Amri kita. Bila Ull Amri Najib buat program, mesti pmimpin tok akan hadir. Bila jemaah tok buat program, tentu kami jemput Ulil Amri bersama. Ada ubi ada batas. Seperti Najib pernah bersabda, " I Help U, U Help Me".

Dalam himpunan bantah kekejaman Myanmar terhadap Rohingya, Ulil Amri jemput guru tok hadir. Kami mendesak kerajaan di bawah Ulil Amri, iaitu Najib mengambil tindakan tegas ke atas kjaan Myanmar. Guru tok begitu tegas dlm ucapannya, dan Najib kelihatan tersenyum dan bertepuk tangan.

Hasil dari himpunan dan ketegasan guru tok beserta Ulil Amri kita, maka sebiji kapal penuh muatan telah kita hantar untuk membantu mangsa2 Myanmar. Bantuan itu kita serahkan kpd kerajaan Myanmar dengan penuh tawakkal agar kerajaan Myanmar serah kpd puak2 Rohingya. Khabarnya, bantuan2 tersebut telah diagih2kan kpd tentera2 Myanmar dan tok2 sami di sana. Mungkin air mineral sampai kpd mangsa2 Rohingya. Alhamdulillah.

Tak lama lagi, sekali lagi jemaah tok nak buat program bersama raksaksa agar umat2 Islam tahu dan sokong penangguhan RUU Akta 355 yg guru tok telah tangguhkan dua kali itu. Kami jemput PKR, takde respon. Kami jemput Dap dan Amanah walaupun perbuatan menjemput mereka adalah haram, tetapi mereka tak layan. Kesemua mereka mahu tindakan di Parlimen, bukan di tengah padang merbok, kata mereka.

Akhirnya, kami terpaksa merayu Ulil Amri Najib untuk datang bersama. Kami pasti bila Ulil Amri datang, takkan datang dengan tangan kosong? Najib ziarah orang mati pun bawa buah tangan, inikan pulak datang berhimpun bersama raksaksa. Tentu ada sesuatu yg bakal memenuhkan tabung milo kita nanti. Dan, kalau Najib datang, tentu pembodek2 dan macai2 dia serta pemakan2 dedak dia pun akan datang.

Sebab itu, guru tok berani beri jaminan, kehadiran kompom 1 juta. Bayangkan, pencacai2 Najib dicampur dengan walaun2 tegar guru tok?

Akhirnya, tok merayu datanglah beramai2 agar kita desak Ulil Amri kita laksanakan RUU Akta 355 ini. Kita desak Najib berani bertindak dan jangan takut dengan MCA atau Gerakan. Bukan mudah untuk berhimpun bersama Ulil Amri yg kita sayangi, rugi jika tak hadir seperti tak hadir solat Jumaat.

600K ahli PAS bakal menjadi penyokong AHOK jika benar mereka tidak turun HMPUNAN 355 Sabtu nanti..!!

Mat Alishah


Nampaknya sasaran kedatangan AHLI PAS ke H355 pada Sabtu ini telah di anggarkan dan ia keluar di akhbar online PAS iaitu HARAKAHDAILY (LINK)... Tujuan saya menyatakan hal ini adalah kerana saya hendak menghubungkaitkan kenyataan kunjungan ini dengan kenyataan dari pada PESURUHJAYA PAS PERAK di status FBnya dimana..


Disini berdasarkan kenyataan tersebut maka bolehlah kita menganggarkan seramai 600K lagi ahli PAS adalah penyokong AHOK... ini berdasarkan dari jumlah terkini ahli PAS iaitu 800K...

Tahukah anda siapa AHOK ini.. beliau adalah GABENOR JAKARTA dan didakwa menghina ISLAM...


Dari situ dapat disimpulkan dari kenyataan PESURUHJAYA PAS PERAK itu hendaklah PAS memastikan semua ahli mereka HADIR tanpa sebarang alasan kerana ini nak memertabatkan agenda besar yang dilakukan oleh parti jadi tiada alasan yang perlu diberikan..disamping kenyataan yang mengandaikan sesiapa yang tak turun ke H355 itu penyokong AHOK jadi ia satu kenyataan yang tegas.

PIMPINAN MANA YANG KIANAT KEPADA PERJUANGAN RAKYAT..??


Kenangan silam bersama PAS....Membaca penulisan dibawah teringat masa silam sering mengikuti ceramah-ceramah Ustaz Hadi di Masjid Mujahidin Damansara Utama di tahun 1980'an...

PIMPINAN MANA YANG KIANAT KEPADA PERJUANGAN RAKYAT..!??

1. Dulu-dulu, dalam usrah, kuliah, tamrin, mukhayyam @ (makan ayam) kami anak muda dibakar semangat oleh ulama Pas supaya lawan Umno. Kalau mati kerana lawan Umno, mati syahid. Kalau menang, hidup mulia.

2. Kenapa kena lawan Umno? Sebab pemimpin Umno zalim. Mereka nasionalis, sekularis, pragmatis, tolak Islam. Mereka zalim kpd ulama dan rakyat. Lawan mereka adalah tuntutan Agama.

3. Lalu ayat Al-Quran tentang tegahan cenderung kpd orang yg melakukan kezaliman pun dibaca, dihurai, disyarah dgn panjang lebar. Sokong Umno, sokong orang zalim. Sokong orang zalim kena sambar dgn api neraka. Nak selamat drpd neraka mesti berjuang bersama Pas.

4. Ada pemuda yg letak jawatan dlm kerajaan utk berjuang bersama Pas. Ditukar, kena tindakan disiplin, tak naik pangkat perkara biasa. Pukul 4 ptg balik kerja, terus ke markas Pas buat kerja utk lawan Umno. Ada duit bagi duit, ada tenaga bagi tenaga.

5. Itu dulu-dulu. Semasa Yusof Rawa dan Fadhil Nor pimpin Pas. Semasa Abdul Hadi belum jadi presiden dan bermenantukan Din. Semasa Nik Abduh, Nasrudin belum jadi MP. Semasa Mat Sabu, Mahfuz, Salahudin memimpin kami para pemuda. Semasa Taib Azamudin masih jadi imam Masjid Negara dan Ust Hashim Jasin masih bertugas sebagai Pegawai Agama di Pejabat Felda Negeri Perak, Ipoh.

6. Kini, segala-galanya berputar. Umno bukan lagi zalim. Najib tak perlu dijatuhkan. Lawan Umno dikira khianat. Berkawan dgn DAP dikira musuh Islam.

Ayat Al-Quran tadi bukan dihala kpd Umno lagi tapi dihala kpd musuh politiknya dan musuh politik Umno (Amanah dan DAP ?)

7. Padahal, Umno yg dahulu dan kini adalah Umno yang sama dan tak berubah sedikit habuk pun. Bahkan makin teruk. Maknanya, pihak yg berubah adalah Pas.
Berubah drpd lawan Umno kpd mesra Umno. Kononnya politik matang padahal politik gostan ke belakang.

8. Siapa khianat perjuangan jika ini yg berlaku?

Jawabnya ialah Pas...Patutkah Pas yg khianat perjuangan rakyat itu menerima undi rakyat?

Mantan Ahli PAS

Ku Li belum muktamad putuskan sokong atau tidak pindaan RUU 355 dalam Parlimen

 
KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Gua Musang menegaskan, beliau masih belum membuat keputusan sama ada akan menyokong atau tidak berhubung pindaan Rang Undang-undang Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) (Pindaan) 2016 (RUU 355) yang dijangka dibahaskan di Parlimen pada sidang akan datang.

Tan Sri Tengku Razaleigh Hamzah hanya berkata, “kita perlu tunggu” ketika menjawab soalan wartawan selepas menghadiri forum “Sejauh Mana Anda Memahami Hudud” anjuran Angkatan Amanah Merdeka di Rumah Kelab Parsatuan Alumni Universiti Malaya, Ahad lalu.

Pada forum itu, Profesor Undang-undang UiTM, Prof Datuk Dr Shad Saleem Faruqi berkata, pindaan RUU 355 yang di bawa Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang itu tidak mengikut perlembagaan kerana bertentangan dengan hak kebebasan beragama serta konsep kesamarataan mengikut undang-undang, lapor FMT.

Beliau yang lebih dikenali sebagai Ku Li sebelum ini berkata, tidak akan menyokong mana-mana RUU jika ia bertentangan dengan perlembagaan.

Mengulas mengenai pandangan Shad Saleem mengenai RUU355, Ku Li berkata, hujah yang dikemukakan pensyarah UiTM itu berdasarkan kepakarannya dalam undang-undang.

Ku Li berkata, melihat kepada perjalanan forum tersebut, membuktikan masih banyak pihak yang tidak jelas dengan RUU 355.

“Kita dengar pandangan orang ramai yang hadir forum ini, mereka masih tidak berpuas hati.

“Berdasarkan pendapat dilontarkan sebentar tadi, menunjukkan sebahagian daripada apa yang sudah dibuat adalah bertentangan dengan perlembagaan.

“Undang-undang sedia ada misalnya di Kelantan juga bertentangan dengan perlembagaan.

“Jadi pindaan RUU355 yang dicadangkan ini bertujuan membolehkan undang-undang yang diluluskan di Kelantan dilaksanakan dengan hukuman lebih kuat, lebih setimpal dengan kesalahan dilakukan,” katanya.

Pada 2015, Dewan Undangan Negeri (Dun) Kelantan meluluskan Enakmen Kanun Jenayah Syariah (II) (1993) supaya ia ditingkatkan dengan perlaksanaan hukuman lebih tinggi seerti hukuman atas kesalahan mencuri dan merompak.

Antara pindaan dicadangkan ialah hukuman penjara tidak melebihi 30 tahun atau denda tidak lebih RM100,000 atau 100 sebatan berbanding maksimum 3 tahun penjara, denda RM5,000 dan 6 kali sebatan yang boleh dijatuhkan Mahkamah Syariah ketika ini.

Selain Shad Saleem, panel lain pada forum itu ialah Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainual Abidin dan Pensyarah Sains Politik USM, Profesor Dr Ahmad Fauzi Abdul Hamid.

Kerjasama Pun Tidak,Saman Pun Tidak ,Faham-Faham lah yer ....!!!!

Oleh Shahbudin Husin
 
 
Hari ini, Presiden Pas, Hadi Awang telah menjawab dua persoalan yang sebenarnya sudah boleh dikira itulah pendirian rasmi parti tersebut.

Pertama, ketika diminta mengulas mengenai tempoh sebulan yang diberikan oleh Pengerusi Bersatu, Tun Mahathir Mohamad kepada Pas untuk memberi kata putus mengenai kerjasama antara kedua-dua parti, Hadi berkata, keputusan mengenainya sudah pun ada.

Beliau menjelaskan, tanpa menunggu tempoh sebulan yang diberikan itu, Pas sudah mempunyai dasar untuk tidak menjalinkan kerjasama dengan parti yang ada hubungan dengan DAP dan Amanah.

"Tak perlu tunggu sebulan untuk membuat keputusan dengan Bersatu. Kita sudah ada dasar, semua parti yang ada hubungan dengan DAP dan Amanah, kita tidak ada hubungan dengan mereka.

"Bila dia (Bersatu) dah ada hubungan dengan DAP dan Amanah, habislah," kata Presiden Pas itu lagi.
 
Dalam masa yang sama, Hadi juga memberitahu, Pas akan membuat keputusan selewat-lewatnya di Muktamarnya pada 28 April nanti mengenai hubungannya dengan PKR.

Ikut logik, oleh kerana berbanding Bersatu, hubungan antara PKR  dengan DAP dan Amanah lebih akrab kerana ketiga-tiga parti itu anggota Pakatan Harapan, maka tentulah jalinan kerjasama selama ini antara Pas dengan parti pimpinan Dr Wan Azizah Wan Ismail itu lebih wajar diputuskan juga.

Malah, oleh kerana Hadi tidak mahu menunggu tempoh sebulan sebagaimana yang diminta oleh Tun Mahathir, meskipun Mukhriz Mahathir yang mewakili Bersatu dan Tuan Ibrahim Tuan Man yang mewakili Pas ada mengeluarkan kenyataan bersama ke arah untuk bekerjasama, Pas seharusnya tidak perlu menunggu sehingga tarikh Muktamarnya untuk memutuskan hubungannya  dengan PKR.

Putuskanlah dengan segera hubungan dengan PKR sebagaimana Pas menolak kerjasama dengan Bersatu!

Dalam masa yang sama, baik Bersatu mahupun Pas, kedua-duanya haruslah membubarkan pasukan yang sebelum ini beberapa kali sudah bertemu untuk merundingkan kerjasama tersebut.

Semuanya sudah tidak bermakna lagi berikutan jawapan Hadi itu.

Kedua, meskipun Tuan Ibrahim beberapa hari lalu mengatakan Pas akan mengambil tindakan saman terhadap Husam Musa berhubung dakwaannya mengenai penyaluran wang RM90 juta melibatkan pemimpin tertentu parti itu yang didakwanya melalui Affin Bank, tetapi Hadi nampaknya memberi gambaran enggan berbuat demikian.

Bagi Hadi, tindakan Husam meminta disaman adalah helah yang sengaja dilakukan oleh Adun Salor itu kerana tidak mahu bertanding dalam pilihanraya umum akan datang.

"Kalau bawa ke mahkamah benda bohong, bila kalah tak boleh tanding pilihanraya. Kalau tak mahu bertanding, beritahu senanglah," tambah beliau.

Bagaimanapun, sebagaimana yang dinyatakan oleh Husam kemudiannya, alasan Hadi itu agak melucukan kerana saman sivil, meskipun seseorang itu kalah, ia tidak menghilangkan kelayakan untuk bertanding dalam pilihanraya. 

Yang menyebabkan hilang kelayakan bertanding ialah jika disabitkan kesalahan jenayah dan dihukum denda lebih RM2,000 atau penjara dua tahun.

Selain itu, kata Husam lagi, oleh kerana kes belum dibawa ke mahkamah, bagaimana Hadi boleh membuat kesimpulan beliau akan kalah dalam kes tersebut?
 
Yang nyata, jawapan Hadi itu lebih merupakan alasan untuk tidak mengambil tindakan saman kepada Husam.

Bermakna, saman kepada Sarawak Report tidak ketahuan hujung pangkalnya sehingga sekarang dan saman kepada Husam pula hampir pasti tidak menjadi kenyataan.

Jika dihubungkaitkan antara kedua-dua jawapan Hadi hari ini iaitu mengenai penolakan untuk bekerjasama dengan Bersatu dan mungkin pula memutuskan hubungannya  dengan PKR serta dalam masa yang sama  enggan menyaman Husam, tidaklah sukar memahami apa kedudukan Pas dalam pilihanraya akan datang.

Pas nyata akan bertanding bersendirian dan tujuan bertanding itu bukanlah untuk menang pilihanraya atau untuk memastikan Islam dapat disemarakkan melalui perjuangan parti itu. 

Tujuan bertanding hanyalah untuk memberi kelebihan kepada Najib, UMNO dan BN agar dapat terus kekal berkuasa melalui percaturan tiga penjuru. 

Kalah atau menang bukan lagi penting bagi Pas, yang mustahak ialah dapat membantu sehabis baik kepada Najib mengekalkan kuasanya.

Agaknya jika kali ini kalah semua 70 kerusi pun, Pas tetap akan berkata, "tidak mengapa" serta jawapan tambahan lain kepada para penyokongnya ialah,  "yang penting bukan menang di dunia, tetapi di syurga."

Syurga yang mana? Faham-fahamlah yerr

Akhirnya, PKR mula jauhi PAS

Syed-Ibrahim-Syed-Noh
PETALING JAYA: PKR yang selama ini masih menaruh harapan terhadap PAS yang bermusuhan dengan sekutunya dalam Pakatan Harapan (PH) kini dilihat semakin menjarakkan diri daripada parti Islam itu.

Beberapa pemimpin kanan PKR memberi bayangan yang parti itu lebih mengutamakan kerjasama dengan DAP dan Amanah, di samping Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) yang menjalinkan persefahaman dengan ketiga-tiga parti itu menerusi PH.

“Dari segi perjanjian PKR, kita konsisten untuk bekerjasama dengan Amanah, DAP dan PPBM. Jadi, sama ada PAS ingin bekerjasama atau kaji semula itu terserah kepada mereka (PAS),” kata Ketua Penerangan PKR, Syed Ibrahim Syed Noh kepada FMT.

Datuk Seri Abdul Hadi Awang pada Ahad berkata PAS akan menilai semula hubungan dengan PKR pada muktamarnya April ini.

Presiden PAS itu sekali lagi menegaskan tidak bekerjasama dengan DAP dan Amanah yang disifatkannya menentang Islam kerana tidak menyokong rang undang-undang (RUU) meningkatkan kuasa mahkamah syariah menjatuhkan hukuman lebih berat.

Gesaan Hadi itu ketika PAS dan PPBM berbincang di luar kerangka PH, sesuatu yang masih belum menghasilkan sebarang kerjasama yang jelas.

Ia juga dilihat berlawanan dengan mesyuarat PAS-PPBM pada 1 Februari, diwakili Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dan rakan sejawatnya Datuk Seri Mukhriz Mahathir. Kedua-dua mereka mengumumkan jawatankuasa teknikal bersama bagi mengkaji kerjasama secara rasmi.

Pemimpin tertinggi kedua-dua parti itu bagaimanapun tidak sehaluan, dengan Pengerusi PPBM Tun Dr Mahathir Mohamad beberapa kali mengulangi kritikan terhadap PAS kerana semakin mesra dengan pentadbiran Datuk Seri Najib Razak.

Sejak muktamar 2015 yang menyaksikan kemaraan Hadi dan penyokongnya daripada sayap Dewan Ulama parti itu, PAS semakin berubah dasarnya terhadap parti pembangkang lain, dan mengambil sikap berlembut dengan Umno.

Parti itu juga bertindak memutuskan hubungan dengan DAP, dan memilih bersendirian di bawah apa yang yang dinamakan Gagasan Sejahtera, yang disertai sebuah parti kecil pimpinan bekas menteri Tan Sri Abdul Kadir Sheikh Fadzir.

Situasi itu menyebabkan hasrat pembangkang untuk melawan Barisan Nasional (BN) satu-lawan-satu pada pilihan raya umum akan datang, sesuatu yang tidak akan tercapai.

Syed Ibrahim berkata, PKR bersiap sedia menghadapi persaingan 3 penjuru.

“Kita semua pembangkang kena bersatu lawan satu. Itu akan beri kekuatan yang lebih.

“Kita tahu senario sekarang kita hendak capai yang terbaik 1 lawan 1, kalau tidak boleh masuk pilihan raya umum dalam 1 penjuru kita kena bersedia dengan 3 penjuru,” katanya.

Bagaimanapun, Syed Ibrahim berkata PKR masih mengekekalkan kerjasama dengan PAS di peringkat kerajaaan negeri Selangor, yang turut disertai DAP.

Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution lebih tegas dalam soal kerjasamanya dengan DAP dan Amanah, dan memberi jaminan akan tetap bersama PH.

“Saya nyatakan secara jelas, tanpa berselindung. PKR adalah rakan komponen Pakatan Harapan bersama DAP dan Amanah, itu tidak akan berubah.

“Ikatan ini dimeterai dengan satu ikatan yang ditandatangani dan ada strukturnya, kekerapan pertemuan, kerangka bersama,” kata Saifuddin kepada FMT.

Saifuddin berkata, haluan dan pendekatan diambil PAS untuk menewaskan BN berbeza daripada pendekatan PKR dan PH.

“Jika PAS merasakan bersendirian adalah formula kemenangan, itu dianggap lebih baik untuk PAS.

“Kita hormati kefahamannya bahawa (menjadi) tunggal itu kuat,” katanya, dipercayai merujuk kenyataan beberapa pemimpin PAS sebelum ini yang lebih suka parti itu bersendirian daripada akur dengan dasar dan kemahuan parti pembangkang lain.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...