TERKINI :

Monday, February 13, 2017

Antara Kerajaan, Cikgu, Ibubapa dan murid-murid.. mana perlu faham langkah berjimat kerajaan..!!

Cikgu2 yg baca keratan Berita Harian nie jgn duk komen..:-)

Nak wat gena dah pilih nak kerja cikgu kena akurlah dgn apa jua arahan yg berkaitan. Saya tat pa lah kerja kilang ja, boleh la komen..:-)

Dak aih, melawak ja.

Sajalah nak cerita, hari Ahad kemarin saya pi mesyorat AJK PIBG sekolah anak nak bincang persediaan Mesorat Agung nak mai nie.

Mesyorat pi mesyorat mai, masuk bab lain2 hal.

Tu dia, mcm2 kertas kerja dan juga permintaan oleh wakil Guru dlm mesorat tu yg YDP garu kepala tak tau nak buat mcm mana...ya lah semuanya berkisar bab Dana.

Hat tu nak pakai duit hat nie nak pakai duit tapi duit tak dak !!

1. Ustazah yg ada sekali dlm tu bagi cadangan kita panggil Ustazah sekian sekian hat famos pandai bercakap satu Malaya kenai tu, Ustazah kata kalau jemput Ustazah tu mai ceramah mesti ramai org mai, boleh lah kita buat kutipan tambah dana utk Surau sekolah utk aktiviti itu ini dll. YDP Tn Hj tu cakap, nak panggil Ustazah tu ka? Bayaran dia saja dah sekian sekian ribu, tu tak masuk satgi dia minta duit hotel lagi duit kapai tobang lagi dll. Silap2 bukan ja tak balik modal, rugi lagi ada. Haru !!

2. Saya tak menyampuk bab cari dana nie sebab saya tau pi mai pi mai kalau serah kat AJK PIBG ja tapi ibubapa tak bagi kerjasama tak jadi apa haih. Kemudian masuk bab nak buat program utk Tahun 6; nak buat ceramah motivasi utk pelajar - hat nie pun nak kena guna duit gak nie tapi duit kena pekin (berjimat), byk program lagi nak kena pakai duit.

Belum sempat saya buka mulut, cikgu sorang tu kata ha bab ceramah motivasi tat pa, kita jemput En Monier bagi ceramah, dua sessi, satu utk pelajar dan satu untuk waris. Boleh kot En Monier? Boleh la.

Sip duit tang tu.

Nak habag kata kita sebagai ibubapa nie dlm keadaan negara duit tak dak sekarang nie, nak marah ka nak apa ka, kita tak dak pilihan, kalau nak sekolah anak kita ok, kita kena sama2 amik peranan. Hat tu lah mesej nak habagnya.

3. Ish panjang lah pulak tulis.

Last sekali timbul bab nak cari duit utk satu prasarana sekolah tu, lupa tak ingat. Cikgu sorang tu yg in charge kelas pendidikan khas, dua kali sepanjang mesyorat tu dia duk ulang cerita, naik segan saya.

Dia kata, kami di kelas Pendidikan Khas hari tu tikar getah terkoyak lantai simen tak selesa utk budak2 kelas pendidikan khas (anak2 istimewa) tu, En Monier dgn kwn2 dialah yg mai tolong, cuti baru nie dah siap ganti dgn lantai tiles, selesa budak2 tu. Baru2 nie Kawan En Monier sorang tu (Aznee Othman) mai bagi sumbangan komputer dgn printer, bla bla bla.

YDP kata, Tkasih byk2 En Monier dan kwn2 dia yg mai bantu. Dia cakap:

"Saya nak habag betoi lah, bukan saya tak pi PPD mana nu minta bantuan, tapi depa pun tak dak peruntukan. Depa suruh kita usaha cari sendiri, depa kata bukan kata dana itu dana ini, dana nak repair JAMBAN pun tak dak (maksudnya tak cukup)"

Lepas nie anak2 kita kalau nak pi sekolah pastikan depa berak cukup-cukup, kot kalau Jamban sekolah rosak tak lah sampai menganiayakan depa..:-)

Dak aih, melawak saja, nak habag kata dana utk sekolah2 sekarang ini memang sedang berada di tahap paling gaban.

Suka ka tak suka ka, sokong kerajaan ka sokong pembangkang ka, sebagai ibubapa kita kena ambil peranan dan tolong bantu apa yg patut terutamanya utk mereka yg ada anak2 di tahun 6. Pi ja jumpa cikgu tanya apa yg boleh dibantu, kalau cikgu perlu bantuan kewangan, pakat2 lah dgn waris2 tahun 6 tu, bukan utk anak2 org lain pun, utk anak2 kita juga.

Duk salak bukit pun tak jadi apa haih!!

Saja nak kongsi.

Tkasih.

Monier Mat Din

H355 : SYABAS kepada Parti Islam kerana berjaya buktikan Umno tidak berguna.

PADAN MUKA UMNO!

Semangat untuk Himpunan 355 (H355) di Padang Merbok pada 18/02/2017 nampaknya semakin meninggi. Pelbagai aktiviti dilakukan dengan konvoi dan sebagainya dan kenyataan-kenyataan media serta propaganda media dimuatnaik oleh para penyokong H355.

Apa yang menarik perhatian ialah kenyataan Pengerusi H355 bahawa himpunan ini bukan himpunan politik tetapi himpunan maruah orang Islam di Malaysia. Ini adalah maruah. Entah maruah yang bagaimana aku pun tak berapa faham.

Adakah maruah Islam di Malaysia tercabar jika Akta 355 tidak dipinda?

Adakah maruah orang Islam dihina jika Mahkamah Syariah tidak dinaikkan bidangkuasa menghukum?

Adakah orang Islam melarat dan merempat di bumi Malaysia jika tidak menyertai H355?

Apa pun aku mengucapkan syabas kepada parti Islam itu kerana bersungguh-sungguh mempolemikkan isu ini sehingga pelbagai isu berkait rapat dengan kehidupan masyarakat tenggelam begitu saja.

Aku juga mengucapkan syabas kepada Parti Islam itu kerana dengan kebersungguhan untuk meminda Akta355 dan mengadakan H355 ini berjaya membuktikan suatu perkara yang tak ramai orang perasan. Apa dia?

Penganjuran pertahankan maruah orang Islam melalui H355 ini dengan jelas menunjukkan bahawa Umno telah gagal mempertahankan maruah Islam selama mana Umno menerajui pemerintahan Malaysia. Umno telah gagal sebagai ketua Kerajaan untuk menunaikan tanggungjawab mempertahankan Islam dan orang Islam sehingga Parti Islam yang tidak memerintah perlu ambil tanggungjawab.

Pindaan kepada Akta355 adalah tanggungjawab Kerajaan Persekutuan pimpinan Umno tetapi Parti Islam yang terpaksa berhempas pulas untuk meminda.

Pertahankan Islam dan maruah orang Islam adalah tanggungjawab Kerajaan Islam pimpinan Umno tetapi kenapa Parti Islam yang terpaksa bergolok bergadai mempertahankan?

Apa guna Umno memerintah jika pindaan Akta355 yang kecil itu pun Umno tak mampu lakukan?

Apa guna Umno mengetuai Kerajaan Malaysia jika maruah orang Islam dan maruah Islam tak boleh dipertahan oleh Umno?

Apa guna Menteri Umno yang menjaga Islam kalau pindaan sekecil ini pun tak mampu dilakukan? Baik letak jawatan saja dan serahkan jawatan kepada wakil Parti Islam.

SYABAS kepada Parti Islam kerana berjaya buktikan Umno tidak berguna. Padan muka Umno diperbodohkan oleh Parti Islam. Jerat makan tuan nampaknya.

SYABAS kepada Parti Islam kerana dalam keadaan Umno dibuktikan oleh Parti Islam sebagai tidak berguna, Parti Islam masih lagi menaruh harapan kepada Umno untuk menjaga Islam dan negara.

Zulhazmi Sharif

'Kecilkan saiz perkhidmatan awam sebelum terlambat' - Bekas KSU

 
Bekas ketua setiausaha perbendaharaan, Tan Sri Mohd Sheriff Mohd Kassim mencadangkan agar kerajaan mengecilkan siz perkhidmatan awam selagi mampu untuk berbuat demikian.

"Saya akan kata, walaupun perbelanjaan kerajaan untuk memberhentikan (kakitangan awam) adalah besar, adalah berbaloi untuk melakukannya sekarang selagi termampu, daripada menunggu sehingga kita terjerumus ke dalam krisis kewangan seperti yang berlaku di Greece," jelasnya.

Mohd Sheriff merujuk kepada tindakan beberapa negara di benua Eropah yang secara tiba-tiba mengecilkan saiz perkhidmatan awam bagi mengurangkan perbelanjaan operasi setelah ekonomi terjejas teruk.

Pemberhentian kakitangan awam pada masa ini juga akan menjadi satu pendekatan yang positif dengan membolehkan mereka diberikan pampasan adil, kata Sheriff pada forum tadbir urus ekonomi di Sasana Kijang, Bank Negara hari ini.

Tambah beliau, lebihan kakitangan perkhidmatan awam telah menyebabkan ketidak cekapan dalam ekonomi dan kegagalan dalam disiplin kewangan kementerian serta jabatan kerajaan.

Sheriff turut berjenaka mengenai keperluan Malaysia untuk mencontohi Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump dalam tindakan pengecilan saiz perkhidmatan awam.

"Oleh kerana semua usaha (kami) sebelum ini untuk mengecilkan (perkhidmatan awam) tidak berjaya, mungkin kita harus mengikuti Donald Trump yang berkata mahu mengurangkan saiz perkhidmatan awam di Washington kerana mewujudkan terlalu banyak birokrasi, melumpuhkan ekonomi dan membebankan bajet persekutuan.

"Ada arahan daripada Trump bahawa bagi setiap jabatan baru atau agensi diwujudkan, dua yang ada harus ditutup.

"Saya fikir jika kita terima pakai arahan ini dengan jelas, ia akan menjadikan kementerian berfikir dua kali sebelum mereka mahu berjumpa Jabatan Perkhidmatan Awam," ujarnya.

Malaysia kini mempunyai 1.6 juta penjawat awam dan kerajaan perlu memperuntukkan RM76 bilion setahun untuk penggajian dan elaun. Sebanyak RM21.6 bilion lagi dibelanjakan untuk bayaran pencen.

Rakyat Johor penaik banner tanda PROTEST SENYAP KEPADA MB.

PROTES SENYAP MB JOHOR

1. Bersempena kehadiran MB Johor Dato Mohamed Khaled Nordin ke Pagoh, taburan banner dipasang sekitar Pagoh Johor telah menimbulkan suatu isyarat bahawa MB Johor hari ini sedang ditolak secara senyap oleh rakyat negeri ini.

2. Isi kandung yang tertulis di banner itu adalah berkenaan dengan projek Forest City yang mana telah diberikan taraf Hak Milik Kekal kepada pelabur asing sedangkan rakyat Negeri Johor hanya diberikan Hak Pemilikan Sementara sahaja. Seperti pepatah "Kera di hutan disusukan. Anak di rumah mati kelaparan."

3. Nyata isi kandungan dalam banner itu memaparkan isu bersangkut paut soal kebimbangan yang wujud di setiap minda rakyat Johor. Rakyat bimbang nasib anak bangsa bakal terpinggir dimasa hadapan akibat salah percaturan pemimpin masa kini.

4. Saya desak MB Johor menjawab persoalan yang dibangkitkan rakyat dalam banner tersebut sebagai suatu langkah mengurangkan kebimbangan yang menimpa pada rakyat Johor khususnya.

5. Dalam isu pemasangan banner yang meluas ini, saya melihat ia adalah sebuah kegagalan dalam menangani suara rakyat. Rakyat sebenarnya tiada peluang untuk bersuara sehingga isu sebegini dilakukan melalui protes dalam banner.

ONN JAAFAR
PENGARAH KOMUNIKASI AMANAH NEGERI JOHOR





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...