TERKINI :

Saturday, February 11, 2017

Ingatkan DAP yang akan menCHINAkan negara MALAYSIA, tapi BN yang melaksanakannya.

MENCHINAKAN NEGARA MALAYSIA - DARI UTARA KE PANTAI TIMUR SEMENANJUNG TANAH MELAYU

PROLOG:

30 juta rakyat Malaysia dihimpit kesusahan untuk hidup dengan pelbagai tekanan cukai dan harga makanan serta kediaman yang mencanak naik. Kejatuhan ekonomi dan keadaan perniagaan yang mencabar menyebabkan 40, 000 telah dibuang kerja. Peniaga kecil Bumiputera paling terkesan kerana tidak mempunyai pendapatan tetap.

Kerajaan kleptokrasi berbangga kerana permintaan terhadap pemberian belas ikhsan BR1M untuk membolehkan rakyat hidup telah bertambah. Jumlah maksimum yang diterima ialah RM100 sebulan dan penerima BR1M meningkat setiap tahun. 7 juta atau 23% dari rakyat Malaysia menerima BR1M. Ini bukti kemiskinan telah melanda rakyat Malaysia.

GEMPAR:

1. Isu penjualan tanah di Dataran Lang untuk pembinaan condo mewah yang akan dibangunkan oleh kontractor China hanyalah sebahagian dari projek menjadikan Langkawi sebagai ‘Monaco of the East’ yang tentunya lebih hebat dari Singapura yang juga mahu menjadi ‘Monaco of the East’. Apakah yang akan terjadi kepada 99 buah pulau-pulau Langkawi Geopark, dengan gunung ganang berumur 550 juta tahun di Langkawi yang tentunya adalah khazanah yang sangat tinggi nilainya? Akan tergadaikah jua?

2. RM43 billion off-shore trading port (atau military port?) di Melaka dikenali sebagai Melaka Gateway akan menggantikan Singapura sebagai pelabuhan dagang utama di Asia Tenggara. Pelabuhan ini nanti mengesahkan hak dan tuntutan negara China ke atas seluruh laluan Selat Melaka.

3. RM100 billion Bandar Malaysia a.k.a Bandar China adalah bandar bawah tanah terbesar di dunia. Bandar Malaysia / Bandar China ini akan melengkapkan laluan sutera koridor China antara Asia Tenggara dengan Asia Timur, Asia Barat dan Asia Selatan. Dibina di atas tanah 486 acres yang dulunya adalah Sg Besi Airport, tanah ini adalah milik China sepenuhnya.

4. RM100 billion Forest City di atas lautan yang ditambak di Johor Bahru adalah bandar buatan China yang menakutkan masyarakat dunia kerana gahnya pembangunan di situ. Dengan menempatkan hampir sejuta rakyat China dan Singapura, Forest City bakal menjadi Shenzhen ke 2.

5. RM55 billion pinjaman dari China untuk membina Laluan Kereta Api Pantai Timur (ECRL) akan membawa lebih ramai orang China ke Malaysia. Sebidang tanah bernilai RM5.85 bilion juga akan terjual dan berpindah milik kepada China untuk membolehkan pembinaan ECRL.

6. RM1.58 billion Pembangunan pelabuhan mega membesarkan Pelabuhan Kuantan mengiktiraf penguasaan China terhadap Laut China Selatan yang ingin dikuasainya selama ini. Apatah lagi telah terbina struktur-struktur kepunyaan China di Pulau Spratly di Laut China Selatan.

EPILOG

Lengkap sudah kehadiran dan penguasaan China di Malaysia. Ini akan memudahkan 1.4 billion penduduk China mempunyai penempatan baru sebagai alternatif untuk berpindah ke sebuah negara kaya yang dulu dikenali sebagai Tanah Melayu.

http://www.edisiviral.com/news/ingatkan-dap-yang-akan-menchinakan-negara-malaysia-tapi-bn-yang-laksanakannya?uid=39926

Industri automobil negara rosak jika salah pilih rakan Proton

ProtonK

Kesilapan memilih rakan niaga Proton dengan pemilikan 51% sahamnya boleh mengakibatkan 'pengherotan' yang akan merosakkan industri automobil negara, tegas Pengarah Strategi Amanah Dr Dzulkefly Ahmad.

Dr Dzulkefly Ahmad

Menurut beliau, meskipun Syarikat Proton Holdings Bhd (Proton) bakal mendapat rakan strategik, pihak kerajaaan dan pengurusan Proton perlu memahami cabaran persaingan global yang menuntut kepimpinan syarikat mempunyai visi yang jauh dan tajam untuk berjaya dalam pertarungan global yang semakin sengit.

"Tidak cukup dengan langkah-langkah perlindungan atau polisi 'protectionist' sahaja sementara negara tidak kekal dengan komitmen untuk membuat pelaburan dalam teknologi, R&D dan modal insan yang tinggi bagi menjana sektor pembuatan yang berprestasi tinggi," ujarnya.

Beliau menambah, ketika Proton berusaha mencari rakan niaga strategi, kerugian yang ditanggung syarikat automobil negara itu tidak lagi mengejutkan pihak awam.

Syarikat kereta nasional itu, jelasnya pernah mempunyai simpanan tunai melebihi RM3 bilion tatkala diambil alih DRB HiCom.

Namun kini ia mengalami kerugian berjumlah RM1.4 bilion (atau 72 sen sesaham) pada tahun kewangan ketiga 2016.

Bagi tahun kewangan berakhir Mac 2016, DRB-Hicom merekodkan rugi bersih berjumlah RM991.90 juta, juga disebabkan prestasi Proton yang lemah.

Walaupun pada hakikatnya Proton sememangnya memerlukan rakan strategik sejak zaman pentadbiran Tun Mahathir Mohamad, namun jelas beliau, ia tidak dilaksanakan bagi menjaga kepentingan nasional.

Proton pada waktu itu, ujarnya adalah platform untuk membuat perolehan teknologi baru sebagai sebahagian polisi perindustrian.

"Kini Proton kembali mencari rakan strategik. Syarat pinjaman RM1.5 bilion yang diberikan kerajaan kepada Proton, kini sebuah syarikat GLC, adalah bersekali dengan syarat untuk Proton mencari satu rakan strategik yang kuat sementara pinjaman adalah untuk pembayaran pihak vendor," jelasnya.

Tiga nama pembida teratas adalah Geely Automobil dari China, PSA dari Perancis dan Renault SA.

"Spekulasi pembelian Geely ke atas Proton sudah viral. Geely sebuah perusahaan automotif swasta terbesar di China, berpusat di Taizhou, Zhejiang.

"Dikatakan kereta Geely paling laris di China beberapa tahun kebelakangan ini. lebih-lebih lagi setelah mengadakan kerjasama dengan Volvo yang dibeli pada tahun 2009," ujarnya.

Beliau berharap syarikat tersebut mampu merancakkan Malaysia sebagai pusat pembuatan berprestasi tinggi dan penjualan kereta keluarannya di rantau Asia Tenggara.

Geely juga diharap membantu Malaysia mengeksport jenama kereta Proton untuk dijual di China.

Bagaimanapun Dr Dzulkefly turut membangkitkan kerisauan pelbagai pihak tentang 'penaklukan China ke atas kedaulatan' negara ini.

"Perkara ini tentunya perlu diambil perhatian, khasnya perihal ekosistem yang unik dalam negara ini.

"Tambahan pula, bagi setiap peralihan kepimpinan dan pengurusan, hanya satu set kroni baru sahaja yang bertukar tanpa melonjakkan prestasi pencapaian dan teknologi, sementara yang berpeluang membolot keuntungan melakukannya secara rakus dan tamak.

"Penting meletakkan kepimpinan yang tepat dan wajar untuk memahami cabaran persaingan global yang sengit dalam industri automobil ini," tegas beliau.

Tulisan lanjut Dr Dzulkefly boleh diikuti dalam mingguan Amanah keluaran terbaru.

Selepas isu RM90 juta, Pas Kelantan anjur ceramah mega serang Husam

10 Februari 2017 | ARIF ATAN

Poster ceramah mega Pas Kelantan

Pas Kelantan bakal mengadakan ceramah meganya di Kota Bharu yang dilihat khusus menyerang Penasihat Amanah negeri itu, Datuk Husam Musa pada 20 Februari ini dengan tajuk "Husam Lari Dari Debat Baiah".

Poster program anjuran Dewan Pemuda Pas Kelantan tersebut tular di media sosial ekoran dakwaan Husam sebelum ini bahawa Pas menerima sejumlah dana mencecah RM90 juta daripada Umno melalui akaun Affin Bank.  

Menampilkan Ketua Penerangan Pas Kelantan, Ustaz Nassuruddin Daud yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Islam, Dakwah, Penerangan dan Hubungan Serantau sebagai salah satu penceramahnya, program berkenaan bagaimanapun mengundang pelbagai reaksi netizen.

Rata-rata pengguna media sosial mempersoalkan kewajaran tajuk tersebut ketika rakyat dibebani kos sara hidup tinggi selain limpahan jenayah rasuah dan penyelewengan kuasa.  

Dijadualkan berlangsung di perkarangan Stadium Sultan Muhammad IV, turut akan berceramah Ketua Pemuda Pas Kelantan, Ahmad Fadhli Shaari; AJK Badan Perhubungan Pas Kelantan, Nik Bahrum Nik Abdullah; Ketua Penerangan Pemuda Pas Kelantan, Nazman Che Iberahim dan Yang Dipertua Pas Kawasan Ketereh, Wan Ismail Wan Jusoh.

Semalam, Timbalan Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dalam kenyataannya akan mengambil tindakan undang-undang ke atas Husam berhubung dakwaan penyaluran RM90 juta itu yang menurutnya, tindakan sama ke atas Sarawak Report.

Walau bagaimanapun, Pas hanya menyerahkan surat tuntutan kepada editor Sarawak Report, Clare Rewcastle Brown, pada 13 Disember tahun lalu selepas tiga bulan Presiden parti itu, Datuk Seri Abdul Hadi Awang meletakkan tempoh untuk memfailkan saman kepada laman web itu.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...