TERKINI :

Wednesday, February 8, 2017

Apabila UMNO dok pulun bercakap isu 30 tahun dahulu sedangkan isu hari ini semua diam membisu..!!

1.Isu BMF, Forex - agenda bodoh dan tolol yang terus menjahamkan negara dan memudaratkan rakyat.

2.Setiap warga asing khususnya pelabur yang melawat atau membaca berita Malaysia akhir2 ini pasti bingung melihat apa yang berlaku.

3.Saban hari kisah 30 tahun lalu dihebohkan dimedia utama. Dan yang bercakap mengenainya adalah golongan pemuda sebuah parti pemerintah.

4.Mrk pasti hairan melihat anak2 muda bercakap soal 30 tahun lampau kerana anak muda lain didunia bercakap soal hari ini dan masa depan.Anak2 muda Malaysia,lebih tepat lagi pemimpin pemuda parti pemerintah dinegara ini bercakap soal 30 tahun lalu.

5.Mrk juga pastinya bertanya bagaimana pemuda usia 30an ini bercakap soal 30tahun lalu.Di saat mereka baru dilahirkan!

6.Inilah imej Malaysia yang dipamerkan oleh UMNO hari ini.imej yang bukan sahaja ganjil tapi penuh dengan kebodohan.

7.Dan lebih penting lagi kebodohan mrk ini memberi imej buruk dan meranapkan negara bertuah ini.UMNO melalak soal 10billion,100billion yang hilang.Apakah mereka sedar negara ini sudah hilang jauh lebih besar dari itu?Malaysia sudah hilang maruahnya.Malaysia sudah hilang keyakinan dunia!

8.Tun Daim Zainudin juga pernah sebut soal 'the trust deficit'.Beliau mengupas soal kegawatan dan krisis ekonomi hari ini dengan menumpukan perhatian kepada soal trust.soal keyakinan.

9.Pada hemat saya ada 2 faktor utama dunia hilang keyakinan kepada kita.Pertama: kerana kita ada seorg PM yang bodoh dan sanggup  memperlihatkan ketololannya kepada dunia dengan mengaku tidak tahu duit berpuluh juta masuk ke akaunnya!PM ini juga telah bersedia mengaku kepada dunia beliau seorang yang bangang(meminjam kata2nya sendiri semasa PAU lalu) kerana beliau mengaku tidak tahu dokumen apa yang beliau tandatangani sebagai menteri kewangan dan pengerusi panel penasihat 1MDB!

10.Itu kebodohan yang beliau akui.lebih banyak kebodohan yang beliau tidak akui.Kebodohan seorang PM membiarkan  budak2 muda bernama Jho Low and the gang termasuk anak isteri PM  sendiri meleburkan berbilion duit kita.Berpoya parti berjuta2 guna duit kita.Beli penthouse,kapal terbang,kapal layar ratusan juta ringgit guna duit kita.buat filem semi porno pun guna duit kita!

11.Kebodohan dan ketololan semua inilah yang menghilangkan keyakinan dunia kepada kita.Kerakusan nafsu serakah inilah yang menjahanamkan nama baik negara kita.Dan keadaan menjadi parah apabila tiada tindakan diambil terhadap semua jenayah dan penjenayah ini.

12.Inilah faktor kedua hilangnya keyakinan dunia kpd Malaysia.Disaat banyak negara bertindak menyiasat,menangkap,membicarakan dan menghukum, di Malaysia sendiri tiada tindakan diambil!

13..Keyakinan dunia kepada negara ini tidak akan kembali dengan teriakan kisah 30tahun lalu.Keyakinan dunia hanya akan kembali dengan tindakan kerajaan hari ini terhadap jenayah hari ini.

14.Kerajaan lalu telah ambil tindakan terhadap jenayah lalu.Ada tangkapan dan hukuman kes BMF.Ada yg hilang jawatan kes Forex.Kertas putih dibentang dan dibahas di Parlimen.Tindakan mungkin tidak sempurna dan betul semuanya tetapi pokoknya dunia tidak hilang keyakinan kpd Msia masa itu spt hari ini krn mrk lihat ada tindakan diambil.Dan dunia juga tidak lihat PM masa itu bodoh dan tolol spt PM hari ini tentunya.

15.Pemuda UMNO sepatutnya tanya PM hari ini mana Jho Low, Shahrol,Nik Faisal,Riza Aziz?Nama2 yang jelas telah disebut dlm laporan2 siasatan dan mahkamah dlm dan luar negara.

16.Pemuda UMNO sepatutnya tanya PM mengapa tiada langsung tangkapan kes 1MDB dan SRC di negara ini walhal di negara jiran dan jauh sudah banyak tangkapan dibuat?

17 Pemuda UMNO sepatutnya tanya PM adakah beliau MO1 kerana seluruh dunia mahu jawapan ini dan jawapan ini penting untuk kembalikan keyakinan dunia kepada negara ini.

18.Inilah persoalan relevan dan berfaedah.Bukan persoalan yang menambah imej kebodohan dan ketololan.Ianya memudaratkan negara kerana imej kebodohan inilah yang diperhati seluruh dunia dan menghakis keyakinan dunia kpd negara ini.Kembalikan keyakinan dunia bukan terus hilangkan keyakinan dan jahanamkan negara.

Mohamad Ezam M Nor
Pengerusi Hisbah Centre for Reform.
Ahli Dewan Negara 2010-14
Pengarah Komm MOF 2014-17( letak jawatan 2016 setahun lebih awal)
Tahanan ISA dan OSA 2001-03.
8 Feb 2017 /12jamadilawal 1438H.

Mahfuz : Jangan rampas Langkawi dari pemerintahan Tuanku Sultan Kedah..

Kenyataan Media

*JANGAN RAMPAS LANGKAWI DARI PEMERINTAHAN TUANKU SULTAN KEDAH: 'LANGKAWI PERMATA KEDAH' SEBAGAI SEBAHAGIAN KAWASAN WILAYAH PERSEKUTUAN TIDAK MASUK AKAL DAN BIADAP*

1. Menteri Wilayah Persekutuan,Datuk Seri Tengku Adnan Mansor yang juga Setiausaha Agong Umno menerusi temuramahnya dengan stesen radio BFM dipetik sebagai berkata, mahu mengembangkan Wilayah Persekutuan meliputi Pulau Pinang, Langkawi ('Langkawi Permata Kedah') dan sebahagian Melaka.

Apabila nama Langkawi dipetik,sebagai anak jati Kedah dan rakyat yang taat setia terhadap raja yang memayungi negeri,saya tidak akan berdiam diri untuk bangkit menentang cadangan tidak masuk akal yang boleh dianggap sebagai 'cadangan dari pembodek tegar PM Najib' .

*_Adalah sangat biadap dan suatu penghinaan terhadap Kebawah Duli Tuanku Sultan dan rakyat Kedah apabila 'pembodek tegar PM Najib' memasukan nama 'Langkawi Permata Kedah' dalam cadangan untuk dijadikan Wilayah Persekutuan_*.

2. Walaupun hanya bersifat cadangan tetapi menunjukkan apa yang ada 'dalam kepala' Setiausaha Agung Umno itu untuk mengambil 'Langkawi Permata Kedah' daripada pemerintahan Sultan Kedah agar diletakkan di bawah jajajahan takluk  Kerajaan Persekutuan.

Cadangan tersebut merupakan *_percubaan awal Umno mahu merampas kuasa pemerintahan  Sultan Kedah ke atas 'Langkawi Permata Kedah' untuk dijadikan Wilayah Persekutuan Langkawi_*.

Ini bukan dilakukan oleh DAP.

3. Belum sampai sebulan sambutan perayaan Hari Keputeraan Tuanku Sultan Kedah, *_Umno sekali lagi selepas setahun yang lalu mengganggu tumpuan rakyat Kedah dan kemeriahan sambutan Hari Keputeraan Sultan Kedah_*.

Rakyat Kedah masih ingat peristiwa setahun yang lalu apabila Umno mengheret Tuanku Sultan Kedah dalam percaturan politik untuk cengkaman kuasa politik Najib dan Umno dalam satu komplot *_'rampasan kuasa' dengan menggulingkan Dato'Seri Mukhriz Tun Mahathir sebagai Menteri Besar_*.

Hari ini satu lagi *_percubaan awal untuk merampas 'Langkawi Permata Kedah' dari pemerintahan Tuanku Sultan dan rakyat Kedah_*.

4. Ku Nan sebagai Setiausaha Agung *_Umno cuba memecah belah kesatuan rakyat Kedah yang berpayung dibawah kedaulatan Tuanku Sultan Kedah_*.

*_Ku Nan perlu sedar bahawa, Langkawi kini telah dikenali sebagai “Langkawi Permata Kedah” dan ianya diistiharkan oleh Kebawah Duli Tuanku Sultan Kedah_* sempena sambutan Jubli Emas Pemerintahan Kebawah Duli Tuanku Sultan pada bulan Ogos 2008.

*_Pengisytiharan tersebut sekaligus menjelaskan bahawa Langkawi adalah sebahagian dari Negeri Kedah Darul Aman yang selama ini pelancong luar negara akan mengenali Langkawi Malaysia bukannya Langkawi Kedah_*.

Rakyat Kedah sentiasa teguh bersama Tuanku Sultan Kedah untuk *_tidak sama sekali menyerahkan walau seinci pun wilayah Kedah kepada Kerajaan Persekutuan_*.

Sebaiknya Parti Umno 'nyah' meninggalkan Kedah kepada rakyat Kedah dan *_jangan mengganggu keharmonian kami yang selesa dibawah pemerintahan Tuanku Sultan Kedah_*.

Untuk Ku Nan,saya dedikasi serangkap pantun yang pernah dibaca oleh Tuanku Sultan Kedah ketika era kebangkitan pasukan bolasepak Kedah suatu ketika dulu.

"Bini Nama Bedah,
Laki nama Dolah,
Kami anak Kedah,
Kami pantang kalah"..!

#LangkawiPermataKedah
#JanganRampasLangkawi
#LangkawiHakKedah
#MembujurLaluMelintangPatah
#SelamatkanTuankuSultanKedah
#SelamatkanKedah
#DaulatTuanku

*DATO' HJ MAHFUZ HJ OMAR*
Ahli Parlimen Pokok Sena
9:00am Taman AlWalid Alor Setar
8 Feb 2017/11 Jamadilawal 1438H

Menjawab tulisan Hj. Idris Ahmad - Ghuluw (melampau) dan Takfir : antara penyuburan dan penghakisan

Ghuluw (melampau) dan Takfir : antara penyuburan dan penghakisan
(Jawapan kepada tulisan Hj Idris Ahmad)

1. Pemikiran ghuluw dan takfir boleh subur dalam mana mana masyarakat tanpa mengira anutan parti dan tahap sosio ekonomi. Sebahagian dari tentera ISIS adalah 'bekas' mujahidin Afghanistan, bahkan ada yang pernah ditarbiah dalam madrasah tarbawi dengan pelbagai jalur pemikiran.

2. Isu yang patut ditangani ialah usaha untuk menghakis pemikiran takfir dan ghuluw, bukan menambah parah untuk tetap membela 'parti' yang amat disucikan seperti yang selalu diungkap oleh Hj Idris Ahmad "ana kira Allah, Rasul dan Pas", sehingga setiap tindakan akan dipastikan menguntungkan PAS. Pemikiran yang seumpama ini akan menyuburkan sikap ghuluw di kalangan para pengikut.

3. Benarkah Pas tidak menyuburkan pemikiran ghuluw dalam era ini? Siapa yang tidak kenal nama nama Shaharuddin Ibrahim, Sharkawi, Sobri dan beberapa nama lagi yang semudahnya mengungkapkan ungkapan "munafiq" "sesat" "puak haram jadah" dan sebagainya di merata masjid, surau dan medan ceramah? . Bukankah ghuluw berpunca dari rangkuman pemikiran "yang benar adalah kami, yang salah adalah orang lain".

4. Bahkan, lebih dari itu ada yang apabila ditanya "macamana sikap kita terhadap orang PAN?", ada Ustaz yang sedang diangkat ke martabat Tuan Guru sekarang ini menjawab "bagi mereka agama mereka, bagi kita agama kita - lakum dinukum wali yadin". Apabila "parti" disama tarafkan dengan agama bukankah itu sikap melampau yang keterlaluan?. Lebih berat apabila yang menjawab itu menyandang jawatan yang amat tinggi dalam PAS.

5. Mungkin Hj Idris sudah lupa tentang dakwaan "Ustaz Mursyid" yang amat 'susah' tersalah, gelaran ini dinisbahkan kepada pemimpin utama Hj Idris dan dibuat pula oleh seorang yang aktif dalam 'ulama' parti Hj Idris. Bukankah itu sebahagian dari petanda sikap ghuluw?

6. Hj Idris nampaknya marah apabila dimainkan isu sedondon dengan si zalim Najib Razak, apakah Hj Idris tidak menganggap Najib itu zalim? Yang dipertikaikan bukan pertemuan, tetapi tindakan itu telah menjadi medan menjulingkan mata rakyat berkaitan status si zalim itu. Adapun pertemuan biasa atau atas urusan G2G, itu tidak pernah dipertikaikan. Kala si zalim itu sedang rakus menindas rakyat, tiba tiba Hj Idris dan partinya menyertai program pembinaan imej si zalim itu, bukankah itu bermakna anda (atau enta) sedang menyucikan wajah si zalim itu?.

7. Tindakan Hj Idris yang cuba mengheret kakitangan kerajaan adalah tindakan 'tersepit' dan lambang tidak memahami sistem berkerajaan di Malaysia, sepatutnya selaku ahli parlimen, Hj Idris tidak mengheret para pegawai dalam polemik ghuluw dan takfir yang sedang terpalit pada Pas.

8. Adapun kami di AMANAH, setelah merasai keperitan dilanda dengan gelombag takfir dan ghuluw, maka kami sentiasa berusaha untuk menghakiskan pemikiran berbahaya itu dengan memperbanyak program pembinaan ilmu di kalangan ahli, dan berusaha sehabis daya untuk menghakis pemikiran itu di kalangan ahli kami sekiranya masih berbaki lagi pemikiran itu hasil didikan lama.

Eenta tulis, ana jawab

Ridzwan bin Abu Bakar
4.28 ptg / Seksyen 18, Shah Alam

Adakah Ketua Pemuda PAS Penang sudah kehabisan modal politik, akhirnya lantunkan irama takfiri.

Zolkharnain Abidin Al-Abyadhi


1. Patutkah urusan fatwa ada campurtangan drpd eksekutif? Perlukah fatwa dibentang kpd exco? Sejauhmana j/kuasa fatwa sesebuah negeri bebas dlm mengeluarkan fatwa? Wajarkah sesebuah fatwa tidak selari dgn polisi kerajaan? Apa jadi dgn fatwa yg tidak selari itu, jika ada..?

2. Bagi aku, semua isu di atas hanya isu pentadbiran saja. Semuanya bergantung kpd kebijaksanaan komunikasi antara mufti selaku pegawai kerajaan negeri dgn bosnya iaitu MB atau KM. Tentu tidak manis, mufti memimpin j/kuasa fatwa utk keluarkan fatwa yg bercanggah dgn polisi negeri. Di sinilah letaknya kebijaksanaan seseorang mufti.

3. Aku tak pernah dengar mufti Singapura keluarkan fatwa yg berlawanan dgn polisi kerajaannya. Logiknya pun, apa faedahnya seseorang mufti pimpin j/kuasa fatwa keluarkan fatwa yg bercanggah dgn polisi negeri. Takkanlah mufti PP senaif itu, tidak faham prosedur sampai ke tahap itu, atau tidak tahu aulawiyyat dan waqi' sehingga buat fatwa yg timbulkan kekecohan sampai ke tahap mufti tak disambung kontrak?

4. Kepada pemimpin pemuda Pas yg balik al-Azhar, belajarlah utk melihat sesuatu dgn kacamata kebijaksanaan, bukan dgn sentimen dan pemikiran takfiri. Jgnlah kerana LGE itu non Muslim, PP diperintah oleh DAP, kamu cuba masukkan orang lain yg tidak sealiran dgn kamu ke dlm bakul sentimen kamu iaitu, DAP musuh Islam.

5. Lagi pun, bukan suatu kesalahan utk exco PP tahu fatwa yg bakal dikeluarkan. Bahkan dlm perjalanan pentadbiran Islam zaman dulu, fatwa dikeluarkan oleh ketua negara sendiri. Apa bezanya dgn kini jika fatwa perlu diketahui oleh exco? Logiknya pun, pemakaian fatwa itu turut melibatkan rakyat dlm negeri berkenaan yg tentunya implikasinya perlu turut dipikul oleh kerajaan.

 6. Kerajaan negeri BN pun akan pastikan fatwa selari dgn kehendaknya. Sebab itu mufti kerajaan BN adalah penyokong Umno. Sama seperti mufti Kelantan adalah penyokong Pas. Bukankah ini faktor yg diambilkira sehingga Harussani terus kekal sbg mufti kerajaan Umno Perak?

7. Aku tak pernah tahu pun kerajaan PP bantah, langgar atau tolak fatwa yg dikeluarkan oleh j/kuasa fatwa PP. Jika ada seperti kata pemuda Pas, tunjukkanlah. Fatwa kalimah Allah? Utk makluman pemuda Pas, jika dikatakan kerajaan PP tak setuju (jika betul), aku nak bagi tahu, aku pun tak setuju, bahkan aku percaya ramai lagi yg tak setuju. Soalan aku, adakah salah DAP juga dalam isu ini?

8. Bagi aku, pemuda Pas sudah kehabisan modal politik. Mereka tak ada wawasan, tak ada idea, tak ada program, tak ada misi dan visi, tak tahu nak beraksi dlm pentas politik yg semakin rencam, tak punya kapasiti utk berdepan secara ilmiah dgn saingan politik mereka, tak tahu nak kupas dan ulas isu rakyat dan banyak lagi.

9. Habis tu, apa yg pemuda Pas tahu? Ya, pakai ketayap atau serban, kemudian jual agama sana-sini, tuduh dan label orang sana-sini. Akhir sekali, lantunkan irama takfiri.

Begitulah adanya...!




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...