TERKINI :

Tuesday, February 7, 2017

Aduhai UMNO, idea LANGKAWI jadi WP tak masuk akal, tapi PENANG.. pakat setuju pula..!!

Idea Langkawi jadi WP tak masuk akal

 tajul-urus-langkawi
PETALING JAYA: Adun Tanjung Dawai menjadi pemimpin Umno pertama yang menolak cadangan Menteri Wilayah Datuk Seri Tengku Adnan Mansor untuk menjadikan pulau Langkawi sebagai negeri Wilayah Persekutuan.

Datuk Tajul Urus Mat Zain berkata cadangan Tengku Adnan itu tidak masuk akal dan perlu mencari cara lain jika mahu mengambil Langkawi.

“Hasrat menjadikan Langkawi sebagai sebahagian kawasan Wilayah Persekutuan itu cadangan tidak masuk akal. Saya tidak setuju langsung.

“Langkawi ialah jajahan di bawah Kedah. Jika Tengku Adnan mahu ambil sila fikir cara lain,” katanya kepada FMT, hari ini.

Bantahan Tajul itu senada dengan pemimpin DAP Pulau Pinang yang tidak bersetuju langsung cadangan Tengku Adnan yang menyuarakan idea itu ketika diwawancara stesen radio BFM minggu lalu.

Selain Langkawi dan Pulau Pinang, Tengku Adnan turut mencadangkan sebahagian Melaka sebagai Wilayah Persekutuan dengan alasan memudahkan urusan kerajaan Persekutuan dalam menumpukan perhatian dan menyalurkan dana.

Tajul berkata cadangan Tengku Adnan itu tidak akan memberi faedah kepada mana-mana pihak serta beberapa sektor seperti ekonomi.

Selepas dikecam teruk, Tengku Adnan berkata cadangannya untuk mengambil alih Pulau Pinang kerana kerajaan negeri itu tidak mengambil berat perihal orang Melayu.

Sejak 1987, Langkawi diberi status sebagai pulau bebas cukai dan sehingga kini ia menjadi antara lokasi beli-belah dan popular dengan keindahan alam semula jadinya.

Konon alim tapi bongkak, kata Ibrahim Ali pada kerajaan Kelantan

 ibrahimAli
PETALING JAYA : Presiden Perkasa berkata kerajaan negeri PAS Kelantan angkuh, bongkak dan berlagak alim susulan tindakan meroboh dan membakar sekatan dibuat Orang Asli di Pos Cawas, Simpang Petei dan Pasik, semalam.

Datuk Ibrahim Ali berkata kerajaan negeri itu juga hanya “indah khabar dari rupa” yang berselindung di sebalik nama Islam semata-mata, dalam isu membabitkan Orang Asli mempertahankan hak tanah mereka daripada pembalakan.

Sehubungan itu, katanya Perkasa akan mengadakan jelajah bermula 17 Februari ini ke seluruh Kelantan untuk memperjuangkan hak Orang Asli dan berkempen menyelamatkan alam sekitar daripada pembalakan.

“Kerakusan yg berlaku atas nama kerajaan Islam amat memalukan dan mendukacitakan.

“Alam indah ciptaan Allah musnah oleh kepimpinan yang hanya pandai retorik,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Terdahulu, Ibrahim hadir memberi sokongan kepada masyarakat Orang Asli Gua Musang yang membuat laporan polis terhadap Jabatan Perhutanan Negeri Kelantan (JPNK) berhubung isu meroboh dan membakar sekatan itu.

Orang Asli membina sekatan di Pos Cawas, Simpang Petei dan Pasik itu bagi menghalang pencerobohan dan pembalakan tidak terkawal.

Penduduk kampung Orang Asli dari Kampung Jader Pos Simpor dan Kampung Bering Pos Pasik membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Gua Musang jam 12 tengah hari tadi.
Turut serta ialah Pengerusi Jaringan Kampung Orang Asli Kelantan Azmi Badun dan Setiausaha Jaringan Kampung Orang Asli Kelantan Mustapa Along.

Sementara itu, Azmi dan Mustapa dalam kenyataan bersama mengecam Pengarah JPNK Datuk Zahari Ibrahim semalam yang menafikan jabatan itu membakar pos berkenaan dan mendakwa perbuatan itu dibuat Orang Asli sendiri.

Dalam kenyataan sama, Azmi dan Mustapa menafikan kebakaran itu dibuat Orang Asli dan ada saksi yang melihat JPNK sengaja membakar pos berkenaan.

“Pembakaran terbuka di hutan satu kesalahan kerana ia boleh merebak hingga memusnahkan alam sekitar,” kata mereka.

Cadangan Ku Nan nampak aja cerdik tapi hakikatnya ia melanggar Perlembagaan Persekutuan.

NAMPAK CERDIK TAPI DIPERBODOHKAN UMNO

Menteri Wilayah Persekutuan Adnan Mansor buat cadangan bodoh menjadikan Pulau Pinang sebagai Wilayah Persekutuan. Sepatutnya cadangan bodoh begitu tak perlu dilayan tetapi dalam cerdik tetap ada bodohnya bila melayan cadangan Ku Nan tersebut.

Hari ini ada lagi yang keluarkan kenyataan menempelak cadangan Ku Nan tersebut. Kononnya ianya adalah penjajahan baru. Sebenarnya cadangan Ku Nan bukan penjajahan baru tapi penerusan agenda pembodohan kepada masyarakat. Malangnya yang kata cerdik turut terbodoh dengan cadangan Ku Nan.

Baca dulu Perlembagaan Persekutuan yang menjadi tulang belakang Persekutuan Malaysia. Perlembagaan Persekutuan mengiktiraf sesebuah negeri sebagai anggota Persekutuan. Sesebuah Kerajaan Negeri yang sah di bawah Perlembagaan tidak boleh dijadikan wilayah persekutuan kerana negeri itu sendiri sudah berada di dalam Persekutuan.

Yang boleh diambil dan dijadikan Wilayah Persekutuan bukan sebuah negeri tetapi hanya kawasan tertentu di dalam sesebuah negeri tertentu. Untuk menjadikan sesebuah kawasan itu sebagai Wilayah Persekutuan, ianya mestilah dengan persetujuan negeri yang berkaitan.

Contohnya Kerajaan Persekutuan mahukan Putrajaya yang berada di bawah Selangor untuk dijadikan Wilayah Persekutuan maka persetujuan daripada Kerajaan Negeri Selangor adalah suatu kewajipan.

Kerajaan Persekutuan tidak boleh mengambil sesebuah negeri menjadi Wilayah Persekutuan. NOKTAH!!!

Tak perlu lagi layan cadangan BODOH Ku Nan kerana melayan orang bodoh, awak juga BODOH!

Jangan termakan umpan kebodohan Umno yang sememangnya suka orang lain bodoh.

ZULHAZMI SHARIFF
Ahli Biro Guaman DAP Kedah.
07/02/2017





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...