TERKINI :

Sunday, February 5, 2017

Kawasan PARLIMEN & DUN yang BN kalah tak ada peruntukan dari Kerajaan Pusat

ALOR SETAR : Bukan menjadi tanggungjawab Barisan Nasional (BN) untuk menyalurkan bantuan kepada Ahli Parlimen pembangkang untuk pembangunan di kawasan mereka.

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kedah, Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah, berkata Ahli Parlimen pembangkang perlu guna inisiatif sendiri mencari dana untuk pembangunan kawasan masing-masing.

Ahmad Bashah yang juga Menteri Besar berkata, BN tidak akan memberi dana kepada kawasan yang kalah, justeru wakil rakyat perlu mendapatkan peruntukan daripada ketua parti mereka.

"Ahli Parlimen sepatutnya kena buatlah (cari peruntukan) kalau tak rugi pengundi di kawasan itu kerana tak ada apa yang dibangunkan di kawasan pembangkang," katanya pada majlis perjumpaan bersama empat sayap UMNO Bahagian Alor Setar, di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Ahli Parlimen Alor Setar dari PKR, Gooi Hsiao Leung yang mendakwa adalah menjadi tanggungjawab Kerajaan Persekutuan untuk menyalurkan peruntukan pembangunan ke semua kawasan tanpa mengira parti mana yang menang kerusi.

Mengulas lanjut, Ahmad Bashah berkata, beliau berusaha sendiri mencari peruntukan untuk kawasannya di Dewan Undangan Negeri (DUN), Bakar Bata ketika Kedah ditadbir PAS selepas Pilihan Raya Umum (PRU) ke-12.

Namun katanya, usaha itu tidak ada pada Hsiao Leung yang didakwa gagal membawa sebarang kemajuan di Alor Setar sejak menang di kawasan itu pada PRU ke-13.

"Selama menang ini apa dia buat? ...duduk ulang alik saja, sepatutnya dia kena jalankan tugas dengan usaha sendiri, tapi dia tak buat," katanya.

Sumber : http://www.bharian.com.my/node/244487

---------

Apa kata RAKYAT? Bagaimana dengan nasib Rakyat di kawasan MP Pembangkang yang bukan mengundi Pembangkang?

PAS kata ‘sembang saja’, jadi kita jalan dulu, kata Husam

Mohamad Fadli / FMT

BANGI: Islam tidak semestinya dengan PAS, kata penasihat Amanah Husam Musa, maka Pakatan Harapan dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) perlu melakukan persiapan pilihan raya tanpa parti itu.

Husam mengingatkan PH dan PPBM mempunyai agenda nasional yang besar, maka perlu menampilkan barisan yang lebih yakin tanpa PAS.

“Hari ini bincang dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) tetapi esok kata ‘sembang sahaja’. Kita kena teruskan persiapan kita,” katanya di ceramah anjuran Amanah di Bangi malam tadi.

“PAS nak datang kemudian, datang. Islam tak semestinya dengan PAS. Kita mahu 1 kerajaan yang diterima oleh semua tidak kaum tidak kira warna kulit atau bangsa.

“Nak tunggu PAS? Kita jalan dulu. Jika di Kelantan berlakunya 3 penjuru, PAS akan kalah dan akhirnya akan bersama Umno.

“Apa perlu kita lakukan ialah mengerah segala kekuatan untuk beri keyakinan kepada rakyat. Jika kita goyang rakyat pastinya akan kecewa.”

Beliau dipercayai merujuk kepada perkembangan pertemuan antara PAS dan PPBM pada Rabu, dalam usaha PPBM membentuk persefahaman 1 lawan 1 menentang BN dalam kalangan parti pembangkang pada pilihan raya umum ke-14 nanti.

Ia bagaimanapun tidak menghasilkan kata putus, malah Timbalan Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dan Timbalan Presiden PPBM Datuk Seri Mukhriz Mahathir berkata “rangka kerjasama persefahaman politik” yang dibincangkan dalam pertemuan itu perlu diperhalusi lagi.

Pimpinan PH, PPBM dan penganalisis politik percaya pembangkang sukar menewaskan BN sekiranya berlaku perlawanan pelbagai penjuru melibatkan PAS di Malaysia Barat.

Kerusi majoriti Melayu dipercayai akan menjadi fokus dalam PRU14 akan datang melibatkan Umno, PAS, PKR dan Amanah dan PPBM.

Semalam, Pengarah Eksekutif Ilham Centre Mohamad Hisomuddin Bakar berkata sokongan kepada PPBM di kawasan pengundi campuran di Johor, Negeri Sembilan, Melaka dan Selangor akan terganggu sekiranya kerjasama dengan PAS menjadi kenyataan.

“Pengundi Cina akan tolak. Kalau kerjasama 2 parti itu gagal dijelaskan, kesannya terhadap kerusi dipertandingkan bukan saja di kawasan Melayu, tetapi di peringkat nasional juga.”

PAS fitnah, kontrak mufti disambung 4 kali, kata exco

FMT Reporters
GEORGE TOWN: Ketua Pemuda PAS Pulau Pinang, Afnan Hamimi Taib Azamudden memfitnahkan kerajaan negeri dengan mendakwa ketua menteri mengarahkan Datuk Seri Hassan Ahmad digugurkan sebagai mufti kerana isu Kalimah Allah dan campur tangan dalam hal berkaitan fatwa, kata exco Pulau Pinang.

Datuk Abdul Malik Kassim berkata, kerajaan negeri sebenarnya sudah menyambung kontrak Hassan sebanyak 4 kali, selepas fatwa Kalimah Allah diwartakan.

“Tuduhan itu fitnah dan berniat jahat terhadap Ketua Menteri, Lim Guan Eng. Sebagai seorang yang memahami ajaran Islam dan hukum-hakam, beliau sepatutnya memahami dosa fitnah.

“Sebagai seorang bergelar ustaz, Afnan tidak sewajarnya membuat tuduhan semberono terhadap kerajaan negeri. Meskipun tohmahan itu ditujukan kepada pemimpin bukan Islam, Allah melarangnya,” tulisnya di Facebook beliau.

Malik berkata, fatwa kalimah Allah bersama 39 kalimah suci Islam lain diwartakan kerajaan Pulau Pinang pada 29 April 2010, ketika Hassan menjadi mufti negeri, jawatan yang dipegang beliau sehingga 2014.

“Datuk Dr Wan Salim Wan Mohd Noor mengambil alih jawatan mufti daripada Hassan pada 7 Jun 2014, iaitu selepas 4 tahun pewartaan kalimah Allah oleh kerajaan negeri. Dalam tempoh 4 tahun, Hassan disambung kontraknya setiap tahun, iaitu sebanyak 4 kali.”

Rabu lalu, Afnan yang juga setiausaha Pemuda PAS mendakwa kontrak Hassan tidak disambung pada Jun 2014 kerana beliau membantah arahan Lim berhubung penggunaan kalimah Allah yang bertentangan Seksyen 48 Enakmen Pentadbiran Agama Islam Pulau Pinang 2004.

Bagaimanapun, Lim hanya mengeluarkan kenyataan membenarkan orang bukan Islam di Pulau Pinang menggunakan kalimah Allah 6 bulan kemudian, iaitu pada Disember 2014.

Afnan turut mendakwa selepas fatwa Kalimah Allah diwartakan, Lim mengarahkan Jawatankuasa Hal Ehwal Agama negeri memastikan semua fatwa dikemukakan dalam mesyuarat exco, sebelum dihantar ke Istana Negara untuk mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong.

Malik berkata, beliau mendapat nasihat terus daripada bekas ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam kebanyakan urusan berkaitan hal ehwal Islam di Pulau Pinang, bukannya Lim.

“Hal pelantikan mufti, yang di-Pertua dan ahli Majlis Agama Islam Pulau Pinang disyorkan serta diluluskan Anwar. Tidak ada sebarang campur tangan oleh Lim Guan Eng.

“Exco dan kerajaan negeri tidak pernah mencampuri urusan fatwa atau menghalang sebarang pewartaan fatwa.

“Kerajaan negeri tidak berhasrat untuk memanjangkan polemik tidak berasas ini.”

Mahkamah Persekutuan pada pertengahan 2014 melarang majalah mingguan gereja Katolik, Herald menggunakan kalimah Allah

Umno Kedah sedia kerjasama dengan PAS, kata MB

Bernama


ALOR SETAR: Umno Kedah bersedia menjalin kerjasama dengan PAS di peringkat negeri demi kepentingan umat Islam dan bangsa Melayu, kata Pengerusi Badan Perhubungan Umno negeri.

Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah bagaimanapun berkata, kerjasama itu mesti bermula di peringkat pusat terlebih dahulu.

“Kerjasama yang terjalin seperti dalam misi ‘Food Flotilla for Myanmar’ yang berlepas baru-baru ini melambangkan penyatuan ummah di Malaysia berikutan terdapat wakil Umno dan PAS dalam misi berkenaan,” katanya selepas menghadiri perjumpaan Umno Bahagian Alor Setar di Seri Mentaloon hari ini.

Sementara itu, Ahmad Bashah yang juga menteri besar Kedah berkata, pembangkang tiada sebab untuk mempersoalkan pemberian peruntukan kepada kawasan Parlimen yang diwakili Barisan Nasional (BN) di negeri ini.

“Mereka perlu faham peruntukan yang disediakan itu adalah hanya untuk ahli Parlimen daripada BN, manakala pihak pembangkang perlu mencari dana atau peruntukan sendiri.

“Malah, wakil BN pun (di negeri yang diperintah pembangkang), mereka terpaksa cari dana dan peruntukan sendiri bagi kawasan mereka,” katanya.

SELEPAS ASB, TABUNG HAJI PULA MENGECEWAKAN KITA....

Sebelum ini, ASB bagi tahun keuntungan 2016 telah mengumumkan dividen sebanyak 6.75 sen  serta bonus 0.50 sen seunit, suatu angka paling rendah dalam sejarah sejak amanah saham itu diwujudkan.

Baru-baru ini, Tabung Haji pula mengumumkan keuntungan untuk pendepositnya. Bagi tahun 2016, bonus tahunan yang diumumkan ialah 4.25% beserta bonus haji sebanyak 1.5%.

Sekali lagi, ini juga merupakan kadar terendah berbanding tahun-tahun sebelumnya.

Tahun depan, berapa agaknya?

Bolehkah kita mengharapkan, selagi negara dipimpin oleh Najib Razak dan Tabung Haji dipengerusikan oleh Azeez Rahim, ia mampu memberikan pulangan yang memuaskan? (SH 05/02/2017).

Nasib "perjalanan terakhir" syarikat automotif negara PROTON bila dijual 51% kepada syarikat CHINA

(Keringat dan AirMata)

Proton membina kilang di Tg Malim dengan cash tanpa hutang.

Itulah ketika Proton di zaman Tun M. Sentiasa mencatat keuntungan.

Harini kita dikejutkan dengan berita syarikat automotif Geely dari China akan membeli 51% pegangan di Tg Malim Plant yang diluluskan oleh KERAjaan Malaysia.

Nasib anak anak bangsa hanya akan menjadi kuli pada bangsa negara luar bila kepentingan PROTON hilang dari tangan Malaysia. Kilang yang kita bina dari hasil titik peluh kita selama ini dan menjadi jenama kebanggan kita semua dan kebanggaan negara bakal bertukar tangan.

Kilang tersebut bakal bertukar polisi dari mereka cipta dan mengeluarkan model sendiri ke cuma menjadi TUKANG PASANG PINTU, TUKANG PASANG BONET, TUKANG PASANG RIM TAYAR dan TESTER pada kereta keluaran jenama Geely dari China.

Sedih betul. Kita akan sama nasib seperti di Indonesia. Ada plant, ada kilang kereta tapi cuma jadi tukang pasang parts pada Volvo, Mercedes, Toyota dan lain lain.

Beza cuma plant plant tu Volvo, Merc dan Toyota yang keluar duit bina. Tapi untuk Geely PROTON YANG PENAT PENAT BINA DAN USAHA namun akhirnya kerajaan Najib senang senang jual 51% kepentingannya pada Syarikat kereta China.

Bahana 1mdb.

Apa lagi yang tinggal pada anak cucu kita?





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...