TERKINI :

Saturday, February 4, 2017

25 Parlimen Mampu "Selamatkan Malaysia"

1) Pilihan Raya Umum (PRU) ke 13 pada tahun 2013 memihak kepada Barisan Nasional (BN) apabila kekal berkuasa dengan memiliki 133 kerusi Parlimen berbanding pembangkang dengan 89 kerusi.

2) Walaupun kekal berkuasa kerana memiliki lebih kerusi Parlimen, BN telah hilang "kuasa moral" kerana telah ditolak majoriti rakyat apabila hanya mendapat sekitar 48% undi keseluruhan rakyat. 52% rakyat telah memilih untuk MENOLAK BN pada Mei, 2013 itu.

3) PRU 13 diadakan dengan "mood" ia adalah pilihan raya pertama di bawah Perdana Menteri Mohd. Najib Abdul Razak yang mula memegang kuasa pada April, 2009.

4) Pelbagai usaha telah dijalankan Najib sepanjang 4 tahun pertama memegang jawatan dengan harapan akan diberikan mandat besar oleh rakyat seperti mana Abdullah Ahmad Badawi menang besar di PRU 11 (2004). Beliau jelas begitu terdesak mahu mendapat mandat lebih besar untuk BN berbanding PRU 12 pada tahun 2008 di bawah kepimpinan Abdullah. Kerana tidak yakinnya Najib, Parlimen terbubar sendiri setelah tempoh maksima 5 tahun tercapai untuk memberi laluan kepada PRU 13.

5) Tanpa isu RM2.6 Bilion, tanpa skandal mega 1MDB, tanpa isu pemecatan Timbalan Perdana Menteri juga Peguam Negara dan tanpa penggunaan peribadi dana RM42 juta daripada SRC International, BN di bawah Najib bukan setakat GAGAL mengembalikan majoriti dua pertiga kerusi Parlimen tetapi buat pertama kalinya dalam sejarah Malaysia, Kerajaan memerintah dibentuk oleh parti yang TIDAK mendapat undi majoriti rakyat. Menang banyak kerusi tetapi tidak disokong majoriti rakyat !

6) PRU 14 yang dijangka dijalankan pada bila-bila masa sebelum pertengahan 2018 adalah satu kesempatan terbaik untuk rakyat mengembalikan KUASA SUARA MAJORITI mereka. Pilihan majoriti wajib menjadi Kerajaan supaya ianya memiliki "kuasa moral" sebenar untuk memerintah.

7) Dengan keyakinan 89 kerusi yang telah dimenangi sewaktu PRU 13 adalah SUKAR untuk direbut BN, 25 kerusi lain sebenarnya mempunyai potensi besar untuk MENOLAK BN dengan kemenangan BN pada tahun 2013 adalah dengan kelebihan majoriti kecil (di bawah 2000 undi).

8) Ini tidak termasuk 3 Parlimen lain yang dijangka akan mengecewakan BN iaitu Jerlun (Kedah), Pagoh (Johor) dan Semporna (Sabah) yang dijangka akan ditandingi masing-masing oleh Mukhriz Mahathir, Muhyiddin Yassin dan Mohd. Shafei Apdal untuk melawan calon BN.

9) Kiraan mudah: 89 + 25 + 3 = 117 kerusi Parlimen daripada 222 keseluruhan. Jumlah kerusi minima untuk membentuk Kerajaan ialah 112 kerusi Parlimen.

10) Pengundi-pengundi di 25 Parlimen berikut "mampu" melakukan sesuatu yang BERSEJARAH untuk misi mengembalikan Malaysia sebagai sebuah negara berpotensi besar yang dahulu "suaranya" cukup dikenali dunia dan pernah digelar "harimau Asia" di dekad 1990an:

* angka yang diberikan adalah kelebihan majoriti yang dicapai calon BN, parti yang dinyatakan pula adalah parti yang bertanding melawan BN ketika itu.

Kuala Lumpur
1) Setiawangsa : 1390 - PKR
2) Titiwangsa: : 866 - PAS

Selangor
3) Sabak Bernam: 1644 - PKR
4) Kuala Selangor: 460 - PAS
5) Sungai Besar: 399 - PAS

Johor
6) Segamat: 1217 - PKR
7) Labis: 353 - DAP
8) Ledang: 1967 - PKR
9) Muar: 1646 - PKR
10) Tebrau: 1767 - PKR
11) Pasir Gudang: 935 - PKR

Perak
12) Telok Intan: 238 - DAP
13) Bagan Serai: 1140 - PKR
14) Kuala Kangsar: 1082 - PAS

Sabah
15) Beaufort: 673 - PKR

Pulau Pinang
16) Balik Pulau: 1539 - PKR

Terengganu
17) Jertih: 930 - PAS

Pahang
18) Cameron Highlands: 462 - DAP
19) Bentong: 379 - DAP

Perlis
20) Arau: 1371 - PAS

Kedah
21) Jerai: 1196 - PAS
22) Kulim-Bandar Baharu: 1871 - PKR

Kelantan
23) Ketereh: 974 - PKR
24) Machang: 805 - PKR

Sarawak
25) Baram: 194 - PKR

Kerjasama PAS ganggu peluang PPBM menangi 4 negeri

Khairil Ashraf


PETALING JAYA : Jika kerjasama PAS dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) benar-benar jadi kenyataan, pola PPBM bertanding di negeri seperti Johor, Negeri Sembilan, Melaka dan Selangor akan terganggu, kata firma kajian bebas.

Pengarah Eksekutif Ilham Centre Mohamad Hisomuddin Bakar berkata ini kerana kebanyakan kerusi di negeri di kawasan pantai barat semenanjung itu terdiri daripada pengundi bercampur, dan pengundi Cina mengundi secara prinsipal serta menolak parti seperti PAS.

“Mereka akan menolak parti sebegitu. Kalau kerjasama 2 parti itu gagal dijelaskan, kesannya terhadap kerusi dipertandingkan bukan saja di kawasan Melayu, tetapi di peringkat nasional juga.

“Seperti yang sedia maklum, dalam PRK Sungai Besar dan Kuala Kangsar, pengundi Cina menghukum PAS dengan menolak keseluruhannya.

“Implikasi kepada parti yang bekerjasama dengan PAS secara mudahnya akan mengalami penolakan ini,” katanya ketika dihubungi FMT hari ini.

Baru-baru ini, Timbalan Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dan Timbalan Presiden PPBM Datuk Seri Mukhriz Mahathir mengadakan mesyuarat bagi “menentukan” kerjasama antara kedua-dua parti.

Bagaimanapun, mesyuarat itu tidak dapat memutuskan bentuk kerjasama antara mereka dan membawa pulang “rangka kerjasama persefahaman” untuk dipertimbangkan pemimpin tertinggi PAS dan PPBM.

Hisomuddin berkata PPBM perlu memberi perhatian terhadap aspek penolakan daripada pengundi Cina jika mahu mengadakan kerjasama dengan PAS.

Katanya, beliau melihat kerjasama PAS dan PPBM hanya kerana mereka mahu mengambil bahagian dalam segmen Parlimen yang majoritinya Melayu seperti di Perlis, Kedah, Kelantan, Terengganu dan Pahang.

“Sudah tentu bagi PAS kepentingan mereka ialah untuk kekalkan pemerintahan di Kelantan. Manakala bagi PPBM mereka mengintai peluang di Kedah.

“Di Kelantan contohnya, jika tiada kerjasama PAS dan PPBM, dan kemudian ada parti lain bertanding, sudah tentu PAS terkena kesan secara langsung daripada aspek penguasaan di negeri itu,” katanya.

Sehubungan itu, katanya beliau menjangkakan bakal berlaku kerjasama antara kedua-dua parti itu, tetapi masih banyak halangannya kerana ia membabitkan penerimaan akar umbi PAS.

Amanah nafi kata bantah Pindaan RUU355, masalah sekarang Hadi belom bentang habis nak sokong macamana

Usul Hadi: Amanah nafi dakwaan main politik

Sheith Khidhir Bin Abu Bakar

PETALING JAYA: Amanah menolak dakwaan mengatakan membantah mereka terhadap cadangan pindaan Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) cuma permainan politik.

“Perbahasan rang undang-undang itu belum pun berlaku,” kat Timbalan Presiden Salahuddin Ayob, menjawab dakwaan Timbalan Presiden Ikatan Muslimin Malaysia (Isma) Aminuddin Yahya.

Aminuddin di forum baru-baru ini berkata Amanah menyokong rang undang-undang (RUU) itu secara rahsia tetapi membantahnya untuk memuaskan hati pengundi bukan Islam.

Salahuddin berkata soal bantahan Amanah terhadap pindaan itu tidak relevan kerana Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang belum membentangkan RUU persendiriannya.

“Dua kali speaker Parlimen tanya adakah beliau mahu bentang RUU itu dan 2 kali beliau jawab akan bentang pada sidang akan datang.

“Ini bukan sesuatu yang kita boleh bincang secara santai atau di forum biasa.

“Kita hanya boleh bahas apabila usul itu dan kandungannya dibentangkan. Perbahasan belum pun bermula. Jadi bagaimana kamu boleh dakwa kami setuju atau tidak?” katanya.

Pada Khamis lepas, di satu forum anjuran media PAS, Harakah, wakil Kelab Penyokong PAS Balachandran G Krishnan berkata ahli Parlimen bukan Islam tidak membantah Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) pada 1965 atau pindaan pertama ke atas akta itu pada 1984.

Bagaimanapun, tambahnya, mereka kini mengikut ahli Parlimen Islam yang menunjukkan bantahan terhadap pindaan yang dicadangkan Hadi.

Salahuddin berkata: “Masalahnya usaha PAS untuk meminda akta itu kali ini sangat mengelirukan, termasuk orang Islam. Ramai rakyat merasakan ia mungkin bermotif politik.

“Sebab itu ahli Parlimen Kota Raja (Siti Mariah Mahmud) menyerahkan usul menyeru cadangan pindaan itu dibuat secara jelas bagi mengelakkan kekeliruan.

“Kalau kamu boleh jelaskan dan buktikan kepada kami pindaan itu hanya untuk memperkasakan mahkamah syariah, tidak akan ada bantahan dari ahli Parlimen Islam dan bukan Islam, seperti dalam kes pindaan 1984.”

INGATKAN PAS MAHU TADBIR PULAU PINANG, TETAPI LEBIH MAHU TERAJU SELANGOR

PAS sasar memerintah 4 negeri selepas PRU 14. Paling hebat ialah mahu menerajui kerajaan negeri Selangor. Apakah tiada kesipuan dalam mereka membuat pengumuman tersebut?

Jika begitu ini memberi signal yang jelas mereka akan menumbangkan kerajaan yang diterajui KEADILAN bersama Pakatan Harapan. Cuma sedikit rasa keliru dalam benak fikir sebahagian rakyat. Bersama siapa PAS akan membentuk koalisi untuk mentadbir di negeri Selangor?

Apakah bersama Gagasan Sejahtera atau bersama UMNO, itu akan terjawab ketika menghampiri PRU kelak. Maka tiada kesalahan juga untuk Pakatan Harapan atau koalisi mega bersama rakan pembangkang yang lain seperti PPBM, dan PSM untuk menumbangkan kerajaan PAS Kelantan yang ada hari ini.

Jangan nanti muncul pula fatwa dosa bagi pesaing politik(khususnya PH+PPBM+PSM) menumbangkan kerajaan Kelantan hari ini. Kalau pun ada maka diharapkan fatwa yang sama terguna pakai untuk kerajaan Selangor yang ada pada hari ini.

Ramai juga yang kecewa dan kesedihan kerana membayangkan bahawa PAS akan menubuhkan kerajaan negeri juga di Pulau Pinang. Mungkin ini stratergi barangkali. Iqra'.

Muhammad Syafiq Azmi
31.1.2017 | 10.00 pm
Melaka





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...