TERKINI :

Tuesday, January 31, 2017

Mufti Penang tegur PAS sebab politikkan fatwa negeri telah diganggu urusannya oleh DAP

Assalamu 'alaikum.

Ustaz nak buat sedikit pernyataan mengenai dakwaan parti PAS bahawa fatwa Negeri Pulau Pinang perlu dikemukakan terlebih dahulu kpd mesyuarat EXCO Sebelum mendapat perkenan DYMM Yg Di-Pertuan Agong:

FATWA TIDAK WAJAR DIPOLITIKKAN

Saya amat berharap agar ahli2 politik khasnya dan masyarakat amnya dapat menghormati fatwa yg diputuskan oleh mana2 AJK Fatwa di negara ini sama ada di peringkat Muzakarah Majlis Fatwa Kebangsaan mahupun fatwa negeri2. Masyarakat hendaklah memahami bahawa keputusan fatwa dibuat berdasarkan kaedah2 tertentu di samping mempertimbangkan kepentingan awam dan situasi sekeliling.

Di Pulau Pinang khususnya, sesuatu fatwa yang hendak diwartakan dikemukakan terlebih dahulu ke dalam mesyuarat EXCO hanya untuk dimaklumkan, bukan untuk dibahaskan.

Kita ingin menjelaskan bahawa setakat ini belum pernah pihak exco atau Kerajaan Negeri Pulau Pinang menghalang pewartaan fatwa.

Apabila mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri memutuskan untuk mewartakan sesuatu fatwa, ia dikemukakan terlebih dahulu di dalam mesyuarat  exco oleh YB Setiausaha Kerajaan Negeri. Kemudian dihantar ke pejabat Penasihat Undang-undang Negeri untuk diperbaiki serta dihalusi susunan bahasanya. Kemudian dihantar ke Istana Negara  menerusi pejabat SUK untuk mendapat perkenan Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong. Setelah diperkenankan oleh Baginda maka pejabat SUK sekali lagi menghantarkannya ke pejabat Penasihat Undang-undang negeri untuk tujuan pewartaan.

Di harap penjelasan ni dapat menghilangkan kekeiruan masyarakat berhubung  proses pewartaan fatwa dan tiada lagi dijadikan sebagai bahan polemik oleh mana-mana pihak.

DATO' DR WAN SALIM WAN MOHD NOOR
MUFTI PULAU PINANG

ISU 1MDB & FOREX - SIASAT KEDUA-KEDUANYA MELALUI SURUHANJAYA DIRAJA

ELOK BENAR SURUHANJAYA DIRAJA DITUBUH MENYIASAT KERUGIAN AS$10 BILION FOREX, TAPI....

Kecoh benar laskar maya 6.6 peratus dalam sehari dua ini menjaja cerita mengenai kerugian dalam urusniaga forex sebagaimana yang ditimbulkan kembali oleh bekas Penolong Gabenor Bank Negara, Abdul Murad Khalid.

Tanpa menilai bahawa Abdul Murad sendiri sebenarnya tiada kredibiliti kerana pernah didenda RM500 ribu atau penjara enam bulan atas kesalahan gagal mengisytiharkan pemilikan saham dan 51 hartanah, laskar maya atau cybertrooper 6.6 peratus, senada dengan Abdul Murad yang mengatakan penyiasatan tidak pernah dijalankan terhadap kerugian AS$10 bilion itu, turut sama mendesak perlunya siasatan dijalankan dengan segera.

Dalam banyak-banyak desakan itu terpacul pula cadangan agar sebuah suruhanjaya diraja ditubuhakan untuk menyiasatnya.

Kata mereka, hanya dengan penubuhan suruhanjaya diraja dapat menentukan siapa yang bertanggungjawab terhadap kerugian tersebut. 

Kerugian sebanyak AS$10 bilion itu, tambah mereka, mesti diketahui punca dan siapa yang bersalah kerana dengan wang sebanyak itu berapa banyak rumah, sekolah, masjid, tajaan pelajaran dan sebagainya mampu mendapat manfaat daripadanya.

Walaupun difahami bahawa sasaran sebenarnya yang mahu ditembak oleh laskar maya 6.6 peratus dalam isu kerugian forex itu ialah Tun Mahathir Mohamad, namun ia sebenarnya belum tentu akan mengena. 

Ini kerana ketika itu Menteri Kewangan ialah Anwar Ibrahim, manakala orang yang bertanggungjawab menjalankan urusniaga forex itu difahamkan ialah Nor Mohamed Yakcob, yang kemudian dilantik menjadi Menteri Kewangan Kedua di era Tun Abdullah Badawi. Sekarang pula Nor Mohamed Yakcob ialah Timbalan Pengerusi Khazanah, badan pelaburan utama kerajaan, manakala Pengerusi Khazanah adalah Najib sendiri.

Tun Mahathir cuba dipersalahkan hanya kerana ketika itu beliau adalah Perdana Menteri. Jika Tun Mahathir sekarang ini tidak berbalah dengan Najib, pasti kes kerugian itu tidak diungkit dan Abdul Murad pula tidak akan dipedulikan sama-sekali untuk ditemubual oleh mana-mana media.

Jadi, tidaklah sukar untuk memahami mengapa isu kerugian urusiaga forex yang berlaku pada tahun 1994 tiba-tiba boleh muncul kembali.

Namun demikian, elok benar jika suruhanjaya diraja dapat ditubuhkan kerana Tun Mahathir, Anwar dan Nor Mohamed Yakcob masih lagi hidup dan boleh memberi keterangannya.

Semua orang tentu ingin tahu kebenaran yang sebenar-benarnya dalam kerugian forex itu.

Tetapi, untuk berlaku adil kepada seluruh rakyat, sementara kerugian forex mahu disiasat melalui sebuah suruhanjaya diraja, Najib juga mesti berani berbuat perkara yang sama untuk menyiasat kerugian 1MDB serta pengaliran wangnya yang menjadi bulan di seluruh dunia.

Hanya dengan berbuat demikian barulah ada keadilan dan Najib terlihat benar-benar inginkan kebenaran yang menyeluruh dalam semua perkara.

Apalah gunanya sembang kencang dan cakap berdegar-degar tentang kuman di seberang laut, namun buat-buat tak nampak tentang gajah di depan mata.

Beranikah cybertrooper 6.6 peratus menyokongnya?  (SH 30/01/2017).





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...