TERKINI :

Sunday, January 29, 2017

PAS BERAKSI DALAM ACARA PERSEORANGAN TIDAK BERMINAT DENGAN BERGU CAMPURAN

PAS Kedah kini sedang memberi sepenuh tumpuan didalam acara perseorangan dan tidak berminat dalam acara bergu campuran.

Pihak lawan terutama pasukan PH yang diketuai oleh Lim Kit Siang mengunakan beberapa pemain PAS menjadi proksi PH supaya dapat mempengaruhi ketua jurulatih supaya PAS Kedah bertanding dalam acara bergu campuran.

PH mulai sedar corak permainan yang diamal selepas PRU 13  semakin jelas bahawa PH tidak mampu bersaing dengan PAS dalam acara  perseorangan.

Mana-mana pemain  PAS yang berhasrat mahu beraksi dalam bergu campuran seperti  Ydp. Padang Terap Nasir Zakaria, dia perlu keluar dari team PAS dengan menyertai Kem pakatan harapan PH supaya namanya tidak tercicir dalam pertandingan PRU14 yang akan berlangsung tidak lama lagi.

Lebih pelik lagi Lim Kit Siang mahu menyaman PAS sekiranya PAS enggan beraksi bersama mereka dalam bergu campuran.

Pasukan PAS Kedah juga tidak akan menghadapi masaalah besar sekiranya Ydp. Padang Terap Nasir Zakaria keluar menyertai PH dan  pasukan PAS kedah tidak berminat dengan pemain yang menjadi duri dalam daging.

*gambar hiasan

Dahulu Melaka di tawan PORTUGIS, adakah kini CHINA pula..??

Projek OBOR dan Kejatuhan Kerajaan Melaka

1) Membaca laporan The Edge beberapa hari lepas tentang perjanjian yang baru termeterai dalam projek Malacca Gateway yang menelan belanja sebanyak RM 30 billion melibatkan kerajaan China di bawah projek One Belt One Road, sangat mengusarkan hati.

2) Bukan sedikit projek-projek ini telah berjaya termeterai dalam beberapa tahun kebelakangan ini dan bukan sedikit jumlah hekar tanah yang telah dibeli. Melaka Gateway ini sahaja merangkumi kawasan seluas 1,366 ekar (522 hektar) di Selat Melaka. Belum lagi jika kita lihat apa yang berlaku di Johor.

3) Sepanjang tahun 2012 hingga 2014, syarikat hartanah terbesar China seperti Country Garden, R&F Properties dan Greenland Group membeli aset-aset tanah yang strategik, jika kita lihat perancangan yang bakal mereka bangunkan seperti Forest City, 3400 ekar menghubungkan Nusajaya di Johor dan Tuas di Singapura , Greenland Group pula ingin membangunkan bandar sebesar 3000 ekar di Pasir Gudang.

4) Projek-projek ini juga mengambil model Hong Kong dan juga Shenzen untuk dibangunkan. Hal ini menimbulkan keraguan dan tanda tanya. Adakah sekadar satu “perniagaan” sahaja mereka masuk dan melabur besar membeli hartanah kita? Tanpa ada sebarang niat lain?

5) Jika kita melihat kembali catatan sejarah, iaitu Hikayat Hang Tuah, pada bab 28, iaitu bab terakhir hikayat ini dikisahkan mengenai episod tentang kedatangan Portugis dengan penuh tipu helah datang ke Melaka. Mereka, orang Portugis sibuk pada ketika itu membeli tanah di Melaka, kononnya untuk membina gedung perniagaan. Sultan dan orang Melayu percaya bahawa mereka tiada niat yang jahat, hanya sekadar mahu berniaga. Tetapi, sebaliknya berlaku, mereka telah membawa masuk senjata dan meriam ke gedung itu. Ketika sudah siap segala persiapan mereka, maka mereka menyeranglah Melaka. Jatuhlah sudah Melaka ke tangan Portugis disebabkan oleh kenaifan orang Melayu dalam memahami percaturan dan strategi musuh.

6) Lebih 500 tahun peristiwa ini berlaku, dan sepanjang belahan sejarah, peristiwa ini masih terus berulang, berulang dan terus berulang. Tidakkah kita mahu mengambil pengajaran?

Asyraf Farique
Penganalisis IRIS INSTITUTE

Rompak Bank Di Taman Ria Jaya Kerana Terdesak Nak Ganti Wang Disonglap


Gambar Hiasan

SUNGAI PETANI – Seorang bekas anggota tentera dilapor mengambil keputusan merompak cawangan sebuah bank di sini kelmarin bagi memperoleh wang untuk menggantikan wang syarikat tempatnya bekerja yang telah diselewengkannya sebelum ini.

Ketua Polis Kedah, Datuk Asri Yusoff berkata siasatan awal mendedahkan suspek yang berusia 50 tahun yang bekerja sebagai pengurus sebuah syarikat pengawal keselamatan mengalami tekanan selepas menyalahgunakan wang syarikatnya yang berjumlah lebih RM120,000.

“Sehari sebelum kejadian itu, satu laporan telah dikeluarkan oleh syarikat berkenaan dengan mendakwa lelaki tersebut telah menghilangkan wang hasil kutipan yang dilakukannya bagi pihak syarikat.

“Perbuatan suspek terbongkar selepas satu audit dilakukan syarikat berkenaan,” katanya pada sidang media di sini semalam.

Cubaan merompak bank itu berlaku pada pukul 8.43 pagi kelmarin di Taman Ria Jaya dekat sini, namun ia dapat dipatahkan seorang pengawal keselamatan yang bertugas di bank tersebut.

Asri berkata rompakan itu juga didapati dilakukan secara tidak terancang.

“Suspek dipercayai tidak tahu kedudukan bilik simpanan wang bank itu, sementara pemilihan bank untuk dirompaknya juga dipercayai dilakukan secara rambang, malah masa rompakan juga tidak tepat,” ujarnya.

Beliau turut menafikan terdapat orang dalam yang terlibat dalam kes itu dan dipercayai ia dilakukan secara berseorangan dalam keadaan terdesak dan tertekan.

“Kita telah lakukan siasatan di rumah dan pejabat suspek di mana pihak polis menemui komponen-komponen untuk membina senjata, senapang angin buatan sendiri serta beberapa kotak peluru hidup.

“Pihak kami juga percaya suspek mempunyai kemahiran membina senjata memandangkan suspek adalah bekas tentera,” katanya.

Mengenai dua das tembakan yang dilepaskan, katanya sebutir peluru mengenai dan menembusi paha pengawal keselamatan tersebut manakala sebutir lagi telah tersasar.

“Dipercayai tembakan itu dilepaskan ketika berlaku pergelutan antara kedua-duanya dan ia telah mengenai mangsa. Kini mangsa dirawat di Hospital Sultan Abdul Halim dan berada dalam keadaan stabil,” katanya.

Asri turut mengesahkan pistol yang digunakan dalam kejadian itu adalah milik syarikat tempat suspek bekerja.

Suspek kini ditahan dan kes disiasat di bawah Seksyen 3 Akta Senjata Api, Seksyen 307 Kanun Keseksaan Cubaan Bunuh, Seksyen 8 Akta Senjata Api (Pemilikan Senjata Tanpa Lesen) dan Seksyen 8(A) Akta Senjata Api 1960 (Memiliki Peluru dan Amunisi). – BERNAMA





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...