TERKINI :

Friday, January 27, 2017

Nampaknya tahun 2017, penyokong Kedah sudah tak boleh makan "kuaci" dalam Stadium Darulaman

Stadium Darul Aman adalah antara stadium berkapasiti tinggi dan penuh bersejarah di Malaysia.

Dari rekabentuk asal sehinggalah ketika ini dengan kemampuan untuk dipenuhkan kapasiti 30,000 orang penyokong, evolusi Stadium Darul Aman amatlah nostalgia kepada peminat bolasepak di Kedah.

Perbadanan Stadium Negeri Kedah telah dipertanggungjawabkan untuk menyelia semua kemudahan stadium-stadium di negeri Kedah dan sentiasa memastikan kemudahan ini di tahap terbaik.

Bagi musim 2017, beberapa langkah turut dilaksanakan bagi memastikan Stadium Darul Aman kekal bersih dan selamat digunakan. Setelah mendapat persetujuan lembaga mesyuarat Perbadanan Stadium Negeri Kedah, pihak PSNK telah memutuskan supaya makanan ringan KUACI tidak dibenarkan dibawa masuk ke Stadium Darul Aman bagi semua perlawanan musim ini.

YB Dato' Aminudin Omar, Timbalan Pengerusi PSNK merangkap Setiausaha Kehormat KFA telah bersetuju dengan cadangan untuk larangan membawa masuk kuaci ke Stadium Darul Aman mulai tahun 2017.

Langkah memastikan ke arah stadium sentiasa bersih bersempena Jubli Emas Stadium Darulaman 1967-2017 dan selaras dengan Enakmen Perbadanan Stadium Negeri Tahun 1971 iaitu melalui peruntukan penguatkuasaan peraturan di bawah peruntukan seksyen 14(f) Enakmen Perbadanan Stadium Negeri tahun 1971.                       

Antara rasional langkah ini dibuat adalah sampah buangan kulit kuaci yang mereput di bawah kerusi terutamanya kawasan terbuka menyebabkan kotoran yang susah untuk dibersihkan.

Larangan membawa masuk KUACI bukanlah pertama kali dilaksanakan di Malaysia tetapi turut menjadi barang larangan di stadium-stadium lain seperti di Melaka dan juga stadium-stadium utama di luar negara.

Harap maklum.

Tiga penjuru pada PRU14 paling wajar, Pas sudah terperangkap, tersudut dan berada di jalan mati


Saya melihat politik Malaysia yang semakin menghampiri PRU14 ini memerlukan parti-parti gabungan dalam Pakatan Harapan termasuk Bersatu memuktamadkan pembentukan kolisi alternatif rakyat kepada BN yang merupakan kolisi gabungan lebih kurang 14 buah parti yang diketuai Umno.

Mutakhir ini, Pas beberapa kali telah menjelaskan pendirian tegasnya bahawa mereka sama sekali tidak akan menyertai Pakatan Harapan.

Dan pendirian tegas Pas ini seharusnya memberi kesedaran yang sebenar-benarnya kepada mana-mana pemimpin Pakatan Harapan dan Bersatu yang masih lagi mengharapkan komitmen Pas, bahawa sehingga “kucing bertanduk” sekalipun Pas akan tetap tidak akan bekerjasama dengan pembangkang utama kerana faktor wujudnya AMANAH dalam pentas politik Malaysia dan penglibatan DAP sebagai komponen utama dalam Pakatan Harapan.

Berundinglah lagi walau 48 jam tanpa henti sekalipun, selagi adanya AMANAH dan DAP, Pas tetap tidak akan berganjak untuk daripada mengorbankan pendirian atau menjilat kembali ludah mereka.

Jadi, biarlah noktahnya di sini sahaja. Tiada lagi perbincangan dan rundingan. Masa sudah terlalu suntuk bagi Pakatan Harapan dan Bersatu untuk memikirkan sebuah parti Sang Kelembai yang “sepak dok reboh, gocoh dok sakit” ini.

Biarlah Pas dengan cara politik mereka, ijtihad dan istiqamah mereka walaupun pada hakikatnya dalam sistem politik demokrasi Malaysia, parti Sang Kelembai itu sebenarnya sudah terperangkap, tersudut dan berada di jalan mati.

Dan seperti yang disebut oleh Datuk Husam Musa dan Tun Dr. Mahathir Mohamad bahawa tiga penjuru adalah pilihan yang wajar masa kini, dan berdasarkan senario politik semasa, peluang Pakatan Harapan yang menggabungkan empat parti politik utama iaitu Bersatu, AMANAH, PKR dan DAP tetap mempunyai peluang besar untuk mengalahkan BN.

Justeru dengan mengambil kira faktor-faktor berikut:

1. Dapatan kajian Invoke bahawa 24 peratus pengundi Pas akan menyokong Pakatan Harapan;

2. Bersatu akan mengalihkan (swing) undi (Melayu) BN dalam PRU13 kepada Pakatan Harapan sekurang-kurangnya 13 peratus;

3. Sokongan pengundi Cina terhadap Pakatan Harapan kekal 85-90 peratus;

4. Trend pengundi muda dan pengundi atas pagar memihak Pakatan Harapan ekoran terkesan dengan kos kehidupan dari kegagalan dasar-dasar ekonomi kerajaan serta skandal-skandal besar seperti 1MDB dan lain-lain;

Maka, saya menganbil kira bahawa strategi tiga penjuru seluruh negara adalah “praktik politik” yang paling wajar buat masa ini dan seharusnya bermula hari ini seluruh komponen Pakatan Harapan bersatu di bawah satu panji bagi menggerakkan kempen dan persiapan ke arah PRU14.

Dan takala di waktu pertandingan tiga penjuru telah berlaku yang menyaksikan persaingan antara BN, Pakatan Harapan dan Pas-Ikatan di seluruh kawasan di Malaysia, percayalah bahawa pada masa itu, rakyat hanya melihat dua pilihan yang wujud iaitu:

(1) Pakatan Harapan (PH)
(2) Barisan Nasional (BN)

Pas-Ikatan hanya akan dilihat dan dinilai oleh rakyat tidak lebih sebagai sebuah parti atau calon bebas yang hanya mencari peluang dan mencuba nasib.

>> Komentar bebas penganalisis politik tanahair, Dr A Zachary S dari sebuah ITPA di Kuala Lumpur I 27 Januari 2017

Dah Ku Nan kata Umno Tak Rasuah, Habis siapa yang Rasuah???

HABIS, SIAPA YANG RASUAH?

Di ketika Ketua Pesuruhjaya SPRM, Dzulkifli Ahmad memberi amaran kepada ahli-ahli politik yang korup bahawa masa untuk mereka ditangkap semakin dekat, Setiausaha Agung UMNO, Tengku Adnan Tengku Mansor sebaliknya mengatakan pemimpin-pemimpin UMNO bukanlah terdiri daripada kalangan yang mengamalkan rasuah.

UMNO tidak mengamalkan rasuah, kata Ku Nan lagi.

Beliau bagaimanapun menerima amaran SPRM itu sebagai langkah untuk lebih berjaga-jaga.

Rasuah selalunya dikaitkan dengan kuasa dan di negara kita UMNO adalah parti yang paling lama berkuasa berbanding parti-parti yang lain.

Oleh itu, bolehkah diterima kata-kata Ku Nan bahawa pemimpin-pemimpin UMNO tidak mengamalkan rasuah?

Kalau bukan pemimpin-pemimpin UMNO yang paling terpalit dengan amalan rasuah kerana kuasa paling dekat dengan mereka, siapakah lagi yang boleh dikaitkan dengan gejala buruk itu?

Atau mungkinkah kenyataan yang dikeluarkan oleh Ku Nan itu tidak lebih hanya memberi gambaran bahawa tidak mungkin walau seorang pun pemimpin UMNO yang ada dalam senarai untuk ditangkap SPRM?

Adakah kita hanya akan melihat ahli-ahli politik selain UMNO saja yang bakal ditangkap dan didakwa berkaitan rasuah?

Bagaimana pula dengan Malaysian Official 1?

Ada benarnya juga kenyataan DAP berhubung peringatan Dzulkifli yang mahu menangkap ahli-ahli politik yang korup bahawa amaran itu langsung tidak memberi makna selagi tidak ditujukan kepada Malaysian Official 1.

Ohhh SPRM....(SH 27/01/2017).

SPRM, KAMI PUN TAK SABAR MENUNGGU!!

Shahbudin Husin,

Susulan tanda-tanya orangramai mengenai bilakah ahli-ahli politik yang korup akan ditangkap selepas beberapa tindakan diambil terhadap penjawat awam,  SPRM hari ini tampil meredakan kebimbangan itu dengan mengatakan masa untuk mereka akan tiba tidak berapa lama lagi.

Kepada ahli-ahli politik yang korup, saya ada satu perkataan saja - tunggu, demikian tegas Ketua Pesuruhjaya SPRM, Dzulkifli Ahmad.

Ya, tunggu...tetapi siapakah ahli politi korup yang ada dalam senarai SPRM itu?

Ikan jerung, ikan gelama atau ikan bilis?

Jika di kalangan penjawan awam, mereka yang ditangkap sehingga ke taraf Ketua Setiausaha, apakah di kalangan ahli politik ia juga mencecah sehingga ke jawatan menteri dan timbalan menteri?

Sama seperti peringatan Dzulkifli kepada ahli-ahli politik iaitu "tunggu", rakyat juga tidak sabar menunggu siapakah yang bakal ditangkap oleh SPRM itu? 

Harap-harap "ikan" yang ditangkap nanti tidak mengecewakan semua yang menunggu-nunggu selama ini.(SH 27/01/2017).

Kisah "Kisah Kingmaker"...!!!!

"Kisah Kingmaker"

Dalam keadaan sekarang di mana ekonomi negara sedang berdarah dan salah guna kuasa berleluasa, saya menyeru dan memohon dengan serendah-rendah hati agar kepentingan sendiri diketepikan, ego disisihkan dan hasad dengki dimatikan.

1. Kita seharusnya sedar bahawa mana-mana parti pembangkang, tak kira lah DAP, PKR mahupun BERSATU juga boleh menjadi "kingmaker" seperti PAS sekiranya mahu. Namun, apalah guna prinsip digadaikan sebagai taruhan?

Baru-baru ini beberapa pemimpin PAS menyatakan bahawa mereka adalah "kingmaker" kerana mereka yang menentukan keputusan pilihanraya yang akan datang. Sekiranya PAS bersama pembangkang, pembangkang akan menang, tanpa PAS, pembangkang tak berpeluang untuk merubah tampuk pemerintahan negara.

2. Saya tak akan berdalih dan berlagak, saya mengaku bahawa amat sukar untuk pembangkang memperolehi kemenangan sekiranya perlawanan 3 penjuru terjadi. BN akan menjadi juara pasti sekali lagi.

3. Tapi, cuba kita gunakan logik ini terhadap PAS sendiri. PAS bersungguh menyatakan bahawa pembangkang memerlukan PAS untuk menang.

Logik yang sama boleh digunakan ke atas PKR. Pembangkang memerlukan PKR untuk menang.

PKR mempunyai 28 kerusi parlimen dan mentadbir kerajaan negeri Selangor. DAP mempunyai 37 kerusi parlimen dan mentadbir Penang.

Sekiranya mereka mengambil keputusan untuk meninggalkan pakatan pembangkang dan bermadah "politik matang" tapi pada masa yang sama mencecah kaki dan berdolak dalih antara parti pembangkang dan parti kerajaan, mereka juga boleh menjadi "kingmaker".

Selangor akan jatuh
Penang akan jatuh

Sekiranya mereka mengambil keputusan untuk menjadi penjuru ketiga dalam perlawanan ini, PAS mungkin akan kehilangan Kelantan dan kerusi kerusi parlimen sedia ada.

4. Sebagai parti bongsu di Malaysia, Bersatu sememangnya tidak boleh tandingi PKR & DAP dalam jumlah kerusi.

Namun,

A) Kami adalah jambatan bertemu Warisan yang merupakan parti terkuat di Sabah.

b) Kami ditadbir pemimpin penarik rakyat dan pengundi seperti Tun M, DSMY dan DSMM; Mantan PM, DPM dan MB Kedah. Kalau DS Anwar boleh tarik banyak kerusi bagi PKR bila tertubuhnya parti tersebut, bayangkan berapa banyak kerusi boleh dimenangi oleg gabungan 3M pada pilihanraya yang akan datang.

C) Parti Bongsu yang berjaya menganjurkan beratus ratus ceramah satu Malaysia yang dihadiri  beribuan rakyat Malaysia setiap ceramah.

D) Pelancaran parti yang dihadiri 10,000 penyokong (dilaporkan oleh Channel News Asia).

5. Bayangkanlah sekiranya BERSATU berpolitik dengan taktik PAS. Ke sana, ke sini bersembang politik matang tapi pada masa yang sama bermain mata dengan kedua-dua kerajaan dan pembangkang, mencipta penjuru ketiga di saat pertarungan sedang genting. Dimanakah kematangannya?

6. Percayalah, kita semua tak kira mana-mana parti boleh menjadi "kingmaker". Tapi gelaran itu tak didamba sebab kami tak nak jadikan BN semakin kuat. Tapi gelaran itu tak diketagihi sebab kami ada prinsip.

Kita perlukan satu sama lain.

Ini bukan masa untuk bermain api, bukan masa untuk menjual nama, bukan masa untuk berpecah belah. Ini adalah masa untuk kita bersatu.

Kita mahu teguh bukan roboh.

-SS-

Pengungkitan skandal BMF tidak berbekas kepada Dr Mahathir

ULAS ISU 


Isu skandal BMF tak berbekas buat Dr Mahathir.

Sekonyong-konyang skandal BMF yang merupakan skandal kewangan terhitam ditangung negara diungkit semula. Skandal itu berlaku dalam tahun  1979 hingga1983 dan ia asing kepada generasi muda hari ini. Pengungkitan semula skandal berkenaan dilihat bermotif politik bukan untuk kepentingan negara jauh sekali bertujuan menambah nilai ringgit. Ia diungkit semata-mata untuk menyerang Dr Mahathir Mohamad yang ketika ini menyerang Najib bertubi-tubi.

Apa yang dibangkitkan mengenai skandal itu, kononnya ada dokumen laporan Agensi Perisikan Pusat (CIA) yang mengatakan Dr Mahathir bertanggungjawab dengan skandal melibatkan wang ratusan juta itu dan menyebabkan seorang pegawai kewangan bernama Jalil Ibrahim mati dibunuh.

Dr Mahathir sudah memberi jawaban dan ulasan berkaitan perkara itu, dimana menurutnya pengungkitan semula skandal itu adalah tindakan politik kerana dia tidak henti-henti menyerang Najib.

Apa perlunya skandal berkenaan ditimbul balik? Dalam isu ini saya tidak nampak, Najib mendapat laba kalau benar seperti kata Dr Mahathir itu. Dr Mahathir sesekali tidak akan berhenti dan surunder daripada menyerang Najib. Beliau sudah nekad dan menandatangani dengan dakwat merah. Sign mati.

Apakah penimbulan semula skandal berkenaan kerana hendak mengimbangi isu atau skandal 1MDB yang dikaitkan dengan Najib? Ada penyokong Najib atau cybertrooper menulis membanding skdnal 1MDB tidak sehebat skandal BMF kerana skandal 1MDB tidak membunuh manusia. Perbanding itu dangkal dan tidak memberi nilai tambah kepada skandal ditanggung Najib itu. Bahkan cara itu ia mengesahkan Najib terlibat dengan skandal 1MDB. 

Sepatutnya apa yang jadi sejarah tidak diguna untuk menenggelam apa yang sedang berlaku hari ini. Pengungkitan semula skandal BMF dan cuba mengaitkan dengan bekas PM itu, memburukkannya memberi peluru dan modal baharu buat Dr Mahathir. Ia silap besar. Inilah kelemahan di kalangan penasihat Najib kerana peluru yang dibalingkan Dr Mahathir dibalingkan semula menyebabkan Dr Mahathir boleh menggunakan peluru yang sama. Sepatunya mereka mati atau nyahhapuskan peluru-peluru itu. 

Isu atau skandal BMF walaupun ia membabitkan kewangan negara, maruah negara dan kehilangan nyawa, ia sudah dikira tamat. Khalas. Mengungkitkannya tidak dapat melindungi apa yang sedang berlaku, sebaliknya tambah memalukan negara. Baik generasi muda tidak tahu sejarah hitam negara, ia menjadi tahu. Iya walaupun kebusukan itu tidak boleh diselindung sebab sejarah mencatatnya, tetapi mencium busuk dua kali dalam satu masa adalah suatu kebodohan dan kebebalan. 

Jika pun skandal yang sudah berlalu 33 tahun itu masih relevan untuk kepentingan politik Najib, apa pula nanti orang tidak membangkitkan semula tragedi pembunuhan Altantuya Sharribbuu? Walaupun dari segi tektikal dan proses undang-undang Najib terhindar dari terlibat dengan pembunuhan itu namun beberapa keadaan yang berlaku terhadap si pembunuh wanita itu boleh dipusingkan untuk mengaitkan dengan Najib. 

Bagi saya tidak ada untungnya skandal BMF dibangkitkan semula kalau tujuannya untuk menahan Dr Mahathir daripada menyerang Najib. Dr Mahathir tidak pernah berasa takut dengan apa yang dibuatnya. Psikologi tentang Dr Mahathir ini patut dipelajari. Dr Mahathir akan kering tanpa air, tetapi tidak akan lemas dalamn dalam air yang banyak. 

Untuk maklumat kepada yang tidak memahami skandal BMF ini suatu masa ia telah disuakan kepada Tengku Razaleigh Hamzah, kononnya bekas Menteri Kewangan itu terlibat. Ia ditimbulkan pada masa Tengku Razaleigh berlawan dengan Dr Mahathir untuk merebut jawatan presiden Umno. Mungkin ia diheret ke diri Tengku Razaleigh atas arahan Dr Mahathir juga. 

Ia berlanjutan dimainkan sehingga dalam Piraum pada tahun 1990. Sebuah akhbar luar negara; Times News Paper di London telah melaporkan dengan menuduh Tengku Razaleigh terlibat. Laporan itu yang digunakan oleh geng Dr Mahathir untuk memburukkan Tengku Razaleigh dan sehinggakan orang ramai mempercayainya. Tektik yang sama nampaknya diulang untuk mengenakan Dr Mahathir. Haha..

Apa jadi kesudahannya, Tengku Razaleigh menyaman akhbar berkenaan, beliau menang dan akhbar berkenaan memohon maaf dan diperintah membayar ganti rugi kepadanya. Apakah hal yang sama akan berlaku kepada Dr Mahathir mengenai skandal BMF ini? Tetapi Dr Mahathir seorang yang tidak suka melepaskan fitnah dan tuduhan ke atas dirinya menerusi mahkamah.

Dalam perhatian saya, skandal maut itu tidak akan merubah pendirian Dr Mahathir. Langkah mengungkitkan skandal itu tidak menjadi kudis gatal kepada Dr Mahathir. Kenapa, sebabanya, Najib juga ada skandalnya tersendiri yang boleh diguna Dr Mahathir pada bila-bila masa sahaja. Saya yakin dalam kepala dan pengetahuan Dr Mahathir banyak isu personal mengenai Najib dan beliau hanya tertarik untuk memperkatakan skandal 1MDB sahaja setakat ini.

Jangan paksa Dr Mahathir membuka peti besi rahsia yang ada kepadanya, bahaya.

Jadi sebelum Dr Mahathir jadi marah dan hilang akal kerana mengaitkan dia dengan cerita lama yang sudah dilipat sejarah itu, elok hentikan untuk menyelamatkan Najib dari terkait dengan skandal atau perkara lebih parah lagi dititikkan. Simpanlah sedikit segala rahsia dan sejarah hitam itu untuk genarasi akan datang dan bahan kajian sejarah. 

Dalam pada itu, saya percaya selepas ini tragedi Memali yang meragut 14 nyawa yang berlaku pada tahun 1985, di Kedah itu juga akan dibangkitakan. Akan ada nanti laporan fail-fail lama polis yang sebelum ini berstatus RAHSIA akan dibuka dan dilembelkan.  Tidak mustahil dokumen yang disiapkan oleh CIA atau KGB juga akan akan teburai hanya kerana nafsu sekarah politik.

Tidak mustahil tragedi Memali itu akan diungkitkan dalam usaha untuk membangkitkan kemarahan rakyat khasnya dari kalangan ahli parti agama agar "murih"  (marah) dengan Dr Mahathir dan sayang kepada Najib. Semua itu bukan dalam gagasan membina intergriti bangsa tetapi memusnahkan maruah bangsa. [wm.kl.4:32 pm 26/01/17]

mohd sayuti Omar 





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...