TERKINI :

Thursday, January 26, 2017

Pakatan Harapan, Bersatu harus lupakan Pas agar rakyat tidak keliru

Penasihat Umum Parti Amanah Negara (Amanah) Ahmad Awang menasihatkan pemimpin utama Pakatan Harapan dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) agar melupakan Pas dan memberi fokus kepada pengukuhan kerjasama menjelang Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).

Beliau berkata, Pakatan Harapan dan Bersatu perlu meyakinan rakyat melalui satu gabungan yang kuat bagi melawan Umno-BN dan kerajaan yang kleptokrasi.

"Pakatan Harapan ini termasuklah Bersatu yang dah bersama jangan layan dah apa yang pemimpin Pas kata. Tak payah nak dipujuk-pujuk lagi sebab kita dah jelas pendirian Pas dan mereka pun kata mereka adalah parti yang terbaik. Jadi biarlah Pas terus mengangkat partinya sendiri.

"Saya nak melihat pemimpin Pakatan Harapan ini membuktikan mereka bersatu. Kalau dah tak ada apa-apa hubungan dengan Pas, orang PKR tak payah lagi berceramah dengan Pas. Orang Bersatu pun sama, tak payah nak bermesra-mesra lagi," katanya kepada Malaysia Dateline.

Menurut Ahmad juga, Pakatan Harapan dan Bersatu tidak harus membiarkan rakyat terus keliru dengan tindakan mereka yang tidak selari.

"Sesama pembangkang saya nasihatkan biar semuanya mempunyai satu pendirian yang tegas, hadapilah akan datang ini sama ada tiga penjuru ke empat penjuru ke, lima penjuru ke, hadapi sahaja.

"Biar Pas pandai-pandailah nak bersendirianlah atau nak pakat dengan Umno-BN, jangan kita campur.

"Supaya mengurangkan kekeliruan rakyat untuk memahami pembangkang. Orang dah tak boleh terima BN. Tapi kalau Pakatan Harapan tak menunjukkan kesepakatan betul-betul, satu kerugian untuk kita," katanya lagi.

Dalam perkembangan terbaharu, Pengerusi Bersatu Tun Dr Mahathir Mohamad berkata keputusan kerjasama antara parti itu dan Pas akan ditentukan selepas 2 Februari.

Sehingga kini Pas kelihatan lunak dengan Bersatu namun menolak Amanah dan DAP.

Malah 'salam perdamaian' yang dihulur oleh penasihat DAP Lim Kit Siang kepada Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang mendapat reaksi negatif daripada pimpinan utama parti itu termasuk Timbalan Presiden Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.

Tanam ketum tidak salah - KPN


PUTRAJAYA: Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar, berkata tidak salah untuk menanam daun ketum bagi tujuan komersial kerana ia tidak termaktub dalam peruntukan undang-undang.

Beliau berkata, seseorang boleh dikenakan tindakan hanya jika wujud aktiviti memetik, memproses dan mengedar daun ketum.

Justeru, kata Khalid, cadangan Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA) untuk menanam pokok ketum bagi tujuan eksport adalah dibenarkan, namun perbincangan perlu dibuat dengan Kementerian Kesihatan (KKM) bagi tujuan kawalan supaya ia tidak disalah guna. "Dalam undang-undang Seksyen 30(3) Akta Racun 1952, tidak dinyatakan menanam daun ketum adalah salah.

"Bagaimanapun, saya cadangkan kepada RISDA jika mereka mendapati daun ketum itu ada nilai dalam perubatan dan mahu mengeksportnya, mereka perlu dapat kebenaran dan pandangan daripada KKM kerana KKM saja yang dapat memutuskan perkara itu.

"Tambahan, ketum termasuk dadah berjadual yang boleh menyebabkan seseorang itu khayal jika diambil dalam kuantiti berlebihan," katanya ketika ditemui pada Majlis Penutup Persidangan ASEANA di Hotel Marriot, di sini, hari ini. Khalid berkata demikian ketika mengulas mengenai cadangan RISDA untuk menanam daun ketum.

Sementara itu, pada perkembangan berlainan, Khalid berkata, polis tidak boleh membuat kesimpulan atau kenyataan berhubung kehilangan MH370 sehingga kotak hitam pesawat itu ditemui. "Saya enggan dan tidak akan mengulas sebarang spekulasi berhubung kehilangan pesawat MH370.

Rumusan penuh mengenai insiden itu hanya akan dibuat hanya selepas kotak hitam pesawat malang itu ditemui," katanya.

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/177864?m=1

Rundingan PAS-BERSATU gagal tanpa Ust Hadi

Oleh : AMNI JAGAT

Ketidakhadiran Dato Seri Abdul Hadi Awang dalam rundingan antara PAS dan BERSATU yang dijadual pada 2 Februari 2017 akan menyebabkan kegagalan rundingan tersebut. Begitulah pandangan Setiusaha Organisasi Parti Amanah Negara Suhaizan Kayat.

Menurutnya lagi wakil PAS Ust Tuan Ibrahim Bin Tuan Man,Timbalan Presiden PAS tidak mampu membuat sebarang keputusan dalam hubungan kedua-dua parti tersebut. Kegagalan ini akan menyebabkan penangguhan semula rundingan yang akan menguntungkan UMNO. Rakyat yang inginkan perubahan dalam PRU14 akan merasa derita dengan penangguhan-penangguhan ini.

Presiden PAS sangat berpengaruh dikalangan ahli PAS sehingga keputusannya boleh membatalkan sebarang keputusan-keputusan sebelum ini. Ini telah dilalui dalam krisis Menteri Besar Selangor oleh mantan Timbalan Presiden PAS Sdr Mohamad Sabu yang kemudiannya telah menubuhkan Parti Amanah Negara.

Semalam, selepas mesyuarat BERSATU, Tun Dr Mahathir telah menyatakan  perundingan antara PAS dan BERSATU akan diadakan pada 2 Februari 2017. Mesyuarat ini diharapkan oleh BERSATU dapat memutuskan perkara penting dalam hubungan keduanya.





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...