TERKINI :

Wednesday, January 25, 2017

Masa depan Pas-Bersatu diputuskan 2 Februari ini

PUTRAJAYA – Masa depan hubungan antara Pas dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) bakal dimuktamad pada 2 Februari depan.

Pengerusi Bersatu, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, pihaknya telah mengemukakan draf rangka perjanjian itu kepada Pas dan sedang menungggu maklum balas.

Difahamkan, rundingan itu nanti yang hanya melibatkan Pas dan Bersatu akan diketuai Timbalan Presiden Bersatu, Datuk Seri Mukhriz Mahathir Mohamad bagaimanapun tidak mendedahkan lokasi dan masa pertemuan tersebut.

“Bentuk kerjasama antara Pas dan Bersatu hanya lebih kurang sama dengan kerjasama yang kami (Bersatu) meteraikan dengan Pakatan Harapan.

“Rundingan yang akan berjalan antara Mukhriz dengan Timbalan Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man ini akan menentukan pendirian kami dengan Pas, ” jelas Tun Mahathir dalam sidang media di sini, hari ini.

Kes rompakan bank di Sg. Petani..seorang ditahan.

ALOR SETAR: Seorang bekas tentera yang bekerja sebagai pengawal keselamatan menggunakan pistol milik syarikatnya ditahan selepas cuba merompak Bank UOB di Tmn Ria Jaya, Sungai Petani dekat sini pagi tadi. 

Jurucakap polis berkata, cubaan suspek berjaya dihalang pengawal keselamatan bank terbabit selepas berlaku pergelutan antara mereka dengan dibantu kakitangan bank berkenaan, jam 8.40 pagi. 

"Anggota polis yang tiba dilokasi kejadian kurang seminit kemudian segera membantu pengawal keselamatan yang cedera akibat terkena tembakan di kaki yang sedang bergelut dengan suspek. 

Suspek yang bertopi keledar berjaya ditahan manakala pistol jenis jenis Smith Wesson yang digunakan untuk merompak juga berjaya dirampas," katanya di sini sebentar tadi. Beliau berkata, pengawal keselamatan terbabit dirawat di Hospital Sultan Abdul Halim dan kini dilaporkan stabil. 

"Suspek yang tidak mengalami sebarang kecederaan kini ditahan mengikut Seksyen 8 Akta Senjata Api (Penalti Lebih Berat) 1971 yang membawa hukuman penjara sehingga tujuh tahun atau denda maksimum RM10,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan," katanya. 

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Md Zukir Md Isa mengesahkan kejadian dan pihaknya kini sedang menjalankan siasatan terperinci.

Kit Siang kini sedia bekerjasama dengan BN pula


Kit Siang kini sedia bekerjasama dengan BN pula

Selepas menimbulkan polemik bahawa beliau bersedia untuk bekerjasama dengan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang untuk menyelamatkan Malaysia, pemimpin veteran DAP Lim Kit Siang hari ini berkata beliau bersedia bekerja dengan pemimpin atasan BN.

Menurut Lim, beliau bersedia untuk bertemu dengan pemimpin kanan MCA, Gerakan, termasuk Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, untuk membincangkan cara untuk "membersihkan dan menyingkirkan” segala keaiban dan kehinaan Malaysia akibat dilihat sebagai negara kleptokrasi.

"Saya bersedia untuk bekerja bukan sahaja dengan Hadi, tetapi dengan Perdana Menteri dan Presiden Umno Datuk Seri Najib Razak, Presiden MCA Datuk Seri Liow Tiong Lai, Presiden Gerakan Datuk Seri Mah Siew Keong, Presiden MIC Datuk Seri Dr S Subramaniam dan semua pemimpin BN Sabah dan Sarawak.

"Saya bersedia untuk berjumpa dengan Liow dan Mah di sebarang tempat, bila-bila masa dalam tempoh 72 jam. Adakah mereka perlu mendapatkan kelulusan Umno sebelum bertindak?" soalnya pada sidang akhbar di Pulau Pinang hari ini.

Semalam, Lim menafikan salam perdamaian yang dihulurkannya itu hanya sekadar tindakan berpura-pura disebalik kelantangan Hadi untuk meminda Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 atau Akta 355.

Lim berkata keutamaanya adalah menyelamatkan Malaysia sekarang daripada masalah kleptokrasi.

Berikutan itu, pemimpin BN, termasuk Ketua Pemuda MCA, Chong Sin Woon, menyelar Lim dan menuduh parti itu sedia mengabaikan hak masyarakat bukan Islam demi untuk merampas Putrajaya.

APA SUDAH JADI DENGAN NAJIB?

Hanya dalam tempoh seminggu yang lalu saja, Najib Razak didapati telah melakukan dua kesilapan fakta yang tidak sewajarnya sebagai seorang Perdana Menteri.

Kali pertama, beliau mengatakan tanah di Forest City adalah pajakan selama 99 tahun  dan ia tidak menjejaskan dari segi kedaulatan negara apabila orang-orang dari negara China menjadi pembeli utamanya.

Ternyata kemudian melalui papan iklan, billboard dan laman web Forest City sendiri, fakta Najib ternyata salah.

Tanah Forest City memang pegangan bebas dan ia akhirnya memaksa Bernama memadam fakta pajakan 99 tahun yang disebut Najib sebelum itu dalam berita yang disiarkannya.

Kali kedua, Najib menafikan dakwaan Tun Mahathir bahawa MCA pernah meminta jawatan Timbalan Perdana Menteri sedangkan terbukti pada 3 April 2009, parti Cina komponen BN itu pernah berbuat demikian.

MCA ketika itu menggesa Najib yang baru menjadi Perdana Menteri agar mewujudkan jawatan Timbalan Perdana Menteri dan Timbalan Pengerusi BN untuk Presidennya bagi mencerminkan "perkongsian kuasa"  yang sebenar dalam negara ini.

Bagaimanakah kesilapan fakta sedemikian boleh berlaku kepada seorang Perdana Menteri?

Adakah Najib tidak tahu atau begitu tertekan dan serabut fikiran sehingga "cakap main bedal saja"  menafikan sesuatu perkara tanpa mengira apa yang disebutnya itu betul atau salah?

Ataukah Najib memang suka cakap "hentam keromo" apabila fikirannya celaru dan tertekan sepertimana yang pernah dilakukannya mengenai wang RM2,600 juta dahulu?

Ketika itu Najib dengan selamba mengatakan, kalau pun mahu menyamun, takkankan beliau melakukannya dengan memasukkan wang ke dalam akuan sendiri di dalam negara, walhal menyedari perkara itu memang pun berlaku.

Adakah perlakuan-perlakuan Najib  yang tidak sewajarnya itu yang membuatkan Zahid Hamidi tiba-tiba mengatakan hanya tinggal 6.6 peratus saja "cybertrooper" yang bersama UMNO dan kerajaan sekarang ini?

Kata Zahid, akibat ketinggalan jauh dalam perang maya itu menyebabkan persepsi negatif yang buruk kepada UMNO dan kerajaan.

Adakah Zahid juga sedang cuba mengatakan bahawa UMNO dan BN di bawah pimpinan Najib hanya menunggu masa saja untuk menemui titik nokhtahnya?

Lalu, apa perancangan Zahid seterusnya? (SH 23/01/2017).





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...