TERKINI :

Monday, January 23, 2017

Bergoyangkah BN Johor masa PRU14 nanti dengan suasana politik sekarang?

*SAHIH*

Di dalam PRU 13 yang lepas *BN* memenangi 133 kerusi Parlimen dari 222 kerusi yang di pertandingkan.

Satu penurunan bilangan kemenangan kerusi bagi *BN* berbanding dari PRU 12.

Kemudian hilang *2* kerusi parlimen, iaitu Pagoh dan Semporna menjadikan kerusi parlimen *BN* menjadi *131 kerusi* sahaja.

Ketika itu tiada isu besar yang terjadi di dalam negara ini bagi *BN* menghadapi *PILIHANRAYA UMUM* berbanding dengan *PILIHANRAYA UMUM AKAN DATANG*.

Masa itu belum ada kes

*1MDB*

*GST*

*FILEM PORNO*

*SUBSIDI UTAMA YANG DI TARIK*

*DoJ*

*Jho Low*

*Riza Aziz*

*RAMPASAN BERATUS JUTA*

*KETIRISAN YANG MELAMPAU*

*BIASISWA YANG DI BATALKAN*

*HARGA BARANGAN YANG MELONJAK NAIK*

serta

*MENTERI DAN TIMBALAN MENTERI BEBAL*

Hari ini *BN* dengan bangga memperbodohkan *PAS* hanya kerana untuk kelangsungan politik agar terus dapat memerintah negara ini.

Dan *PAS* dengan rasa *ZUHUD dan TAWADHUK* terus membenarkan mereka di perbodohkan oleh *BN*.

Sebelum wujudnya *PARTI AMANAH* , *PAS* hanya memenangi *21* kerusi parlimen, dan setelah wujudnya *AMANAH*, Berapakah kerusi *PAS* yang tinggal?...(sendiri kiralah).

*BN* terus memainkan sentimen jika rakyat *MENOLAK BN* maka negara ini akan di perintah oleh *DAP* , yang mana kerusi *PARLIMEN DAP* hanyalah sebanyak *38 kerusi* pada waktu ini...(nak bersuara pun susah ni).

Jika di dalam *PILIHANRAYA UMUM KE 14* ini rakyat Malaysia dapat *MENOLAK BN* maka negara ini akan berubah pucuk pemerintahan.

Dan sebenarnya *MENOLAK CALUN BN* di dalam *PRU14* itu sebenarnya bukan kerja susah bagi pembangkang jika mereka berkerjasama secara satu team.

*SEBAGAI CONTOH* negeri saya, *NEGERI JOHOR*..

*DAP* sekarang 4 kerusi
*PKR* sekarang 1 kerusi
*PPBM* sekarang 1 kerusi.

Hanya memerlukan sekurang-kurangnya *10* sahaja kerusi untuk menafikan kerusi parlimen dari Johor sepenuhnya.

*SRI GADING* majoriti hanya *5,761 undi*

*LABIS* majoriti hanya *353 undi*

*SEGAMAT* majoriti hanya *1,217 undi*

*TEBRAU* majoriti hanya *1,767 undi*

*PASIR GUDANG* majoriti hanya *935 undi*

*PULAI* majoriti hanya *3,226 undi*

*TANJUNG PIAI* majoriti hanya *5,457 undi*

*SIMPANG RENGGAM* majoriti hanya *5,706 undi*

*LEDANG* majoriti hanya *1,967 undi*

*SIKIJANG* majoriti hanya *3,007 undi*

Manakala Pontian dan Pengerang mempunyai majoriti melebihi 15,000 undi, tetapi boleh di kalahkan atas sikap *BANGANG dan MENGONG* kedua *TIMBALAN MENTERI* tersebut.

Bagi kerusi parlimen *BN* yang mendapat kurang dari 6,000 undi tersebut dan di campurkan dengan sikap sombong, menipu, berlagak serta rasa besar diri itu akhirnya akan menjerat *BN* itu sendiri.

Jika rakyat Malaysia inginkan perubahan di dalam pemerintahan akan datang maka jangan lah segan silu ketika waktu mengundi nanti *JANGAN PANGKAH* lambang *DACING* tersebut, lagipun zaman sekarang dah tiada orang guna *DACING* macam tu, semua dah pakai timbangan digital.

*SAJA NAK INGATKAN* marilah ramai-ramai *JANGAN PANGKAH DACING LAGI*

*SAJA NAK BAGITAU* , BNUMNO kalah

🔴 Perdana Menteri masih tetap Melayu.

🔴 Agama Islam masih tetap agama rasmi.

🔴 Bahasa Kebangsaan masih tetap bahasa Melayu.

🔴 Raja-Raja Melayu masih tetap bersemayam di singgahsana.

*_Hanya pemimpin UMNO yang korup saja akan berakhir di dalam penjara._*

*SHUKUR MOHAMAD*
(ahli *PPBM* seumur hidup)

CYBERTROOPER SOKONG KERAJAAN TINGGAL 6.6 PERATUS, ZAHID CUBA AIBKAN NAJIB?

Shahbudin Husin,

Alamak...kenapa Zahid Hamidi meluahkan perkara memalukan seperti ini?

Apakah tujuan dan maksud tersirat di sebalik pendedahan beliau itu?

Semalam, Timbalan Perdana Menteri itu secara terbuka mengakui jumlah "cybertrooper"  yang mempertahan dan menyokong dasar kerajaan hanyalah 6.6 peratus berbanding yang menentang berjumlah 93.6 peratus.

Katanya, dapatan berdasarkan kajian yang menunjukkan perbezaan yang jauh ketinggalan itu sejaligus menyebabkan persepsi negatif berterusan terhadap UMNO, kerajaan dan para pemimpinnya.

Bagaimana boleh hanya tinggal 6.6 peratus saja lagi "cybertrooper" yang tinggal untuk mempertahankan kerajaan pimpinan Najib Razak sedangkan "dedak"  tanpa had ada bersama mereka?

Adakah dedak, walau sebanyak mana ditabur sekali pun, sudah tidak mampu membuatkan "cybertrooper" itu kembali bersemangat untuk terus mempertahankan UMNO, kerajaan dan Najib?

Kurrr...kurrr...kurrrr....

Apa yang jelas, pengakuan Zahid itu secara langsung dan tidak langsung menunjukkan kerajaan pimpinan Najib dalam keadaan amat lemah, tidak bermaya dan hampir lumpuh sekarang ini.

Dengan perbezaan amat ketara 6.6 peratus berbanding 93.4 peratus, Najib sekarang ini umpama pasukan perang yang sudah tiada lagi bala tentera untuk berjuang.

6.6 peratus yang tinggal itu pula bukanlah bala tentera untuk berjuang dan berperang, tetapi hanyalah kaki ampu, kaki bodek dan kaki kipas semata-mata.

"Cybertrooper"  UMNO dan kerajaan semakin ini jika diperhatikan, ramai yang hilang atau mendiamkan diri seolah-olah kecewa dengan tindakan Najib yang didapati terus menerus melakukan perkara-perkara tidak wajar yang menyusahkan rakyat.

Daripada bermewah, membazir, berjoli, "ber1MDB", "berJho Low" dan kini bergadai pula dengan China, hakikatnya "cybertrooper" UMNO jadi lemah semangat dan tidak mampu lagi mempertahankan Najib, UMNO dan kerajaan kerana semua yang berlaku itu akhirnya jelas tidak memihak kepada rakyat.

Lama kelamaan, mereka jadi lesu, tiada upaya lagi menyusun ayat  dan hanya mampu menulis seminggu sekali saja. Sebab itulah kita dapat lihat, Najib sendiri terkial-kial mempertahankan dirinya sendiri kebelakangan ini.

Secara tersiratnya juga melalui apa yang didedahkan Zahid itu, beliau cuba memberitahu bahawa lumpuhnya "cybertrooper" itu adalah disebabkan kepimpinan Najib yang terus-menerus ditolak oleh rakyat.

Penurunan kepada 6.6 peratus itu adalah berpunca daripada Najib dan tidak mungkin juga ia mampu ditingkatkan selagi "ibu masalah" kepada UMNO dan kerajaan itu sendiri iaitu Najib, tidak diketepikan dengan segera.

Masihkah kita ingat apabila dua hari lalu Zahid ada mendedahkan bahawa sudah wujud gerakan mahu menumbangkannya di Bagan Datuk?

Siapakah yang berani dan mahu menumbangkan Zahid sebagai orang nombor dua dalam kerajaan, jika bukan oleh orang yang berada diatas daripadanya atau setidak-tidaknya mendapat restu daripada orang nombor satu?

Melalui pengakuan memalukan bahawa cybertrooper UMNO dan kerajaan hanya tinggal 6.6 peratus saja, Zahid bukan saja sedang mengaib dan memperlihatkan kepimpinan Perdana Menteri dalam keadaan yang amat lemah dan hanya menunggu masa untuk rebah, malah seperti sudah mengorak langkah untuk mula melawan.

Maka, peluang Pakatan Harapan dan Bersatu jelas turut semakin cerah. (SH 23/01/2017).

ALMARHUM TG NIK ABDUL AZIZ NIK MAT & UMNO?

Ulamak yg ditakuti UMNO dan tak boleh ditipu oleh UMNO ialah Al Marhum TG Nik Abdul Aziz Nik Mat(ATGNA).

1) Apabila UMNO ajak bergabung. ATGNA syaratkan UMNO mesti ubah dasar. Umno mesti buang dasar kebangsaan dan ubah kepada dasar Islam: "Kalau UMNO laksana Islam keseluruhannya maka haram lagi ada PAS".

Syarat & kenyataan ini adalah pukulan maut terhadap UMNO.
(Sumber: http://www.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/38351-almarhum-tg-nik-aziz-kata-pas-bubar-jika)

2) *Apabila UMNO serang PAS kerana bertahaluf dengan DAP dan tuduh PAS kuda tunggangan DAP.*

ATGNA selamba menjawab : "*Kita usahkan DAP kalu syaitan nak bantupun kita terima*". Terkedu UMNO mendengarnya.

(Sumber: https://youtu.be/WpzlCWRfhtk)

3) Apabila ATGNA hadiri majlis bersama UMNO, bertiup kencang fitnah UMNO & PAS mahu bergabung, *ATGNA dengan tegas menyatakan ia hanyalah kerjasama antara kerajaan pusat dgn kerajaan negeri bukan parti dgn parti.*

Sempat lagi ATGNA hentam UMNO: "Pergi jahannam lah dgn umno..." Mengelupur UMNO mendengarnya.

(Sumber: https://youtu.be/l8IfV9pS5xc)

4) Apabila ada *pimpinan PAS mesra dgn UMNO dan mahu bertahaluf dgn UMNO, ATGNA menasihati mereka bahawa UMNO adalah penipu besar.* Bila kurus minta tolong dengan PAS. Bila gemuk akan gigit PAS.

Nasihat ATGNA: " Nabi sollallahualaihiwasallam telah ajar: Jangan kamu kena sengat dua kali dalam satu lubang". Kata² ini membuat UMNO berputih mata & boneka UMNO dlm PAS kecewa.

(Sumber: https://youtu.be/ubmvag8NCF4)

4) Apabila ada ura-ura ada pihak yang akan datang berunding atas dasar berusaha bentukkan kerjasama antara UMNO + PAS, ATGNA dengan berani mengancam akan ludah orang itu:

"Sikit lagi boleh jadi ada UMNO datang tunduk nak cari PAS pulak tu, saya akan ludah muka orang tu". Semuanya menikus takut diludah ATGNA.

(Sumber: https://youtu.be/LsVtqygfMcQ)

5) ATGNA mengenali siapa kawan dan lawan. Beliau tahu hati perut UMNO.  UMNO penipu besar tidak boleh dipercayai. Bagi ATGNA:

"UMNO sebenarnya ancaman bagi orang Melayu, sebab itu 60 tahun hidup orang Melayu tidak ke mana..." Jika Melayu mahu maju dan terbela, kena jatuhkan UMNO. Kenyataan ini memberi tamparan hebat kepada UMNO dan jelas bahawa bagi ATGNA musuh utama Melayu ialah UMNO.

(Sumber: Harakah Edisi19-22 Dis 2011 N8)

6) Itulah sikap ATGNA. Semoga Allah merahmati ruh beliau. Ketegasan beliau menentang kezaliman dan toghut hingga ke akhir nyawa.

Jika beliau masih hidup,  melihat rakyat terus ditindas dan harta rakyat terus dirompak sudah pasti agenda utama menjatuhkan UMNO akan dipertingkatkan & kerjasama politik antara pembangkang akan terus dikuatkan.

Tentu semua masih ingat kata-kata beliau: "Selama 55 tahun kita berjuang nak tenggelamkan UMNO, apabila UMNO hampir lemas, kenapa kita nak pergi tolong?"

7) Betul, memang ada ATGNA duduk sepentas dgn Pak Lah, Najib & Mahathir tetapi ia ibarat singa berada bersama mangsanya. Semua tunduk gerun dgn ATGNA. Tidak sama dengan pimpinan PAS hari ini. Mereka hadiri majlis UMNO dan duduk bersama Najib hanyalah seperti seekor harimau zoo yg jinak atau gajah sarkis yg tunduk dan pandai mengangguk-angguk saja. Ia tidak mengerunkan UMNO dan tidak menakutkan PM Najib bahkan ia seolah-olah menghulur batang tengkok untuk dipancung oleh UMNO.

*Semoga Allah merahmatimu wahai Tuan Guru.* Legasimu akan terus kami perjuangkan.

Ayuh masa untuk bergerak, masa untuk lupakan PAS.. UNDILAH PH + PPBM

KENYATAAN MEDIA
PEMUDA AMANAH NASIONAL

www.amanah.org.my

UNDI PAS MEMBAZIR, BERI KEUNTUNGAN KEPADA BARISAN NASIONAL

1. Dalam kajian terbaru yang telah dilakukan oleh Invoke Malaysia (INVOKE) mendapati, Pas berkemungkinan akan kehilangan banyak kerusi parlimen yang disandang dan dijangka kalah teruk dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14). Gambaran ini disebabkan pendekatan Pas yang dilihat tidak konsisten dalam pendekatan serta tidak mempunyai pendirian dalam gerak kerja politik mereka.

2. Pemimpin Pas ketika ini menolak secara total AMANAH dan DAP, sementara pengikut parti itu diperingkat bawahan menolak Umno sehingga sebilangan mereka masih berpegang dengan pandangan lama yang ekstrem terhadap Umno. Kedua-dua pandangan pemimpin serta pengikut Pas ini menyebabkan mereka terpaksa mencipta blok ke-3 dengan strategi "king maker" yang mencorakkan pendekatan yang tidak berpendirian.

3. Rakyat pula menganggap blok ke-3 adalah seperti calon bebas yang tidak mampu untuk membuat perubahan kepada tampuk pemerintahan negara. Mengundi blok ke-3 adalah umpama membuang undi ke tong sampah sahaja kerana ia tidak mampu untuk memberikan satu kuasa yang ampuh untuk mendapatkan kuasa. Strategi "king maker" yang diakui oleh Pas ini pula dianggap sebagai mementingkan diri sendiri, tanpa memikirkan kepentingan secara kolektif dalam mencapai hasrat rakyat untuk melihat negara ini ditadbir oleh sebuah kerajaan baharu. Kami yakin kebanyakan pengundi akan menolak sikap ini.

4. Pada ketika ini, Pas terpaksa bergantung kepada segmen pengundi keliru. Pengundi ini yang kurang terdedah dengan perkembangan politik menganggap bahawa Pas masih lagi pembangkang yang bernaluri pembangkang, sedangkan parti itu sudah berubah 180 darjah.

5. Walaubagaimanapun pengundi keliru ini dijangka akan berkurang menjelang PRU14 nanti Pakatan Harapan + PPBM akan membuat penerangan seluruh negara tentang peri pentingnya menggundi pakatan pembangkang demi menyelamatkan negara. Pengundi-pengundi yang dahulunya keliru akan mengambil sikap menolak Pas setelah mereka mendapat penerangan dan penjelasan sebenar.

Ayuh Selamatkan Malaysia!

#PemudaBerkerja

MOHD SANY HAMZAN
Ketua Pemuda AMANAH Nasional

22 Januari 2017

ORANG ASLI AKAN DIBERI TANAH JIKA PH MEMERINTAH

TANGKAK - Timbalan Presiden Parti Amanah Negara (Amanah) Salahuddin Ayub, hari ini mengeluarkan janji jika Pakatan Harapan (PH) memerintah Orang Asli akan diberikan hak untuk memiliki tanah mereka sendiri.

Kenyataan ini dikeluarkan atas pemerhatian Salahuddin mengenai isu dan permasalahan tanah yang berlaku di Kampung Tanah Gembor dan Kampung Air Tawas di sini.

"Jika kami (PH) memerintah, kami akan berusaha untuk mengurniakan tanah kepada Orang Asli. Perkara ini pun telah dilakukan seperti peneroka Felda, Risda, Felcra, perkampungan orang Melayu dan yang lain-lain.

"Kita juga berjanji akan membina segala kemudahan infrastruktur pendidikan dan kemudahan asas kepada Orang Asli jika PH diberi mandat dan Orang Asli berani berubah untuk memilih pemerintah selain Umno dan Barisan Nasional." Salahuddin Ayub.

Orang Asli Kampung Tanah Gembor dan Air Tawas Tangkak hari ini telah menyuarakan permasalahan mereka kepada Salahuddin Ayub yang hadir untuk mendengar permasalahan di sini.





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...