TERKINI :

Sunday, January 22, 2017

SIAPA KATA NAJIB TAK BERANI PERGI SWITZERLAND?

Shahbudin Husin,

Walaupun tidak hadir dalam Forum Ekonomi Dunia di Davos, Siwitzerland, kelibat Najib Razak tetap "muncul" di persidangan tersebut.

Sudah tentu, berikutan "kemunculan" itu, nama Najib turut menjadi bualan dan sosek-sosek di kalangan para peserta seluruh dunia yang hadir.

"Kemunculan" Najib dalam Forum Ekonomi Dunia itu adalah melalui tayangan di skrin dalam satu sessi di mana kartun Zunar telah dipaparkan  untuk menggambarkan perbezaan antara Najib dengan Donald Trump, Presiden baru Amerika Syarikat.

Dalam lakaran kartun itu, Najib digambarkan menjadi bilionaire kerana jawatan Perdana Menteri yang disandangnya berikutan menerima derma sebanyak RM2.6 bilion, manakala Donald Trump pula adalah bilionaire yang berjaya menjadi Presiden Amerika Syarikat.

Sebelum ini, ketidakhadiran Najib di forum tersebut dikaitkan dengan penyiasatan yang turut dilakukan oleh Switzerland berkaitan skandal 1MDB. Peguam Negara  Switzerland dilaporkan telah dua kali memohon bantuan MLA dengan negara kita, namun ditolak oleh pejabat Peguam Negara Malaysia.

Hebat kan kita ada Perdana Menteri bernama Najib...hadir atau tidak hadir, namanya tetap menjadi sebutan dan seolah-olah tidak mudah dilupakan oleh minda dunia.

Sehingga ini, tidak ada mana-mana Perdana Menteri Malaysia yang terbukti mempunyai "kehebatan"  seperti Najib itu.

Tun Mahathir Mohamad yang gemilang dengan pelbagai kecemerlangan selama 22 tahun pun tak terlawan dengan "kehebatan" Najib.

Sudah tentu, golongan pengampu dan pembodek sekarang ini lebih "tabik spring" kepada Najib!! (SH 22/01/2017).

"Baddrol Bakhtiar The Sniper"

"Baddrol Bakhtiar The Sniper", Ulasan Pakar Taktikal Bola Sepak Mengenai Rembatan Lencong Padu Baddrol Dalam Piala Sumbangsih


Masih ramai memperkatakan mengenai gol penyamaan pasukan Kedah semalam yang dijaringkan oleh kapten pasukan mereka, Baddrol Bakhtiar.

Ada yang mengatakan mereka tidak menyangka gol itu menerjah gawang, kalau dilihat di kaca televisyen seolah-olah ianya tidak gol, sehingga nampak pemain meraikan, barulah penyokong bersorak.

Walaupun tidaklah sehebat jaringan Faiz Subri, gol berkenaan mempunyai kelasnya yang tersendiri, seorang pakar taktikal sukan tempatan bernama Axello Tacts telah memberi ulasan mengenai gol berkenaan.

Beliau menyifatkan pemain kebangsaan itu sebagai "the Sniper' selepas telah beberapa kali berjaya membantu pasukan Kedah pada saat-saat akhir dengan rembatan padu jarak jauh yang kuat dan tepat.


#Technical: Baddrol Bakhtiar The Sniper!

Berapa kali agaknya Baddrol Bakhtiar menyelamatkan pasukan Kedah dengan sniper beliau?

Banyak kali!

Ia bukanlah kebetulan tetapi ia adalah kepakaran.

Baddrol Bakhtiar tidak perlu menggelecek atau memegang bola terlalu banyak di dalam padang.

Beliau hanya perlukan momen dan zon yang betul untuk melakukan sniper.

Kedah hampir gagal menembusi pertahanan JDT yang sangat berdisiplin pada separuh masa kedua.

Namun cukup dengan sekali rembatan padu Baddrol Bakthiar di kala dia melihat sahabatnya Farizal Marlias yang lari sedikit dari kedudukan terbaik.

Baddrol cepat mengambil rembatan supaya ruang terbuka tidak ditutup oleh pertahanan lawan dengan titik sasaran masih terbuka.

Ia gabungan decision making + technique + shots power

Satu slice outcurve yang menyelamatkan Kedah dari kebuntuan. Membawa 1 mata pertama Liga Super dari Larkin.

Dalam konteks Piala Sumbangsih, ia jaringan yang membawa Kedah ke penentuan sepakan penalti.

Simply Baddrol!

BR1M: Mahathir Yang U-Turn atau Najib Yang Pusing Roundabout?

BR1M: Mahathir Yang U-Turn atau Najib Yang Pusing Roundabout?

Oleh: Dr Radzi Jidin, Hobart, 15 Januari 2017 [Untuk FB Page Bicara Malaysia]

1. Saya tersenyum apabila membaca tajuk berita Sinar Harian, “Najib: Mahathir jaguh buat pusingan U”.

2. Menurut Sinar Harian, “Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menyifatkan Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai jaguh pusingan U apabila sering mengubah pendiriannya sejak kebelakangan ini termasuk dalam isu pemberian Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M)”.

3. Sinar Harian memetik Najib berkata, "Dalam tempoh tiga minggu sahaja beliau tukar pendirian dan buat pusingan U dengan menyatakan sekiranya pembangkang menang mereka sanggup mempertimbangkan pemberian BR1M”.

4. Apa yang Tun Mahathir sebenarnya sebut di dalam ucapan beliau semasa merasmikan penubuhan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) pada hari Sabtu lalu?

5. Saya petik ucapan beliau tentang BR1M dibawah:

*******************************************

123. Jika didapati BR1M mustahak maka wang ini akan diagih oleh pegawai Kerajaan. BR1M tidak boleh dimasukkan dalam mana-mana manifesto mana-mana parti.

124. Jika dipersetujui oleh rakyat BR1M akan dijadikan bantuan statutory yang ditentukan oleh undang-undang dan budget biasa. Perdana Menteri tidak boleh tentukan pemberian ini atau jumlahnya, atau cara penyampaiannya.

125. Sesungguhnya yang miskin dan daif akan diberi bantuan supaya mereka boleh hidup sempurna. Soal mereka sokong atau tidak parti campuran pembangkang tidak akan diambilkira dalam bantuan yang akan diberi.

********************************************
6. Apa yang ditekankan oleh Tun Mahathir ialah bantuan kepada rakyat yang miskin dan dhaif sekiranya mustahak dan perlu, ianya akan diberikan tetapi bukan sebagai bantuan berbentuk politik dan tidak boleh dimasukkan di dalam manifesto mana-mana parti politik.

7. Ini bagi mengelakkan bantuan tersebut dijadikan seolah-olah sebagai imbuhan sekiranya sesuatu parti menjadi kerajaan.

8. Untuk makluman semua, salah satu perkara yang disebut di dalam manifesto Barisan Nasional untuk Pilihanraya Umum ke-13 yang lalu ialah “Menambah BR1M sehingga RM1200 untuk isi rumah dan RM600 untuk bujang dengan bantuan secara tahunan dikekalkan”.

9. Dalam ucapannya Tun Mahathir menekankan bahawa jika dipersetujui rakyat, bantuan sedemikian akan dijadikan bantuan “statutory”, iaitu bantuan yang ditentukan oleh undang-undang atau akta berkaitan dan diletakkan dibawah kementerian yang bertangungjawab.

10. Menurut beliau, Perdana Menteri tidak boleh tentukan pemberian ini atau jumlahnya, atau cara penyampaiannya. Sebaliknya sebarang keputusan dan agihan dibuat oleh pegawai kerajaan bukannya Perdana Menteri.

11. Ini bermakna, sekiranya ada perubahan kerajaan pusat dari satu parti ke parti yang lain, bantuan sedemikian akan terus kekal kerana satu bentuk bantuan kerajaan yang wujud berdasarkan undang-undang atau akta berkaitan, bukannya bantuan yang disebut dalam manifesto pilihanraya mana-mana parti politik.

12. Apa yang disebut oleh Dr Mahathir dalam ucapannya itu adalah konsisten dengan apa yang disebut beliau sebelum ini bahawa BR1M tidak seharusnya menjadi bantuan politik yang seolah-olah digunakan untuk membeli undi kerana ianya dimasukkan di dalam manifesto parti.

13. Jadi, siapa yang u-turn dan siapa yang pusing roundabout?

Notakaki:

Untuk yang tidak biasa dengan konsep bantuan “statutory” dalam konteks “social safety net”, boleh rujuak konsep sebegini di negara lain. 

Contohnya, konsep bantuan Family Tax Benefit di Australia. Ianya tidak dimasukkan ke dalam manifesto mana-mana parti dan kekal diberikan kepada yang betul-betul memerlukan tanpa mengambilkira parti mana yang memerintah. 

Jumlah yang diberikan adalah berdasarkan pelbagai pemboleh ubah dan berbeza dari seorang individu ke individu yang lain. Jumlah ini ditentukkan oleh pegawai kerajaan berdasarkan kelayakan individu.





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...