TERKINI :

Saturday, January 21, 2017

Awas !! Ada 4 lelaki india mengaku penarik kereta tapi pencuri kereta berlegar sekitar Putrajaya

Semalam (15/1/16) tengahari sy dgn husband nk g amik anak kat presint 5..sekolah kt sana..tetiba husband perasan yg kereta kami diekori..x sedap hati dia wt u turn byk kali still kereta tu ikut..tetiba dia overtake kitorg and minta stop..ms tu kt depan sekolah presint 5 tu..

Apa yg kami perasan kereta proton saga plat no BKA 8550..ada 4 indian..kata nak tarik kereta kami.

Dorg dh gertak2 minta kami keluar kereta tp sbb ada anak2 mmg kereta kami dilock sentiasa..sy minta surat bank tp xde katanya..bank call minta ambil je kereta tu.sy terus call polis..semasa tgu polis tu dorg ugut2 lg..tunjuk sy kad kuasa tp apa yg sy perasan kad tu dh expired..sy amik phone n amik gambar dia..marah betul dia..nak tercabut pintu kereta..

Polis call sy balik kata dh di area sy tu..trus mereka ni cabut lari naik kereta..polis sampai tp dorg lari. Polis ambil report dan minta hati2 juga..kata ada gak kes cmni berlaku..

Apa yg sy risaukan ialah klu sy memandu seorg diri ms tu..n ada anak2..kawan2 pn ada yg memandu sendiri..Klu sy yg drive td myb sy x perasan pn diekori. Husband pn dah call bank n xde mslh pn akaun kereta kami.. mmg bkn dr bank nak tarik kereta tu..myb gak nak curi kereta.

So kawan2 semua take care..n jgn cepat panik..

Sila SHARE sebagai tanda keprihatinan anda.

Sumber: Adilla Rashid

KAPCAI MASUK KL - IA CERMINKAN POLISI UMNO TAK PEDULI RAKYAT BERPENDAPATAN RENDAH

LARANGAN "KAPCAI' MASUKI KUALA LUMPUR CERMINAN POLISI UMNO TAK PEDULI RAKYAT BERPENDAPATAN RENDAH

1. Cadangan Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Tengku Adnan Mansor untuk melarang motorsikal berkapasiti enjin kecil, dikenali sebagai “kapcai” beroperasi atau memasuki Kuala Lumpur sangat tidak bijak, menyusahkan dan bukan pintu keluar kepada penyelesaian masalah yang sekian lama terhidang.

2. Ketika rakyat dihimpit dengan pelbagai bebanan ekonomi, yang asasnya seperti kenaikkan harga minyak bersekali dengan harga barangan keperluan lain, tamparan perit GST yang terus "merompak" poket rakyat setiap saat, dan lain-lain faktor yang menekan kehidupan warga Kuala Lumpur, maka cadangan larangan ini hanya akan menambahkan "penyakit" baharu, dan tidak sekali-kali mampu melunaskan masalah yang sudah tersaji.

3. Objektif kerajaan untuk mengurangkan kesesakan kotaraya dan kadar pelepasan karbon, selain “kapcai” yang sering digunakan dalam jenayah ragut, perlu kepada kajian teliti, konkrit dan mensejahterakan rakyat tanpa terlepas pandang membuang golongan kelas berpendapatan rendah yang rata-ratanya menggunakan "kapcai" sebagai pengangkutan utama untuk urusan kerja, keluarga dan perniagaan kecil dari turut terlibat dalam arus pembangunan kotaraya.

4. Walaupun larangan ini akan dipertimbangkan jika tambang pengangkutan awam pada tahap berpatutan seperti yang ditegaskan oleh Menteri Wilayah, namun masih terlalu jauh lagi warga Kuala Lumpur untuk menikmati jaringan pengangkutan awam yang sempurna dari pintu ke pintu dengan kadar tambang yang dikatakan "berpatutan" itu.

5. Sebaliknya, kesatuan pemandu teksi, pengusaha bas tidak pernah kontang dengan tuntutan menaikkan tambang pada setiap tahun, lebih-lebih lagi sebaik timbul pengumuman kenaikan harga minyak daripada pihak kerajaan.

6. Berbanding di negara-negara seperti Cambodia, Vietnam, China, Thailand malah di Indonesia sendiri, kenderaan motorsikal "kapcai" menjadi pengakutan utama di kota raya negara-negara tersebut bagi mengurangkan kesesakan dan menggalakkan pertumbuhan ekonomi.

7. Jadi kenapa Kuala Lumpur cuba bertindak membuang kenderaan "kapcai" ini? Apakah pihak kerajaan boleh mengemukakan kajian terperinci yang menunjukkan jenayah ragut akan terhapus, kesesakan berkurangan dan kadar pelepasan karbon pada tahap rendah jika "kapcai" dilarang berada di kotaraya?

8. Apa yang pasti, industri jualan motosikal dan perniagaan kecil yang bergantung kepada kenderaan ini bagi tujuan pengangkutan akan musnah, dan tidak mungkin mereka yang berpendapatan rendah mampu membeli kenderaan lain yang lebih mahal daripada "kapcai" untuk meneruskan perniagaan dan hidup seperti orang lain. Ini kerana "kapcai" menjadi keperluan mereka untuk bergerak dan menguruskan rutin kehidupan seharian.

9. Sikap tidak peduli kerajaan ini sekaligus cerminan wajah kepada polisi Umno yang menjadi tonggak BN, bukan sahaja tidak prihatin malah menekan golongan berpendapatan rendah yang sudah tentu rata-ratanya terdiri daripada orang-orang Melayu bandar.

10. Kementerian Wilayah Persekutuan dan DBKL digesa mengkaji semula cadangan larangan ini, sebaliknya membuat kajian terperinci yang telus terhadap sebab-sebab yang hendak dicapai seperti dinyatakan dan mendapatkan respons daripada orang awam yang menggunakan kenderaan berkenaan. 

Amanah. Progresif. Peduli.

TARMIZI MOHD JAM
Timbalan Pengerusi AMANAH merangkap
Pengarah Komunikasi AMANAH
Wilayah Persekutuan

17 Januari 2017





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...