TERKINI :

Saturday, January 14, 2017

HAIRAN bin ajaib duit juta2 di pejabat dan di rumah serta harta di sana sini dikata bukan rasuah.

KASUS JAS BUKAN RASUAH
( katanya SPRM)

HAIRAN bin ajaib duit juta2 di pejabat dan di rumah serta harta di sana sini dikata bukan rasuah.

Awal cerita ribut sana sini dikatakan KKLW terlibat sejak 2010 dan tika itu Musa Pairin dan Lajim bangkit suarakan termasuk sindir sinis di DUN seolah KKLW terlibat.

Memang mereka bijak putar alam untuk beritahu rakyat konon DS Shafie terlibat.

Berani kerana benar takut kerana salah dan kemudian DS Shafie tika dipaksa respons ia jelaskan serah kepada SPRM untuk siasat.

" saya sudah ulang2 kata peruntukan yang dihantar ke negeri adalah hak negeri dan jabatan air Sabah bawah negeri Sabah bukan bawah KKLW dan pegawai JAS juga lantikan negeri..makna tiada kaitan dengan saya..." jelas DSSA lagi.

DSSA mencabar SPRM siasat segera dan siasatan mesti ikhlas menyeluruh siapa orang di belakang yang menyimpan duit juta2 di pejabat dan rumah serta ada simpanan ratus juta, juga di akaun luar negeri.

Akhirnya Kesan sesudah kes terbongkar ada buru2 jumpa Najib di Kuala lumpur untuk minta selamatkan dan akhirnya seperti diramal SPRM kata tiada vip terlibat dan kes bukan RASUAH.

Ternyata sekali lagi mereka memberikan alasan kantoi dikata duit berjuta bukan rasuah dan tiada vip terlibat.

Alasan kantoi
Alasan kantoi
Alasan kantoi

Soalnya sekarang, apakah duit juta2 itu malaikat yang hantar dari langit?

Orang bodoh dan bangang lagi tahu dan kesannya segala monyet urang utan kera ambok di sipilok ketawa terbahak2 mendengar cerita manusia di tanah bawah bayu ini.

SabahUbah
SabahUbah

ISMAILY BUNGSU
pk-dssa
14 jan, 2017
10:40am

Guan Eng diambil kenyataan oleh polis berkenaan isu hudud

Isu hudud: Polis rakam keterangan Guan Eng pagi tadi
SYAJARATULHUDA MOHAMAD ROSLI

Guan Eng ditemani Rayer ketika diambil keterangan dari dua anggota polis dari Ibu Pejabat Polis Ampang di Pejabat Ketua Menteri.

GEORGETOWN - Polis mengambil keterangan Ketua Menteri, Lim Guan Eng berhubung kenyataannya mengenai isu hudud pagi tadi.

Guan Eng yang ditemani peguamnya, RSN Rayer diambil keterangan oleh dua pegawai polis berpakaian reman dari Ibu Pejabat Polis Daerah Ampang, di Pejabat Ketua Menteri, tingkat 28, Komtar kira-kira jam 11 pagi tadi.

Guan Eng berkata, proses merakam keterangannya berhubung kenyataan yang dikeluarkan pada 23 November itu mengambil masa 50 minit.

Guan Eng disiasat mengikut Seksyen 4 (1) (c) Akta Hasutan dan Seksyen 3 (1) (a),Seksyen 3 (c) dan Seksyen 3(d) akta yang sama.

Dalam sidang medianya, Guan Eng berkata, kenyataannya hanya bersifat politik dan pendapat peribadinya.

Menurutnya, beliau merasakan tindakan itu tidak adil kerana banyak pihak lain yang membuat kenyataan tetapi tidak diambil keterangan polis.

"Kita tengok banyak pihak lain dibuat laporan polis tetapi tidak diambil tindakan. Jika setiap laporan polis dibuat ke atas saya perlu diambil keterangan, saya tidak buat kerja lain lah. Setiap hari rakam keterangan sahaja.

"Mengapa tindakan yang sama tidak diambil ke atas individu lain? Mungkin ini 'keistimewaan' yang diberikan kepada saya," katanya.

Guan Eng berkata, dalam kenyataannya itu, beliau hanya meminta MIC, MCA, Gerakan dan SUPP menarik diri dari BN sekiranya mereka memegang prinsip Perlembagaan Persekutuan.

"Jika dilihat kepada kenyataan saya, saya meminta mereka keluar dari BN jika benar dengan prinsip mereka. Ini kerana, DAP memegang kepada prinsip Perlembagaan Persekutuan. Kita menentang undang-undang hudud kerana ia bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan.

"Bagaimanapun, DAP tetap menghormati hak-hak orang Islam untuk menentukan hal ehwal agama mereka, namun ia harus dilakukan dengan betul dalam konteks Perlembagaan Persekutuan. Cadangan Akta 355 Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 perlu dilaksanakan melalui pindaan perlembagaan yang memerlukan majoriti dua pertiga dan tidak melalui undang-undang biasa," katanya.

Setiausaha Agung DAP itu berkata, sekiranya meminta kesemua parti komponen keluar dari BN dianggap sebagai menghasut, MCA juga harus disiasat kerana pernah meminta DAP keluar dari Pakatan Harapan.

"Jika MCA pun disiasat, baru adil. Tetapi apa yang berlaku kini, hanya saya yang disiasat. Mengapa mereka tidak disiasat? Jelas disini menunjukkan, mereka mahu selamatkan MCA, Gerakan, SUPP dan MIC.

"Ia juga jelas menunjukkan parti ini tidak buat kerja dan hanya menyokong BN dan Umno secara membabi buta. Saya tidak kecam Umno, saya hanya beri pandangan peribadi," katanya.
 

Akhirnya ANNUAR MUSA akur MARA tangguh menaja pasukan Kelantan

Mara akur tangguh tajaan: Annuar Musa
SITI FATIHAH AWANG

Annuar Musa

KOTA BHARU – Majlis Amanah Rakyat (Mara) akur dengan keputusan Kementerian Luar Bandar dan Wilayah yang meminta badan itu dan anak syarikatnya, Universiti Kuala Lumpur (UniKL) menangguhkan sebarang bentuk penajaan tahun ini.

Pengerusinya, Tan Sri Annuar Musa berkata, beliau juga bersedia memberi kerjasama penuh menyediakan laporan lengkap berhubung perkara tersebut untuk tindakan lanjut pihak kementerian.

“Kita akur dengan keputusan yang dibuat dan itu adalah langkah yang baik, daripada buat keputusan terburu-buru. Dan saya akan bekalkan maklumat-maklumat yang diperlukan.

[ARTIKEL BERKAITAN: UniKL, Mara diarah tangguh tajaan selain pendidikan]

“Selepas itu sebarang keputusan terserah kepada menteri untuk diputuskan kemudian,”katanya kepada media selepas menyampaikan bantuan “Kembali Ke Sekolah” anjuran Lembaga Tabung Haji dengan kerjasama Ahli Parlimen Ketereh (Kahadam), di sini.

Beliau diminta mengulas mengenai arahan yang dibuat Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang meminta badan itu menangguhkan sebarang bentuk penajaan tahun ini.

SEKOLAH AGAMA BUKAN PUNCA PERGESERAN KAUM, AMANAH BIDAS GERAKAN

SEKOLAH AGAMA BUKAN PUNCA PERGESERAN KAUM. AMANAH BIDAS GERAKAN

www.amanah.org.my

1. Parti Amanah Negara *(Amanah)* sangat kesal dengan kenyataan yang dikeluarkan oleh Timbalan Presiden Parti Gerakan, Dato Dr Dominic Lau Hoe Chai untuk menilai semula kewujudan Sekolah  Agama kerana disifatkan olehnya sebagai ancaman sebenar kepada perpaduan negara.

2. Amanah melihat Kenyataan seperti itulah yang sebenarnya boleh menyebabkan dasar perpaduan negara terancam sekaligus membawa kepada jurang integrasi antara kaum tambah melebar.

3. Sekolah Agama di negara ini tidak pernah menyekat mana-mana kaum untuk turut serta mengikuti sistem pendidikan yang ditawarkan sekiranya mereka sanggup  mengikutinya.

4. Masalah perpaduan kaum yang berlaku di negara ini bukanlah disebabkan nilai sistem persekolahan yang sedia ada,  tetapi ia bertitik-tolak atas dasar tidak adanya kesungguhan politik yang tuntas di kalangan pihak tertentu. Selain daripada Umno, parti komponen BN  sendiri sering memainkan isu-isu sebegini untuk survival politik  masing-masing. Kenyataan dari GERAKAN ini sendiri sebagai satu contoh kerana ia sebenarnya bertujuan mencari _political milleage_  bagi memenangi undi kaum Cina yang sudah beralih kepada pihak lain.

5. Amanah menegaskan bahawa kenyataan  seperti itu tidak wajar diungkapkan oleh seseorang pemimpin yang kesannya besar dalam membawa mesej mengelirukan dan kurang tepat.

6. Amanah menyeru Gerakan agar mencontohi Kerajaan DAP Pulau Pinang khususnya Ketua Menterinya, YAB. Sdr Lim Guang Eng, yang bukan sahaja  mempunyai pandangan lebih baik terhadap pendidikan agama, malahan menggalakkan umat Islam Pulau Pinang mempelajari Al Qur'an dengan sebaiknya.

USTAZ DR HASAN BAHROM
Naib Presiden
Parti Amanah Negara (Amanah)
14 Januari 2017

Duhai Annuar mana satu betul ni?

POJOK PETANG

Guana War?

Hari ini menteri bertanggungjawab ke atas Mara, Ismail Sabri Yaakob dipetik sebagai membuat arahan supaya sebarang bentuk penajaan menggunakan wang Mara untuk tahun ini ditangguhkan melainkan untuk pendidikan.

Mana-mana bentuk penajaan selain pendidikan ditangguhkan dan memerlukan perhatian daripada beliau, begitu tegasnya. Kenapa? 

Penangguhan itu dipercayai ekoran timbul dakwaan kononnya wang Mara disalah gunakan untuk menaja pasukan bola sepak The Red Warriors. Sebelum ini ada dakwaan daripada seorang pemilik pasukan bola sepak menyatakan rasa terkilan kerana Unit Pelaburan Mara (UniKL) ada memasang iklan untuk pasukan bola sepak negeri Kelantan itu.

Pemilik yang dimaksudkan itu Tunku Ibrahim Sultan Ibrahim tuanpunya pasukan bolasepak JDT memdedahkan bukti yang penajaan itu berlaku. Beliau mendedahkan ada dokumen berupa resit dan juga salinan resit check dan baucer menunjukkan berlaku tranksasi di antara Pelaburan Mara dengan Red Warriors.

Annuar Musa yang juga Ketua Penerangan Umno Malaysia dalam reaksi awal berhubung persoalan dibangkitkan itu menafikan yang UniKl menaja pasukan Kelantan, sebaliknya mengakui pemasangan logo UniKL dan  "Mara 50th" di lengan jersi pasukan Kelantan adalah secara percuma.

"Ia adalah percuma sahaja walaupun harganya bernilai RM250,000. Ia sebagai penghormatan kepada Mara," begitu kira-kira kata pengerusi Mara itu dipetik.

Penafian Annuar itu menyebabkan Tunku Ibrahim terpaksa mendedahkan dokumen berkaitan berupa dokumen transksi resit, baucer dan salinan resit check bagi mempertahankan dakwaannya menyebabkan Annuar terpaksa membaiki kenyataan dengan mengubah "kosakata" dengan mengalu-alukan pendedahan itu dengan mengucapkan terima kasih atas pendedahan itu.

Katanya pendedahakan segala dokumen itu menunjukkan apa yang berlaku (penajaan) itu dibuat dengan teratur dan telus. Dalam masa sama beliau membayangkan tidankan The Red Warriors tidak seperti pasukan lain yang menyembunyikan penajaan. Dalam bahasa lain tidak telus, ada yang disembunyikan. Pengubahan kosakata itu juga menunjukkan penafiannya sebelum ini palsu. 

Tunku Ibrahim menimbulkan rasa kesal dengan apa yang berlaku, apabila tahun lepas Mara telah memotong RM700 juta wang biasiswa tetapi boleh pula taja iklan untuk pasukan Kelantan.Tidakan itu menurut beliau sesuatu yang sangat dikesalkan dan suatu perbuatan yang tidak bermoral.

Persoalan sekarang ini sekiranya benar berlaku penajaan iklan menggunakan wang Mara itu ia perlu disiasat kerana ia boleh dianggap sebagai berlaku penyelewengan. Penjelasan Annuar berhubung perkara itu dan ucapan terima kasih atas pendedahan maklumat itu tidak boleh menyelesaikan perkara itu selagi ia tidak disiasat. Kata-kata itu tidak boleh menutup daun pintu persoalan yang telah terbuka.

Penajaan itu boleh dianggap wujud conflict interest kerana waktu itu ahli Parlimen UBN Ketereh itu adalah pengerusi Mara dan juga presiden Kafa.

Elok sangat kalau SPRM jenguk ke bangunan Mara melihat apa sebenar yang berlaku. Dakwaan atau persepsi buruk terhadap Annuar mengenai hal ini perlu dibersihkan segera. Annuar juga harus bersedia menghadapi hal itu. Penjelasan dan ucap terima kasih atas pendedahan Tunku Ismail itu tidak dapat menutup apa yang sedang berbau dan menerawang dalam kepala umum kini. 

Ini penting kerana wang Mara adalah wang rakyat di mana kalau ia benar digunakan untuk bola sepak penggunaan itu telah melencung dari tujuan Mara diwujudkan. Tindakan itu juga boleh dianggap satu penyelwengan.

Sebagai rekod hampir 15 tahun lepas semasa menjadi menteri Kemajuan Luar Bandar Annuar pernah disiasat oleh SPRM berhubung penyelewengan dalam Projek Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT). Rumahnya digelidah oleh SPRM dan keretanya disita oleh SPRM. [wm.kl.6:14 pm 13/01/17]

mohd sayuti Omar 





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...