TERKINI :

Friday, January 13, 2017

PAS nyatakan bahawa parti Islam tidak boleh dipersalahkan pembangkang berpecah.

Bukan Pas punca pembangkang berpecah

KOTA BHARU - Pas menafikan dakwaan parti itu menjadi punca pakatan pembangkang gagal bersatu dalam Pakatan Harapan, kata Timbalan Presidennya, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.

Menurutnya, apa yang berlaku kini bukannya disebabkan Pas, malah bila timbul polemik dalam Pakatan Rakyat dulu, Pas sudah memberi gambaran awal bahawa parti Islam tidak boleh dipersalahkan dalam hal tersebut.

“Awal-awal dulu pun, saya kata jangan salahkan Pas kalau Pakatan Rakyat berpecah. Waktu itu, Pas cuba pertahankan, namun tetap diserang secara berterusan.

“Semua pihak harus melihat perkara ini sudah berlaku dan tidak perlu salahkan mana-mana pihak pun. Yang pentingnya, Pas bukan punca, dakwaan itu sangat tidak berasas dan tidak betul,”katanya.

Beliau berkata demikian selepas menyampaikan kuliah Jumaat sesi kedua di Medan Ilmu, di sini.

Guan Eng menang RM300,000 saman Berita Harian

FMT Reporters

GEORGE TOWN: Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng menang dalam saman fitnah yang difailkannya terhadap akhbar New Straits Times Press (M) Berhad (NSTP) dan wartawannya berhubung satu artikel mengenai prosiding mahkamah tahun lalu.

Hakim Mahkamah Tinggi Rosilah Yop berkata mahkamah mendapati laporan dalam Berita Harian (BH) itu diputarbelitkan dan berunsur fitnah.

Sehubungan itu, Rosiah dalam keputusannya memerintahkan NSTP membayar RM300,000 ganti rugi kepada Lim dengan faedah 5% setahun bermula hari ini dan RM35,000 bagi kos.

“Plaintif berjaya membuktikan imbangan kemungkinan kes itu terhadap defendan.

“Wartawan berkenaan tahu mengenai penghakiman persetujuan yang dicapai di mahkamah. Pembelaan perlindungan bersyarat tidak diguna pakai kerana ia laporan prosiding kehakiman yang tidak adil dan tidak tepat,” katanya ketika membacakan keputusannya hari ini.

Rosilah berkata ralat yang disiarkan BH susulan surat guaman Lim juga “tidak memuaskan hati secara keseluruhannya”.

“Mahkamah juga melihat kenyataan yang tertaksir oleh akhbar itu sebagai sangat serius,” katanya.

Guan Eng menyaman NSTP, penerbit BH, susulan terbitan laporan bertajuk “Guan Eng tarik balik saman terhadap bekas Ketua Pemuda Umno Negeri” dalam edisi cetakan akhbar itu pada 20 Ogos 2015.

Shaik ialah ketua Pemuda Umno Pulau Pinang ketika membuat kenyataan berunsur fitnah terhadap Lim.

Lim dalam tuntutannya meminta supaya permohonan maaf terhadapnya disiarkan dalam BH di halaman “paling mudah dilihat” dalam akhbar itu, dan jumlah ganti rugi yang ditentukan mahkamah.

Dalam penyata tuntutannya, Lim berkata artikel itu tidak melaporkan prosiding di Mahkamah Tinggi secara adil dan tepat.

Tindakan terhadap BH itu diambil selepas Lim mencapai penyelesaian penghakiman persetujuan dengan Shaik berhubung 2 kenyataan berunsur fitnah yang dibuat Shaik pada 5 Oktober 2012, dalam artikel yang disiarkan di portal berita Malaysiakini.

Menurut keterangan saksi Lim, laporan BH menunjukkan seperti Lim menggugurkan tuntutan itu tanpa sebarang syarat dikenakan kepada Shaik.

Lim berkata artikel itu antara lain menunjukkan seperti beliau mengaku kalah, dan secara tersirat mengaku yang beliau tidak ada kes terhadap penentangnya.

“Kenyataan yang dipersoalkan itu tidak benar dan benar-benar mengelirukan kerana fakta diputarbelitkan hingga mengakibatkan artikel berita itu dimanifestasikan menjadi berita palsu.

“Memandangkan terma penghakiman persetujuan itu dibacakan secara jelas dalam mahkamah terbuka, setiap ahli media yang membuat liputan prosiding itu sepatutnya tahu dan faham plaintif menghentikan tuntutan itu dengan penarikan balik kenyataan berunsur fitnah oleh penentangnya, tanpa syarat,” kata Lim.

Sementara itu, saksi NSTP yang juga wartawan BH Siti Sofia Md Nasir berkata beliau hanya melaporkan tuntutan saman antara Lim dan Shaik digugurkan.

Sofia dalam keterangannya berkata menerusi temu bual dengan wartawan, Lim berkata beliau menggugurkan kes itu dan Shaik sudah memohon maaf kepadanya.

“Bila kami tanya Shaik (selepas itu) sama ada dia minta maaf pada Lim, Shaik kata tidak. Ini bertentangan dengan apa yang Lim kata.

“Selepas temu bual dengan Lim dan Shaik, saya jadi keliru kerana kedua-dua kenyataan mereka bertentangan. Mereka ialah ahli politik dengan agenda masing-masing.

“Maka, saya hanya laporkan yang Lim menarik balik tuntutan itu tanpa syarat dengan kos ditanggung pihak masing-masing,” katanya dalam penyata saksi bagi pihak NSTP.

Sofia berkata laporan berita yang ditulisnya tidak berpihak kepada mana-mana belah dalam kes itu.

Lim diwakili Simon Murali sementara Leong Wai Hong mewakili NSTP.

PEGUAM NEGARA JANGAN TERLENA DALAM PEJABAT

www.amanah.org.my

1. Parti Amanah Negara (AMANAH) meminta supaya Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali supaya jangan terlena daripada memerhati segala perkembangan mutakhir berkaitan isu 1MDB yang sangat berkepentingan kepada rakyat dan negara.

2. Terdapat beberapa tindakan tegas dari beberapa buah negara seperti Amerika Syarikat dan Switzerland yang telah bertindak terhadap individu dan bank yang terlibat dengan skandal 1MDB.

3. Paling terbaru ialah kerajaan Singapura yang telah mengheret Bank Privet Falcon ke muka pengadilan kerana terlibat dengan penyimpanan wang yang punya bukti jelas berkaitan dengan 1MDB. Jens Fred Sturzenegger yang merupakan pengurus bank tersebut merupakan orang ke 5 yang didakwa di Singapura. Beliau mengaku bersalah dan dijatuhkan hukuman 28 minggu penjara dan denda S$128,000.

4 . Ironinya di Malaysia fail skandal 1MDB yang telah sempurna disiasat oleh BOK SPRM terdampar lesu di meja peguam negara atas hujah tiada kes untuk didakwa.

5. AMANAH memperingatkan supaya peguam negara jangan terus terlena daripada menjalankan tanggungjawab besar ini kepada rakyat dan negara. Skandal 1MDB adalah malapetaka besar kepada kehidupan masa depan rakyat Malaysia.

*AMANAH Demi Negara*

*SALAHUDDIN AYUB*
Timbalan Presiden Amanah
*12 Januari2017*





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...