TERKINI :

Wednesday, January 11, 2017

FELDA & FGV : Pengerusi lama pulun nak senaraikan dalam bursa saham, bila rugi mai pengerusi baru nak nyahsenaraikan pula..

10 JANUARI 2017

CADANGAN PENYAHSENARAIAN FGV OLEH SHARIR SAMAD: KOS KESELURUHAN PENYAHSENARAIAN FGV DAN KERUGIAN YANG DITANGGUNG RAKYAT MENCECAH RM7.8 BILION

(Untuk paparan penuh dengan grafik, lawati
http://rafiziramli.com/2017/01/cadangan-penyahsenaraian-fgv-oleh-sharir-samad-kos-keseluruhan-penyahsenaraian-fgv-dan-kerugian-yang-ditanggung-rakyat-mencecah-rm7-8-bilion/)

Saya merujuk kepada laporan Berita Harian bertarikh 9 Januari 2017 yang menyenaraikan tumpuan utama yang menjadi “misi” Tan Sri Shahrir Samad sebagai Pengerusi Felda yang baru, seperti yang saya lampirkan di bawah.

Salah satu dari tumpuan yang akan membawa kesan kewangan besar kepada negara ialah cadangan untuk menyahsenaraikan (mengeluarkan) Felda dari bursa saham.

Saya suka mengingatkan Tan Sri Shahrir Samad dan Dato’ Seri Najib Razak bahawa penyenaraian FGV telah menelan belanja yang besar dan membawa sengsara kepada banyak pihak. Merujuk kepada penyata kewangan Felda yang diaudit bagi tahun-tahun kewangan 2012, 2013 dan 2014, belanja yang melibatkan penyenaraian FGV adalah seperti berikut (rujuk lampiran dari mukasurat 215 Penyata Kewangan 2013, mukasurat 208 Penyata Kewangan 2014 dan mukasurat 235 Penyata Kewangan 2014):

Maka, jumlah keseluruhan yang telah dibelanjakan oleh Felda akibat penyenaraian FGV adalah RM2.9 bilion dalam tempoh 3 tahun sahaja. Jumlah hutang FGV yang perlu diserap oleh Felda adalah sekurang-kurangnya RM2 bilion, iaitu hutang daripada KWSP yang dipinjam oleh Felda kemudian diberikan kepada FGV, tetapi bila FGV tidak lagi ia menjadi hutang sepenuhnya kumpulan Felda.

Kos RM2.9 bilion yang saya rujuk di atas tidak termasuk kos kerugian atas kertas yang berjumlah berbilion ringgit (anggaran saya setakat ini melebihi RM2 bilion) yang ditanggung oleh Tabung Haji dan tabung-tabung rakyat yang lain; serta kos kerugian yang telah berlaku bila KWSP mula menjual secara berperingkat saham-saham FGV dalam beberapa tahun yang lalu.

Selain kos yang telah hangus seperti di atas, penyahsenaraian FGV akan melibatkan kos baru seperti berikut:

i. Felda perlu merundingkan harga pembelian dari tabung-tabung rakyat seperti Tabung Haji, KPF, KWAP, Kerajaan Pahang dan lain-lain untuk membeli saham-saham mereka pada harga tertentu. Apa pun harga yang dipersetujui, rakyat akan rugi kerana jika Felda membayar harga lebih rendah dari pasaran, tabung-tabung tersebut akan mengalami kerugian yang lebih besar. Jika Felda membayar harga yang lebih rendah dari harga pasaran, Felda pula yang akan mengalami kerugian yang lebih.

ii. Felda juga perlu membuat tawaran umum (“general offer”) kepada pemegang saham minoriti untuk membeli balik saham-saham FGV yang kini dipegang mereka pada satu harga. Apa-apa harga yang ditawarkan oleh Felda akan menyebabkan pemegang saham biasa (termasuk peneroka-peneroka) akan mengalami kerugian kerana mustahil Felda boleh menawarkan harga sekitar RM5 (seperti mula-mula diterbitkan)

iii. Lebih dari itu, Felda perlu mencari wang untuk membeli saham-saham ini. Merujuk kepada petikan Laporan Tahunan FGV 2015 (yang terkini), setakat 18 Mac 2016 (lihat petikan skrin di bawah), Felda dan tabung-tabung rakyat memiliki 57.35% saham-saham FGV. Maka untuk menyahsenaraikan FGV, Felda perlu membeli kembali baki saham yang dipegang pemegang saham minoriti iaitu 42.65% atau 1.56 bilion saham. Jika setiap saham ini perlu dibeli pada harga RM1.85 sen (iaitu 5 sen lebih mahal dari harga saham FGV sekarang), jumlah hutang yang perlu diambil oleh Felda untuk membeli saham-saham ini ialah RM2.9 bilion.

Maka, kerugian-kerugian yang ditanggung rakyat hasil dari tindakan tidak bijak pentadbiran Dato’ Seri Najib Tun Razak menyenaraikan FGV dalam tahun 2012 adalah RM2.9 bilion yang telah dibelanjakan, anggaran RM2 bilion kerugian atas kertas yang akan ditanggung oleh tabung-tabung rakyat apabila penyahsenaraian berlaku dan RM2.9 bilion lagi yang perlu dibayar kepada pemegang saham untuk membeli kembali semua saham-saham berbaki.

Jumlah keseluruhan yang ditanggung rakyat akibat dari tindakan tidak bijak itu ialah RM7.8 bilion sekiranya Tan Sri Shahrir Samad memutuskan untuk menyahsenaraikan FGV dari Bursa. Oleh itu, saya mendesak beliau tidak mengambil satu sen pun apa-apa gaji atau elaun dari Felda untuk membantu mengurangkan kerugian yang telah dan akan berlaku itu.

RAFIZI RAMLI
AHLI PARLIMEN PANDAN
NAIB PRESIDEN KEADILAN

PAS takut kelebihan kepada bukan Islam jika satu lawan satu PRU14 nanti.

Mat Alishah

Dari petikan surat khabar Metro semalam dimana Hj Hadi sendiri mengaku bahawa mereka masih dalam mengkaji kesan berlaku bilamana pru14 nanti pembangkang dan kerajaan berusaha 1 lawan 1.

Antara sebab yang paling PAS takut ialah bila ada perlawanan sebegitu maka ia akan mmeberikan kelebihan kepada bukan Islam untuk menang lebih dan mereka yang akan memerintah negara.

Aku dengan ini menyanggah apa yg dikatakan oleh PAS itu. Sebenarnya tidak timbul bukan islam akan memenangi kerusi lebih ini berdasarkan pada pru13 dahulu kerusi majority yg bertanding ialah calon daripada Islam dan pertembungan yg berlaku juga antara dua ialah antara Islam iaitu antara PAS dan UMNO iaitu lebih 70 kerusi dan itu belom lagi yg Islam dalam PKR dan DAP.. jadi bagaimana datangnya akal kata bukan Islam akan majoriti.

Sebenarnya Pas yang gagal meyakinkan rakyat untuk undi mereka sebab itu Umno sentiasa menang bila dua parti tu bertembung manakala kerusi bukan Islam akan bertembung antara DAP, MCA, MIC, GERAKAN dan juga parti di Sabah Sarawak sana.

Yang pasti masa PRU14 nanti kena pastikan setiap kerusi Umno BN lawan pembangkang letakkan calon Islam.

KN pertimbang 'hadiah' untuk Faiz apabila beliau pulang - KM

GEORGE TOWN - Kerajaan Negeri Pulau Pinang akan mempertimbangkan 'hadiah' istimewa buat penyerang Pulau Pinang, Mohd. Faiz Subri yang memenangi Anugerah Puskas Persatuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) 2016 di Zurich, Switzerland awal pagi ini.

Ketua Menteri. Y.A.B. Tuan Lim Guan Eng dalam sidang media di Komtar tengah hari tadi, turut teruja dengan kejayaan yang diperoleh Mohd. Faiz.

"Bagi pihak Kerajaan Negeri, pastinya saya berasa bangga kerana (Mohd.) Faiz mencipta sejarah sebagai pemain Asia pertama menerima anugerah tersebut.

"Apatah lagi, (Mohd.) Faiz pemain Malaysia dan yang paling utama ialah dari Pulau Pinang.

"Saya percaya, kejayaan yang dicapai beliau boleh dicontohi dan diteladani khususnya oleh anak-anak muda. (Dan) untuk menempa kejayaan seperti (Mohd.) Faiz, tiada jalan pintas, beliau telah berusaha keras, rajin dan berdisiplin.

"Kejayaan (Mohd.) Faiz bukan sahaja mengharumkan nama Pulau Pinang, malah turut mengharumkan nama Malaysia...belum ada pemain Malaysia yang berada di pentas antarabangsa dan ditontoni serata dunia.

"Untuk itu, Kerajaan Negeri sedia mempertimbangkan 'hadiah' untuknya apabila beliau pulang ke tanah air nanti," ujarnya yang turut menzahirkan ucapan tahniah dan syabas kepada pemain berkaitan pada sidang media tadi di sini.

Sebelum ini, Mohd. Faiz pernah menerima insentif berjumlah RM10,000 daripada Kerajaan Negeri hasil jaringan luar biasa tersebut. (Gambar sebagaimana dilampirkan).

Gol ajaib sentuhan penyerang Pulau Pinang itu yang disifatkan 'melanggar hukum fizik' ketika perlawanan menentang Pahang dalam saingan Liga Super di Stadium Bandaraya Pulau Pinang pada 16 Februari tahun lalu menjadi viral di media sosial sekaligus membolehkan beliau tercalon dan seterusnya merangkul anugerah berprestij dunia dalam arena bola sepak.

Anugerah tersebut sekaligus menobatkan jaringan beliau sebagai 'Gol Paling Cantik' sepanjang tahun 2016, mengetepikan dua finalis lain iaitu Johnath Marlone Azevedo da Silva dari Brazil dan pemain wanita dari Venezuela, Daniuska Rodriguez.

Oleh : AINUL WARDAH SOHILLI
Gambar : SHUM JIAN-WEI
#gambar adalah situasi sebelom Faiz ke Zurich

LEPAS IMAM ZA'ABA KITA BANTU MAZLAN ALIMAN

1. Empat kali Imam Za'aba menghubungi saya meluahkan perasaannya yang bimbang dibankrapkan setelah kalah sebagai plaintif petisyen PAS PRU-13 Parlimen Pulai.

2. Mulanya saya hubungi pimpinan PAS bagi menyatakan bahawa mereka perlu bertanggungjawab kerana petisyen itu adalah milik PAS. Keluarnya plaintif daripada PAS tidak boleh melepaskan ikatan tanggungjawab tersebut.

3. Malangnya PAS tidak mahu mengambil tanggungjawab. Imam Za'aba semakin gelisah. Keluarganya tertekan. Anak-anaknya sudah mulai bimbang. Ke mana sahaja beliau pergi orang ramai akan bertanya. Akhirnya Amanah Pulai membuat keputusan mengambil tanggungjawab PAS Pulai membantu Imam Za'aba.

4. Amanah Pulai mulakan rayuan di media sosial atas nama Solidariti Imam Za'aba. Perbahasan dalam media sosial sentiasa panas. Imam Za'aba dihina dan dicerca setiap hari. Tapi Alhamdulillah bantuan daripada masyarakat berterusan diterima termasuk daripada luar negara.

5. Thomas Fann seorang aktivis masyarakat bersimpati  terhadap Imam Za'aba. Beliau membuat rayuan peribadi kepada kenalannya. Setelah tersiar dalam beberapa media, bantuan datang mencurah-curah di seluruh negara. Tidak kira agama, bangsa ataupun fahaman politik. Mereka datang membantu Imam Za'aba. Pembantu saya Sdr Muhammad tidak cukup tangan melayan pertanyaan daripada para dermawan.

6. Sesuatu yang tidak saya sangka. Seorang hamba Allah yang tidak mahu namanya disebut, tidak mahu identitinya dikenali menghulurkan sumbangan RM10 ribu untuk Imam Za'aba. Saya panjatkan kesyukuran kepada Yang Maha Kuasa yang telah mengerakkan hati-hati dermawan membantu Imam Za'aba.

7. Sekarang Tabung Solidariti Imam Za'aba berjumlah RM54,431.76 telah mencapai sasarannya. Harapan saya agar kita sama-sama dapat meneruskan momentum ini untuk membantu Mazlan Aliman yang sedang dalam kesusahan.  Mazlan adalah pejuang yang mahu "dibunuh" secara undang-undang seperti Tok Janggut, Abdul Rahman Limbong, Dr Burhanuddin Helmi, Mahatma Ghandi, Lim Guan Eng, Mohamad Sabu, Anwar Ibrahim dan Rafizi Ramli. Mazlan perlu mengumpul RM500,000. Jika gagal maka rakyat marhain akan kehilangan hero mereka. Marilah kita sama-sama membantu beliau. Mazlan Aliman dan Imam Za'aba adalah mangsa kezaliman penguasa yang korup.

Terima kasih kepada semua.

SUHAIZAN KAYAT
SETIAUSAHA ORGANISASI
AMANAH NASIONAL

AMANAH - JANGAN DILALAIKAN DARI ISU 1MDB

www.amanah.org.my
www.amanahdaily.com

1. Parti Amanah Negara (AMANAH) merakamkan rasa kagum di atas kesungguhan dan keberanian SPRM untuk terus bertindak dan menyiasat kes-kes yang dianggap berprofil tinggi. Bagi AMANAH ini adalah satu bukti bahawa SPRM sememangnya memiliki keupayaan  dan kepakaran tinggi dalam bidang kuasa yang diperuntukan.

2. Beberapa kes tangkapan terhadap 'jerung besar' termasuk kes terbaru rampasan beberapa dokumen penting di pejabat Ketua Menteri Melaka adalah antara contoh bagaimana SPRM mampu bertindak atas kapasiti yang dimiliki oleh mereka.

3. Namun begitu, perhatian rakyat tidak akan mudah dilalaikan dan dipesongkan dari isu 1MDB yang menjadi kayu ukur kepada runtuhnya imej negara di mata dunia. AMANAH sekali lagi memperingatkan rakyat supaya jangan terlalu mudah terhibur dan terpesong dengan kesungguhan tindakan SPRM mutakhir ini.

4. Semua pihak dalam masyarakat mesti terus memberikan sokongan kepada SPRM  supaya dapat membuka semula kes 1MDB berikutan penemuan bukti-bukti baru dari negara-negara yang terlibat menyimpan sebahagian dari jumlah wang negara yang diselewengkan.

_*AMANAH Demi Negara*_

*SALAHUDDIN HJ AYUB*
Timbalan Presiden
Parti Amanah Negara

*10 Januari 2017*

Debaran paling hebat: Bapa Faiz

JERLUN - Cinta Faiz Subri kepada dunia bolasepak sejak kecil sehingga meraih pelbagai anugerah kejayaan di peringkat daerah, negeri sehingga negara dan kini antarabangsa disifatkan sebagai berbaloi.

Diumumkan sebagai pemenang Anugerah Puskas Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) 2016 selepas menerima undian 56,46 % jauh meninggalkan dua lagi pencabar terdekat iaitu Marlone (22,86%) dari Brazil dan Daniuska Rodriguez (10,01 %) dari Venezuela, pemain sayap Pulau Pinang itu kini sebaris nama-nama besar bolasepak dunia.

Menurut bapanya, Subri Kadir, 65, beliau mengakui begitu berdebar menunggu pengumuman oleh legenda bolasepak Brazil, Ronaldo Luís Nazário de Lima dan bersyukur selepas nama anak kelimanya itu akhirnya diumumkan sebagai pemenang.

"Saya rasa ini antara debaran paling hebat dalam hidup saya apabila ternanti-nanti sama ada Faiz mampu muncul sebagai pemenang pada anugerah berprestij ini," katanya ketika ditemui di kediamannya di Kampung Tok Kepak, dekat sini, awal pagi tadi.

Subri berkata, beliau turut terharu apabila Faiz turut menyampaikan ucapan penghargaan di Zurich, Switzerland kepada diri dan keluarga termasuk pihak-pihak yang pernah membantu kariernya sebelum ini.

Faiz Subri minta maaf tidak pakai baju Melayu


Faiz Subri

PENYERANG Pulau Pinang, Mohd Faiz Subri memohon maaf kerana tidak memakai baju Melayu pada majlis Anugerah Bola Sepak FIFA 2016 di Zurich Switzerland, awal pagi tadi.

Mohd Faiz berkata, beliau terpaksa memakai pakaian formal baju sut berikutan cuaca sejuk sekitar -5 celsius.

"Keadaan di sini memang sejuk, saya terpaksa pakai baju kot. Bukan tak nak pakai baju Melayu tapi terlalu sejuk.

"Saya mohon maaf... Insya-ALLAH saya akan cuba pakai walaupun bukan di Zurich," katanya ketika ditemubual secara langsung TV3 di Zurich,  sebentar tadi.

Sebelum ini, Faiz berhasrat memakai set persalinan lengkap baju Melayu yang ditaja beberapa pihak pada majlis anugerah bola sepak berprestij itu.

FIFA turut memberi kebenaran kepada Faiz selepas Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) membuat permohonan.

Mohd Faiz melakar sejarah bola sepak negara dan Asia selepas dinobatkan selaku pemenang Anugerah Puskas.

Jaringan ajaib berpunca daripada sepakan percuma yang melencong seperti 'banana kick' disifatkan 'melanggar hukum fizik' itu membolehkan penyerang berusia 30 tahun itu meraih anugerah jaringan terbaik itu pada Malam Anugerah FIFA di Zurich, Switzerland semalam.

Anugerah terbabit disampaikan legenda bola sepak Brazil, Ronaldo sekali gus menyaksikan kemenangan ini meletakkan Mohd Faiz sebaris dengan pemain ternama yang pernah merangkul anugerah terbabit seperti Cristiano Ronaldo, Zlatan Ibrahimovic, Neymar dan James Rodriguez.

Kemenangan ini juga menyaksikan bapa kepada dua cahaya mata itu mengecewakan hasrat bumi Amerika Selatan apabila mengetepikan dua pencabarnya, Marlone dari Brazil dan pemain wanita Venezuela, Daniuska Rodriguez.





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...